Aneka resipi ketupat , hidangan wajib di pagi raya

hi there, ketupat dan hari raya sangatlah sinonim dan menjadi juadah wajib untuk dihidangkan kepada tetamu, dan kali ini mrs pip kongsikan aneka resipi ketupat yang mudah dan menarik yang boleh anda cuba. 

Selama ini mrs pip tidak pernah tahu bagaimana ketupat palas dibuat, dah baca resipi di sini barulah mrs pip tahu cara-cara membuat ketupat palas. Dan mrs pip hanya tahu ketupat daun kelapa kerana ini yang sangat biasa ditemui di kawasan kitorang berhari raya.

Aneka resipi ketupat menarik
Aneka resipi ketupat menarik

Selain itu, ketupat sotong tu sesuatu yang agak rare buat mrs pip, tak pernah lagi jumpa di kawasan kitorang ketupat sotong. Ketupat sotong ni mrs pip nak try nanti, nak tahu rasanya macam mana.


1. Resepi Ketupat Palas (Kredit : FB Manja CT Majrah)



Aneka resipi ketupat , hidangan wajib di pagi raya
Aneka resipi ketupat , hidangan wajib di pagi raya


Bahan-bahannya:-


Beras pulut susu 2kg dibasuh bersih dan direndam selama 2 jam
Selepas 2 jam, toskan air rendaman tadi.Pati santan segar 1 kilogram setengah dan tambah air biasa setengah plastik yg isi santan tadi.
Garam halus 2 sudu makan tangkal panjang.
Gula 5 sudu tangkal panjang.
Daun pandan simpul.
Daun palas jangan tak sediakan pula

Cara-cara masak ketupat palas


Didihkan santan dengan semua bahan-bahan di atas kecuali daun palas
Daun palas tu untuk balut ketupat
Apabila santan dah menggelegak , masukkan beras pulut yang dah ditoskan tadi
Lepas itu kerap-kerap la kacau supaya tak hangit atau berkerak di lantai kuali
Kacau sampai nampak macam pecah minyak
Pulut dah tak melekat kat senduk dan tak melekat kat kuali, itu dikira dah boleh tutup api
Biarkan sejuk sikit baru anda balut pulut ke dalam daun palas


2. Resipi Ketupat Palas (Kredit FB Azhar Putra)


Aneka resipi ketupat , hidangan wajib di pagi raya
Aneka resipi ketupat , hidangan wajib di pagi raya

Bahan-bahannya:-


1 kilo beras pulut
1/2 kilo santan
secawan air
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Daun palas secukupnya

Cara-cara membuat / memasak ketupat palas


Masak santan, kemudian masuk daun pandan,
Letak garam (saya guna garam buluh), dan gula, kacau ya jangan sampai pecah minyak
Kacau sampai mendidih, selepas itu bolehlah masukkan beras pulut.
Kacau sampai kering

Tips: mak pesan kacau pulut tu sampai ada kerak sikit baru wangi n tahan lama, lepas tu sudah boleh angkat beras pulut tadi

Siap untuk dibalut


3. Ketupat Daun Pisang (Kredit FB Resepi Masakan)


Ketupat Daun Pisang
Ketupat Daun Pisang

Bahan-bahannya:-


Beras pulut - 4 cawan
Santan - 2 biji kelapa
Daun pandan - 1 helai
Daun pisang - 1 lembar
Garam - Secukup rasa

Cara-cara membuat ketupat daun pisang:-


- Rendam beras pulut 2 jam
- Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.
- Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
- Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
- Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
- Ok siap dah.
- Ikut suka anda nak cicah rendang , kari atau sebagainya
- Selamat mencuba.


4. Resipi Ketupat Palas Lemak (Kredit FB Resepi Sedap)


Aneka resipi ketupat , hidangan wajib di pagi raya
Aneka resipi ketupat , hidangan wajib di pagi raya

Bahan-bahannya:-


Daun palas 8 pelepah
Santan 1/2 kilo
Beras pulut  1 kilo
Garam  1 sudu besar
Gula 1/2 sudu besar

Cara-cara membuatnya:


1. Rendam beras pulut 8 jam.
2. Kukus sehingga masak2.
3. Santan 1/2 kilo (hanya santan) tidak perlu campur air.
4. Masak santan bersama garam dan sedikit gula sehingga mendidih.
5. Masukkan pulut dan sebatikan bersama santan.
6. Sejukkan dan balut ketupat menggunakan daun palas.


