Amin terkena air panas! Ini TIPS mudah merawat kulit melecur (ringan) - MrsPip Dot Com

Monday, 14 October 2019

Amin terkena air panas! Ini TIPS mudah merawat kulit melecur (ringan)

Tips mudah merawat kulit yang melecur (ringan). Malang tidak berbau, tiada siapa yang inginkan kemalangan di rumah, namun apakan daya, kecuaian disebabkan terkena air panas ketika ingin mandi menyebabkan dua jari kanan Amin melecur pada pagi Ahad 6 Oktober 2019. 

Gara-gara melecur, dua jari Amin menggelembung dan kulit jari menjadi sedikit kehitaman, dan Amin terpaksa bercuti daripada menghadiri sekolah.

tips mudah merawat kulit melecur
tips mudah merawat kulit melecur 

Ceritanya begini …

Pagi tu, mr.Husband siapkan breakfast. Jadi mrs pip pun ambil kesempatan untuk iron pakaian kerja mr.Husband dan pakaian sekolah Iman dan Amin.

Dan Amin beria-ia mau mandi awal, mungkin dia kurang selesa dengan badan dia yang agak panas kerana demam. Heater di bilik air dah lama rosak, so bila anak-anak nak mandi air suam, terpaksa jerang air dulu kemudian baru dicampur dengan air tadahan di dalam baldi dan selalunya kalau mrs pip yang siapkan air suam mandian anak-anak, mrs pip akan pastikan anak-anak MESTI berada di luar bilik mandi. 

Kena tunggu sampai air suam mandian mereka siap, baru boleh masuk bilik mandi. Ini STANDARD OPERATING PROCEDURES ya di rumah mrs pip wahai mak mak sekalian. Dah namanya bekas QAQC kan, so kalau boleh semuanya kena ada procedure.

TAPI, pagi itu …… boleh pula Amin berada dalam bilik mandi waktu daddy tuang air panas dan apa yang selalu mrs pip imaginasikan betul-betul berlaku pada pagi yang malang tu … Amin ntah macam mana pigi julur tangan dia kat air panas yg tengah di tuang tu! Allah …. Mmg bad day.

Dengar jak daddy bgtau tangan kena air panas, mrs pip buka peti sejuk dan vepat cepat ambil aloe vera gel dan sapu di jari Amin. nasib baik ada stok aloe vera gel… 

nampak merah merah jari Amin pada asalnya, dan esoknya kawasan melecur tu start mengelembung, dan demam Amin makin teruk, maka bawalah Amin pergi klinik, kebetulan Nami pun demam juga … 

muka femes kitorang di klinik,
setiap bulan ada saja anak yang sakit sampai doktor pun dah kenal 
"Kali ni siapa pula yang sakit?"

Doktor periksa tangan Amin, oklah katanya, kulit nampak cantik, tiada infection. Lepas itu, doktor beritahu bagaimana cara merawat kulit yang melecur dengan betul, dan harus berhati-hati agar kawasan melecur pulih cepat.

📌 Tips merawat kulit yang melecur 

adalah seperti berikut seperti apa yang disarankan doktor yang merawat Amin

✔ Cuci dengan air paip (alirkan air di kawasan melecur) 

✔ Keringkan dengan menganginkan (kipaskan) kawasan melecur tersebut 

✔ Apabila kawasan melecur sudah kering daripada air tadi, sapu aloe vera gel , ulang mengikut keperluan

✔ Jangan sesekali pecahkan cecair gelembung yang terbentuk akibat kesan melecur , biarkan cecair tersebut kecut dengan sendiri

✔ Sekiranya ada kulit kelihatan kekuningan , cuci kulit tersebut dan buang sisa sisa kekuningan tersebut , ini untuk mempercepatkan proses pemulihan kawasan lecuran

Jari Amin sedikit menggelembung pada hari ke-2, dan kulit jari terkoyak pada hari ke-3 gara-gara TERpijak oleh sepupu ketika dorang bermain. Hari ke-5 gelembung kelihatan mengecut.

Tidaklah susah mana pun untuk rawat kulit yang melecur ringan ini. Amin sendiri rajin sapu aloe vera gel, katanya jari tetasa agak pedih-pedih kalau tiada aloe vera gel, hurm.

Tapi hari itu Amin main dengan sepupu dia, entah macam mana sepupu dia TERpijak jari Amin dan perghh koyak sikit kulit jari sebelah … Amin menangis kesakitan, tapi nak buat macam mana , bukan sepupu dia sengaja. 

Antibiotic Cloxacillin Sodium
Antibiotic Cloxacillin Sodium

Dari cuti 3 hari , terpaksalah cuti seminggu tunggu jari dia betul betul dah kering dan berganti kulit baru. Doktor juga berikan Amin antibiotik , dan kena ambil setiap 6 jam, dan perlu dihabiskan dalam masa 7 hari ... nasib baiklah Amin ok minum antibiotik ni walaupun rasa dia kurang sedap sedikit, masin masin gitu.

jari Amin hari ini, 14.10.2019
Kulit dah cantik tukar baru

Kamu yang risau kalau kes melecur berlaku di rumah bolehlah guna cara merawat kawasan melecur seperti yang doktor tu bagitau. 

Dan elok sediakan aloe vera gel, letak saja dalam peti sejuk, standby saja kan , manatau tiba-tiba perlu pakai. 

rawat kulit melecur guna aloe vera gel
rawat kulit melecur guna aloe vera gel

Sebelum ini, mrs pip pernah review Aloe Vera Gel ini, so jemputlah baca >>> Kelebihan lain Aloe Vera Gel <<< semoga bermanfaat.

Sekarang ni, senang nak dapatkan aloe vera gel ni, cari saja kat drugstore, harga pun affordable.

Alhamdulillah, Amin dah sihat 
Jari dah ok, demam pun dah hilang
Seminggu cuti sekolah, hari ni dah boleh sekolah seperti biasa.

take care semua.

cheers.

5 comments:

  1. SOP yang baik dan bermanfaat untuk bila melecur

    ReplyDelete
  2. okey, take note..nasib mmg ada stok aloe vera kat rumah..mana la tau,kan..tetiba je kena macam Amin ni..

    ReplyDelete
  3. ammi dulu pernah kena air panas jugak..arwah ayah ambil aloe vera original dari pokok dan letak kat tangan dan badan yg kena. rasa sejuk tp busuklah. taktaulah busuk sebab kena lecur ke atau memang original aloe vera tu bau tak sedap.

    ReplyDelete
  4. Allah.. seram tengok tangan Amin..
    Perkongsian yang bagus mrs pip..
    Anak-anak nie perasaan ingin tahu dia kadang-kadang boleh menyebabkan kecederaan, kita yang mak ayah nie lah kena alert kan mrs pip..

    ReplyDelete