Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari - MrsPip Dot Com

Wednesday, 16 October 2019

Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari

Menulis blog 20 minit setiap hari. Memiliki sebuah blog memerlukan pemiliknya untuk rajin menulis, meng-update atau mengemaskinikan blog tersebut. Namun, tidak semua pemilik blog mempunyai masa lapang untuk menulis blog setiap hari. Nah, apa perlunya anda memiliki blog kalau tiada masa untuk menyajikan artikel artikel terbaru atau menulis entry terkini? Oh ya, malas dan tiada masa kerana kesibukan urusan lain itu dua perkara berbeza. 

Kalau MALAS, maka berusahalah untuk merajinkan diri, tetapi kalau TIADA MASA, apa kata kita berusaha mencari masa untuk menulis walaupun barang sepuluh ke dua puluh minit setiap hari. 

Jadi, hari ini mrs pip ingin kongsikan sedikit idea tips menulis blog 20 minit setiap hari , semoga idea ini bermanfaat untuk semua, tidak kiralah sama ada anda malas, tiada masa, atau mungkin tiada idea bagaimana untuk mencari masa menulis, mungkin idea menulis blog 20 minit setiap hari boleh membantu anda.

tips pantas menulis blog 20 minit setiap hari
tips pantas menulis blog 20 minit setiap hari 

Baca sampai habis, kalau ada idea yang rasanya boleh ditambah, jangan segan segan untuk meninggalkan komen anda di ruang komen di bawah ok.

Tips Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari


Anda ingin menulis blog, tetapi tiada idea untuk menulis. Cuba fikirkan apa yang berlaku kepada anda dalam bulan tersebut, atau dalam minggu tersebut, atau dalam hari tersebut. 

Contohnya : Kasut tinggi aku patah ketika menuruni tangga

Ini boleh dijadikan cerita pendek. Tulislah tentang kasut tersebut, mungkin itu kasut kegemaran anda , mungkin itu kasut yang dihadiahkan oleh suami tercinta, atau kasut idaman yang anda beli setelah bersusah payah mengumpul duit hasil blogging misalnya.

Di mana kasut tu patah, mungkin time turun tangga ofis, turun tangga di stesen LRT, mungkin time anda sedang mengejar bas kerana lewat ke tempat kerja … ahhhh, hanya kerana gara gara sepasang kasut, banyak yang anda boleh cerita di blog.


Sebelum anda tidur, atau ketika menunggu train LRT, MRT dan sebagainya, anda boleh drafkan dulu cerita anda. Cuba berusaha peruntukkan masa paling minimum 20 MINIT setiap hari untuk menulis idea anda. 

mrs pip lebih senang menggunakan GOOGLE DOC ketika membuat draf blog. Senang untuk diEdit, diCUT, diCopy, dimasukkan sebarang link, sebarang gambar.

Dan lagi seronok, mudah untuk melihat WORD COUNT kerana target mrs pip setiap kali menulis blog, satu entry minimum 500 patah perkataan. Tetapi untuk entry singkat seperti berkongsi resepi mudah, sekitar 300patah perkataan sudah memadai bagi mrs pip. Jadi, terpulang kepada anda target patah perkataan yang anda ingin tulis.

Katakan anda ada IDEA menulis, tulislah dulu dalam bentuk POINT, jangan biarkan idea anda hilang di celah celah awan (hehehe) di bawa angin taufan.

PASTIKAN idea anda kekal di dalam ingatan anda dengan cara membuat POINT di dalam GOOGLE DOC atau di mana-mana template note untuk mendraf idea tersebut.

Anda mungkin pada waktu itu tidak punya banyak waktu untuk mengembangkan ayat-ayat anda , tidak mengapa … setiap hari , luangkan lagi 20 minit untuk kembangkan ayat-ayat anda sehingga menjadi artikel menarik untuk blog anda.

Setiap kali anda praktis menulis sekurang-kurangnya 20 minit, maka anda telah melatih diri anda untuk konsisten memberikan sedikit waktu untuk menulis , lama-lama ianya akan jadi kebiasaan. Praktis praktis praktis dengan kaedah ini untuk membantu anda menulis entry di blog.


Tidak semestinya PUBLISH entry setiap hari

Ya, anda tidak semestinya publish entry anda setiap hari. Anda luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari menDRAF cerita anda, mungkin selepas dua hari atau tiga hari, cerita yang anda draf telah siap, maka anda bolehlah PUBLISH entry tersebut. 

Lakukan hal sebegini sebagai rutin, dalam seminggu anda mungkin mampu menyediakan 2 entry, nah ini lebih baik berbanding anda tiada entry langsung.

Ada SIFU yang memberikan idea selain kekal konsisten menulis, entry boleh diPUBLISH pada hari-hari tertentu. Ini untuk membuatkan pembaca setia blog anda tahu pada hari apakah entry terbaru akan diPUBLISH.

Contohnya: 
Publish entry 2x seminggu, setiap hari Isnin dan Khamis, atau 3x seminggu l, setiap hari Isnin, Khamis dan Sabtu. 

Terpulang kepada anda. Pilihan masing-masing. Tapi ini hanya sebahagian daripada apa yang mrs pip pernah baca di blog sifu sifu blogger agar membiasakan entry diPUBLISH pada sekian-sekian hari dan dijadikan kebiasaan untuk pembaca tahu pada hari tersebut ada entry terbaru untuk menjadi tatapan mereka.


Tulis entry singkat.

