November 2018 - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 17 November 2018

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11 || 4 years old and counting

November 17, 2018 3
Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting
||entry panjang berjela jela|| hi there, tarikh 11.11 merupakan antara tarikh yang sentiasa diingati oleh mrs pip, kerana empat tahun yang lepas, pada 11.11, mrs pip selamat melahirkan our 2nd baby iaitu Amin Johansen... woha! cepatnya masa berlalu, now baby yang 4 tahun dulu tu, dah pun masuk tadika ... dan recently kitorang celebrate birthday dia ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

sebenarnya, ada cerita disebalik sambutan harijadi yang tidak dirancang ni ... memang mrs pip tidak merancang pun untuk celebrate birthday Amin di sekolah kerana rancangan awal ialah hanya sedikit jamuan makan ringkas bersama keluarga terdekat pada waktu malam 11.11 tu ... 

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

tapi kan, sebaik sahaja habis makan makan, dan Amin pun penat bermain, so mrs pip ajak Amin tidur malam, dan Nami pun kebetulan dah grumpy nak tidur , so jomlah kita tidur yer anak anak ... kecuali Iman yang still bermain dengan kazen yang lain ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

time baring baring tu, mrs pip pillow talk dengan Amin , mrs pip tanya dia kalau dia happy dengan birthday makan makan dia coz mrs pip ekceli perasan Amin macam badmood bila mr.Husband bawa dia ambil gambar ... *instinct mak mak kan*

then Amin cakaplah kat mrs pip 

"tapi birthday Amin tiada nyanyi happy birthday to Amin"
"Amin mau nyanyi happy birthday to Amin"

lepas tu Amin nyanyi tau lagu penuh Happy Birthday to Amin, lepas tu dia acah acah tiup lilin ...

wah.... sebaknya mrs pip rasa pasal Amin ni jarangggg nak itu ini ... dia ni baby yang tak banyak songeh, dan tak selalu minta nak itu ini ... so bila dia minta nak tiup lilin kek tu kan, tersentuh la hati mrs pip ...

lepas tu mrs pip tanya Amin mau nyanyi happy birthday dengan siapa? dengan mommy? dengan daddy? dengan Iman?

Amin jawab "Amin mau nyanyi dengan kawan-kawan. Ada mommy ada daddy ada Iman"

so faham lah mrs pip, dia nak celebrate birthday di sekolah dgn kawan-kawan, dan terus esok juga mrs pip plan dgn mr.Husband untuk celebrate birthday Amin di sekolah ... kena tempah kek dulu dan sediakan goodie bag ... so Isnin tu mmg tak sempat nak celebrate, so Selasa kek siap jam 9am, then terus ke sekolah Amin buat time dorang rehat jam 9.30am ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

dan mrs pip n mr.Husband mmg tak bagitau Amin yang kitorang nak datang celebrate birthday dia kat sekolah tau, saja nak tengok reaksi wajah Amin bila nampak daddy mommy dtg bawa kek ... nasiblah kek tu sister and bro in law yang buat, last minute request ...

bila Amin nampak kitorang datang dan masuk kelas, muka dia blur ... time tu nak minta permission guru kelas nak celebrate birthday, nasib baik cikgu dia sporting dan bagi green light kat kitorang ... bila kek dan goodie bag dibawa masuk, kecoh sekejap kelas Amin ni ... happy budak budak lain nampak goodie bag tu ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

lepas cikgu settle susun kek dan goodie bag, dan bariskan rakan sekelas Amin, tetiba cikgu keluar ... rupa-rupanya cikgu pergi kelas sebelah ambil Iman ... terima kasih cikgu, macam tau tau ja mrs pip memang nak ambil Iman di kelas sebelah utk join birthday celebration Amin ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

sambutan birthday ni ringkas saja .. lepas dorang nyanyi lagu happy birthday tu, dan Amin tiup kek (padahal Iman yang yang tiup penuh semangat), lepas tu Amin potong kek ... dan kitorang bergambar satu family then kitorang pun tak nak ganggu pembelajaran Amin dan Iman, so kitorang pun minta diri ... tak join budak2 ni makan kek, lagipun biarlah Amin happy hour dgn kawan kawan n cikgu dia ... kang nanti ada mommy daddy , dia segan pula tak pun keluar perangai manja dorang kan ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

untuk Amin, mommy harap Amin membesar menjadi anak yang baik, dan cemerlang dunia akhirat tau ... sama juga untuk Iman dan Nami ... mommy n daddy selalu doakan yang baik baik untuk korang. 

