Resepi simple sayur labu tumis bersama taugeh dan telur - Mrs Pip Dot Com

Sunday, 28 July 2019

Resepi simple sayur labu tumis bersama taugeh dan telur

hi there, resepi simple sayur labu tumis bersama taugeh dan telur ... masak yang simple2, ndak banyak bahan mau guna, I like pasal mrs pip mmg bukan pakar memasak ... since masih ada lebihan labu kuning selepas buat bubur labu, maka eloklah masak labu ni buat sayur, mrs pip mmg suka makan sayur labu tumis, slalu layan tumis dengan ikan tausi  tapi tiada stok la pula ikan tausi ni , jadi masaklah dgn bahan2 yg ada dlm peti sejuk.

selain tumis tausi, boleh juga masak berkuah santan bersama ikan masin , letak cili padi bagi pedas2 gitew, tapi mrs pip kurang sikit masak labu berkuah santan ni, lebih prefer tumis ... 

adik angkat mrs pip cadangkan nextime kena cuba tumis bersama udang kering, cili padi, dan letak daun kunyit, katanya sedap ... so will try lah next time once ada stok udang kering ... cili padi dan daun kunyit boleh petik depan rumah saja ...

sedap atau tidak resepi sayur labu tumis bersama taugeh dan telur ni, terpulang tekak masing masing, tapi why not give it a try kan ... I is suka bereksperimentasi bila berada di dapur ❤


bahan bahannya:

nota: ni utk 2 hingga 3 orang makan 

● 1 mangkuk labu yang telah dihiris nipis ( jangan nipis sgt, nnt hancur time tumis, tapi jgn tebal sgt, nnt lambat pula nak lembut)
● 2 ulas bawang putih , dihiris halus
● 1 biji telur
●segenggam taugeh yang sudah dicuci, ditoskan airnya
● garam dan perasa secukupnya 

cara caranya:

●panaskan sesudu dua minyak masak , tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan telur , kacau2 telur sehingga telur masak sepenuhnya 
●masukkan labu kuning dan tumis bersama telur tadi , tumis labu sehingga labu kelihatan lembut ... boleh masukkan sedikit air ( 1/3 cawan air) utk melembutkan labu
●masukkan taugeh, dan kacau rata , masukkan garam dan perasa secukupnya ... mrs pip suka taugeh tu ada rasa crunchy2, so mmg tumis sekejap jak taugeh ni, kalau tumis lama nnt taugeh lembik la pula ... dah ngam sudah rasa semua, labu pun lembut, so bolehlah matikan api ...

kalau suka labu ni sedikit berkuah / berair , so boleh tambah sedikit air , tp mrs pip prefer labu ni just lembap2 gitew ...

cuba juga resepi >>>


yang tanya ikan tausi tu apa, boleh refer gambar di bawah, byk jual di supermarket ni... kalau guna ikan tausi ni, satu tin ni mrs pip slalu guna 1/3 saja sekali masak, tak guna habis , just guna sbg penambah rasa ...

lebihan ikan tausi tu, mrs pip guna bila nak masak next time ... boleh guna bila2 nak menumis sayur daun , atau tambah dlm nasi goreng ...


selamat mencuba.

cheers.

16 comments:

  1. Oh, ikan tausi tu dijual dalam tin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ... Kami panggil ni ikan tausi, tak tau la kalau tmpt lain panggil apa... Hehe.

      Delete
  2. Menarik resepi boleh cuba lepas ni. thanks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah kot2 sesuai kat tekak ema, hehe.

      Delete
  3. Replies
    1. Jom buat bubur labu tu, sedap n senang mau buat, hehe.

      Delete
  4. Tak pernah buat labu tumis. Sebab husband suka labu masak lemak tu jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula tak suka sgt yg masak lemak, so tumis sajalah.

      Delete
  5. Resepi yg sedap yg penting sihat 😊

    ReplyDelete
  6. Biasa jumpa yang buat masak lemak aje.

    ReplyDelete
  7. Pernah buat tumis labu sebab bosan asyik masak lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kalau asyik masak lemak, bosan pula.

      Delete
  8. ok, tak suka labu tapi menarik la resepi ni selalu jumpa orang buat masak lemak labu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, kot2 nak cuba makan labu, boleh try masak tumis.

      Delete