November 2019 - MrsPip Dot Com

Friday, 15 November 2019

Percubaan minum kopi tarik Wonda

November 15, 2019 11
Percubaan minum kopi tarik Wonda
hi there, percubaan minum kopi wonda lagi. kali ini mrs pip mencuba kopi tarik. ramai yang bagitau kopi tarik wonda sedap. eh, betul kah kopi tarik wonda ni sedap seperti korang bagitau?

rasa kopi tarik wonda
rasa kopi tarik wonda

Tamak juga bila terus beli 2 tin, padahal yang nak minum mrs pip sorang diri. Korang bagitau sedap, jadi teruslah beli dua tin kan. Takut terlebih mengidam nanti, mana cukup setin.

Satu dua tiga teguk! Hurm, sedap sehingga SEPARUH TIN SAHAJA. 

lepas tu terasa MANIS SANGAT!

Jangan salahkan WONDA.

rasa kopi tarik wonda
rasa kopi tarik wonda - kandungan gula 

Ceritanya begini.

Sebelum minum kopi wonda ni, mrs pip dah seminggu low carb dan low sugar diet. Berat pun dah kurang sikit. Pendek kata, mrs pip on #ketodiet.

Jadi, bila low sugar diet / tak ambil pun sebarang makanan minuman manis, memang terasa sangat bila minum minuman manis, manis dia tu susah nak bincang.

Ekceli, kopi wonda ni sedap. Kalau yang ada sugar craving, try minum kopi ni, mesti korang cakap sedap.

Tapi yang low sugar diet, janganlah minum. Tak pasal pasal hancur diet nanti. Nak minum kopi, pi bancuh sendiri. Letak gula berpada pada.

Ok, jom kembali ke pangkal jalan dengan diet yang sihat.

hehe.

Setin lagi tu , mrs pip pass kasi incik suami.

cheers.

Wednesday, 13 November 2019

Resepi kek cawan simple dan sedap

November 13, 2019 5
Resepi kek cawan simple dan sedap
hi there, ok hari ni nak share resepi kek cawan simple dan sedap . tak tipu, ni memang resepi paling simple kek cawan warna warni paling senang mrs pip pernah buat. yang tak reti nak buat kek cawan, atau malas nak buat kek cawan leceh leceh , boleh guna resepi kek cawan simple dan sedap ni , eh sedap eh? ekeke.

kek cawan simple dan sedap
kek cawan simple dan sedap

Nak buat kek cawan ni, kenapa ianya kek cawan simple dan sedap sebab mrs pip just guna INSTANT FLAVORED CAKE FLOUR , hah gitu lah rahsianya ... kita guna tepung kek segera yang dah ada perisa siap siap, hanya perlu tambah 5 biji telur sahaja.

kek cawan simple dan sedap
kek cawan simple dan sedap

Dalam kotak tepung ni, dah ada siap siap gula, marjerin dan tepung. Hanya ikut arahan yang dtertera di kotak luar. Sebenarnya, ini ialah kalau korang nak buat kek segera, gunalah tepung jenis macam ni. Boleh dapat lebih kuramg 1kg kek lepas bakar dan hias kan.

Tapi, mrs pip letak dalam kertas cawan, saja nak mudahkan anak anak makan. Bila dorang mau makan, hanya perlu ambil secawan dua untuk diri masing masing, lepas tu tak perlu mrs pip nak potong2, nak letak dalam mangkuk untuk serve dorang. Ekeke, self service la bah gitu konon.

kek cawan simple dan sedap
kek cawan simple dan sedap

mrs pip panaskan oven atas bawah suhu 180 degree Celsius dalam 5 minit, lepas tu bakar kek cawan dalam 30 minit. Tapi 5 minit terakhir tu mrs pip guna api bawah sahaja, dan suhu dikurangkan sedikit.

Ni ikut oven masing masing la ya, dan kena perhatikan takut bahagian atas kek terbakar hangus nanti tak cantik la pula, tapi kalau korang yg nak hias kek cawan dgn icing atau krim, terbakar sikit pun tak pa, lepas hias tak nampak pun kesan hangus sikit tu.

Bila masukkan adunan dalam kertas kek cawan, masukkan agak agak dalam 1/3 adunan sahaja kerana adunan akan kembang gebu naik ke atas , penuh kertas kek cawan tu nanti macam gambar mrs pip tu.

kek cawan simple dan sedap
kek cawan simple dan sedap

Dan ini Amin, my little assistant ni. Setiap kali mommy atau daddy masuk dapur, dia paling rajin join, paling banyak bertanya macam mana nak masak itu ini. Dan paling kerap jadi tukang kritik masakan kitorang.l, haha ekceli dia bukan kritik apapun, dia just nak rasa, tak sabar nak makan ...

tepung  bunga raya buat kek cawan simple dan sedap
tepung  bunga raya buat kek cawan simple dan sedap

Tada! ni lah tepung kek yang mrs pip guna , iaitu tepung kek bunga raya. Ada 4 perisa yang mrs pip pernah cuba iaitu vanilla, pandan, oren dan coklat.

Tapi untuk perisa coklat, mrs pip tak suka sangat rasa coklat tu, so nak buat kek coklat, mrs pip adun sendiri guna resepi purba dari mak mrs pip, ciaciaci.

maybe korang boleh guna jenama tepung lain perisa coklat kot untuk instant cake, apapun taste masing masing kan ... Untuk perisa lain jenama tepung bunga raya ni, mrs pip so far rasa sedap di tekak mrs pip.

So, nak buat kek cawan sendiri? Boleh guna instant cake flour ya ... Senang sangat senang. Nak hiaskan tu, ikut la kreativiti masing masing ...

Next time nak buat kek cawan berkeju pula , bilalah ada masa nak baking lagi ni?

cheers.

Monday, 11 November 2019

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun || 11.11.2019

November 11, 2019 11
Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun || 11.11.2019
hi there, setiap tahun pada 11.11 tatkala satu Malaysia busy buat online sale besar-besaran dengan tawaran harga rambang mata dan ada sesetengah seller yang sanggup ambil kesempatan menipu dengan gimik marketing , seorang mrs pip busy layan birthday anak >>> Amin Johansen. 

Yeah, setiap tahun pada 11.11 adalah harijadi anak kedua mrs pip, our little chipumpum atau lebih suka dipanggil dengan nama penuh dia;  Amin Johansen.

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun 

Tahun ni Amin dah berusia 5 tahun. Imbas balik zaman pregnantkan Amin, very alhamdulillah mrs pip tiada sebarang masalah kesihatan , senang sangat dengan Amin ni. Loya pun sebelah malam sahaja, tu pun sekejap saja ... Mengidam pun hanyalah setakat soto daging. 

Cuma , Amin ni baby songsang. Dan yes mrs pip menjalani prosedur memusingkan Amin di Hospital Likas agar kedudukan Amin di dalam perut membolehkan mrs pip bersalin normal. 

