June 2019 - MrsPip Dot Com

Friday, 28 June 2019

Kehebatan zikir SUBHANALLAH WABIHAMDIH

June 28, 2019 8
Kehebatan zikir SUBHANALLAH WABIHAMDIH
hi there, Salam Jumaat , semoga hari ini hari yang membahagiakan kita semua , dan semoga dipermudahkan segala urusan kita ... 

dan hari ini, 28 Jun 2019, Iman akan melalui prosedur membuang semua gigi susu dia ... ni cerita lama mengenai masalah gigi susu Iman, dan selepas dua kali tukar temujanji, insya allah hari ni prosedur akan dijalankan ... 

hari ni nak share sedikit ilmu yang mrs pip terbaca ,  mudah mudahan kalau diamalkan , dengan izin Allah SWT maka gugurlah dosa dosa kita ... amin



Barangsiapa mengucap SUBHANALLAH WABIHAMDIH seratus kali setiap hari, maka gugurlah semua dosanya walaupun sebanyak buih di lautan 

Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

jom amalkan setiap hari.

semoga perkongsian ini bermanfaat.

cheers.

Thursday, 27 June 2019

Song Joong Ki dan Song Hye Ko cerai!

June 27, 2019 17
Song Joong Ki dan Song Hye Ko cerai!
hi there, wahhhhh sedih I tau, sobs sobs ... dorang baru juga kawin 2017, punya happy bila dpt tau dorg kawin, tup tup dah nak cerai , dah failkan perceraian gitew ... Oh no my SONG-SONG couple ... 

aku baca part JoongKi confirmed dah hantar permohonan cerai, dan HyeKo bgtau perceraian ni dia dah fikir panjang dan ini yg terbaik ... 


memang few months back ada la terbaca ada rumors SONGSONG couple ni nak cerai, tapi tu rumors jak kan .. rupa rupanya mmg betul dorang nak bercerai ...

dah lah aku ni suka kat dorang berdua, nampak serasi gitew ... sebab sebab dorang bercerai tu tidaklah dinyatakan , tapi khabar angin bertiup kononnya disebabkan CURANG ... hurm :((

apapun, all the best for both of them ... siapa ada link online drama BOYFRIEND lakonan HyeKo, sudi sudi lah share ... 

saranghae JoongKi and HyeKo ... 

sumber:

cheers.

Wednesday, 26 June 2019

Nami Heavenlee || Jurnal 10 bulan

June 26, 2019 11
Nami Heavenlee || Jurnal 10 bulan
hi there, bulan Jun, 20hb, maka genaplah umur baby Nami 10bulan ... makin besar makin banyak manja dgn mommy ... asal mommy hilang dipandangan baby, mulalah baby nangis cari mommy ... 


bulan Mei till June juga bulan agak mencabar jaga baby Nami coz dia asyik demam saja ... now baby dah semakin sihat, mood makan pun dah ok, dah aktif pusing rumah, habis semua benda mau masuk mulut ...

dan baby dah ada TIGA BATANG GIGI ... dua batang di bawah, satu batang gigi di atas ... and his new hobby ialah, MENGGIGIT kitorang , mentang2 ada gigi kan ... 

right after the blood test // 18.06.19

hari tu buat test blood hepatitis B dan prolong fever, tp results still belum ada , so still waiting and hopefully semuanya baik2 saja , dan berat baby masih 7.5kg pada usia 10bulan ... hope next month, berat baby ada peningkatan ... 

baby juga since few weeks ago suka berdiri sambil berpaut di dinding, meja atau kerusi ... tapi spot paling dia suka ialah di meja Iman n Amin coz slalu abang2 dia ni akan letak mainan atas meja, so pantang nampak barang atas meja, mesti baby Nami akan ambil dan campakkan semua ke lantai ... sob sob, penat mommy mengemas tau ...

My happy pill & BFF // 24.06.19

baby Nami juga suka tau rebut makanan mommy ... asal mommy pegang makanan di tangan, dia tarik tangan mommy masuk mulut dia ... haha, nak makan lah tu ... nowadays, mrs pip add more fruits for his snack time ... fav dia makan buah betik dan epal ...

and very alhamdulillah, baby Nami dah serasi dengan bubur nasi, no more constipation, so mrs pip dah discontinue  baby Nami makan oat with kurma daily, hanya once in a while saja bagi dia makan oat ni ... 

moga baby Nami membesar dengan sihat, saranghae!

cheers.

