Resepi senang ayam masak merah

hi there, share kat korang resepi senang ayam masak merah bersama kentang ... ni lauk mrs pip berbuka puasa semalam,, puasa sunat bulan Syawal (puasa 6) .. semalam hari ke-5, so hari ni last day utk puasa 6, insya allah bertahan sampaibke petang puasanya ...

resepi ni mrs pip nampak kat blog fiezasani, resepi mak mertua katanya .. so nampak very the simple, dan kebetulan mrs pip baru saja selesai bersih dan packing ayam, so why not mencuba resepi senang kan ... 

cumanya, mrs pip tambahkan kentang dlm resepi ni, nyum nyum I like, dan mrs pip ubah sedikit resepi asal utk ikut kesesuaian mrs pip ...

resepi senang ayam masak merah
Resepi senang ayam masak merah

Bahan bahan (untuk seorang makan)

seketul paha ayam sederhana besar, dipotong tiga
sebiji kentang saiz kecil dipotong wedges nipis
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk lada
garam dan gula secukupnya
tepung kanji secukupnya
serbuk All Spice utk marinatekan ayam (boleh guna serbuk kunyit atau apa saja rempah kesukaan korang utk marinatekan ayam)
2 biji bawang merah**
2 biji bawang putih**
1 labu bawang besar saiz kecil**
** dihiris dan kemudian ditumbuk hingga separuh lumat atau lumat / diblender , ikut suka korang

resepi senang ayam masak merah
Resepi senang ayam masak merah

Cara membuatnya:

1. Perap ayam bersama garam , rempah All Spice / rempah pilihan korang dan salut dgn tepung kanji, dan goreng hingga keperangan / masak, ketepikan.

2. goreng kentang hingga keperangan / masak, ketepikan.

3. tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar yang telah ditumbuk / diblender, kemudian masukkan sesudu kicap , gaul dan masukkan sos cili , sos tomato dan serbuk lada ... nak lagi pedas, boleh tambah cili api ... gaul sebati dan seimbangkan rasa dengan memasukkan garam dan gula

4. masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu tadi, dan gaul hingga sos merah rata ke semua bahagian ayam dan kentang

5. dah siap! sedia untuk dihidang ...

senang kan nak buat ...


nak resepi asal dapur fiezasani, boleh 

apapun , tq fieza bagi idea kat mrs pip utk masak ayam masak merah , mmg sedap !

selamat mencuba.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

8 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.