Dan pengalaman pusing baby ni masya allah, sakit tu hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa sakit tu lebih parah (bagi mrs pip lah) berbanding kau nak meneran lahirkan baby.

Menangis tau mrs pip tahan sakit waktu doktor pusingkan baby, tapi alhamdulillah dapat doktor yang sangat memahami, dua doktor yang buat prosedur tu, dua kali kena buat coz yang 1st pusing tak berjaya ... 

Tapi, Allah tu Maha Penyayang kan ... Dah sakit time kena pusing, Allah mudahkan sewaktu lahirkan Amin ni, sangat2 mudah. Perut tak sakit sangat, teran pun sekali harung baby terus keluar. 

Amin sewaktu kecil sampai sekarang ni, mudah nak urus. Semoga anak mommy ni membesar dengan molek. Secantik nama yang mommy bagi, begitulah seindahnya kamu membesar ya Amin. 

Semoga Amin sentiasa menjadi orang yang AMANAH seperti nama yang kamu bawa.

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun 

Kompilasi gambar gambar Amin ❤ tiada sebarang perancangan untuk celebrate birthday Amin di sekolah (mommy masih sedih dengan pemergian Laoshi Ng, guru kelas Iman yang passed away di awal pagi hari ini 11.11.2019).

Dan kebetulan daddy tiada sepanjang minggu kerana urusan kerja, jadi once again postpone untuk celebrate birthday Amin (most probably kita akan celebrate birthday anak-anak sekali harung once mr.Husband tak busy kerja >>> birthday Iman dan Nami pun tak celebrate lagi, ekeke) ...

Tapi as usual, mommy tetap ingat birthday anak anak, dan sediakan kek untuk anak anak ... Iman hari tu request kek coklat, Amin pula tak request apapun, so mommy just sediakan cupcakes untuk kudap kudap.

Tunggu daddy tak busy, nanti kita plan celebrate birthday Amin ya. Nasib baiklah anak anak jenis tak cerewet bab celebrate birthday ni, alhamdulillah ...

Mommy dah plan nak bawa piknik ... Semoga rancangan berjaya pigi piknik. Rindulah dengan laut dan pantai ... Kalau tak jadi piknik di pantai, maybe bawa pergi indoor atau outdoor playground, tengoklah nanti macam mana kan ...

Apapun, HAPPY BIRTHDAY AMIN, we all love Amin to the moon and back . 

Saranghae.

Selamat jalan Laoshi Ng 😒

November 11, 2019 4
Selamat jalan Laoshi Ng  😒
hi semua, bangun pagi2 seperti biasa siapkan anak-anak pergi sekolah. aku teruja sikit coz hari ini Iman nak photoshoot gambar konvo tadika 6 tahun bersama kawan sekelas dan laoshi dia (kalau aku tak silap , hari ni kot, erk)

last Friday hari tu time aku pick up Iman dan Amin , balik awal dari sekolah gara-gara banjir, sempatlah aku berbual kejap dengan laoshi Ng, guru kelas Iman ni. Lemah lembut orangnya. 

Hari ni 11.11, selain aku teruja nak siapkan Iman pergi sekolah dan siap bagitau dia hari ini nak photoshoot gambar, so jangan kotorkan baju, nanti Iman tak hensem pula kalau comot, hari ni juga ialah HARIJADI AMIN ke-5 tahun ... 

anak anak dah siap pakai baju, tinggal tunggu kungkung dorang hantar jak lagi ...

TAPI ....

Gerak hati aku buka wasap sebelum anak anak pergi sekolah, aku nampak RIP pula kat wasap group sekolah anak .. Ooooo, maybe ada keluarga anak2 yang passed away kot ...

Biasa aku tak scroll atas tengok siapa yang RIP, cuma pagi ni aku rajin pula scroll dan ternampak nama RIP yang disebut tu ... Aku macam percaya tak percaya saja ...

aku tengok Iman, dia tengah betulkan kolar baju ... aku pandang Amin, dia tengah pakai stokin ...

laoshi pei you meninggal

hari ini, dengan dukacitanya guru kelas Iman , guru kelas bagi pelajar umur 6 tahun, kelas ungu, sekolah tadika pei you, LAOSHI NG SIAU VIN (atau Iman panggil laoshi Cau Ing), telah meninggalkan semua warga Pei You buat selama-lamanya.

Laoshi, you will always be rememmbered in our kids good memory. You will be loved forever in their heart. 

Takziah buat keluarga Laoshi dan seluruh warga Pei You berkabung dan bercuti untuk hari ini 11.11.2019.

Aku pegang tangan Iman dan gosok2 belakang dia, aku bagitau hari ini cuti, laoshi chiam bagitau yang laoshi ng sudah meninggal.

sepertu biasa, banyak soalan Iman kena aku jawab. dia macam bagi muka weird kenapa laoshi dia meninggal padahal hari tu dia baru juga dancing2 dengan laoshi dan kawan kawan.


ni gambar kenangan sambutan hari raya 2019 di sekolah Iman. Gambar ni baru saja dimuatnaik dalam wasap group sekolah Iman tadi petang ... Iman duduk paling  kanan barisan depan tu ....

Aku nampak gambar ni, aku rasa down lagi, pagi tadi aku siap nangis bila tau laoshi ng passed away. bila nampak gambar ni petang tadi, once again aku sedih. Aku sebak weyh.

Normal kan untuk sedih. Tak da kaitan saudara pun, tapi pasal selalu nampak laoshi kat sekolah, tetiba she is gone without saying goodbye, memang sedih kan. Moreover, laoshi ng ni penyayang orangnya. Eh, laoshi mana yang tak sayang anak murid kan?

RIP laoshi. Take care semua.

Saturday, 9 November 2019

Kulit wajah lembap dan lembut dengan Innisfree Green Tea Sleeping Mask

November 09, 2019 2
Kulit wajah lembap dan lembut dengan Innisfree Green Tea Sleeping Mask
hi beauties, Kulit wajah lembap dan lembut dengan Innisfree Green Tea Sleeping Mask. Hari ni mrs pip mahu review Innisfree Green Tea Sleeping Mask. mrs pip beli mask ni di laman web ALTHEA beberapa bulan yang lalu, baru hari ini ada kesempatan untuk buat review Innisfree Green Tea Sleeping Mask yang melembapkan kulit wajah dan menjadikan kulit wajah lembut keesokan harinya.

review innisfree green tea sleeping mask
review innisfree green tea sleeping mask

Tekstur

Innisfree Green Tea Sleeping Mask ini merupakan krim muka bertekstur sedikit 'jelly' , dengan haruman esen green tea yang menjadi bahan utama. 

Innisfree Green Tea Sleeping Mask didatangkan dalam jar hijau yang senang dibuka dan ditutup, dengan isipadu sebanyak 80ml.