Tuesday, 25 June 2019

Resepi senang ayam masak merah

June 25, 2019 8
Resepi senang ayam masak merah
hi there, share kat korang resepi senang ayam masak merah bersama kentang ... ni lauk mrs pip berbuka puasa semalam,, puasa sunat bulan Syawal (puasa 6) .. semalam hari ke-5, so hari ni last day utk puasa 6, insya allah bertahan sampaibke petang puasanya ...

resepi ni mrs pip nampak kat blog fiezasani, resepi mak mertua katanya .. so nampak very the simple, dan kebetulan mrs pip baru saja selesai bersih dan packing ayam, so why not mencuba resepi senang kan ... 

cumanya, mrs pip tambahkan kentang dlm resepi ni, nyum nyum I like, dan mrs pip ubah sedikit resepi asal utk ikut kesesuaian mrs pip ...

Resepi senang ayam masak merah

Bahan bahan (untuk seorang makan)

seketul paha ayam sederhana besar, dipotong tiga
sebiji kentang saiz kecil dipotong wedges nipis
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk lada
garam dan gula secukupnya
tepung kanji secukupnya
serbuk All Spice utk marinatekan ayam (boleh guna serbuk kunyit atau apa saja rempah kesukaan korang utk marinatekan ayam)
2 biji bawang merah**
2 biji bawang putih**
1 labu bawang besar saiz kecil**
** dihiris dan kemudian ditumbuk hingga separuh lumat atau lumat / diblender , ikut suka korang

Resepi senang ayam masak merah

Cara membuatnya:

1. Perap ayam bersama garam , rempah All Spice / rempah pilihan korang dan salut dgn tepung kanji, dan goreng hingga keperangan / masak, ketepikan.

2. goreng kentang hingga keperangan / masak, ketepikan.

3. tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar yang telah ditumbuk / diblender, kemudian masukkan sesudu kicap , gaul dan masukkan sos cili , sos tomato dan serbuk lada ... nak lagi pedas, boleh tambah cili api ... gaul sebati dan seimbangkan rasa dengan memasukkan garam dan gula

4. masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu tadi, dan gaul hingga sos merah rata ke semua bahagian ayam dan kentang

5. dah siap! sedia untuk dihidang ...

senang kan nak buat ...


nak resepi asal dapur fiezasani, boleh 

apapun , tq fieza bagi idea kat mrs pip utk masak ayam masak merah , mmg sedap !

selamat mencuba.

cheers.

Monday, 24 June 2019

Resepi ayam masak mayones bersama kentang

June 24, 2019 12
Resepi ayam masak mayones bersama kentang
hi there, update resepi hari ni , resepi ayam masak mayones bersama kentang .... resepi ni simple saja nak buat ... bahan bahan yang digunakan pun tak banyak, that's so me when comes to cooking, only cook the easy peasy menu , hehe.

Resepi ayam mayones bersama kentang

bahan bahan ( hidangan utk 2 org)

  • 2 biji kentang, dipotong wedges, jgn terlalu tebal
  • 1 ketul ayam paha pinggul (terpulang korang nak guna ayam bahagian mana)
  • 1 biji bawang besar dihiris halus atau dadu
  • beberapa helai daun kari / daun sup / daun bawang (mrs pip prefer daun kari)
  • mayones secukupnya
  • garam secukupnya
  • tepung kanji secukupnya
  • mixed herbs (optional)
  • perasa ( sos tiram / pati ayam kiub / etc )


Resepi ayam mayones bersama kentang

cara membuatnya

1. Goreng kentang terlebih dahulu sehingga sedikit keperangan / sedikit garing / masak , ketepikan

2. potong ayam kepada beberapa bahagian, marinate bersama garam dan mixed herbs, gaul rata dan salut dengan tepung kanji, kemudian goreng ayam sehingga sedikit garing / masak, ketepikan

3. di dalam kuali lain, dgn api sederhana besar, panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga sedikit perang, masukkan mayones secukupnya ( mrs pip guna 3 sudu besar mayo) , gaul seketika, kemudian masukkan 1 gelas air , gaul seketika, dan masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng tadi ke dalam mayones yg telah dipanaskan, dan gaul sebati 

4. tambah bahan perasa seperti sos tiram, garam, atau pati ayam ( terpulang kepada citarasa anda), dan kacau hingga campuran mayo kelihatan pekat ( guna api kecil coz kita nak pastikan ayam n kentang masak secukupnya ketika sudah mayo kelihatan pekat) ... 

