February 2019 - MrsPip Dot Com

Thursday, 28 February 2019

Pemenang || #RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip

February 28, 2019 16
Pemenang || #RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip
hi there, maka tamatlah sudah  #RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip ... first of all, terima kasih banyak banyak join giveaway yang mrs pip anjurkan, dan mrs pip harap korang yang menang tu akan happy dengan hadiah yang mrs pip sediakan T_T dan buat yang tak menang tu, jangan sedih sedih yer, insya allah bulan Mac ni akan ada satu lagi giveaway yang mrs pip akan buat bersama sponsor , so stay tune!


ada beberapa hadiah yang mrs pip sudah sediakan ... dan untuk pemenang hadiah utama, mrs pip menggunakan random.org , pilihan adalah secara rawak dibuat tanpa prejudis pilih pilih kasih yer T_T


sebanyak 32 penyertaan , dan boleh klik senarai peserta >>> DI SINI <<< dan hadiah yang disediakan adalah untuk


  • pemenang utama
  • pemenang best comment
  • pemenang pilihan mrs pip
  • pemenang teka tarikh lahir 

pemenang utama >>> #13 YayaAzura Dot Com

dan kalau tak silap mrs pip, yaya azura juga menyambut ulangtahun kelahiran di bula Febuari ..
sep sikit, kita geng #babyfebruary.

Happy Birthday to you too Yaya.


pemenang best comment >>> #30 MaisarahSidi Dot Com


pemenang pilihan mrs pip >>> #19 FiezaSani Dot Xyz

pemenang pilihan ni mrs pip pilih kepada mereka yang rajin bagi komen 
sepanjang giveaway ni berlangsung :)) tenkiu Fieza rajin komen entry entry mrs pip T_T


untuk teka tarikh lahir mrs pip dengan tepat, ada beberapa peserta yang 
berjaya meneka dengan tepat ...

maka, mrs pip menggunakan bantuan commentpicker.com
untuk memilih nama pemenang bertuah teka tarikh lahir,
dan pemenangnya ialah

pemenang teka tarikh lahir >>> #10 Goodcry Dot Blogspot Dot Com

tahniah tahniah ... and very alhamdulillah happy dapat berkongsi rezeki dengan korang semua , hope korang suka hadiah yang mrs pip sediakan ... hari tu mrs pip ada share gambar bakal hadiah yang korang akan dapat, dan mrs pip dah arrange hadiah tu, dan ada hadiah yang tak masuk dalam gambar yer ... 

so, dah menang, sudi sudilah bagi details kat mrs pip ... 

sila emailkan details korang ke : sukasukasurirumah@gmail.com

tajuk email: menang giveaway mrspip

details;
nama:
alamat untuk hantar hadiah:
nombor telefon:

yang ada wasap number mrs pip, bolehlah wasap mrs pip hokey T_T

have a nice day everyone.

cheers.

SARINGAN HIV/STI PERCUMA DI KOTA KINABALU

February 28, 2019 2
SARINGAN HIV/STI PERCUMA DI KOTA KINABALU
HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Bagaimanakah HIV merebak?

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

-Darah
-Air mani
-Cecair faraj
-Susu ibu


HIV boleh merebak melalui:

-Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
-Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
-Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
-Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.


Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?

Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

-Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS
-Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam
-Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS
-Bersin, batuk, berpeluh atau kencing
-Gigitan nyamuk


Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?

Bagi anda yang berada di sekitar Kota Kinabalu anda cukup bertuah di mana SASSH dengan kerjasama KK City Wellness Centre, memberikan saringan HIV dan STI kepada anda secara percuma. Warganegara ataupun bukan warganegara anda layak membuat saringan HIV dan STI secara percuma.

Setelah anda menjalankan ujian HIV & STI, anda akan menerima keputusan anda dalam masa 15 minit, yang paling penting maklumat anda akan dirahsiakan. Sesi Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian juga akan diberikan kepada anda.


Bagaimanakah untuk membuat temu janji?

Anda boleh membuat temujanji melalui applikasi whatsapp di +60128693445 (En Muhammad Yazid) sekurang-sekurang sehari sebelum hari temujanji.