Waktu Penggunaan

Innisfree Green Tea Sleeping Mask digunakan pada malam hari, sesuai dengan namanya sleeping mask kan, dan Innisfree Green Tea Sleeping Mask berfungsi untuk melembabkan kulit wajah dan memperbaiki pH kulit semalaman agar kembali sihat keesokannya.

review innisfree green tea sleeping mask
review innisfree green tea sleeping mask

Cara Penggunaan & Kekerapan Penggunaan


Innisfree Green Tea Sleeping Mask digunakan sebagai sapuan terakhir selepas anda menggunakan night skincare anda.


Nota: Pastikan anda mencuci tangan dengan bersih sebelum menggunakan produk tersebut untuk tujuan hygiene , dan lakukan patch test untuk memastikan kulit anda tiada alahan / alergi dengan produk berkenaan.


Anda hanya perlu menyapukan Innisfree Green Tea Sleeping Mask ke seluruh wajah anda dengan sekata, dan rasai hasilnya keesokan hari. Ianya juga mudah menyerap ke dalam kulit wajah.


Bagi mrs pip yang sudahpun menggunakan Innisfree Green Tea Sleeping Mask, memang terasa kulit lembap, lembut dan gebu keesokan harinya, dan tiada rasa 'greasy' atau kulit terlebih minyak mahupun kekeringan. 


Memandangkan tujuan utama Innisfree Green Tea Sleeping Mask ialah untuk melembapkan kulit wajah dan memperbaiki kulit agar lebih sihat, jadi untuk mengelakkan kulit wajah mrs pip terlebih lembapan yang mungkin boleh mengakibatkan kulit berminyak, jadi mrs pip hanya meletakkan Innisfree Green Tea Sleeping Mask sebaik sahaja mencuci muka.


Walaubagaimanapun, anda eloklah mengikut panduan penggunaan yang diberikan untuk mendapatkan hasil yang optima.

review innisfree green tea sleeping mask
review innisfree green tea sleeping mask

Perlukah Innisfree Green Tea Sleeping Mask digunakan setiap malam?


mrs pip tertanya-tanya juga kalau sleeping mask boleh digunakan setiap malam. melalui maklumat yang mrs pip jumpa di Google , ini jawapan yang mrs pip jumpa.


Tina from Laneige explains that the night cream is a daily hydration booster whereas a sleeping mask acts as an “emergency beauty treatment”, and can be used once or twice a week. “Because of their potency, sleeping mask is not recommended for everyday use. Overuse of masks can actually cause it lose its efficacy. It is important to use the products according to its recommended usage,” she explains.


Sumber : https://dailyvanity.sg/questions/difference-between-sleeping-mask-and-night-moisturiser/


Jadi kalau kefahaman mrs pip, melalui apa yang dijelaskan oleh beauty expert Tina dari Laneige , penggunaan sleeping mask bukanlah untuk kegunaan setiap malam, hanya untuk satu atau dua kali seminggu sahaja , cukup sebagai booster kepada kulit wajah.


Amat penting untuk kita mengetahui cara menggunakan sesuatu produk dengan betul mengikut apa yang disarankan oleh produk berkenaan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan mengelakkan masalah lain akibat overuse sesuatu produk.

review innisfree green tea sleeping mask
review innisfree green tea sleeping mask

Review selepas menggunakan Innisfree Green Tea Sleeping Mask 


Selepas menggunakan Innisfree Green Tea Sleeping Mask, mrs pip berasa puas hati dengan produk tersebut. Innisfree Green Tea Sleeping Mask membantu melembab dan melembutkan kulit muka. Kulit muka terasa gebu keesokannya.


Pembelian semula?


happy guna Innisfree Green Tea Sleeping Mask, kulit wajah pun rasa toink toink gebu gebu lepas guna ... suka sangat dengan sleeping mask ni, cara penggunaan pun mudah, nak cuci pun mudah.

so, absolutely worth my money for re-purchase.


jimat pembelian Innisfree Green Tea Sleeping Mask secara online dengan cara mendapatkan CASHBACK


selain di Althea, anda juga boleh membeli produk Innisfree di laman web kecantikan seperti Hermo, dan juga boleh cari di Lazada ataupun Shopee.

since sale 11.11 sedang berlangsung, mrs pip sarankan anda semua menggunakan laman web SHOPBACK untuk mendapatkan CASHBACK.

mrs pip pengguna setia SHOPBACK sejak setahun dua ni, dan setiap kali membuat pembelian secara online, mrs pip akan periksa SHOPBACK dulu sama ada laman web tersebut ada tersenarai atau tak (tapi kebanyakkan laman web terkenal untuk online shopping termasuk travel website tersenarai di SHOPBACK), dan akan menggunakan SHOPBACK untuk lebih penjimatan.

tak percaya? tengok jumlah shopback hasil pembelian online shopping, kebanyakkannya melalui laman web shopee, lazada, althea, photobook, etc.


cashback di shopback
shopback terkumpul


kalau anda nak info atau nak tahu lebih lanjut mengenai SHOPBACK ini, anda hanya perlu tekan link di sini

dan kalau anda nak terus daftar SHOPBACK apps, anda hanya perlu tekan di sini


itu saja review personal mrs pip mengenai Innisfree Green Tea Sleeping Mask, harap review ni membantu anda membuat keputusan untuk menggunakan produk ini, dan semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

cheers.

Friday, 8 November 2019

Banjir di Membakut || 08.11.2019

November 08, 2019 2
Banjir di Membakut || 08.11.2019
hi there, banjir di membakut. bangun pagi tengok wasap , kawan  yang tinggal di kg.bambangan kawasan hulu membakut , rumah dorang banjir. hurm, padahal semalam di kawasan kami , hujan biasa2 saja ....

banjir di membakut
banjir di membakut

pagi ni mrs pip kena datang sekolah iman untuk sign surat kemasukan darjah 1, so bawa mak mertua sekali. lepas sign surat tu, pergi ambil parcel n beli barang dapur.

time masuk pekan lama, air start melimpah, tapi tidaklah teruk mana, kereta still boleh jalan lagi.

dah beli barang, nak balik rumah. check wasap , laoshi bagitau parents semua sila ambil anak anak , air dah start masuk kawasan sekolah.

nasib baik kitorang still kat pekan. minimarket tempat beli barang pun tak jauh dari sekolah iman. so patah balik ambil anak anak.

banjir di membakut
Anak anak menari , amin gambar atas, iman gambar bawah

hari ni ada sambutan hari kanak kanak di sekolah iman, dorang bawa marrybrown datang sekolah ... time sampai untuk pick up iman dan amin, anak anak semua ada kat depan basketball court, tengah menari2 dengan mascot marrybrown.

chill saja laoshi semua layan mascot marrybrown, air bah mula masuk ke perkarangan sekolah dari belakang kerana belakang sekolah iman ni ada laluan sungai , boleh tahan lebar juga tu sungai ... Air sungai nampak deras sangat.

banjir di membakut
Happy bersama MarryBrown

selesai menari dan laoshi agihkan makanan, anak anak semua bersurai dan pulang rumah. awal iman dan amin pulang , jam 10 pagi sudah sampai rumah, semua gara gara banjir.

banjir di membakut
Bergambar bersama Marrybrown mascot
Dan selamat sampai ke rumah

tadi tengahari laoshi bagi gambar sekolah, habis banjir sekolah , so esok Sabtu laoshi minta parents datang cuci sekolah ....  ekeke, boleh saja insya allah tiada aral melintang mr.Husband datang lah esok bersihkan sekolah ...

banjir di membakut
Gambar atas : perkarangan sekolah iman dan amin
Gambar bawah : Pekan Lama Membakut 

yang terlibat banjir, take care kamu semua. kami pun tengah bersiap sedia, manatau banjir ni makin menjadi sampai ke rumah mrs pip, mohonlah banjir tak singgah sini. harap harap cuaca elok tak hujan petang ni.

cheers.

