Amalan mudah ketika Tidur ; semoga tidur kita bernilai IBADAH

hi there, sekarang ni setiap malam sebelum Iman n Amin masuk tidur, mrs pip akan baca bersama sama dorang ayat 3Qul, zikir dan doa sebelum tidur ... alhamdulillah, atat 3Qul Iman dah boleh ingat walaupun kdg2 dia terlupa sepatah dua, Amin pula stil belum mampu menguasai surah AlFalaq, tak pa slow2 ya Amin ... doa tidur pula dorang dah boleh ingat versi English , versi Arab lagi tak mampu nak ingat, tak pa slow2 kita belajar bersama


Iman slalu ikut mrs pip berzikir, suka dia , sampai kdg2 dalam tandas pun nak baca zikir ... Iman tanya kenapa perlu berzikir,.well budak2 kau jgn kasi explain bahasa jargon, dorang tak faham .. so kasi explain something simple dan menarik, hasilnya mmg superb!

so mrs pip bgtau Iman, setiap kali Iman berzikir, maka tumbuhlah pokok di syurga l buat Iman ... pokok2 tu akan tunggu Iman datang jumpa dorang , so kalau Iman nak rumah Iman kat syurga tu cantik banyak pokok, kenalah rajin2 berzikir ... Allah sayang sangat kat budak2 yg suka berzikir ...

hah, mcm tu lah mrs pip explain kat Iman ... so alhamdulillah rajin Iman baca zikir ... Amin spt slalu, apa yg Iman buat, dia akan ikut ... 

Iman tanya juga, kenapa baca ayat 3Qul pula, so mrs pip explain lagi, ayat 3Qul ni akan jauhkan segala momok (syaitan hantu) dari kacau Iman tidur ... momok2 ni takut nak dekat dengan Iman ... hehe, budak2 kan , kita explain mcm ni, excited dorang nak blajar hafal ayat 3Qul ...

so, jom kita tengok AMALAN MUDAH SEBELUM TIDUR ... kenapa kena amalkan pula? tak boleh ke baca bismillah saja dan terus tidur? dik, ni sunnah ya dik ... mudah mudahan bila kita amalkan, tidur kita diangkat sebagai IBADAH, so tak da la kita tidur sia sia ... selain dapat berehat, dapat extra pahala hanya dengan tidur ya kesayangan2 pembaca blog mrs pip ni ...

1. BERWUDUK , agar dijaga dan didoakan malaikat

2. MEMBERSIHKAN , atau mengibar ngibarkan, mengibas ngibaskan tempat tidur sambil baca BISMILLAH

3. BACA AYAT KURSI (Surah Al Baqarah ayat 255) , agar kita dijauhi syaitan ketika tidur


mrs pip pernah menulis entry mengenai AYAT KURSI ni, silalah luangkan masa membaca entry mrs pip, lepas ni mesti korang teruja nak hafal, ingat dan amalkan ayat kursi ni ...

>>> KELEBIHAN AYAT KURSI, 70 RIBU MALAIKAT MENDOAKAN ORANG YANG MEMBACA AYAT KURSI NI!

kalau korang malas nak baca entry penuh, ni sedutan bahagian entry ayat kursi mrs pip paste kat sini ya

Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;

a) ALLAH mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.

b) ALLAH akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya

c) terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

d) ALLAH mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.

e) jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Iman and Amin belum mampu hafal ayat kursi ni, so biasanya dorang akan dengar mrs pip baca, dan dorang akan ikut bacaan mrs pip , and in fact ayat ni antara ayat paling favorite bagi mrs pip , ayat yg banyak cinta di dalamnya kalau kamu memahami kelebihannya ...

4. Baca ayat 3QUL >>> al Ikhlas, Al Falaq, dan An Naas ... ni surah pendek, juzuk akhir, surah terakhir dlm Al Quran ... hafallah, surah2 ni pun banyak kelebihannya ...

Ayat 3Qul ni dibaca untuk berlindung kepada Allah dari gangguang syaitan dan sihir ...

Satukan kedua dua telapak tangan, baca 3Qul, hembus di telapak tangan, dan usaplah bahagian badan dimulai dari atas kepala wajah hingga belakang badan dan hingga ke kaki ...

5. BERZIKIR >>> Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 34x

6. Tetapkan posisi tidur, miring ke kanan dan letakkan tangan.di bawah pipi, jangan tidur meniarap ...

7. Baca doa sebelum tidur


8. Maafkan dengan ikhlas kesalahan2 orang yang menyakiti hati kita

9. Niatlah untuk bangun tahajjud dan solat subuh >>> semoga kita tidak tidur tersasar waktu solat

Semoga tidur kita diberkati dan bernilai IBADAH, amiin ya rabbal alamin.

rasanya, amalan doa tidur ni bukanlah susah  mananak buat pun, cumanya kalau jarang dipraktiskan ,  selalulah lupa dan rasa susah nak buat, so jom kita praktis sama2 mulai sekarang ... kita tidur, kalau sekadar tutup mata dan tidur tanpa baca doa dan niat , kita mensia siakan peluang kita mengutip pahala, hanya dapat taik mata dan liur basi jak kan  ...

Semoga bermanfaat.

selamat tidur kesayanganku, Iman Amin Nami dan chentaku mr.Husband.

cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. wah bagus betul mrs pip ni takmarahpun anak anak lambat tangkap doa doa ni. thanks share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 kecil lagi, 5 dan 6 tahun, tak pa slow2 kita ajar dorang ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.