Cara mudah halang BOTS (tetamu tak diundang) masuk ke BLOG - MrsPip Dot Com

Wednesday, 9 October 2019

Cara mudah halang BOTS (tetamu tak diundang) masuk ke BLOG

Mungkin kerja BOTS bila blog kita didatangi pelawat dari SUSPICIOUS COUNTRY. mrs pip ada kongsikan hari itu blog mrs pip diserang Russia. Tertanya-tanya, apa yang orang Russia nak baca di blog mrs pip? Ni bukan kali pertama, sebelum tu Israel datang berjemaah. Adakah ini kerja HACKERS yang nak ceroboh blog mrs pip yang tidaklah sehebat mana pun, ada yang menyatakan itu kerja ROBOT. ok, ROBOT atau BOTS?

cara mudah halang bots tetamu tak diundang masuk ke blog
cara mudah halang bots tetamu tak diundang masuk ke blog

Apa itu BOT(s)? pencarian maklumat menemukan mrs pip dengan blog milik blogger Sherry yang memfokuskan mengenai Google Analytics, menulis di painlessbloganalytics.com dan salah satu entry yang ditulis Sherry ialah mengenai BOTS. 


BOTS termasuk spiders dan crawlers, merupakan non-human visitor yang datang melawat blog melalui laluan aplikasi software secara automated task-run 

(maaf, bahasa programer ni I is tak faham nak translate, harap korang faham la ya).

BOTS ada 2 jenis, iaitu BOTS yang baik, datang melawat blog mungkin untuk mengindeks kedudukan blog anda di Google Search, atau juga BOTS aggregator yang datang untuk mengumpulkan maklumat untuk laman web aggregator.

Tetapi, untuk BOTS yang datang dengan niat JAHAT, BOTS inilah yang harus kita ketepikan atau halang daripada memasuki blog kita, namun tidak semua BOTS jahat mampu ditepis. Antara percubaan BOTS jahat ialah untuk mengKLIK iklan dengan sengaja dan menyebabkan FRAUD pada klik tersebut. 

Mana-mana BOTS yang tidak didaftarkan di bawah Interactive Advertising Bureau’s International Spiders & Bots List akan ditepis keluar oleh Google dari memasuki blog anda. 

Sangat mudah untuk menghalang BOTS memasuki blog kita , selama ni tak tahu pun! 

Anda hanya perlu ikut langkah-langkah di bawah

📍Pergi ke akaun Google Analytics anda.
📍Cari tanda GEAR
📍Klik pada VIEW SETTING
📍Klik CHECK pada ruang BOT FILTERING
📍dan tekan Save

cara filter bots di google analytics
cara filter bots di google analytics

Lepas tu, serahkan pada Google untuk melaksanakan tugasnya menyaring BOTS jahat masuk ke blog anda (dan blog mrs pip juga).

happy blogging.

cheers.

8 comments:

  1. thanks Mrs Pip..dengan pantas ammi buat.

    ReplyDelete
  2. dah buat tadi lepas mrs pip share kat group fb..thank you for the info, mrs pip..tak tau pun ada BOTS ni..haha...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak pip. Kinah dah buat dah. Harap lepas ni kurang la kena BOTS kan kak pip

    ReplyDelete