Permainan femes sekitar 80-an : Batu Tujuh / Batu Seremban

hi there, hari tu bila dapat tahu kawan uni mrs pip jual batu tujuh / batu seremban yang berjahit kain, dan corak pula banyak yang cantik cantik, harga pun affordable, terus request dua set ... pink and blue jadi pilihan ... sticker, nama nak tulis apa tu semua mrs pip DM dia nak design macam mana ...

Batu Tujuh / Batu Seremban
Batu Tujuh / Batu Seremban

ok, siapa sini yang still ingat macam mana nak main batu ni? kitorang di Sabah panggil ni permainan batu 7 since ianya menggunakan 7 biji batu ... ada yang guna 5 biji sahaja kan ... tak kisahlah banyak mana batu tu, tapi ni permainan budak budak zaman 80's kot ...

Batu Tujuh / Batu Seremban
Batu Tujuh / Batu Seremban

kalau dulu pergi sekolah, mesti ada jer budak pompuan yang tapau batu masuk dalam pencil case kan, lepas tu time rehat, or time tunggu bas sekolah, or time sebelum masuk kelas, mesti ambil kesempatan main batu tujuh ni ... main pun for fun, kalah menang tu belakang cerita ... tapi mrs pip ingat dulu, kitorang main batu ni nak tengok siapa yang ada skill untuk collect semua tujuh batu masuk tapak tangan ... woha!

Batu Tujuh / Batu Seremban
Batu Tujuh / Batu Seremban

budak budak sekarang maca dah tak nampak sangat main batu tujuh ni ... or maybe memang dah tak main langsung batu tujuh ni ... kitorang dulu, banyak juga lah permainan kitorang main selain batu tujuh ni ... antaranya main potong ayam, main getah zero point tu, tak pun main getah in out step by step (siapa ingat macam mana nak nyanyi lagu in out step by step tu?) , main dam, main tepak (tapi ni boys la yang selalu main) , engkek-engkek (Sabahan punya nama , tapi rakan2 semenanjug pun main juga, cuma mrs pip lupa dorang panggil apa games ni) ... dan banyak lagi la kan games budak2 zaman 80's ...

Batu Tujuh / Batu Seremban
Batu Tujuh / Batu Seremban

packaging pun cute, siap ada uncang kan ... time cuti cuti sekolah mcm ni, best juga ajar anak anak main dengan anak anak buah yang lain ... ni beli jer , tapi tak sure la bila nak ajak dorang lil' Iman dan lil' Amin main ... silap silap ni, ada yang berebut masing masing nak tapau masuk dalam pencil case dorang ... 

nak order batu tujuh / batu seremban ni, korang boleh lah layan IG rakan uni mrs pip yang jual benda ni ... tahu tak macam mana nak main?

https://www.instagram.com/barut.bedung.simanja/

cheers.

Post a Comment

13 Comments

  1. Comelnya.. Rasa macam nak order juga.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan ... Boleh order bagi anak2 sha main..mesti seronok main time cuti dgn kazen2.

      Delete
    2. Tu lah.. comel sangat.. Kreatif betul orang yang membuat tu..

      Delete
  2. trus smngt mau main, tp pakai batu tiada lapik mngimbau kenangan kak hihi

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. Comelnyaa. Siap ada warna lagi alahai

    ReplyDelete
  4. Ya Allah ni lah mainan akak waktu sekolah dulu. Time rehat, time tunggu bas sekolah 😆

    ReplyDelete
  5. Main batu seremban ni mmg ralit & mencabar..Tapi mmg syiok..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, mmg syiok ... Main ramai2 dgn kawan..

      Delete
  6. Ingat2. Penah main gak dulu.. Mmg kagum giler, sapa yg teror boleh kaut semua batu ni dalam satu tgn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya nak kaut semua batu tu selalu tak lepas, tapak tgn kita kecik time tu, hehe.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.