MemBETULkan pada hal yang TERBIASA - MrsPip Dot Com

Wednesday, 21 August 2019

MemBETULkan pada hal yang TERBIASA

hi there, dalam urusan urusan tertentu, biasanya dalam majlis kenduri kendara, majlis kahwin, urusan kematian , ada hal yang macam ndak begitu kena caranya kan, lepas tu kalau kita tegur, nnt orang tua tua kita cakap kita ni menentang dorang pula, kita budak2 lagi, apa ja yg kita tau dorang bilang ... 

tapi mrs pip mmg kalau benda tu mrs pip tau mmg bukan kelaziman yang disarankan dalam agama, mmg try hard tak buat walaupun kena kecam ... mcm contohnya, ada masyarakat di sini akan hidupkan lilin di kubur sebelum masuk bulan puasa Ramadhan, so benda kita cakap kat mak jgn ikut, ni superstitious ni mak ... zaman nabi mana ada benda2 mcm ni ...


mrs jumpa info menarik utk dikongsi, info ni mrs pip dapat kat blog mama Yan, menarik utk dibaca, semoga bermanfaat , dan sama2 kita perbaiki amalan dan menambah ilmu .. Tq mama yan share ni kat blog ⤵⤵⤵

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah.

Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. 

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

kat tmpt mrs pip, mmg slalu mcm ni tau, asal ada yg meninggal, mesti nak buat kenduri 3 hari, 7 hari, 40 hari , 100 hari, bla bla bla ... dulu time budak2 kita ikut jak, tak tahu apa2 ... tapi dah besar sikit, ustazah ada bgtau amalan kenduri2 ikut hari ni bukan amalan agama Islam ...

waktu salah sorang makcik mrs pip ni meninggal, pakcik mrs pip iaitu suami kpd makcik.yg meninggal tu, dia tak buat kenduri2 ikut hari ni .. dia jawab simple jak, kenduri2 ikut hari tu tak wajib ... nak doakan makcik, doakan dia time lepas solat , atau bila2 kita rindu dia ... 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.

Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

haha, ni pun betul juga .... ada orang time dekat2 mau kawin dia kira jumlah jemputan sambil kira2 jumlah angpow yg dorang boleh collect, lepas tu cakap oooo nnt bolehlah bikin tolong cover blanja kawin ... aduh, ni tak ikhlas la kan kalau begini, kita jemput nak share happiness, bukan nak harap angpow whatsoever kan ...

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

ada yang macam ni? tak pa, next year boleh audit belanja rumah dibulan puasa ... 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, makad ibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

ada yang mampu kenduri kalah orang nak kawin!

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.

Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. 

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? 

Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

yang ni tak pernah pula dilalui ... rasanya ramai parents yg nak anak2 seimbang belajar akademik dan agama ...

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.

Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

jomlah kita berhias selalu walaupun belum sempat nak make up anak2 dah merengek, haha.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Zaman dulu sms dan email. Zaman sekarang tekan button share je. Lagi mudah.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. 

Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. 

Sabda Rasullullah SAW:
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

sumber: ⤵⤵⤵
http://www.aziankhalil.com/2019/08/betulkan-yang-biasabiasakan-yang-betul.html?m=1

lepas ni yang para isteri, jom wangi2 cantik2 kat rumah untuk husband masing masing  ... jap, perfume I mana, nak sembur satu badan ni 😉

mmg banyak kebiasaan yg kita buat tu menyimpang dari saranan Rasullullah kan ..

semoga perkongsian bermanfaat ...

cheers.

9 comments:

  1. Yang penting NIAT kan, apa kita buat berpegang pada niat dan tujuan, insyaAllah Allah Maha Menhetahuinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betulnya juga kan sis, niat tu penting, asalkan tak membebankan kita.

      Delete
  2. Betul, kesian bagi yang kurang mampu sebab nak menjaga air muka sanggup bergolok bergadai nak buat benda seperti kebiasaan orang buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena didik kaum keluarga kita mana yg betul ikut sunnah, mana yang tak betul , bukan ikut adat atau kebiasaan kan.

      Delete
  3. sy setuju entri k pip ni.. kenduri arwah sampai hari ke 7 memang menbebankan keluarga si mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpati pd keluarga yang meninggal, dorang pula dlm kesusahan bertambah lagi beban mau kenduri kendara.

      Delete
  4. Mudah2an jadi panduan dan peringatan buat kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga perkongsian bermanfaat utk semua.

      Delete
  5. teliti aida baca ni, mrspip.
    mengingatkan diri sendiri.
    byk yg kena betul kan daris semasa ke semasa, kan :)
    tq for sharing.

    ReplyDelete