5. Dah siap! Matikan api dan masukkan daun kari utk menaikkan rasa dan gaul.

6. Siap utk dihidang.

Ni versi ayam mayones tidak pedas, tiada sayur becoz anak2 tak nak makan pedas or sayur, sob sob ..

korang boleh tambah lada traffic light kalau suka, or lada besar, or cili dan brokoli dlm masakan ni utk lebih rasa ... kreativiti bergantung kpd citarasa masing masing ...

apapun, yum yum, jomlah makan , enak makan bersama fragrant rice versi mrs pip >>> resepi mudah fragrant rice sedap , sudi sudi sudi lah klik ok ...

selamat mencuba.

cheers.

Saturday, 22 June 2019

Resepi simple FRAGRANT RICE sedap

June 22, 2019 9
Resepi simple FRAGRANT RICE sedap
hi there, sesekali tukar selera makan nasi wangi , mrs pip buat fragrant rice ni bila anak anak kurang sikit mood makan nasi ... Iman la yg selalu hilang mood makan nasi, asyik2 makan bread saja ...

fragrant rice ni lebih kurang la mcm the chicken rice tu, tapi ni versi mrs pip, a bit light rasanya ...

nak buat fragrant rice ni pun senang saja ... sesuai disajikan dengan apa saja jenis lauk ... even with the simplest ayam goreng pun ok ...

Fragrant rice bersama sosej dan tempe goreng masak kicap

jomlah tengok bahan bahan dan cara membuat fragrant rice versi mrs pip ni ...

4 gelas beras
2 ulas besar bawang putih
1 biji halia sebesar ibu jari
1 sudu besar planta
1/2 kiub pati ayam (kalau nak guna 1 kiub pun ok)
air secukupnya

basuh beras seperti biasa sehingga bersih, dan masukkan air secukupnya ... sukat air sesuai dengan kadar 4 gelas nasi

masukkan halia yang diketuk, planta dan kiub pati ayam ke dalam beras

goreng bawang putih dengan sedikit minyak sehingga keluar bau dan hangus sedikit kemudian masukkan bawang putih tersebut ke dalam beras bersama minyak yng digunakan untuk memggoreng bawang putih tersebut

tanak nasi dan ketika nasi separuh masak, gaul sebati semua bahan di dalam beras dan tanak sehingga beras masak menjadi nasi

tada, siap pun fragrant rice tu ..

Fragrant rice bersama ayam goreng rangup dengan thai sauce sedap

sedia dihidang bersama lauk kegemaran korang ... 

Thursday, 20 June 2019

Bahagiakanlah isteri, semoga rezeki terdampar luas

June 20, 2019 7
Bahagiakanlah isteri, semoga rezeki terdampar luas
hi there, rezeki Allah itu maha luas, namun ada masanya kita rasa kenapa rezeki ini sempit sangat, di mana silapnya? 

kadang kadang, yang buat rezeki kita sempit (bagi yg sudah berumahtangga), adalah kerana hubungan kita dgn pasangan kita ... 

untuk para suami, bahagiakanlah isteri kamu ... mungkin isteri kamu bukan yang utama bagi kamu kerana ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua adalah lebih utama kedudukannya yang perlu diutamakan , kemudian barulah isteriisteriisteriisteri dan anak anak kamu, tapi tetap sahaja kamu perlu menjaga rasa bahagia isteri kamu ...

apapun yang para suami lakukan, jaga hati isteri sebaiknya, lagi2 emosinya kerana hati seorang isteri yang terganggu, mungkin sahaja akan membuatkannya tidak aman sepanjang waktu ... padahal, isteri inilah yang berkorban melakukan tugas2 rumahtangga setiap hari tanpa meminta ganjaran atau pujian, kerana dia ikhlas semuanya demi Allah ...

isteri itu, yang selalu mendampingi hati para suami, kasihlah dia dengan tulus ... dan apa juga permasalahan, bicara dan musyawarah dgn isteri ... 

semoga rezeki kamu makin luas wahai para suami di luar sana ... pimpin hati isteri kamu untuk sentiasa rasa damai ..



bagaimana buat isteri bahagia? salah satu cara mudah ialah bersedekahlah kepada isteri kamu ... jangan kedekut ...

dan sedekah itu ada banyak cara ... bukan wang ringgit semata mata ... imamkan solatnya itu sedekah, senyum padanya itu sedekah, memberikannya makan minum pakaian dan tempat tinggal yang mendamaikan hati sang isteri itu sedekah, mengajarnya membuat kebaikan dan melarangnya membawang mengumpat itu sedekah ... dan byk cara lagi kan ...

semoga kita sang isteri, sentiasa mendoakan kebaikan untuk suami masing masing ... semoga till jannah bersama pasangan dan anak anak kita ...

love.

cheers.

