Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018

hi there, ni short review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau. Sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai, mrs pip berkesempatan Jalan-jalan Ranau Kundasang dan bermalam semalaman di homestay kawasan Kiaburi, Ranau. Kiaburi terletak di Pekan Ranau, dan hanya beberapa kilometer sahaja untuk masuk ke kawasan pekan, so tempat ni memang sangat hampir dengan pekan Ranau.

untuk mencari Kiaburi Homestay & Cafe Ranau, korang boleh waze saja. Kawasannya terletak di jalan yang menuju Ranau - Tambunan , dan lokasinya di sebelah kanan, dan sangat mudah untuk dilihat dar tepi jalan.

Kiaburi Homestay & Cafe ni mempunyai dua jenis pilihan , sama ada korang nak bermalam di bilik yang berkipas atau di bilik yang menggunakan air-cond. Memandangkan kawasan Ranau ni adalah kawasan sedikit sejuk, so no air-cond needed untuk kami, memadailah dengan menggunakan kipas siling sahaja.

Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018

untuk bilik berkipas, bangunannya adalah diperbuat daripada kayu. Biliknya kemas dan luas. seperti bilik yang dinginap mrs pip, bayaran satu malam hanyalah RM65.00 sahaja, dengan katil king size + satu single bed. 

dan antara katil king size dan single size tu, ada ruang yang luas, so kalau nak extra bed pun still boleh letak queen size tau!

bilik ni juga ada rak menyangkut pakaian dan ada petunjuk arah kiblat T_T

Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018
ada sesetengah homestay yang memisahkan bilik utama dengan tandas kerana penggunaan tandas perlu dikongsi dengan penghuni bilik yang lain, tetapi berbeza dengan Kiaburi Homestay ni di mana tandas attached dengan bilik , so tak perlu share-share tandas :))

dan tandasnya / bilik mandi juga sangat luas dan ada kemudahan hot shower ... wei, Ranau ni sejuk hokey, so hot shower is WAJIB ADA.

Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018

gambar di atas adalah bento box yang mrs pip bawa sepanjang perjalanan dari rumah kitorang ke Ranau (3 hours driving, so wajib ada bento box).

juga disediaka kettle untuk menjerang air, tetapi tea/coffee, gula tu semua tidak diberikan , so nak buat minuman panas, kena bawa instant drinks 3-in-1 sendiri.

dan sarapan tiada dalam pakej. tapi nak light breakfast, ada cafe kecil dalam kawasan homestay ni, so bolehlah makan di cafe tu untuk alas perut pagi pagi tu, sementara nak gerak ke tempat lain cari makanan kegemaran korang. 

tapi mrs pip tak makan kat cafe tu, so tak tau apa menu yang dorang sediakan coz kitorang siap siap beli bread, buns, instant mee, instant drinks untuk alas perut pagi tu. 

Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018

ini ialah kawasan luar Kiaburi Homestay dengan tanda nama yang jelas , dan view jalan di belakang tu adalah jalan Ranau - Tambunan T_T

Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018

dan pagi pagi tu, selepas sarapan, sambil mrs pip kemas2 barang untuk checkout, mr.Husband layan lil' armies bergambar di kawasan luar sekitar homestay ni ...

Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018

dan semasa cuti umum, dan cuti penghujung tahun, biasanya homestay ni fully booked. kami hanya walk-in saja try our luck utk dapatkan bilik, dan rezeki untuk kami kerana kebetulan ada satu bilik kosong untuk malam tu, dan esoknya homestay ni memang fully booked mengikut kata owner homestay ni ...

Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018
#gengdaddy #gengkepalabotak

dan ini ialah pemandangan luar bilik ... pemandangan depan ialah kebun buah yang sederhana besar saiznya ... malangnya, musim buah sudah berlalu, kalau tak bolehlah petik mangga depan bilik tu, hehe.

Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018

dan bila kau tak sedia nak posing, mr.Husband dah snap gambar, jadi sis redha saja ... dan jangan suruh mr.Husband snap gambar 100x pada posisi dan lokasi yang sama, nnt kau juga yang badmood!
#nextimebawatripodsendiri

Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018

layan saja gambar yang diulang ulang banyak kali dalam satu entry :))

Review bermalam di Kiaburi Homestay & Cafe Ranau || 21.12.2018

pemandangan luar bilik #kebunbuah , dan semuanya hijau yang mententeramkan perasaan.

nak tanya soalan, sila tinggalkan di kotak komen, insyallah mrs pip jawab.

#memori2018 #piproadtrip

thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

18 Comments

  1. Bestnya bermalam di hotel. Lama dah tak pergi hotel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa, bolehlah Rabia plan bercuti nanti.

      Delete
  2. Replies
    1. homestay ni not bad, kalau nak harga murah2 dan selesa, bolehlah bermalam di sini.

      Delete
  3. bestnya. luas juga bilik dia tu kan

    ReplyDelete
  4. harga bilik murah..luas jugak especially yang ada family besar, kira sesuai sangat la nak bawak extra tilam..so for me worth it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga mmg kira ok bila tengok bilik luas dan attached toilet ... Siap ada kettle lagi ...

      Delete
  5. so far Sabah belum sempat diterjah, memang dalam bucketlist paling tinggi..entah bila boleh sampai huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Umi sampai Sabah nnt bila ada rezeki ...amin.

      Delete
  6. kemas. paling penting concern CT adalah toilet.
    tengok toilet pun kemas tu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toilet ada water heater, mmg terbaik ...

      Delete
  7. kemasnya homestay ni.. suasana pun menarik..

    ReplyDelete
  8. lawa, kemas je homestay dia..
    Kemudahan pun not bad..

    ReplyDelete
  9. Luasnya bilik...bdk2 pun blh berlari dlm tu sepuas hati. :D Caj pun berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu ... mmg bilik lias, selesa budak2 ni nak bergolek.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.