Thursday, 7 November 2019

Syampu AURA HIJAB untuk rambut gugur + Promosi Buy 2 Free 1

November 07, 2019 3
Syampu AURA HIJAB untuk rambut gugur + Promosi Buy 2 Free 1
hi semua, rasanya ramai yang sudah kenal dengan syampu aura hijab untuk merawat rambut gugur, tetapi belum berkenalan lagi dengan syampu  aura hijab merawat rambut gugur, rambut nipis, masalah kulit kepala  berkelemumur dan kulit kepala berbau, jom baca artikel ini sepenuhnya.

syampu berkesan untuk rambut gugur
syampu aura hijab berkesan untuk rambut gugur 

Rambut ialah mahkota setiap insan. Pasti tiada siapa yang inginkan rambut gugur sehingga boleh menyebabkan rambut semakin nipis dan paling teruk kulit kepala mengalami botak kekal. 

Di entry yang lalu, mrs pip menulis 14 punca rambut gugur , di antaranya ialah tekanan yang disebabkan fizikal dan emosi, masalah ketidakseimbangan hormon, kurang zat besi, overstyling dan banyak lagi.

Selain 14 punca rambut gugur, mrs pip ada senaraikan 6 cara merawat rambut gugur.

syampu berkesan untuk rambut gugur
Syampu AURA HIJAB untuk rambut gugur 

Anda boleh membaca artikel lengkap 14 punca rambut gugur dan 6 cara merawat rambut gugur di sini. 

Salah satu cara merawat rambut gugur ialah dengan menggunakan syampu khusus untuk merawat rambut gugur, dan di antara syampu untuk rambut gugur yang berada di pasaran ialah Syampu AURA HIJAB.

Syampu Aura Hijab bukan sahaja sekadar syampu, tetapi juga merupakan bertindak sebagai perapi (conditioner) agar rambut mudah diurus selepas dicuci.

Mari kenali Syampu Aura Hijab ⤵⤵⤵


MASALAH RAMBUT GUGUR KRONIK?

Memperkenalkan AuraHijab™ yang dapat membantu menyihatkan semula rambut anda. Produk 4 Dalam 1 yang PERTAMA di MALAYSIA!

Aura Hijab didatangkan dalam saiz 90ml, 200ml dan 350ml.

FUNGSI SYAMPU AURA HIJAB :
1. Mengawal Rambut Gugur Sepantas 7 Hari
2. Melebatkan Rambut Yang Nipis
3. Melembutkan Rambut
4. Menghilangkan Kelemumur @ Merawat Kulit Kepala Gatal
5. Mengelakkan Rambut Berbau Masam

Berapa Hari Ya Nak Tengok Kesan Rambut Gugur Semakin Baik Lepas Guna Aura Hijab ??

KESAN PANTAS AURA HIJAB
✔ Rambut Wangi Dan Lembut Pada Pengunaan Pertama
✔ Rambut Gugur Mula Kurang Pada Hari Ke 7
✔ Anak Rambut Mulai Tumbuh Pada Hari Ke 14
✔ Rambut Bertambah Lebat Hari Ke 30

Syampu Aura Hijab
❌ Tiada Parabene
❌ Tiada Silikon

KANDUNGAN UTAMA SYAMPU AURA HIJAB

πŸ‘  Mengandungi Habastussauda
Habastussauda Memang Berkesan Untuk Membantu Memberi Nutrisi Dan Menguatkan Rambut Dan Membersihkan Kulit Kepala.

πŸ‘  Mengandungi Buah Keras
Bagi wanita yang baru melahirkan anak, akar rambut menjadi lemah dan mudah luruh. jadi dengan adanya buah keras sebagai ingridien utama syampoo ini, ia berfungsi untuk menguatkan akar rambut wanita.

πŸ‘  Penggunaan Daun Bidara
Daun Bidara Mengandungi Nutrisi Khas Yang Akan Menambah Jangka Hayat Rambut Bagi Membantu Menguatkan Rambut. Rambut akan jadi lebih sihat dan bersinar.

πŸ‘  Penggunaan Minyak Zaitun
Minyak zaitun digunakan turun temurun sebagai bahan pelembab, melembutkan rambut dan memastikan kulit kepala sentiasa sihat. Bila kepala sihat, rambut tak rosak dan rambut tak akan berbau.

syampu berkesan untuk rambut gugur
syampu aura hijab berkesan untuk rambut gugur 


Selain syampu, AURA HIJAB juga mengeluarkan Hairbooster Mist dengan saiz 50ml.

Hairbooster Mist Aura Hijab

Kombinasi 4 ramuan natural
🌿 Minyak Bidara
πŸ€ Minyak Jojoba
🌱 Minyak Tea Tree
πŸƒ Minyak Argan

Kebaikan Hairbooster Mist Aura Hijab:

✔ Menguatkan akar rambut (Strengthens Hair Roots)
✔ Menyihatkan rambut (Nourishes Hair)
✔ Membantu pertumbuhan rambut (Promotes Hair Growth)
✔ Anti kelemumur (Anti Dandruffs)
✔ Melembutkan rambut (Softens Hair)

Cara Penggunaan: 

Spray di kulit kepala dan rambut 2 kali sehari untuk kesan maksimum

SOALAN YANG KERAP DITANYA TENTANG PRODUK AURA HIJAB (FAQ)


syampu berkesan untuk rambut gugur
syampu aura hijab berkesan untuk rambut gugur 

1. Cara guna macam mana ya sis?
J: Guna sehari sekali, urut lembut kat kepala dan rambut, biar 3-5 minit sblm bilas sampai bersih.

2. Betul-betul berkesan ke? Sebab dah pernah guna produk sebelum ni tapi tak jadi.
J: Inshaa Allah saya jamin 700% sis pasti akan suka syampu aura hijab ni, biasanya 9 dari 10 customer dapat kesan awal dalam 3-7 hari guna.
Janji sis gunakan aura hijab setiap hari ikut cara yang kami berikan.