Tuesday, 18 June 2019

Amin Johansen katakan NO to holding hands!

June 18, 2019 7
Amin Johansen katakan NO to holding hands!
hi there, letak gambar ni di blog, kenangan bila anak anak dah tua nanti ... ni cerita Amin yang alergik kalau Iman pegang tangan dia ... wakaka ...

mrs pip suka betul tengok bila adik beradik bermesra sopan santun manja manja gitew ... lepas tu I layan Kdrama dan seangkatan dengannya, so mesti korang tau pasal #bromance dan #skinship kan , kalau between kengkawan lelaki, sentuh2 pegang tangan , hugging, laga laga pipi tu mcm benda biasa kan bg dorang, lepas tu nampak mesra gitew ...

so, mrs pip kononnya berharap Iman n Amin pun jenis close to each other boleh laga laga pipi, wakaka bukan main mommy punya angan angan kan .. tetapi, malangnya Amin kalau kau suruh dia pegang tangan Iman, alergik dia tahap langit petala ketujuh kot!

mcm Iman, dia relax ja cium pipi Amin, hug Amin, sayang Amin gitew (walaupun slalu gaduh dgn si Amin), tapi Amin mmg TAKKAN mau kalau Iman manja2 kat dia ... hiks ... Amin ni, dia cuma akan dekat dgn Iman bila ada bunyi guruh berdentum , atau blackout waktu malam, atau mommy mau rotan dia ... eiiii .... 

hari tu sajalah mommy kacau2 Amin, suruh Iman pegang tangan dia before dorang pergi sekolah, mommy mau ambil gambar since hari tu dorang pakai baju melayu pergi sekolah utk jamuan raya ...

muka si Amin, haha annoyed betul dia bila Iman pegang tangan dia bah ...


amin oh amin! tinguk tu muka si Amin ...


ni pula muka happy Amin yg bebas dari Iman 😜 ... nanti sudah besar  , moments mcm ni juga yg kamu ingat tu nanti ... 

cepatnya kamu besar, rasa mcm baru juga mommy masuk labour room beranakkan kamurang ... 

love you two.

cheers.

Review eye cream MILKY DRESS; whitening and wrinkles go away

June 18, 2019 3
Review eye cream MILKY DRESS; whitening and wrinkles go away
hi there, agak lama tidak bersiaran selepas raya ... hari ni ada sedikit kelapangan , so dapatlah update blog ... kalau tak, bersawang weh blog mrs pip nanti ... jomlah baca review eye cream milky dress wrinkle and whitening ...


produk eye cream jenama milky dress ni , mrs pip beli di laman web Althea beberapa bulan lepas ... tapi ketika artikel ni ditulis, produk tersebut sudah tidak kelihatan di laman web althea, so no product link could be provided here ... 

satu tiub kecil ni 15ml, berharga RM19.00 sahaja ... yang ingin mencuba produk ni, maybe boleh cari di beauty website yang lain seperti HERMO ok ... 


nama pun dah whitening and wrinkles eye cream, jadi no string attached , memang fungsi eye cream ni ialah untuk memutihkan bahagian bawah mata akibat lingkaran gelap, dan juga menghilangkan garis garis sekitar kawasan mata ...

mrs pip dah guna eye cream milky dress ni sejak Januari lalu dan still guna sehingga hari ni ... selalunya guna sebelah malam, tapi eye cream ni boleh digunakan pda waktu siang mahupun malam ... so ikut suka korang nak guna bila ... nak guna 2x sehari pagi malam pun hokey ...

antara fungsi eye cream milky dress ni yg mrs pip baca online ialah :
  • memutihkan
  • membantu meningkatkan elasticity kulit
  • membekalkan nutrien kepada kulit mata
  • melembapkan kawasan kulit mata
  • menyeimbangkan air dan minyak pada kulit 


tekstur eye cream ni , bagi pendapat mrs pip ialah ianya bertekstur cair, watery gitew ... bukan jenis krim pekat ... 