Waktu operasi:

Hari: Isnin - Jumaat 
Masa: 8.00pagi - 4.30 petang
Tempat: KK City Wellness Centre (Klinik kesihatan ibu dan Anak Pekan, Kota Kinabalu)


Tentang SASSH

Sabah Aids Support Service And Humanitarian Aid Relief Association (SASSH) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 21 November 2018. Penaung SASSH iaitu YB DR Daud Bin Yusof dan di Pengerusikan oleh Muhammad Yazid Bin MatDaud.

SASSH adalah pautan kepada perkhidmatan sokongan HIV dan komited untuk melengkapkan perkhidmatan sedia ada dari semasa ke semasa.

Diantara matlamat NGO SASSH:

- Membantu terutama sekali berkaitan dengan tugasan atau sasaran KKM dalam pencegahan penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS dan STD.
- Menjadi pemangkin kepada fasa seterusnya: penjagaan, rawatan dan sokongan kepada pesakit HIV/AIDS dan STD.
- Mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap pesakit yang dijangkiti HIV/AIDS dan STD.
- Melaksanakan program rujukan awal rawatan, pemulihan dan khidmat sokong bantu.
- Menyediakan rumah pelindungan kepada pesakit-pesakit HIV/AIDS.
- Memberi bantuan kemanusian kepada mangsa bencana alam.

Bagi anda yang ingin menyalurkan dana anda boleh menghubungi:

01110183445 (En Muhammad Yazid)
0168064815 (Pn Sebrina Lee)
0125673445 (Pn Ajijah Yusop)

Jangan lupa untuk follow SASSH di

Nami demam lepas suntik Hep B (Dos 3) & Campak + Lunch dgn MIL

February 28, 2019 2
Nami demam lepas suntik Hep B (Dos 3) & Campak + Lunch dgn MIL
hi there, sedikit update cerita hal anak anak mrs pip .... baby Nami buah hati mommy pip hari tu demam ... tapi mmg dah aware awal awal pun yang baby akan demam (most probably) pasal baby Nami kena suntik imunisasi Hep B (dos 3) dan campak utk usia 6 bulan pada 19.2.19...

malam 23/2 tu , baby Nami adalah merengek sikit ... ingatkan dia penat bermain seharian ke apa kan, so just pujuk2 dia tidur semula , walhal baby Nami ni bukan jenis merengek lewat malam ... then 24/2 tu terasa la badan baby Nami sedikit panas ... hurm, patutlah asyik merengek malam.

Baby Nami demam

Nami demam lepas suntik Hep B (Dos 3) & Campak
Nami demam lepas suntik Hep B (Dos 3) & Campak

so, mommy pun letaklah kool fever di dahi, dan bagi makan ubat demam yang diberikan oleh KKIA time suntik hari tu ... muah muah baby Nami, alhamdulillah, now dah tak demam, muka pun banyak happy ... oh ya! baby Nami ni, demam tak demam dia memang suka senyum ...

katanya , muka harus mantain cool dan hencem ... cia cia cia ... 

untuk baby demam ni, kena monitor suhu badan la ya ... kalau panas sangat, tak perlu fikir panjang nak bawa ke hospital ke tak ... bawa sajalah terus ... risau kalau kena sawan ke apa kan ... dan bagi lah makan ubat yang klinik bagi ikut dos yang ditetapkan ... ada some parents yang mrs pip jumpa, dorang tak nak baby dorang makan ubat, alasannya nak baby lawan sakit tu ... I is kenot la ... tawakkal pun tawakkal juga, tapi after baby makan ubat, then only I tawakkal :))

Co-Pilot Mommy


nowadays, ni la rutin harian mommy pip bersama baby Nami ... baby Nami dah jadi co-pilot utk mommy pula ... setiap hari (weekdays), baby Nami ikut mommy sama sama hantar ambil abang abang kesayangan si Iman dan Amin ke sekolah ...

since Iman dan Amin dah start tuisyen penuh, so tengahari mrs pip hantar lunch box dorang di kelas tuisyen, dan ada transporter yang hantar Iman n Amin dari sekolah ke kelas tuisyen ... bayaran transporter tu sekali dgn yuran bulanan tuisyen.