3. Ada kesan sampingan pada mata tak?
J: Macam syampu biasa, sebab ada sabun.. basuh dengan air yang banyak kalau masuk mata.

4. Lelaki boleh guna?
J: Boleh. Sesuai untuk semua jantina dan peringkat umur, kecuali bayi.

5. Mengandung boleh pakai ke?
J: Boleh. Aura Hijab tidak membawa mudarat kepada kandungan

6. Kalau dah botak boleh tumbuhkan rambut balik?
J: Tak boleh, sila rawat sebelum rambut anda tak dapat diselamatkan. Aura hijab berfungsi untuk kawal rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
Jika rambut gugur dan mula nipis, ini adalah pilihan paling bijak dan mudah.

7. Produk ni dari mane?
J: Produk bumiputera dikilangkan di Malaysia, ikut kajian dari malaysia dan guna teknologi korea.

8. Produk Aura Hijab ni halal ke ?
J: Ye, Aura HIjab ada sijil Halal.

9. Apa bahan yang digunakan dalam syampu ni?
J: Aura hijab adalah syampu rawatan 3 in 1 iaitu syampu, conditioner dan perfume rambut.
Bahan utama
Buah keras
Habbastusauda
Minyak zaiton
Aura hijab perfume

10. Memang kena guna hari-hari ke?
J: Iye kena guna setiap hari kerana aura hijab merupakan syampu rawatan

11. Ada kelulusan kkm tak?
J: Ada, NOT161104439K

12. Kalau stop guna Aura Hijab ni, masalah lama akan ada balik ke?
J: Kalau stop guna dan salah guna syampu ada kemungkinan besar, sis akan kena balik masalah rambut gugur ni. Jadi, rawatan yang berterusan adalah sangat disyorkan kepada pengguna

syampu berkesan untuk rambut gugur
syampu aura hijab berkesan untuk rambut gugur 

13. Sampai bila nak guna hari-hari?
J: Sampai rambut dah betul ok dan kembali kuat,sihat dan bersinar dalam tempoh 1-2 bulan. Sis boleh selang selang guna. (kalau rambut berpeluh dan berminyak memang kena syampu setiap hari bagi elak masalah kulit kepala dan pertumbuhan bakteria, cuma kena guna syampu yang sesuai supaya tak rosakkan rambut)

14. Kalau guna shampoo ni, boleh guna minyak rambut lain tak?
J: Boleh kalau perlu, cuma kena syampu rambut sebaiknya malam untuk bersihkan minyak dari kulit kepala.

15. Sesuai untuk semua jenis rambut or kulit kepala tak?
J: Sesuai untuk semua jenis rambut kecuali yang mempunyai masalah kulit kepala terlalu sensitif

16. Berapa ml isi kandungan Aura Hijab ni?
J: 1 Botol Aura Hijab ada 200ml. Cukup untuk sebulan guna. 

PROMOSI SYAMPU AURA HIJAB SEDANG BERLANGSUNG 

>>> SALE SALE SALE 08.11.2019 ⤵⤵⤵

syampu berkesan untuk rambut gugur
syampu aura hijab berkesan untuk rambut gugur 

Sale syampu aura hijab sehari saja pada 8.11.2019 ... Harga jimat , harga best buy. 

πŸ€FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA 08.11.2019 πŸ€

Tetapi kalau anda tak berminat dengan tawaran sale yang berlangsung, anda boleh memilih untuk mendapatkan 

⏩SET TRIAL  (200ml SYAMPU + 50ML HAIRBOOSTER ) = RM110 / SET

⏩SET PEARL (350ML SYAMPU + 50ML HAIRBOOSTER) = RM130 / SET

Yang berminat nak beli dengan Mrs Pip dan setiap pembelian MANA MANA 3 SET TRIAL / SET PEARL, atau MANA MANA 2 SET SUPER SALE DI ATAS , Mrs Pip bagi FREE GIFT tau!

syampu berkesan untuk rambut gugur
syampu aura hijab berkesan untuk rambut gugur 

Berminat nak tahu lebih lanjut, atau nak buat pembelian, boleh wasap mrs pip terus ke nombor phone yang tertera di atas.

Insya allah, next entry akan datang, mrs pip kongsikan pula testimonial pelanggan yang pernah menggunakan produk Aura Hijab.

cheers.

Wednesday, 6 November 2019

Penting dan cara letak nama waris / penama dalam KWSP

November 06, 2019 6
Penting dan cara letak nama waris / penama dalam KWSP
hi there, bila Nami lahir tahun lepas, antara perkara yang mrs pip nak buat ialah letak nama Nami sebagai nama waris / penama dalam akaun KWSP mrs pip & mr.Husband.

last year mrs pip try buat di kwsp beaufort malangnya sistem kwsp pula down , jadi terpaksa cari hari lain yang mr.Husband boleh temankan. 

Kebetulan Nami tak sihat sangat hari Isnin 4.11.19 tu, terus mr.Husband ambil emergency leave dan sekali harunglah mrs pip ajak mr.Husband settlekan penamaan kwsp yang terbantut sejak last year.

sekarang nak buat penamaan bukan macam dulu. no more isi borang secara manual. kena buat online di kwsp, bahagian e-perkhidmatan ada komputer disediakan untuk pendaftaran.

Yang tak reti nak guna komputer, jangan risau. Ada pegawai yang membantu. Jangan panik jangan nervous, kalau ikut arahan pegawai tu, sure boleh buat, hehe.

letak nama waris / penama dalam KWSP
letak nama waris / penama dalam KWSP 

Cara letak nama waris / penama di akaun KWSP ⤵⤵⤵

✔ Anda masuk pejabat kwsp, kalau handphone number tak update, no kwsp tak ingat, it is ok ya ... pigi mesin layan diri kat dlm pejabat kwsp tu, masukkan IC dan upate phone number dan cetaklah penyata kwsp anda.

✔ lepas tu, pigi bahagian e-perkhidmatan yang ada sediakan komputer untuk anda isi penamaan. Kalau tak ada e-kwsp, tak pa boleh register terus online. 

✔ Kalau ada e-kwsp, tapi lupa username dan password, boleh klik lupa username dan password, nanti sistem akan minta no. IC kalau tak silap, lepas tu tekan TAC, dan nombor TAC kena check kat handphone . 

✔ Sebab tu penting untuk anda UPDATE phone number kat mesin layan diri tu ya kalau phone number berubah.

✔ dah dapat TAC, boleh isi kat sistem dan sistem akan bagi akses untuk buat password baru. Jangan lupa utk save password terbaru anda.

letak nama waris / penama dalam KWSP
letak nama waris / penama dalam KWSP 

✔ Dah masuk dalam sistem e-kwsp, bolehlah pilih PENAMAAN, dan pilih berapa banyak nak tambah nama waris. Kemudian bolehlah masukkan nama waris , no. kad pengenalan waris , tarikh lahir waris, dan bahagian nisbah untuk waris.