apa yang mrs pip suka mengenai watery texture tu, ianya mudah disapu pada kulit, senang meresap dan hanya perlukan dua tiga dot kecil sahaja untuk setiap kali sapuan ... 

ianya juga mempunyai bau yang menyenangkan, aromanya sedikit wangi dan menyegarkan.

adakah eye cream milky dress ni mampu memutihkan lingkaran gelap dan sekaligus menghilangkan garis halus pada kawasan sapuan / sekitar mata?

ni review selepas mrs pip menggunakan eye cream ni ok, apapun results mungkin berbeza dgn korang kerana faktor lain perlu diambilkira seperti gaya hidup dan usia 😁

eye cream milky dress ni dengan penggunaan yg berterusan mampu memutihkan bahagian bawah mata / mampu menghilangkan lingkaran gelap pada bahagian mata mrs pip ... jadi , bab ni mmg mrs pip HAPPY sangat ...

eye cream ni juga membantu melembapkan kawasan sapuan, so it hydrates the eye skin areas ... 

tapi bab wrinkles garis garis halus tu , tak begitu berkesan sangat ... maybe kerana faktor usia ... well, I am 4 series hokey, so wrinkles memang dah start berleluasa di sekitar kulit muka, termasuklah di kawasan sekitar mata ... 

maybe kalau korang yg nak jaga bab2 garis2 halus ni, need to start when you are coming into 3 series la kot ... jgn tunggu 4 series baru nak jaga garis2 halus ni ...

apapun, worth my money beli eye cream ni coz mrs pip mmg nak lingkaran gelap di bawah mata pudar dan eye cream ni berjaya melakukannya ...

yeah! 

stay beauty everyone, and thanks for reading, xoxo.

cheers.

Thursday, 13 June 2019

Our Raya 2019

June 13, 2019 17
Our Raya 2019
hi there, raya dah seminggu berlalu, baru ada kesempatan nak up cerita raya mrs pip yang tak berapa nak raya sangat tahun ni ...

persediaan raya as usual, secara sederhana saja ... pakaian raya mmg dah ready since bulan Febuari hari tu ... so bab baju mmg settle awal setiap tahun ... Alhamdulillah...

Raya sedondon warna dustyblue

bab biskut raya, ni mr.Husband punya part, mrs pip mmg tak boleh commit nak buat biskut since ada baby , so buat mana yg mampu saja, tapi memandangkan mr.Husband akun mau buat , jadi kontrak biskut raya diberikan terus selama 5 tahun sejak tahun lepas, kikiki ... Bertabahlah ya incik suami buat biskut sorang2 ...

Biskut raya by incik suami

baby Nami sakit agak panjang, bermula sebelum raya sehinggalah raya ... mood sbg seorg mommy bila anak sakit, mmg down ... baby Nami sakit kali ni, dia sangat merengek, dgn mr.Husband pun dia ndak mau dijaga, asyik mau mommy yg dukung dan kalau boleh nami langsung tak mau berenggang dgn mommy ...

Raya pertama -
baby nami sakit , asyik nak berkepit dgn mommy

raya pertama, makan2 dgn famili ... tak ambil gambar pun, just berkepit dgn baby Nami ... nasib baik ada baby carrier, so senang sikit nak gendong baby ... penat letih gendong baby tak kisah, as long as baby Nami selesa tak nangis dan tidur nyenyak dalam gendongan ...

Raya ke2 - Gambar berlima yang paling cun
try lagi tahun depan

raya kedua, visit family lain ... dari pagi sampai ke malam ... hujan lebat pula sebelah petang ... jalan agak jammed , boleh tahan la juga kesabaran meredah sesak lalulintas ni ...


raya kedua, pakai sedondon gitew .. tema warna dusty blue ... tapi mau ambil gambar satu keluarga, banyakkkk punya susah ... ada jak yg ndak ready ...

Geng daddy

Minta maaf sesama dorang,
kejap kawan kejap gaduh

ok, kena mengaku anak anak bukan jenis kaki posing suka layan mommy ambil gambar banyak2 ... so that's it la no proper family photo ... tak pa, hope 10 tahun akan dtg, korang dah reti nak posing2, time tu anak2 mommy jadi photographer ok, mommy standby ja jadi model 😜

BFF - Fran dtg melawat

raya ketiga , ingat nak jalan lagi, tapi tetiba BFF yang lama sgt tak jumpa  bgtau dia nak dtg lawat mrs pip, so jomlah kita buat makan makan jemput sahabat dtg melawat, I am truly happy !