untuk Iman dan Amin , bayaran tuisyen dorang RM85.00 seorang, Isnin sehingga Khamis, bermula jam 1.00pm sehingga jam 3.30pm. tapi biasanya, jam 3.15pm mrs pip dah ambil dorang pon ... biasa around 3.15pm dorang dah siap belajar ...

so, Nami ada masanya tengah tidur di siang hari, mahu tak mahu mrs pip angkut juga masuk kereta since no one yang akan jaga dia di rumah ... kesian juga angkut baby tengah tidur kan , tapi nak buat macam mana, dah masa nak hantar lunch box / jemput Iman n Ami balik dari kelas tuisyen.

ada masanya, Nami temankan mommy buat groceries shopping!

Baju haruslah sedondon!


ni pula Iman n Amin punya cerita sekolah ... so, Isnin - Khamis ada tuisyen, sunyi sepi la rumah time dorang sekolah, aman damai la juga  ... kalau tak suka sgt Iman ni sakat Amin, so end up bertengkar!..

dorang ni, kalau pergi sekolah, baju WAJIB sama ... ni part yang mmg haru biru ... Iman tu, dia kelas PJ setiap Selasa dan Khamis .. Amin pula setiap Rabu dan Jumaat ... so baju sukan mmg pakai hari berlainan .. tapi, Iman tak nak kalau tak pakai baju yang sama ...

eeeiiiiiii pening la mommy kalau begini ... jadi, malas nak gaduh2 dgn Iman ni , mrs pip just pakaikan dia baju PJ setiap Rabu n Jumaat ikut masa PJ kelas Amin ... buat masa ni, laoshi kelas Iman so far ok sajalah ... tunggulah laoshi tegur baru tengok mcm mana la nanti ...

Lunch dengan MIL


ni cerita 26/2/19 , mrs pip ada urusan di Maybank Beaufort, so ajaklah MIL temankan mrs pip ... nak drive sorang sorang dgn baby Nami ni , bukan tak berani tapi lebih afdal apabila keluar jauh tu ada yang temankan since mr.Husband kan kerja ...

dah siap urusan di bank, kebetulan tengahari, so bawalah MIL pergi makan ... eh, panas lit lit kan, so jomlah kita makan dalam restoran yang ada penghawa dingin. ekekeke.


makan di MarryBrown ... MIL makan kombo nasi ayam marrybrown + drinks ... MIL cakap sedap ... mrs pip pula makan kombo fish fillet burger + drinks + fries ... sedap ke tak?

well, burger tu plain. isinya sekadar fish fillet dan sos ... tiada sebarang salad ke sayur ke apa kat dalam tu ... mmg kosong mcm tu saja ... fries pula macam biasa saja, mrs pip lebih suka fries mcD ...

dari segi harga vs rasa, not worth my money ... ni bukan nak bagi bad review ke apa, maybe mmg fish fillet burger tu mmg plain ke apa kan, so bukan pilihan terbaik utk mrs pip.

dari segi kebersihan, kelajuan ambil order dan hantar order, mrs pip happy. 

n mrs pip mmg siap siap tapaukan bubur baby Nami dari rumah just in case lewat balik rumah utk makan lunch ... happy tummy, happy baby T_T

wrapping hadiah giveaway


korang tau kan yang mrs pip ada buat giveaway ... so , hadiah dah wrap siap siap, just tunggu giveaway berakhir (last day hari ni, 28/2) , dan nnt mrs pip announce pemenang secepatnya , insya allah, terus boleh pos hadiah kan ...

kalau nak join, still sempat lagi siang ni , boleh >>>KLIK SINI<<<

tu sajalah nak update hal semasa mrs pip ... happy parenting and thanks for reading.

cheers.

Wednesday, 27 February 2019

Ramen sedap dari Cynthia & Khasiat buah Roselle

February 27, 2019 4
Ramen sedap dari Cynthia & Khasiat buah Roselle
hi there, alhamdulillah mrs pip merasa lah makan ramen ... kali terakhir makan ramen beberapa tahun lepas ... ni rame diterbangkan dari mersing ... adik angkat mrs pip yang bagi , hadiah birthday katanya T_T tenkiu adik kesayangan coz ingat juga birthday akak ni kan ... lepas tu siap bagi hadiah ramen lagi ...