✔ dah siap semua semua, pastikan semua details tu betul ya, dan save dan teruskan untuk dicetak.

✔ Selesai cetak penyata penamaan tu, silalah ambil no. giliran dan tunggu untuk dipanggil ke kaunter.

✔ (DI SARANKAN) PASTIKAN ANDA MEMBAWA SEMUA KAD PENGENALAN WARIS YANG ANDA BARU SAHAJA DAFTARKAN SECARA ONLINE DI BAHAGIAN E-PERKHIDMATAN TADI, KERANA PEGAWAI DI KAUNTER PERLU MENYEMAK NO KAD PENGENALAN DAN NAMA WARIS DENGAN TEPAT.

✔ selesai disemak, pegawai di kaunter akan meminta anda menandatangani borang penamaan beserta cop jari untuk pengesahan, dan pegawai di kaunter akan berikan satu slip salinan untuk simpanan anda.

Done!

letak nama waris / penama dalam KWSP
letak nama waris / penama dalam KWSP 

Kenapa penting letak nama waris / penama dalam KWSP ???

πŸ‘‰ Kalau ada yang belum tahu, mrs pip nak share kenapa penting letak nama waris / penama dalam KWSP.

πŸ‘‰ Apabila pemilik akaun KWSP meninggal dunia sebelum umur yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran kwsp, maka semua duit di dalam kwsp tersebut HANYA BOLEH DIAMBIL OLEH WARIS YANG DIDAFTARKAN DI DALAM KWSP SAHAJA.

πŸ‘‰Sekiranya pemilik KWSP meninggal dunia tanpa meletakkan nama waris, maka proses membuat tuntutan oleh kaum keluarga (next of kin) boleh memakan masa yang lama, jadi kesian dekat waris2 dekat terutamanya bagi pasangan suami/isteri dan anak anak dalam membuat tuntutan.

πŸ‘‰ataupun anak2 yang menanggung belanja ibubapa dia sepenuhnya, di mana ibubapa 100 peratus bergantung dengan duit anak. Sekiranya si anak meninggal dunia, sekurang kurangnya ada juga simpanan untuk orang tua dia guna untuk menampung perbelanjaan.

Kes tuntutan kwsp >>> bergaduh sesama ahli keluarga 😒😒😒 ⤵⤵⤵

Kes begini banyak terjadi, kesian dekat waris sebenar yang ada masanya kena buli oleh ahli keluarga yang lain.

Jadi, di sinilah nama waris memainkan peranan penting. Kita tak pernah tahu dalam keadaan apa kita akan pergi selamanya. 

Jadi , letaklah nama waris dalam kwsp anda. Niatkanlah simpanan kwsp tu adalah sedekah untuk waris2 kita sekiranya kita pergi menghadapNYA, dan semoga dengan duit yang ada membantu waris2 kita melalui kehidupan tak banyak mana tapi at least ada sedikit rasa kesenangan.

Alhamdulillah, mrs pip dan mr.Husband sudah pun mengemaskini nama nama waris bagi akaun kwsp kami. Insya allah, panjang umur dapatlah kami merasa wang simpanan ni bersama waris waris kami.

mrs pip dah niat, duit kwsp ni mrs pip nak guna untuk pendidikan anak anak dan beli rumah, insya allah. 

Dan satu lagi, duit kwsp boleh dikeluarkan pada usia 50 tahun baik bagi lelaki mahupun perempuan, tetapi AKAUN 2 SAHAJA ya. AKAUN 1  hanya pada usia 55 tahun.

Semoga penerangan dan perkongsian maklumat ni membantu anda semua.

kedai makan nasi ayam sedap beaufort
kedai makan nasi ayam sedap beaufort

Selesai urusan di kwsp, dah hampir2 masuk tengahari, so kami singgah makan di kedai peberet kami, kedai nasi ayam sedap . Dan tiap kali pigi sini, menu yang sama juga kami order, kon lau mee dan chinese tea suam ...

lepas makan tu, tapaukan untuk anak-anak lah juga pasal mommy ndak sempat mau masak lunch ...

jadual penuh la pula hari tu ... lepas kwsp, balik rumah, rehat kejap lepas tu bawa nami pula pigi klinik untuk scheduled check up dia, dan since nami sudah 2 hari ndak mau makan, kenalah jumpa doktor ...

jeng jeng jeng, doktor yang periksa nami tu bagitau nami ada tonsilitis, bernanah sudah tekak di nami. Mau ndak mau, kena makan antibiotik dan doktor siap bagi appointment untuk review next 13/Nov akan datang ni ...

Cheers.

Sunday, 3 November 2019

Pahala buat seorang isteri

November 03, 2019 7
Pahala buat seorang isteri
masya allah, besarnya pahala buat seorang isteri. beruntungnya kita kalau dapat suami yang baik, dan kemudian kita mentaati suami kita. sangat sangat banyak pahala buat seorang isteri yang jiwa raganya berpaksi kepada suami kerana Allah SWT.

anyhow, how's your day, wives? Hehe, kita ni yang jadi bini bini, kadang kadang mengeluh entah apa apa kan, kadang kadang tu tak puas hati coz husband tak bagi itu ini.

or maybe juga unhappy coz husband busy kerja so tak da masa untuk kita. Tapi ada juga yang jadi bini bini, dia relax cool ja. tahap sabar dia tinggi sungguh, kagum mrs pip.

pahala buat seorang isteri
pahala buat seorang isteri

terbaca la satu entry ni, pahala buat seorang isteri, terus sentap sekejap. Allahu  oooo, banyaknya pahala ALLAH siapkan untuk kita yang bergelar isteri ni kan. Sayang sungguh ALLAH SWT kat kita ni kaum wanita yang sudah berumahtangga. 


" Sekali suami minum air yang di sediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun".

" Makanan yang di sediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik isteri itu mengerjakan haji dan umrah".

" Mandi junub si isteri di sebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin".

" Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad".

" Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (dzikir)".

" Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya".

" Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, niscaya ia dimasukan kedalam syurga". ( Hadis Riwayat Tarmizi)".

" Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembayang yang difardhukan di atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka".

Subhanallah...!!

lepas ni, harus lebih banyak berbakti pada mr.Husband, nnt tak cium bau syurga!

eh, tapi kalau suami zalim macam mana eh? ni korang harus minta pendapat pada pihak yang boleh membantu.

jangan pula korang share masalah rumahtangga kat media sosial, not so kena pada tempatnya (sekadar pendapat peribadi), peace no war.

semoga kita menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk hari hari mendatang dalam mencari keredhaan ALLAH SWT, dan jom para isteri kita kumpul banyak banyak pahala , tak susah kan nak dapat pahala .. 

Senyum bermanis muka bersuara sopan dengan suami pun dah boleh dapat pahala . Sungguh, pahala buat seorang isteri tu mudah saja nak dapat, dari diri sendiri nak tak nak saja ❤

cheers.

republished.