BFF Fran , jumpa time buka puasa 2 tahun lepas ... eh, 2 tahun kalau kau tak jumpa BFF, mmg rasa lama mcm 10 tahun tak jumpa kan ...

Highschool classmates - left to right >>>
Josephine, Masnah, Fran the uni BFF, yours truly and NorZiah

lepas tu old classmates secondary school pun join the club dtg melawat , yg ni serius lama gila ndak jumpa, 10 years ndak jumpa dorang ... since dah ada group wasap, so lepas ni senang nak contact2, bolehlah sesekali lepak2 minum teh tarik ...

Childhood friend >>> Hazlenah 

then, my childhood friend pun dtg beraya ... ni pun lama ndak jumpa, more than 10 years juga baru jumpa ... rindu betul dgn kawan sorang ni ...

nama Hazlenah, tapi kitorang semua panggil dia Alen ... ni childhood friend, pergi sekolah rendah yg sama tapi lain kelas ... pergi sekolah menengah yg berbeza tapi still remain friends ... lepas tu masuk uni pun berbeza, tapi time mrs pip study di Subang, bila cuti2 Alen dtg lepak apartment mrs pip sewa ... rindu zaman remaja , hehe.

time Alen dtg, Fran n kawan2 lain dah balik ... Alen n Fran pun kenal each other coz Fran was my roommate time college ... Alen dtg beraya dgn her husband n kids together dgn sister dia si Norzainah  ...

thanks Allah, temukan aku dgn mereka ... lama tak jumpa, tapi the friendship still there, character still the same , mcm dulu juga, once bercerita, non stop betul ... thanks korang, sanggup dtg jauh, meredah hujan dtg ke tempat mrs pip, really appreciate that .. semoga Allah jaga persahabatan kita dan bertemu lagi kelak, amin.

tengah tunggu giliran >>>  Nami di klinik Dr. Shuba

raya keempat, no more raya dah ... bawa baby Nami pergi klinik ... doktor bgtau baby Nami ada slight pneumonia ... huhu, so jomlah makan ubat ya baby, semoga cepat sembuh ...

raya kelima, mommy pula cirit birit n muntah muntah ... tak tau salah makan apa, mrs pip sorang ja yg kena, family member semua sihat .. dah Allah nak bg sakit, kita bersangka baik sajalah ya ...


dan puasa kali ini, berjaya turun berat sebanyak 4.6kg , dan last timbang sebelum raya ialah 57.1kg ... lepas ni diet diteruskan untuk capai berat 55kg dan target utk inchloss juga ...

raya korang mcm mana ?

cheers.

Tuesday, 4 June 2019

Selamat Hari Raya 2019

June 04, 2019 32
Selamat Hari Raya 2019
hi there, hari ni last day puasa ... wah, mesti meriah raya korang? dah ada yg bakar lemang, anyam ketupat bagai? raya mrs pip biasa2 saja mcm tahun2 lalu,  moreover baby Nami demam bah, so mood raya mmg ke laut nampak gayanya ...


mrs pip nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kat semua readers blog mrs pip, semoga raya korang tahun ni raya yang happy dan membahagiakan ...

Sungguh cantik si rama-rama,Hinggap seekor di depan mata,Kini syawal telah menjelma,Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

raya tu raya juga, tapi take care tau ... jaga kesihatan ... sekarang ni cuaca agak panas, so make sure tak dehidrasi, dan pakai pakaian yang selesa nak pergi beraya ... 

kirim salam kat biskut2 raya, kek raya, ketupat dan lemang ... haha, I is on diet, so tak dpt nak makan banyak2 semua ni ... 

puasa kali ni berjaya hilang 4.6kg , very happy dgn result diet puasa ... tapi still far away lagi nak kejar target turunkan berat badan ni ... berat sekarang dah 57.1kg , so #roadto57kg accomplished ... now #roadto55kg dan #roadtoinchloss ❤

yang balik kampung, drive jauh2 tu, make sure drive safely ... take care gais ... 

doakan baby Nami cepat sembuh ya , demam asyik on and off , badan panas sgt2, batuk n selesema ... tonsil pun bengkak ... mood makan pun mmg out ... 

selamat hari raya 2019.

cheers.