Punca penyakit buah pinggang - MrsPip Dot Com

Thursday, 9 January 2020

Punca penyakit buah pinggang

hi there, antara punca penyakit buah pinggang yang Mrs Pip baca dari perkongsian di wasap disebabkan oleh animal protein. 

bagi pendapat Mrs Pip, pengambilan animal protein tidaklah memudaratkan asalkan kita sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan saiz hidangan makanan perlulah seimbang.

punca penyakit buah pinggang
animal protein punca penyakit buah pinggang


*PENYAKIT KEROSAKAN BUAH PINGGANG DAN PUNCANYA.*

Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang. 

Di tebuk perut untuk *'Peritoneal dialysis'.* Di operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain.


Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu - *how they suffer.*


Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya juga tidak mahu ia berlaku pada keluarga & anda semua. It's really PAINFUL. Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya.

*Take care of our own kidney.*

- Dari Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman.

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure (punca arwah pak mertua saya meninggal semalam) sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Malaysia. 

Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini.

Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). 

Akibatnya berlumba2lah syarikat2 pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini...

Kenapa org Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ 'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.

*Jawapannya... PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.*

Ya... pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu banyak sumber *'ANIMAL PROTEIN'.*

Setiap hari kita makan 3 kali sehari... dan setiap menu makan kita MESTI ada *AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.*

Akibat daripada tiga hidangan *'Animal Protein'* setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya *'malas'* nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu... *"buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".*

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu:

*1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.*
*2. Kawal pengambilan protein haiwan.*


Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?


Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:

1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli).
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Anau).


Kurangkan beban kidney dengan:


1. *BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN* (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras *CREATININE.*


*Faktor2 yang merosakkan Buah Pinggang:*


1. Kerap tahan kencing.

2. Kurang minum air.

3. Suka makan makanan masin.

4. Suka minum minuman bergas.

5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (urinary track infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

6. Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)

7. Kerap makan pil tahan sakit.

8. Merokok.

9. Obesiti.

10. Alkohol.

11. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.


*KEBAIKAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW*.

Buah pinggang kita amanah Allah. Jgn jadikan ia sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.

Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri? Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sebg penyaring Sfringer. 

Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm tentu 100% disteril utk diolah tubuh. 

Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup. Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt menyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share mesej ini mungkin ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut. 

Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Malaysia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan sykt asing'.

Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yg bermanfaat.

Harap diamalkan, bukan dibaca dan diforward saja.

Tapi apa2pun, tiada sesiapa yg boleh bantu diri kita, kecuali kita sendiri.

Pilihan untuk menjaga kesihatan diri sendiri terletak di tangan anda sendiri.

THE CHOICE IS YOURS!

Perkongsian dari group wasap.

Semoga bermanfaat.

8 comments:

  1. alhamdulillah terima kasih sharing. terbuka mata dan hati dengan info ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat entry ni. Memang kena jaga kesihatan, lagi2 umur mcm Mrs Pip ni dah 4 series.

      Delete
  2. my hubby adalah kidney failure patient. almost 4 years dah.. antara sebab adalah HYPER TENSION and merokok dulunya.

    akak pun risau gak dgn penyakit ni. now rajin amalkan minum arabic gum. that's for kidneys.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah kak Yan. Semoga suami jak Yan baik2 saja. Kena jaga makan minum Dan Saya pun mmg dah start kurangkan garam dalam makanan.

      Delete
  3. Terima kasih kongsi. Cuba untuk kurangkan makanan manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan manis pun kena kurangkan juga kalau Saya ni coz mmg Ada genes diabetic ..

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. alahai byknya benda yang kita buat dan makan yang boleh merosakkan buah pinggang dengan segera! memang hari-hari pula tu buat.. adoyaiiii

    ReplyDelete