Review Movie (Japanese) : Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun

hi there, so ceritanya beberapa malam yang lepas, bila anak anak mampu ditidurkan awal dan mrs pip tiada apa mau buat, so ter-layanlah youtube, dan ternampaklah movie / drama menarik, dan antaranya cerita Closest Love To Heaven, sebuah Japanese Movie yang dikeluarkan pada Feb, 2017 dan berdurasi selama 109 minit.

Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun
Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun

movie ini dibintangi oleh Taishi Nakagawa sebagai Yuiji Kira , dan Marie Litoyo sebagai Ninon Akamura. kalau korang follow cerita Boys Over Flowers 2 (Hana Nochi Hare) korang mesti kenal Taishi dan Marie ni T_T

dibantu oleh pelakon lain iaitu Shono Hayama sebagai Kazuhiro Yabe, Yuna Taira sebagai Mio Yahagi, Kohki Okada sebagai ayah kepada Kira, Rieko Miura sebagai ibu kepada Ninon, dan Ken Yasuda sebagai ayah kepada Ninon.

dan cerita ini adalah adaptasi cerita manga yang berjudul Kyo no Kira kun oleh Rin Mikimito, yang diterbitakan pada Sep 2011 sehingga Aug 2014 ...

ceritanya agak simple bagi mrs pip. Ninon ni pelajar yang tak berkawan dengan sesiapa, dia jenis buat hal dia sendiri, jenis tak campur dengan sesiapa, jenis ala-ala nerd gitu, manakala Kira ni pula pelajar yang suka kacau pelajar lain, ala-ala samseng, suka cari pasal ... tapi disebalik kelakuan Kira, sebenarnya Kira berpenyakit, dan hanya boleh hidup lagi setahun mengikut perkiraan doktor.

Kira dan Ninon ni classmates, selain tu dorang ni berjiran, tapi jenis yang dua dua tak bertegur sapa. Satu hari tu, si Ninon nampak si Kira tepi tasik, dan nampak Kira menangis .. eh, dah samseng apasal nangis pula? then si Ninon dapat tahu yang si Kira ni ada sakit , so si Ninon ni daripada seorang yang tak bercakap dgn sesiapa tetiba boleh pula cakap kat Kira yang dia akan sentiasa mendampingi Kira kerana dia tak nak si Kira ni rasa sedih (padahal si Ninon ni memang suka Kira pon) ececeh ...

Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun
Kira ni cakap ja budak samseng, tapi apasal aku rasa scene kat zoo ni dia pula yang nerd
Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun

sweet ja persahabatan si Kira dan Ninon ni ... cer bayangkan seorang yang nerd bercinta dengan samseng yang cool ... pasal si Ninon ni tahu banyak hal mengenai haiwan, so 1st outing dorang pergi zoo tau , dan happy ja si Kira ni jalan jalan di zoo sambil dengar si Ninon ni membebel mengenai haiwan di zoo ... 

ekceli, si Kira ni jenis yang rasa lonely, dia ingat semua orang tak suka dia, padahal semua orang ok ja pun, biasalah budak2 sekolah kan, ada masa memang gaduh ... dan bila Kira ni dekat dengan Ninon, dia rasa happy , dan dia rasa life dia lebih baik ... 

part si Ninon prepare birthday si Kira ni pun best ... si Ninon yang arrange semua dari A to Z birthday party si Kira .. walaupun si Ninon ni nerd, tapi classmates dia tak da la yang kutuk2 dia , dan classmates dia pun happy ja attend birthday party si Kira ...

pasal si Kira ni sakit, salah satu makanan yg dia kena elak ialah makanan manis, jadi kek yang si Ninon buat sendiri tu, terpaksalah si Ninon buang ... si Kira ni tak tahu langsung yang birthday party dia tu si Ninon yang arrange mulanya ... si Kira happy la kan tetiba birthday dia kena celebrate ... best pula tu semua kawan2 dia datang ... lepas habis birthday party, kawan2 dorang nak pergi karaoke, lepas tu Kira perasan si Ninon pula dah tiada ... 