Friday, 1 November 2019

Resepi Mudah Cheesekut Oreo

November 01, 2019 20
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo || baru ada kesempatan untuk buat entry cheesekut oreo ni ... beberapa hari yang lepas, mrs pip tiba tiba craving nak makan something with cheese, so fikir punya fikir, better buat cheesekut oreo, bukan mrs pip saja yang suka, mr.Husband dan anak-anak pun suka sama ... lagipun nak buat cheesekut oreo ni tak susah mana pun, asalkan semua bahan-bahan tu ada ... jomlah tengok resepi mudah cheesekut oreo versi mrs pip ni ... 

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo

nak buat cheesekut ni , bahan bahan utama WAJIB ada :-

  • biskut crackers - dan korang boleh pilih biskut crackers kegemaran korang, mcm mrs pip prefer pakai deluxe cracker original keluaran Hup Seng ... biskut ni sedap T_T
  • cream cheese - cream cheese ni pun banyak brand, kalau kat tempat mrs pip, cuma ada Philadelphia atau Tatura sahaja 
  • dan dah namanya Oreo, kenalah ada biskut oreo - kalau korang tak suka oreo, bolehlah guna nestum , kalau tak suka nestum, bolehlah try guna serbuk milo pula ....

selain tu, bahan lain kena ada susu manis dan susu segar ... tapi kalau tiada susu segar, macam mana? jangan risau, korang boleh guna susu tepung dan bancuh dengan air , tidak pun boleh guna susu cair mcm mrs pip ... hehe, hari tu terlupa beli susu segar bah! 

apa guna susu segar tu sebenarnya? well, susu segar tu, nanti korang guna untuk celup biskut cracker  dengan tujuan untuk melembutkan sedikit biskut tu, sebelum di susun dalam loyang ... pasal nanti untuk memudahkan cheesekut korang dipotong, tak lah retak2 cheesekut korang nanti ... dan kalau celup tu, jangan celup lama-lama, celup setakat nak basahkan biskut crackers tu sahaja tau ... kalau celup lama -lama, nanti hancur biskut crackers korang ....

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Bahan-bahan utama

Bahan-bahan Cheesekut Oreo:-

p/s: mrs pip guna cream cheese 500gm coz memang sengaja nak buat banyak ... buat sikit-sikit nanti tak cukup pula mommy mengandung ni nak makan dan berebut dengan mr.Husband dan anak anak ...

1/ ⚓ 500 gram Tatura cream cheese (boleh guna jenama cream cheese lain, asalkan ianya mesti cream cheese)
2/ ⚓ 2 bungkus Hup Seng deluxe crackers (boleh guna jenama biskut crackers lain, tapi so far ni yang sedap bagi mrs pip)
3/ ⚓ 2 bungkus biskut Oreo (apa flavor pun ok, coz nanti mmg filling oreo tu perlu dibuang juga)
4/ ⚓ 200 - 300 ml susu segar (jika ada, dan boleh diganti guna susu cair atau bancuhan susu tepung)
5/ ⚓ 1/2 cawan susu manis (atau terpulang ikut manis yang korang suka)
6/⚓  aluminum foil (jika ada, kalau tiada pun ok saja ... kalau ada lebih senang utk keluarkan cheesekut dari loyang nnt, so senang nak potong ikut saiz kesukaan korang)

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Langkah demi langkah

 Cara membuat Cheesekut Oreo:-

1/πŸ‘‰ Lembutkan 500 gram cream cheese pada suhu bilik. Apabila cream cheese sudah lembut, bolehlah pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang ... kalau tiada mixer, boleh guna blender ...

2/ πŸ‘‰ Masukkan susu manis sedikit demi sedikit sehingga tahap manis menepati citarasa korang.

3/ πŸ‘‰ Masukkan 6 - 8 sudu besar susu segar ke dalam adunan sehingga adunan sedikit cair / lembut

4/ πŸ‘‰ Buang filling biskut oreo , dan kisar halus menggunakan blender

5/ πŸ‘‰ Ambil loyang (square / rectangular shape) dan lapis guna aluminium foil (jika ada)

6/ πŸ‘‰ Celup biskut crackers ke dalam susu segar dan susun sekeping demi sekeping di dalam loyang sehingga semua permukaan loyang ditutup dengan biskut crackers (seperti dalam gambar #1)

7/ πŸ‘‰ Sedikit demi sedikit, tuang adunan cream cheese tadi ke atas biskut sehingga menutupi permukaan biskut dan ratakan, dan tabur biskut oreo yang telah dibuang filling dan dikisar halus (seperti dalam gambar #2 dan #3)

8/ πŸ‘‰ Ulang semula langkah (layer by layer) dengan mencelup biskut ke dalam susu segar, menyusun biskut satu persatu, menuang adunan cream cheese dan meratakannya dan menabur biskut oreo yang telah dikisar halus sehingga semua cream cheese habis ...

9/ πŸ‘‰ Apabila sudah siap, sejukkan cheesekut di dalam peti sejuk, dan elok dibiarkan semalaman agar cream cheese sedikit keras untuk memudahkan kerja-kerja memotong cheesekut nanti ...

10/ πŸ‘‰ Dah siap, selamat menjamu selera ...

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Potongan kecil sesuai sekali baham :)

dalam kes mrs pip, guna loyang yg mrs pip pakai, dapat susun 16 keping biskut crackers setiap layer, dan mrs pip dapat 5 layer untuk satu loyang ... dan untuk biskut oreo yang dikisar tu, tak habis guna pun , still ada berbaki sedikit lagi ...

actually, untuk resepi mudah cheesekut oreo ni, terpulang korang nak letak flavor apa pun ... ada yg suka nestum, ada yang suka oreo ... dan ada pula bagi flavor kat cream cheese tu seperti flavor blueberry , strawberry dan sebagainya ... kreativiti masing masing ...

kalau korang nak cream cheese tu lebih keras / kenyal, nextime bolehlah tambah sedikit cairan gelatin (sesudu dua gitu) ... selamat mencuba resepi mudah cheesekut oreo dan selamat menjamu selera ...

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Tangan tangan yang tak sabar nak makan!


cheers.

Republished.

Cabar diri keluar dari COMFORT ZONE

November 01, 2019 6
Cabar diri keluar dari COMFORT ZONE
hi semua, mrs pip nak kongsi cerita cabar diri keluar dari comfort zone sendiri. hurm, mrs pip ni seorang yang selalu memilih jalan yang mrs pip rasa selesa untuk mrs pip. Mrs Pip kalau bab2 cabaran, memang malas nak ambil pusing, malas nak rasa tertekan pasal tak mampu nak buat, padahal tak tahu lagi boleh buat ke tak? 

kalau kita tak cuba cabar diri, macam mana kita tahu potensi diri sendiri kan ...

contohnya, dulu time single, bila kawan-kawan ramai yang jadi kaki travel, malah ada yang berani jadi lady solo travel , mrs pip tetap di sini tak travel mana-mana pun. 