Hadiah Harijadi:
Ramen Dari Cynthia 

Ramen sedap dari Cynthia
Ramen sedap dari Cynthia

adik angkat mrs pip tu nama dia Cynthia ... time bagi ni, dia siap siap cakap ramen ni halal ... mesti dia risau mrs pip tak makan nnt ramen dia ni ... hehe, tau lah halal, kalau tak halal takkan dia nak bagi kat mrs pip kan  ... dah dia pun muslim ... abaikan nama Cynthia tu yang bunyinya seperti bukan nama kebiasaan bagi seorang muslim ... nama mrs pip sendiri pun dah bunyi mcm budak cina kan, tapi hakikatnya bukan cina pon T_T

Ramen sedap dari Cynthia
Ramen sedap dari Cynthia

bila bercakap pasal ramen, mesti 1st thing dalam kepala >>> PEDAS TAK NI? coz mrs pip tak mkn sangat benda2 yang pedas ni ... bolehlah sesekali layan, selalu mmg tak coz gastrik tahap dewa mmg boleh menyerang secara tiba-tiba ...

dapat parcel ni pada 27.2.19, terus buka dan kebetulan dah tengahari, kita lunch la terus ramen ni ... just add telur sahaja masuk dlm ramen ni ... memang yummy! pedas pedas la juga ... siap makan dengan terung yang mrs pip petik di laman rumah ... lepas tu, tambah makan dgn nasi , thumbs up tau!

tenkiu Cyn, bagi kakak ramen sedap ni.

Mr. Pip Garden : 
Terung Hijau dan Buah Roselle serta khasiat buat Roselle

 Khasiat buah Roselle
 Khasiat buah Roselle

alang alang dah cakap pasal terung tu, pagi tu mrs pip sempatlah petik terung hijau ni ... ni mr.Husband yang tanam, I makan saja ... bab2 tanam menanam ni, mrs pip mmg tak reti. 

nowadays mr.Husband kerja jauh sikit, so jumpa hanya weekend saja ... jadinya, mrs pip la yang tolong dia siram dan jaga tanaman dia ... terung ni selalu juga berbuah, tapi selalu tak dpt makan tau pasal monyet monyet ni la pergi kerjakan tanaman kitorang ... nakal betul monyet monyet ni kan...

hari hari datang mengganggu, dalam 20 ekor gitulah banyaknya mereka ... anak beranak dtg mengganggu ... hari tu banyak betik yg ditanam, tak sempat nak masak, habis monyet monyet tu kerjakan!

dan buah kaler merah tu , buah roselle ... kitorang petik buat jus ... sedap juga layan jus roselle sejuk dari icebox tau ... lagi lagi bila musim panas mcm ni T_T

korang pernah tak baca kelebihan buah roselle ni? mrs pip dulu dulu tak tahu pun pasal roselle ni, dah kawin dgn mr.Husband baru tau pasal roselle ni coz mr.Husband mmg suka tanam buah ni utk buat jus ...

ni antara kebaikan / kelebihan  / khasiat buah roselle yang mrs pip baca dan dapatkan info dari >>> sumber asal di sini <<< 

  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik
  • Memperlancar peredaran darah.
  • Mengubati luka luar dan dalam.
  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
  • Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
  • Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
  • Mempunyai efek anti kejang otot.
  • Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
  • Membunuh bakteria penyebab TBC.
  • Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
  • Mengubati asma dan alergi.
  • Mengubati insomnia.
  • Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
  • Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
  • Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Menyihatkan mata
  • Menyeimbangkan berat badan.
  • Mengurangi panas dalam .
  • Mengurangi panas dalam .
  • Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
  • Mengubati pening kepala/migraine.
  • Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
  • Menghilangkan sakit sakit di badan.
  • Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
  • Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
  • Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
  • Mengatasi masalah stress/tekanan.

next time mrs pip share kat korang mcm mana cara kitorang proses buah roselle ni jadi jus ... insya allah ... hari tu ada buat jem roselle juga, letak atas bread kan ... not bad ... mr.Husband yang rajin buat jem n jus ... mrs pip ni tumpang makan dan minum ja ...hehe.

thanks for reading! have a nice day.

cheers. 

