Percubaan minum kopi tarik Wonda

hi there, percubaan minum kopi wonda lagi. kali ini mrs pip mencuba kopi tarik. ramai yang bagitau kopi tarik wonda sedap. eh, betul kah kopi tarik wonda ni sedap seperti korang bagitau?

rasa kopi tarik wonda
rasa kopi tarik wonda

Tamak juga bila terus beli 2 tin, padahal yang nak minum mrs pip sorang diri. Korang bagitau sedap, jadi teruslah beli dua tin kan. Takut terlebih mengidam nanti, mana cukup setin.

Satu dua tiga teguk! Hurm, sedap sehingga SEPARUH TIN SAHAJA. 

lepas tu terasa MANIS SANGAT!

Jangan salahkan WONDA.

rasa kopi tarik wonda
rasa kopi tarik wonda - kandungan gula 

Ceritanya begini.

Sebelum minum kopi wonda ni, mrs pip dah seminggu low carb dan low sugar diet. Berat pun dah kurang sikit. Pendek kata, mrs pip on #ketodiet.

Jadi, bila low sugar diet / tak ambil pun sebarang makanan minuman manis, memang terasa sangat bila minum minuman manis, manis dia tu susah nak bincang.

Ekceli, kopi wonda ni sedap. Kalau yang ada sugar craving, try minum kopi ni, mesti korang cakap sedap.

Tapi yang low sugar diet, janganlah minum. Tak pasal pasal hancur diet nanti. Nak minum kopi, pi bancuh sendiri. Letak gula berpada pada.

Ok, jom kembali ke pangkal jalan dengan diet yang sihat.

hehe.

Setin lagi tu , mrs pip pass kasi incik suami.

cheers.

Post a Comment

15 Comments

  1. kalau wonda ammi prefer extrapresso.. tp rasa dah lama tak minum air dalam tin ni.
    tengah cuba kurangkan sugar intake..dan caffeine dose. masih minum coffee tp dikurangkan dose coffee powder.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Extrapresso sedap. Hehe.
      Lebih sedap dari yg kopi tarik ni.

      Delete
  2. wow sedap wonda ni tapi mama x leh minum byk nanti pepning

    ReplyDelete
  3. Rasanya pernah minum skali je...tapi bukan selera nieyl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi tarik ni pun bukan selera mrs pip, hehe.

      Delete
  4. Betul2. Bila buat keto diet, minum teh o pun terasa manis betul. Padahal sebelum ni biasa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang keto diet ni kalau buat sangat sensitf dgn yg manis2.

      Delete
  5. untuk hilangkan mengantuk agak2 berkesan ka ni sis? sy punya problem kan asal pukul 9-11am duii sana tu jam2 sy tiba2 rasa mengantuk even tgh buat kerja pun, busy pun mengantuk..aduii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, rasanya tak berkesan utk hilangkan ngantuk ... Cuba try kopi tenom o ...

      Delete
    2. mau try tapi takut addict pulak karang hahahha

      Delete
  6. setuju, kopi wonda lebih sedap dari nescafe tapi memang manis sangat.

    kena kurangkan minum selalu

    ReplyDelete
  7. betulkan, mrs pip. bila kita dah kurangkan pengambilan menda2 manis..bila sesekali minum air yang manis, baru rasa manisnyaaa..

    ReplyDelete
  8. Kopi tarik ni favourite. Ni paling okay. nak sedap tambah ais kurang manis sikit.

    ReplyDelete
  9. my brother really love wonda coffee. selalu suruh ray beli dulu haha

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.