Kenapa tak travel dengan kawan-kawan? Kerana mrs pip tak suka naik kapal terbang. mrs pip setiap kali naik kapal terbang, ada masalah dengan "airplane headache" , nak pecah kepala rasanya menahan airplane headache ni , plus I am gayat! Aduh.

Selain tu, bila kawan-kawan jadi kaki hiking, kaki climb the mountain, hurmmm I is dengar sajalah cerita dorang panjat memanjat segala bukit bukau dan gunung ganang ni. Me? Errrr takkan pergi climbing la kot ... Selain gayat, mrs pip tak selesa dengan cuaca yang sejuk. Gunung Kinabalu tu sejuk tau!

keluar dari zon selesa

Ok , sekarang ni berbalik kepada cerita terbiasa dengan comfort zone diri. selama ni rasa selesa dengan apa yang ada. rasa tak perlulah nak buat sesuatu perkara yang kita tak biasa. nanti boleh tertekan pula kalau apa yang kita buat tu tak menjadi. 

Tapi, entah kenapa hari tu tertanya-tanya pada diri sendiri 

"Takkan semua benda nak dirisaukan. Tak nak buat pasal takut nanti stress. Tak nak buat pasal takut nanti tak menjadi. Bila nak belajar something new in life ni?"

tergerak hati nak belajar bisnes. tapi mrs pip tiada modal nak niaga apa. tapi pernah terbaca ada sorang adik ni, dia cerita dia laki bini dulu tak da modal berniaga, just buat dropship saja. katanya, kalau betul2 usaha, tak cepat putus asa, dan niat betul, insya allah boleh pergi jauh.

adik ni, time baca cerita dia (tak ingat baca kata mana, tapi ingatlah cerita adik ni), dorang laki bini dari buat dropship saja berjaya buka kedai sendiri. 

cerita adik ni boleh dijadikan contoh yang baik. kena berani, cekal, usaha, jangan cepat stress.

kebetulan ternampak kat status wasap rakan lama dia bisnes produk syampu dan dia sedang cari agen atau dropship yang nak join team dia. 

dan tergerak hati la wasap rakan lama tu, dan lepas dia explain, mrs pip rasa macam nak try la belajar berniaga dengan rakan lama ni.

mrs pip memang tak pandai nak jual produk, tak pandai marketing barang, tak pandai bisnes la pendek kata, tapi alhamdulillah rakan lama ni dia guide, dia  bagi semangat. orang berniaga ni tak boleh cepat putus asa. 

Cabar diri keluar dari comfort zone. Benda yang ndak pandai buat, segan mau buat bagi seorang Mrs Pip ialah berbisnes jual produk ... tapi alahai, sis terjebak jadi #kakijual ...
Semoga seorang Mrs Pip tabah mengharungi liku liku sebagai penjual produk Aura Hijab. - status FB mrs pip 31.10.19

mrs pip terus terang lah, waktu 1st share kat FB produk yang mrs pip jual tu, mak aiiii malu sangat. ndak biasa kan. mrs pip mana pandai buat ayat2 marketing, tapi rakan lama tu ajar, bagi tips, bagi panduan gitu, dan alhamdulillah now dah rasa ok la nak promote produk. rasa malu tu I tepis letak tepi elok elok. Bukan buat benda tak bagus pun ...

slowly, mrs pip keluar dari comfort zone. slowly nak majukan pemikiran yang selalu susah nak terima diri ni ada potensi kalau dicungkil. ekeke. 

Dan part nak travel tu, once anak anak dah besar, ada rezeki , insyaallah akan travel dengan anak anak, tapi part daki gunung tu, mrs pip still tak terfikir nak mendaki.

Anda pernah tak ada perasaan takut nak keluar dari comfort zone sendiri? Dan perkara apa yang anda risau nak buat, rasa tak selesa tapi berjaya juga buat akhirnya? 

yang tertanya tanya mrs pip ni jual apa. nak bagitau semua, mrs pip jual produk syampu aura hijab. mrs pip masih belajar bisnes, so mrs pip pilih untuk concentrate jual satu dua produk  sahaja supaya boleh fokus dengan lebih baik. 

aura hijab ni ada dua produk sahaja buat masa ni

πŸ€ Syampu Aura Hijab  
(90ml, 200ml, 350ml)
πŸ€ Hairbooster Aura Hijab (50ml)

aura hijab berkesan rawat  rambut gugur
Produk Aura Hijab

Syampu Rawatan Aura Hijab

* Rambut Gugur Kurang Sepantas 7 Hari Dan Rambut Kembali Lebat *

🌼 Bahan Utama 🌼

Gabungan Formulasi Khas Ramuan Untuk Rawatan Kulit Kepala Dan Rambut Gugur.

*Syampu Pertama Inspirasi Dari Teknologi Nano Korea*

✔Habbatus Sauda Oil
✔Ekstrak Buah Keras
✔Pati Daun Bidara
✔Karbo Minyak

Fungsi Syampu Aura Hijab:

πŸ’– Mengawal Rambut Gugur.
πŸ’– Melebatkan Rambut Yang Nipis.
πŸ’– Mengawal Kelemumur
πŸ’– Melembutkan Rambut
πŸ’– Hilangkan Rasa Gatal Gatal Di Kulit Kepala Gatal
πŸ’– Menghilangkan Bau Rambut Masam

Cara Guna Syampu Aura Hijab

✅Gunakan Syampu Aura Hijab Sehari Sekali
✅ Urutkan Lembut Dirambut Dan Kepala Untuk Nutrisi Meresap 3-5Minit
✅Bilas Menggunakan Air Suhu Bilik Hingga Bersih.

*Gunakan Aurahijab Hairbooster Mist Untuk Kesan Maksimum*
 ----------------------------

Hairbooster Mist Aura Hijab

Kombinasi 4 ramuan natural

🌿 Minyak Bidara
πŸ€ Minyak Jojoba
🌱 Minyak Tea Tree
πŸƒ Minyak Argan

Kebaikan Hairbooster Mist Aura Hijab:

✅ Menguatkan akar rambut (Strengthens Hair Roots)
✅ Menyihatkan rambut (Nourishes Hair)
✅ Membantu pertumbuhan rambut (Promotes Hair Growth)
✅ Anti kelemumur (Anti Dandruffs)
✅ Melembutkan rambut (Softens Hair)

Cara Penggunaan: 

Spray di kulit kepala dan rambut 2 kali sehari untuk kesan maksimum

aura hijab berkesan rawat  rambut gugur
Aura Hijab

Semoga lepas ni  lebih banyak potensi mrs pip yang mampu diserlahkan, dan berjaya berhadapan dengan cabaran. Sampai bila asyik risau tak nak kluar dari comfort zone kan?

have a nice day.

cheers.