Resepi ayam masak mayones bersama kentang - MrsPip Dot Com

Monday, 24 June 2019

Resepi ayam masak mayones bersama kentang

hi there, update resepi hari ni , resepi ayam masak mayones bersama kentang .... resepi ni simple saja nak buat ... bahan bahan yang digunakan pun tak banyak, that's so me when comes to cooking, only cook the easy peasy menu , hehe.

Resepi ayam mayones bersama kentang

bahan bahan ( hidangan utk 2 org)

  • 2 biji kentang, dipotong wedges, jgn terlalu tebal
  • 1 ketul ayam paha pinggul (terpulang korang nak guna ayam bahagian mana)
  • 1 biji bawang besar dihiris halus atau dadu
  • beberapa helai daun kari / daun sup / daun bawang (mrs pip prefer daun kari)
  • mayones secukupnya
  • garam secukupnya
  • tepung kanji secukupnya
  • mixed herbs (optional)
  • perasa ( sos tiram / pati ayam kiub / etc )


Resepi ayam mayones bersama kentang

cara membuatnya

1. Goreng kentang terlebih dahulu sehingga sedikit keperangan / sedikit garing / masak , ketepikan

2. potong ayam kepada beberapa bahagian, marinate bersama garam dan mixed herbs, gaul rata dan salut dengan tepung kanji, kemudian goreng ayam sehingga sedikit garing / masak, ketepikan

3. di dalam kuali lain, dgn api sederhana besar, panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga sedikit perang, masukkan mayones secukupnya ( mrs pip guna 3 sudu besar mayo) , gaul seketika, kemudian masukkan 1 gelas air , gaul seketika, dan masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng tadi ke dalam mayones yg telah dipanaskan, dan gaul sebati 

4. tambah bahan perasa seperti sos tiram, garam, atau pati ayam ( terpulang kepada citarasa anda), dan kacau hingga campuran mayo kelihatan pekat ( guna api kecil coz kita nak pastikan ayam n kentang masak secukupnya ketika sudah mayo kelihatan pekat) ... 

5. Dah siap! Matikan api dan masukkan daun kari utk menaikkan rasa dan gaul.

6. Siap utk dihidang.

Ni versi ayam mayones tidak pedas, tiada sayur becoz anak2 tak nak makan pedas or sayur, sob sob ..

korang boleh tambah lada traffic light kalau suka, or lada besar, or cili dan brokoli dlm masakan ni utk lebih rasa ... kreativiti bergantung kpd citarasa masing masing ...

apapun, yum yum, jomlah makan , enak makan bersama fragrant rice versi mrs pip >>> resepi mudah fragrant rice sedap , sudi sudi sudi lah klik ok ...

selamat mencuba.

cheers.

12 comments:

  1. mudah saja tu caranya dan nampak sedap pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, resepi simple2 saja ni, senang nak buat.

      Delete
  2. Resepi yang mudah tapi sedap😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak anak suka mkn ayam mayo, pip pula suka kentang..

      Delete
  3. aduh terlioq tengok ayam masak masyones mrs pip hehehe

    ReplyDelete
  4. nmpk sedap tu, tmbh2 ada mayones..boleh cuba resipi ni..very da simple...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 suka makan mayo, ni yg buat ayam masak mayo ni...

      Delete
  5. sedap anak-anak makan ni.
    lemak manis.
    makan gitu aje pun ok, kan.
    tak perlu nasi.
    sebab ada kentang.

    ReplyDelete
  6. Wah.. menarik resepi yang mrs pip kongsikan ini..

    ReplyDelete