tup tup si Kira dapat tahu yang birthday party tu si Ninon yang buat, dan dapat tahu si Ninon siap buat kek lagi utk si Kira, tapi si Kira rasa mcm pelik la kenapa tiada pun kek birthday yang si Ninon tu buat , tak nampak pun kena served ...

lepas tu si Kira tak jadi join kawan2 dia pergi karaoke, dia pigi cari si Ninon, dan dia jumpa si Ninon tu tengah nak buang kotak yg berisi kek ... part ni yang si Kira tu rasa sebak pasal si Ninon buat something yang dia rasa happy ... so lepas tu kira mcm dorang pun declare la ...

dah happy2 dah, tetiba ayah si Ninon ni pula tak setuju dorang couple! alaaaaa ... sedih la :(( pasal ayah si Ninon bgtau si Kira, Ninon ni jenis tiada kawan, so kalau one day Kira pass away, mesti si Ninon ni tak boleh move on dgn hidup dia, so kira mcm ayah si Ninon ni nak protect anak dia dari mengalami kesedihan kelak ... well, mcm tu la kasih seorang ayah, yang sentiasa nak protect anak perempuan sampai bila-bila ...

Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun
Yahagi, si cantik paling kiri, dan Yabe, si handsome paling kanan, merangkap BFF si Kira
Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun

si Kira pun sedih ... dia tak attend class , dan Ninon pun tak tahu kat mana nak cari dia ... si Kira ni ada dua orang BFF, iaitu Yabe dan Yahagi ... Yahagi ni pun ada sakit mcm si Kira, tapi dia dah selamat menjalani pembedahan, so dia yang sangat faham si Kira ni ... Yabe ni pula dulu selalu jadi mangsa si Kira, tapi Yabe ni nak sangat bersahabat dengan si Kira, dan end up dorang jadi BFF ...

Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun
Part dlm church ni best juga, bestnya bila kau ada BFF yang sangat penyayang.
Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun

dengan bantuan Yabe dan Yahagi ni, dapatlah dorang jumpa si Kira , dan lepas tu Yabe dan Yahagi arrange pertemuan Kira dan Ninon di sebuah gereja ... siap pakai wedding dress lagi ... lepas tu siap panggil parents masing masing untuk tengok percintaan anak anak dorang ... adeh, beraninya BFF si Kira ni ... kalau mrs pip memang tak berani la kan, dah parents tak setuju ...

tapi ayah si Ninon ni berubah pendapat apabila tengok si Ninon ni mmg happy sangat dengan si Kira dan ekceli dorang bukan kawin pon kat gereja tu , just simbolik kepada kekuatan cinta Kira-Ninon ... kira happy ending la juga ...

Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun
yeah, jumpa selepas beberapa bulan berpisah
Closest Love To Heaven / Kyo no Kira-kun

si Kira fly pergi USA untuk rawatan lanjut sakit dia tu, dan si Ninon sabar menanti , hanya surat yang menghubungkan cinta mereka berdua  ... dan Yabe tu mmg suka kat Yahagi, so end up dorang pun bercinta ... dan ulangtahun percintaan mereka, Kira balik ke Jepun tanpa pengetahuan Ninon dan surprise gitu tetiba si Kira ni muncul di depan laluan sekolah menunggu si Ninon ...

eh, cute la korang ni ...

cerita yang simple, ada nilai-nilai kekeluargaan da persahabatan, dan romantik komedi ... 

thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. ok la sesekali layan Japanese movie...
      sweet ja Kira n Ninon ni...

      Delete
  2. Sweetnya citer ni..nak tengok jugak lah.

    ReplyDelete
  3. Sweet jalan citer dia.. So kira lps operate tu, dh sihat semula la.. N hepi ending la citer ni..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.