5. Ketupat Sotong (Kredit FB Syima Hasyimah)


Ketupat Sotong
Ketupat Sotong

Bahan-bahannya:-


- sotong,
- beras pulut,
- gula melaka,
- santan,
- daun pandan bagi wangi
- lidi pengcukil gigi

Cara-cara membuatnya


1) beras pulut kena lah cuci dlu dah bersih, rendam bagi kembang,
2) Sotong dah cuci bersih, boleh dah nak sumbat beras pulut yg kembang tadi ke dalam sotong dan cucuk kepala sotong dgn lidi pengcukil gigi, buat sampai hbis sotong & beras pulut
3) susun cantik² dalam periuk utk di masak
4)Baru msukkan santan, gula melaka, daun pandan, garam sikit, rebus api kecik sampai kuah pekat. selalu lah kena tengok kan, takut hangit

Siap utk di makan


6. Ketupat Daun Kelapa (Kredit: homekreation-recipes.blogspot.com)


Ketupat Daun Kelapa
Ketupat Daun Kelapa

Bahan-bahannya:


20 Sarung ketupat daun kelapa
10 cwn (sukatan cwn 160ml) beras pulut - basuh, rendam beberapa jam & tapis
600gm kelapa parut - campur air & perah utk santan pekat
2 sudu besar garam
1 helai Daun Pandan

Cara-cara memasak ketupat daun kelapa:-


1. Isi beras pulut ke dlm sarung daun kelapa. Jangan isi terlalu penuh, biarkan kosong sedikit di bahagian bucu sarung sebesar jari ibu. Jika terlalu penuh, beras pulut tidak akan masak sempurna atau jika terlalu sedikit ketupat akan jadi lembik. Matikan di bahagian kedua2 hujung sarung supaya pulut tidak terkluar semasa di masak.

2. Letakkan ketupat ke dalam periuk besar & tuangkan santan sehingga menutup ketupat . Masukkan garam & daun pandan. Rebus sehingga santan kering dan keluar tahi minyak. Balik-balikkanan selalu supaya pulut masak sekata.

3. Hidangkan ketupat dgn lauk rendang atau lauk kesukaan anda.

4. Ketupat ni tahan selama dua hari jika di masak sempurna sehingga betul2 kering.

Tips: Untuk rasa ketupat yang lemak dan harum asli, dinasihatkan supaya tidak menggunakan santan kotak/tin.


7. Resipi Buat Nasi Impit Sendiri di Rumah Menggunakan Periuk Pressure Cooker (Kredit: https://cxopportunities.blogspot.com )  


buat nasi impit guna pressure cooker
Aneka resipi ketupat , hidangan wajib di pagi raya

Bahan yang diperlukan:

Periuk Pressure Cooker
Beras (Sebarang Jenama)
Pot Sukatan Beras
Air
Garam
Daun Pandan
Bekas


Cara Masak:

1. Pertama sekali, sukat beras satu pot sukatan. Kosek beras sehingga bersih jernih airnya.
2. Masukkan beras yang telah dikosek ke dalam periuk pressure cooker. Kemudian tambahkan tiga (3) pot sukatan air. [Nisbah: Beras 1:3 Air]
3. Kemudian letaklah daun pandan jika suka dan sedikit garam perasa. 
4. Setkan masa kepada 30minit pada periuk pressure cooker. 
5. Apabila dah masak, biarkan sahaja dalam periuk pressure cooker sekitar ½jam supaya ianya sejuk sedikit. Tapi cx tak buat pon, hehe, cx terus keluarkan masuk dalam bekas kecil kecil supaya mudah untuk dipotong nanti. Mampatkan dalam bekas dan biarkan ianya sejuk sendiri.
6. Siap !


8. Resepi Nasi Impit Goreng (Kredit: https://www.bondezaidalifah.com )


Resepi Nasi Impit Goreng

Bahan-Bahan :


12 ketul - Nasi impit ( belah 4 )
2 senduk - Cili Kering siap dikisar
2 biji - Bawang Merah siap dikisar
5 ulas - Bawang Putih siap Kisar
50 gram - Udang Kering siap Kisar
200 gram - Kobis bulat (hiris halus)
2 biji Telur
2 Biji - Cili Merah
2 Biji - Cili Hijau
sedikit Perencah Maggi
sedikit Garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak Nasi Impit Goreng

  • Panaskan minyak, 
  • masukan cili kering yang telah dikisar, 
  • setelah cili garing masukkan bawang merah dan bawang putih, 
  • setelah bawang merah dan bawang putih garing masukan udang kering, 
  • setelah udang kering nampak garing masukkan perencah maggi dan garam, 
  • seterusnya pecahkan telur, masukan nasi impit yang telah dipotong 4 gaul rata 
  • dan seterusnya masukan kobis yang telah dihiris. 
  • Setelah kobis layu angkat nasi impit ke dalam mangkuk dan taburkan cili merah dan hijau. 
  • Sedia untuk dihidangkan.
Korang ada resipi ketupat nak share dengan mrs pip? 

Jom letak link resipi ketupat korang di bahagian komen!

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

4 Comments

  1. Tahun ni tak boleh berkunjung sangat memang kena belajar buat macam jenis ketupat

    ReplyDelete
  2. Takde ketupat bukan raya namanya

    ReplyDelete
  3. mama setakat buat ketupat biasa aje laa

    ReplyDelete
  4. Sedap tu ketupat palas dengan ketupat daun kelapa. Tahun ni masak sendiri je ketupat segera sebab raya diperantauan kan.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.