Tuesday, 26 February 2019

Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun

February 26, 2019 9
Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun
hi there, bath time is more than just a chore; it is the perfect time for precious bonding moments. It is a daily routine that children can benefit most from the extra loving care from parents and caregivers. Bathing helps children relax and the physical touch reassures children in the tender loving care of parents. 

and today mrs pip would like to share with you that CARRIE JUNIOR the trusted brand in children’s toiletries introduces new bath time fun with the CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. The new CARRIE JUNIOR Bubbly Bar will give bath time a whole new dimension of fun in the bathroom. The transparent bathing bar imprinted with a 3D image of Carrie comes in 3 bright and attractive colours of pink, green and blue in accordance with the variants.

Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun
Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun

The new CARRIE JUNIOR Bubbly Bar is a Glycerine soap, making it gentler on skin than most soaps. Glycerine which is derived from natural plant oils makes the soap lower in pH compared to other soaps. It cleanses as it leaves a layer of moisturizing protection behind, helping the skin stay moist. Glycerine in the CARRIE JUNIOR Bubbly Bar also acts as a humectant, drawing moisture to the skin keeping it hydrated all the time. The humectant property does not make skin greasy, but instead it keeps it supple. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar is dermatologically tested, suitable for all skin types, very mild and gentle on the skin; when diluted with water, it has a soothing effect and is also softening to the skin. 

Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun
Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun

Keep your child’s skin hydrated constantly, giving it a moist feeling for up to several hours after bath.  Regular use of the CARRIE JUNIOR Bubbly Bar makes skin softer and suppler. The gentle scrubbing effect while using the bathing bar also helps relaxes the body. 

Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun
Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun

The CARRIE JUNIOR Bubbly Bar comes in the 3 best-selling, delightfully fruity scents of Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry and Double Milk keeps skin fresh and clean. The CARRIE JUNIOR Bubbly Bars are specially formulated with the Carrie Junior signature ingredient Fruito-E, which is a natural combination of fruit extracts. Fruito-E is rich in vitamins and nutrients to help nourish and moisturize skin.

Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun
Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun
Amin , the boy who loves pink

Children can now have more fun in the bathroom as CARRIE JUNIOR Bubbly Bar also comes with a surprise toy in every box. CARRIE JUNIOR Bubbly Bars are available at major retail outlets, supermarkets and hypermarkets nationwide; the 100gm bar soap is priced at RM4.00 (West Malaysia) and RM4.20 (East Malaysia) each.

Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun
Carrie Junior bubbly bar brings greater bath time fun

And I love the new smell of Amin each time he finishes his bath T_T

cheers.

Monday, 25 February 2019

How Do I Look bersama Althea Make Up

February 25, 2019 22
How Do I Look bersama Althea Make Up
hi there, bab-bab nak make-up ni kena ambil masa, half way make-up baby dah nangis! so, how to make-up bila baby nangis? boleh hilang mood kan. jadi, memang selalunya apabila bab make-up ni,  mrs pip just guna basic make-up sahaja iaitu hanya sedikit foundation/BB cream + lipstick ... 

Althea Make Up set
Althea Make Up set

baru-baru ni, Althea telah melancarkan produk make-up terbaru keluaran Althea sendiri terdiri daripada Althea Flawless Creamy Concealer, Althea Watercolor Cream Tint, Althea Spotlight Eye Glitter, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea dan juga Althea Skin Relief Spot Film Gel.

dah dapat sekotak Althea Make-up Box, mrs pip terasa untuk mencabar diri sendiri adakah mrs pip masih boleh mengoles make-up di muka seperti satu ketika dulu, ataupun memang hilang sepenuhnya sentuhan tangan untuk make-up muka sendiri? 

