Keep calm no matter what ... - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 3 November 2018

Keep calm no matter what ...

hi there, diri kena sentiasa TENANG walau dalam apa keadaan sekalipun , kalau tak silap haribulan, semua orang kau rasa salah dan semua orang kau nak marah dan nak makan!

ceritanya mcm ni, mrs pip adalah hari tu pergi berurusan di bank, dah lah nak pergi bank yang tak banyak cawangan ni, kena drive lebih sejam perjalanan ... sampai ja di bank, staff bank tu mcm apapun tak reti ... 

kejap kejap tanya supervisor, lepas tu bila mrs pip cakap "better lah saya berurusan di kaunter", staff ni pula cakap "kalau di kaunter, banyak lagi tu prosedur , leceh bah .. biar saya ja yang handle"...

lepas tu staff ni nak confirmkan urusan mrs pip tu, dia nak tanya HQ dulu, so balik2 call HQ tak jawab , line soooo BUSY ... 

lepas tu dah lama sangat menunggu, mrs pip cakaplah "kalau mcm tu, saya pun boleh call HQ korang anytime tanya urusan yang saya mau buat ni" , betterlah mrs pip balik, macam buang masa ja berurusan dengan bank ni.

lepas tu call HQ bank ni, dapatlah bercakap dengan wakil bank. wakil bank ni explain mcm mana mau buat urusan mrs pip ni ... siap wakil bank atas talian tu cakap "boleh withdraw dari online banking" ... then ok la ... so buatlah urusan secara atas talian, tup tup "transfer failed" .

aiks, tak boleh transfer pula! 

so once again, the next day call HQ bank lagi, dapat bercakap dgn wakil bank "kejap ya miss, saya transfer kat department yang urus hal ni" .... lepas dah transfer, mrs pip pun explain nak withdraw investment yang mrs pip pernah buat , tapi tak dapat withdraw secara online, so how?

once again wakil bank ni boleh pula cakap "oooo, kalau online banking ada problem, saya kena transfer kat bahagian online banking kejap, nanti miss cakap kat department tu"

me like? what the hell ....!!!

"berapa banyak kali saya kena transfer? saya sini just want to confirm about the transaction?!!!" memang dah start marah kat sini ...

"bank korang tak banyak cawangan, and I have to drive about 90 minutes to get to your branch!" ... 

"and I just want to confirm boleh withdraw online ke tak? kemarin pergi branch, branch cakap kena tanya HQ, tapi bila call HQ line busy, end up saya kena call sendiri coz staff kat branch pun tak sure boleh withdraw ke tak investment ni pasal tak sampai tempoh matang lagi?" ...

temperature memang naik beratus ratus darjah Fahrenheit ...

dah marah marah macam tu, wakil bank tu cakap "kejap ya miss, boleh tunggu di talian, biar saya tolong check masalah online banking ni kenapa tak boleh withdraw secara online banking" ....

bukan suka suka hati nak marah, tapi memang buat sakit hati bila kau pergi bank dengan harapan dapat buat urusan, tapi staff kat bank macam cilak* betul , satu benda pun tak tau apabila kau tanya ... kejap kejap cakap "oooo tu kena refer HQ" ... 

lepas tu wakil bank tu balik di atas talian "miss, saya dah confirm dengan bahagian internet banking, ekceli untuk transaction yang miss nak buat ni, online banking ada masalah coding dan tak dapat nak buat, so kena withdraw di kaunter bank ... miss kena pergi bank untuk buat withdrawals" ....

time ni dah cool down sikit , so nada suara mrs pip bercakap pun dah kembali normal "ok thanks ya " mengakhiri perbualan dengan wakil bank tu ...

Keep calm no matter what
Keep calm no matter what

bila fikir balik, kenapa tetiba nak marah kat wakil bank yang bercakap di phone tu?

dia cuma wakil bahagian untuk investment yang mrs pip nak withdraw, tapi bab2 online banking ada masalah, memang bukan urusan dia pun ... well, her scope is limited. kalau nak tanya pasal investment, dia boleh explain in details dengan elok. 

I learned a lesson ...

ekceli, bila kau rasa tak puas hati atas sesuatu dan kau rasa marah, ada masanya kau tak boleh berfikir dengan elok, sehinggakan semua orang pun kau nak marah walhal orang tu bukan ada kena mengena pun dengan benda yang kau marahkan tu ...

mrs pip rasa bersalah juga dengan wakil bank atas talian tu coz terguna nada suara yang tinggi, aduh! bukan salah dia kalau bank ni tak banyak cawangan, bukan salah dia kalau staff di ground tak efisien buat kerja ... dan tak patut pula tempias marah tu kena kat dia :((

so, nextime kalau tak happy kat sesuatu tu, kena keep calm. kena bagi cooling time kat diri sendiri ... kena belajar untuk lebih bersabar bila berdepan dengan situasi yang tak menyebelahi kita, kena selalu bersangka baik dalam banyak perkara ...

korang pun, jangan jadi mcm mrs pip yang ada masanya kurang sabar ... tetiba naik angin pula. adoi! memang menyesal rasanya terkasar bahasa ni ... I am sorry.

korang pun ada tak yang pernah macam kes mrs pip ni?

have a nice weekend ya.

cheers.

7 comments:

  1. bank ni kekadang memang pening pun hahaha semoga dipermudahkan urusan mrs pip <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,memang angin juga hari tu... adoi.

      Delete
  2. Baru alami situasi camni lebih kurang. Tpi bkn dgn bank.. Dgn syarikat pemasangan aircond/water heater.. Lps buat byrn, dorang senyap je.. Haih, bila call asik dgr 'nnti saya call balik' tapi nan ado call nya.. Sbb nk tahu bila boleh pasang water heater. So terpaksa bertegas dgn dorang, bru nmpk respons. Ni pun katanya nk dtg ptg ni utk pasang.. X tau la dtg ke tak.. Tggu & lihat je la.. Klu x dtg, mmg kena marah lgi la dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes FS ni pun boleh buat naik angin satu badan ... punya lah menanti menunggu kan, tapi pihak tu buat mcm kita ni pelanggan tak penting pula ... eiiii... tapi end up sabar itu lebih baik :)) ... (dalam hati sah sah dah rasa mcm nak marah) ...

      Delete
  3. pernah juga kena macamni kak pip, awal tu bersabar juga saya sebab malas mau marah2 & mau cepat settle tapi siapa juga bha boleh bersabar kalau balik2 kena layan begini. Masa kita terbuang sebab 'benda kecil' begini. Nasib lah sudah tutup acc dengan bank tu since kerja di tempat baru suda.

    ReplyDelete