Bahaya Smoke Candy Gula-Gula Ala VAPE Untuk Anak-Anak!

Bahaya Smoke Candy Gula-Gula Ala VAPE Untuk Kanak-Kanak! Femes gula-gula smoke candy berlegar-legar di ruangan wasap group. Memang kena ambil perhatian ni, lagi-lagi aku ada anak kecil yang belum faham tentang banyak perkara, dan kanak-kanak senang dipengaruhi akal fikirannya.

Smoke candy berdasarkan video yang dikongsi di group wasap, ialah gula-gula apabila masuk dalam mulut, boleh mengeluarkan asap seperti seseorang sedang hisap vape atau merokok.

bahaya smoke candy kepada anak-anak

Gula-Gula Bernitrogen


Kemungkinan gula-gula ini mengandungi nitrogen. 

Penggunaan nitrogen di dalam industri makanan bukan sesuatu yang asing, contoh paling senang ialah nitrogen di dalam aiskrim untuk penyejukan serta merta menjadi ais, dan juga memberikan tekstur berkabus bila kau makam ada asap yang keluar.

Jadi berbalik kepada cerita smoke candy ni, apa yang merisaukan ialah ianya mudah dibeli dan harga pun tak mahal.

TAPI, ianya seakan-akan meniru budaya merokok lagi-lagi apabila gula-gula smoke candy tu dibuat dalam bentuk rokok.

Budak budak memang sukalah benda-benda pelik macam ini. Bagi dorang ni something rare, something interesting, lagilah membuatkan kanak-kanak nak beli smoke candy ni. Macam rokok pun ya, macam vape pun ya, ini nak mengajar anak2 kecil kita merokok ke apa ni????


Bahaya Smoke Candy Gula-Gula Ala VAPE Untuk Anak-Anak!


Lepas tu tular juga video kanak-kanak yang sedang memakan smoke candy ni dan dorang happy. 

Well, kita memang nak anak-anak sentiasa happy, tapi dalam masa yang sama kita tak nak anak-anak kita meniru perbuatan yang memungkinkan mereka kelak cenderung melakukan hal yang tidak kita inginkan.

Seperti smoke candy ni macam ala-ala merokok, kita nak ke anak-anak kita kelak belajar merokok di awal usia? Mula-mula tu main-main tiru ada asap kluar mulut, esok-esok nanti mereka betul-betul pula merokok! Ini yang kita perlu berusaha mau elak.

Smoke candy ni kita tak mampu nak halang penjualannya, lagipun ni nampak mcm gula-gula biasa saja kan. 

Tapi dari sudut pandangan yang lain, it is not fun at all. Nmpak macam vape, nampak seperti budak-budak tu merokok pun ya juga.

bahaya smoke candy kepada anak-anak

Penting Untuk Ibubapa Ambil Tahu Apa Yang Anak-Anak Makan Minum Di Sekolah


Sebagai ibubapa, sama-sama kita pantau anak-anak kita. Bukan setakat aktiviti dalam sekolah, luar sekolah, bahkan apa yang anak-anak makan minum di luar pun kena pantau juga.

Nowadays, pelbagai cara anak-anak kita mudah terpengaruh. Dan sukar mau deny kan, bab-bab pengaruh negatif ni memang mudah sahaja anak anak tiru, jadi memang kena ambil berat hal anak-anak kita yang pada usia muda ni memang cepat terpengaruh.

Alhamdulillah guru-guru pun turut sama concern dengan anak-anak kita. 

Pentingnya ada two ways communication antara kita dan guru-guru sekolah anak-anak kita. 

Walaupun hakikatnya guru-guru mengajar di sekolah, tapi guru-guru inilah juga yang berusaha menjaga keselamatan anak-anak kita semasa dalam waktu persekolahan. 

Guru-guru inilah yang prihatin dengan anak-anak kita kan.

Kalau anak-anak yang di tadika, lagilah kena ambil berat semua aktiviti mereka. Walaupun mungkin tiada aktiviti jual beli di tadika, tapi manalah tahu ada kawan-kawan yang bawa gula-gula ni dan kongsi dengan anak kita kan.

Kawan sekelas tu pun kecil lagi, kot-kot dia dapat dari abang kakak dia. Jadi sama juga, kena pantau elok-elok makan minum anak-anak hatta sebiji gula-gula pun.

Diharap, smoke candy ni dilarang penjualannya di premis sekolah, dan tidak dibenarkan untuk dibawa ke sekolah sekiranya anak-anak beli di kedai luar

Kadang-kadang kita tak bagi pun anak-anak makan benda-benda junk food sebegni. Namun kawan-kawan pula yang baik hati belanja anak-anak kita. Dilemma kan.

Korang ada nampak tak smoke candy ni dijual kat tempat korang? Apa pendapat korang tentang smoke candy ni?

Mrs Pip,
Seorang mommy yang risau.

cheers.

Post a Comment

13 Comments

  1. Aduh, risaunya. Banyak betul cabaran zaman sekarang, pelbagai cara nak rosakkan anak-anak muda dan kanak-kanak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga allah melindungi anak2 kita semua .. Mmg risau kan.

      Delete
  2. risau juga. takut anak terjebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, mmg risau ... Kena doa banyak2 semoga anak2 kita sentiasa dilindungi Allah.

      Delete
  3. makin membimbangkan dugaan zaman skrg ni kan Mrs Pip. moga dijauhkanlah benda2 ni drpd keluarga, anak2, anak saudara kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiin ...

      Mmg mcm2 perkara membimbangkan .. Lagi2 skarang ni, pengaruh media sosial, cepat ja semua benda merebak.

      Delete
  4. so far, tempat aida lom nampak lagi ni, mrspip.
    tapi tak tau lah kan.
    nanti nak tanya dgn anak.
    aduhai, mcm menggalakkan budaya merokok, kan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kita nak elak part budaya merokok ni , nak bendung anak2 kita, tapi dah ada pula gula2 ala vape / rokok ni ..

      Delete
  5. Setakat ni saya tak dengar cerita pula tentang gula-gula smoke. Memang kena larang penjualannya. Sangat merisaukan ibu bapa yang ada anak kecil. Semoga keluarga kita dijauhkan daripada benda-benda macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg risau bah kak pip kalau2 ada jual di tmpt kak pip ni. Harap2 tiada.

      Delete
  6. aduh, risau skrg ni..macam2..setakat ni, saya tak penah jupe lagi smoke candy ni...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.