#sismekapsimplesaja       #sis.cuba

before and after althea make up

sebelum memulakan make-up:-

mrs pip bersihkan kulit wajah dengan cleanser, keringkan dan letak toner dan seterusnya pelembap muka. sangat penting untuk kulit wajah kekal lembap ketika meletakkan make-up agar make-up nanti nampak flawless, tidak kering dan paling penting tidak cakey.

selepas meletakkan pelembap, bolehlah memulakannya dengan meletakkan skin primer, atau primer lotion ataupun yang seangkatan dengannya. memeandangkan mrs pip pengguna setia Althea Bare Essentials fixer cream yang boleh dijadikan sebagai primer, so mrs pip tak letak any extra primer.


kalau korang ada jerawat atau breakout kan, so bolehlah apply skin relief spot film gel ni.

what do they say about this product:

Banish it like magic with Althea's Skin Relief Spot Film Gel! This zit-zapping treatment is a revolutionary formula that applies thinly onto the skin before drying down to a smooth canvas, protecting the area and allowing for makeup to be applied on without a trace! It contains tea tree oil to quickly and effectively treat acne, while a mix of Centella and pine leaf extracts calm redness, treating acne while you’re out and about. Say bye-bye to bulky, unsightly pimple patches and hello to flawless skin!

untuk make-up yang mrs pip nak kenakan, hanyalah light and easy make-up for a birthday lady with some purplish lavender look! oh ya, seriously I turn 40 the day I play with these Althea Make-up Collection ... 

proses make-up :-
Althea Flawless Creamy Concealer

Althea telah mengeluarkan Althea Flawless Creamy Concealer yang merangkumi 4 jenis shades iaitu. #01 Vanilla, #02 Ginger , #03 Honey dan #04 Mocha , dan untuk shades concealer ni korang boleh pilih satu warna kegemara yang sesuai dengan shade kulit korang atau boleh mixkan satu dua warna yang lain. 

mcm mrs pip, mrs pip rasakan, shade #03 Honey so far yang paling sesuai dengan warna kulit mrs pip, tak terlebih putih, dan tak terlalu gelap, just nice for my skin tone.

Althea Flawless Creamy Concealer
Althea Flawless Creamy Concealer 

so mrs pip letakkan secara random spot di kulit wajah, dan ratakan ke seluruh kulit wajah menggunakan reusable make-up sponge puff. 

yang menariknya mengenai Althea Flawless Creamy Concealer ni, bukan sahaja mampu menutup cela muka, tapi ianya juga tidak mengeringkan kulit, sangat mudah untuk diratakan ke seluruh bahagian muka, dan kulit kelihatan flawless dan concealer tahan lama di kulit wajah.

proses make-up :-
Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea

apabila dah rata semua concealer di kulit wajah, mrs pip teruskan sahaja dengan mencalit beberapa warna eye shadow yang terdapat pada Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea ... eye palette ini adalah kolaborasi Althea bersama Bunga Citra Lestari, pelakon dan penyanyi cantik daripada Indonesia.

Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea
Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea

ada 8 warna menarik yang sesuai digunakan samaada pada waktu siang mahupun waktu malam, dan warna-warna yang terdapat pada Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea  terdiri daripada jenis glitters, shimmers dan mattes ... 


yang biasa make-up kelopak mata, mesti korang happy dapat eye palette cantik menarik dari Althea ni kan .. dan utk pengetahuan juga, apabila nak make-up kan kelopak mata, ianya terbahagi kepada beberapa bahagian , antaranya ialah inner corner, outer V atau outer corner, lid, contour . crease , highlight atau brow bone, waterline, upper lashline dan lower lashline ...

Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea
hasil Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea

dengan menggunakan beberapa gabungan warna Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea , maka inilah hasil tangan mrs pip ... 

  • shimmery nude sebagai base color, 
  • kemudian diikuti dengan wine shade pada bahagian outer V dan lid, 
  • sedikit warna rich brown pada bahagian crease 
  • dan metallic gold pada bahagian brow bone

  • sedikit rich brown untuk bahagian waterline, kemudian diserlahkan dengan gold light glitter

untuk eye palette ni, warna yang tersedia sesuai digunakan utk siang dan malam , dan korang boleh guna kreativiti sendiri untuk mendapatkan versi make up yang menarik ... 

Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea ni well-pigmented, menjadikannya lebih mudah digunakan ... hanya sedikit penggunaan sahaja , ianya mampu membuat full coverage, warna tahan lama dan tanpa primer pun , warna tampak jelas kelihatan.

proses make-up :-
Althea Watercolor Cream Tint

untuk Althea Watercolor Cream Tint, ada 4 warna menarik yang tersedia untuk dipilih mengikut kesesuaian masing masing iaitu #01 Plum Cream, #02 Strawberry Cream, #03 Peach Cream dan #04 Marron Cream.

Althea Watercolor Cream Tint,
Althea Watercolor Cream Tint,

mrs pip sudah mencuba ke semua warna untuk Althea Watercolor Cream Tint ini, dan warna kegemaran mrs pip ialah #03 Peach Cream ... yang terbaik mengenai Althea Watercolor Cream Tint ni ialah ianya selain warnanya yang cantik, Althea Watercolor Cream Tint tahan lama di bibir, mudah digunakan, ianya terasa seperti lipstick bergloss penuh cream , so that's the reason why they called it cream tint , I supposed. 

Althea Watercolor Cream Tint,
swatches Althea Watercolor Cream Tint,

so far, bibir mrs pip tiada reaksi alergi atau bibir merekah ketika atau selepas penggunaannya, dan bibir terasa lembap, dan plumb

untuk make-over ni, mrs pip menggunakan dua warna cream tint iaitu #03 Peach Cream + #01 Plum Cream ... 

Althea Watercolor Cream Tint,
after using Althea Watercolor Cream Tint
ok or not?

lapisan pertama bibir menggunakan warna kegemaran #03 Peach Cream , diratakan keseluruh bahagian bibir, dan kemudian diletakkan beberapa dots #01 Plum Cream untuk lapisan atas dan diratakan ... dan hasilnya tada! seperti gambar di atas.

proses make-up :-
Glittery Look untuk bahagian bawah mata
dan Pinkish Look untuk bahagian pipi

Glittery look? why not give it a try .... 

Althea spot light eye glitter
Althea spot light eye glitter

Althea juga mempunyai spot light glitter , dua pilihan warna iaitu #01 Gold Light dan #02 Pink Light, maka untuk lebih tampak glamor, mrs pip meletakkan sedikit gold light glitter di bahagian bawah mata ... sedikit calitan sahaja sudah memadai bagi mrs pip , terserlah hasil yang menarik ... I guess it is always good to do the "less is more" since I am not so good with make up ... putting extra glitter might ruined my make up look.

can I have your blusher? mrs pip tak invest beli blusher, tetapi itu bukan masalah untuk mendapatkan blusher kerana spot light glitter #02 Pink Light boleh dijadikan blusher menarik dengan sedikit glittery effect

hanya few dots di bahagian pipi dan diratakan menggunakan sponge puff, cukup untuk menaikkan seri pipi mrs pip ... nampak tak pinkish pinkish look di bahagian pipi ? awww, awesome.

How Do I Look bersama Althea Make Up
How Do I Look bersama Althea Make Up

so, I am done!

mrs pip menggunakan petal velvet powder ke seluruh wajah  untuk mendapatkan skin complexion yang lebih flawless dan kulit bebas minyak dan menjadikan mekap lebih tahan lama ...

the last but not the least, sedikit maskara dikenakan untuk bulu mata agar bulu mata kelihatan lebih gelap dan sedikit jelas ... 

hanya make-up yang simple simple sahaja di hari ulangtahun kelahiran mrs pip yang ke-40 minggu lepas T_T ok, so sudi sudi bagi pendapat mekap mrs pip ni .... ok ke tak ok ni?

How Do I Look?
ok or not ok?

let's go for a date T_T

note: time tengah make-up ni, video lintang pukang , so buat video lain pula ... 



layari laman web Althea dan akaun media sosial mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua produk yang dinyatakan di atas T_T

That's all from now, xoxo.

cheers.

and oh ya, which one ok, Look A atau Look B?