Anda ingin publish entry pada hari berkenaan tetapi draf belun siap? Tulis entry singkat beserta gambar yang menarik seperti quote of the day, nasihat-nasihat menarik, life hacks, simple tips, short info, simple recipe, dan sebagainya.

chilled chocolate cheese cake
chilled chocolate cheese cake 

tulis resepi yang anda pernah buat pun ok juga, so ada sesiapa nak makan kek coklat cheese tanpa perlu dibakar di oven? hanya sejukkan sahaja di peti sejuk beberapa jam, dan anda sudah boleh memakan kek tersebut ...

nak resepi, hanya perlu klik resepi chilled chocolate cheese cake   πŸ˜‰

Tiada idea bagaimana untuk dapatkan idea menulis blog? Gunalah PINTEREST.

nice words for kids
Kredit: Rockitmama.com


Anda pasti akan mendapat banyak idea menarik di Pinterest. Anda ada Pinterest? Jom kita exchange follow2follow di Pinterest.

Follow akaun Pinterest mrs pip di 

Di Pinterest, mrs pip suka pin informasi yang berkaitan dengan parenting dan diet πŸ˜‰

Selain Pinterest, anda boleh mencari idea di Twitter atau Tumblr. Ramai yang retweet perkara menarik di Twitter, jadi kenapa tidak anda menulisnya di entry blog. Mudahkan.


Tulislah dengan gaya anda sendiri, jangan rasa tertekan. Blogging bukan untuk anda stress.

Anda melihat rakan-rakan blogger anda menulis dengan ayat-ayat yang panjang, skema, mengikut cara penulisan SEO, memasukkan keywords, dan sebagainya.

Jangan rasa tertekan. Biarkan saja mereka menulis cara mereka, dan anda menulis cara anda. Tiada salahnya menulis tanpa SEO, tanpa keywords kerana pada waktu ini, anda hanya ingin menulis sesuatu yang singkat, anda hanya ada masa 20 minit untuk menulis entry. 

Apabila anda sudah terbiasa menulis selalu, lambat laun anda pasti akan menulis sesuatu yang panjang, dan pada waktu itu, ambil sedikit masa untuk faham tentang SEO, keywords, SERP, dan lain lain lagi.

Anda suka menulis, jadi jangan stress sama sekali. Tulislah hal-hal yang menggembirakan anda. Apabila anda ada masa yang banyak di lain waktu, anda boleh pada bila-bila masa mengEDIT entry anda , menambah baik cerita anda, memasukkan keywords, menulis menggunakan rule of SEO, dan meREPUBLISH entry tersebut.

nice words for kids
tips menaikkan pageviews blog

sedikit selingan : mrs pip ada menulis entry tips menaikkan pageviews blog , jemputlah baca, semoga bermanfaat untuk semua.

Slowly but surely kalau anda berusaha untuk menulis entry blog, pasti blog anda akan meriah dengan cerita-cerita menarik. Pokok pangkalnya, jangan malas, jangan bagi alasan tiada masa padahal anda boleh saja memberikan 20 minit sehari untuk menulis / mendraf entry blog anda. 

Jadi bagimana pendapat anda mengenai tips 20 minit menulis blog setiap hari ini? Anda bersedia menyahut cabaran untuk menulis sesuatu setiap hari selama 20 minit? 


Ingat,

πŸ“ tak perlu publish entry setiap hari, hanya perlu drafkan dulu cerita anda. Apabila cerita dah siap, baru publish.

πŸ“tak perlu tulis panjang panjang pada peringkat awal. Cerita pendek, padat dan menarik sudah memadai, disertakan gambar yang berkaitan dengan entry tersebut.

πŸ“ usahalah menulis / mendraf cerita setiap hari, sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari, lama-lama anda terbiasa dan anda insya allah akan konsisten menulis. 

πŸ“ menulislah dengan hati yang gembira, setiap kita pasti ada cerita yang ingin kita kongsikan. Kongsilah cerita yang menarik dan bermanfaat. 

Siapa tahu, mungkin anda akan jadi the next top blogger kan. 

(mrs pip angan angan nak jadi macam Problogger ataupun Neil Patel. Walaupun seperti jauh langit dari bumi, tidak salah untuk berangan sambil menggali ilmu blogging)

Till then, xoxo.

Happy Blogging.

Cheers.

17 comments:

  1. Thanks for sharing Mrs.Pip. Bernas jugak idea ni. ^^

    ReplyDelete
  2. wah banyak ilmu dalam entri ni. hehe. saya memang akan pastikan setiap hari jenguk blog, blog sendiri, blog rakan-rakan. update cerita personal dan jugak artikel review. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya usaha juga blogwalking, tp sekarang ni masa agak terhad sejak ada anak kecil, hehe.

      Delete
  3. Terima kasih untuk perkongsian, Kak Pip. Boleh dipraktikkan supaya lebih konsisten dalam menulis entri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Jannah terus konsisten menulis entry.

      Delete
  4. Wow perkongsian yang berguna untuk LZ..
    Thank you Mrs. Pip..

    ReplyDelete
  5. nice sharing, mrs pip..insyaallah, boleh dipraktikkan..selalu idea datang time tgh tunggu lrt, dlm toilet..tapi malas nak note idea2 yang dh ada sebelum tu..bila buka pc, nak taip entry..blank...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, lepas ni try pula note kan idea2 tu time tunggu lrt.

      Delete
  6. Thanks for the tips tau... Liez ni memang agak mals nak on off lappy.. hp mmg kadang2 pegang klau tidak memang xboleh nak tgk kalau anak-anak ada.. hope Liez boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  7. eyaaa kalau menulis time stress bidak betul kejadiannya tu nanti. Up seja entri sembang kosong pun okay suda.

    ReplyDelete