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

mommy daddy sayang korang hingga ke syurga tau ...


lepas dah siap tu, mrs pip n mr.Husband dating kejap di pekan... cuaca panas mcm ni sedap minum coconut shake with vanilla ice cream ... secawan RM5.00 ... sekali sekala bolehlah, kalau selalu memang hancur la diet mrs pip ni #roadto64kg ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

ni muka budak birthday 4 tahun , Amin Johansen ... ingat lagi time preggykan Amin, dia ni baby songsang tau ... masuk minggu ke-37 tu, doktor nasihatkan mrs pip untuk pusingkan baby ... kalau tak nak, kena ceaser ... alamak!

tapi doktor siap cakap, kalau pusing tu pun tak semestinya akan lahir normal, kemungkinan baby tu boleh songsang semula , tapi why no try pusing kata doktor ... bersalin normal ni lebih cepat sihat ... fikir punya fikir, mrs pip pun terima nasihat doktor, so merasalah juga SAKIT kena pusing baby tu ... bukan sekali, tetapi dua kali percubaan untuk pusingkan baby baru berjaya!

SAKIT tak? .... wei, kalau suruh mrs pip sekali lagi urut baby songsang , better la NO .. sakit wei, lebih sakit dari bersalin normal rasanya ... I is tak sanggup bila teringat time baby kena pusing ... siap menangis dan meraung dalam bilik rawatan tu, tapi doktor tu relax ja tak marah apapun bila mrs pip menangis dan meraung kesakitan ... haha, what a memory kan.

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

yang gambar kat atas ni pula ialah gambar pohpoh dan kungkung bergambar bersama sama cucu cucu bongsu ... semua boys la ya ... ada sorang gegirl tu, tapi dorang tak datang malam tu ... hampir terlupa pula cucu paling bongsu ialah gegirl , nama dia Lea ...

ni malam 11.11, kitorang buat makan malam di rumah mak mentua ... just makan makan la, mr.Husband yang masak, mrs pip just buat puding coklat saja ... memang teda plan mau tiup lilin malam tu ... kek memang tak tempah ...

asalnya cenggini, mrs pip nak buat kek sendiri, tapi mr.Husband boleh pula beli salah jenis tepung, so end up mmg tak buat kek la namanya ... 

meh la perkenalkan kazen kazen si Amin ni ... 

yang duduk kat lantai tu dari kiri ke kanan : Jericho Juan, Poseidon, Iman Rafael (abang si Amin), Edvarde

yang duduk dengan pohpoh tu nama dia Ebstarr, lepas tu Amin Johansen dan yang duduk dengan kungkung tu si Nami Heavenlee.

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

makanan ringkas ja malam tu ... nasi ala-ala hainanese , ayam dan ikan bakar di oven dengan campuran kentang dan labu kuning, dan puding coklat mrs pip yang tak cantik tapi habis dimakan malam tu kerana sedap! weh puji diri sendiri weh ... hehe.

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

siang birthday Amin tu, tengah si daddy busy masak masak di dapur, si Amin request mau mandi laut ... padahal baru juga few weeks ago mandi laut ... so nak penuhi hajat anak bujang sorang ni, ko tengok apa mr.Husband buat ...

dia pi ambil cold storage box yang besar tu, penuhkan dgn air, lepas tu suruh budak dua orang ni mandi manda dalam tandas ... happylah dorang ni dapat berendam dalam air ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

Amin dapat hadiah, yeah! family members bagi hadiah and angpow ... thanks korang belanja Amin hadiah and angpow ... happy Amin dapat hadiah ni ... malam tu juga sebelum tidur dia buka hadiah ni ... 

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

dan yang ni gambar pada 13.11 , pagi hari sebelum dorang pergi sekolah ... sempat snap gambar dorang  ni ... dan muka Amin yang selalu masam, haha ... dia tak tahu pagi tu mommy daddy nak hantar kek celebrate birthday dia kat sekolah ...

pagi tu mommy sakat Amin , tu yang muka bertambah masam mencuka ... cia cia cia ...

well Amin, we all love you so much ...

semoga anak anak mommy membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.


cheers.

Friday, 16 November 2018

Real Fresh Skin Detoxers X Get It Beauty

November 16, 2018 3
Real Fresh Skin Detoxers X Get It Beauty
hi there, happy tau mrs pip dengan kulit wajah mrs pip nowadays selepas menggunakan produk daripada Althea iaitu Real Fresh Skin Detoxer Rose dan Green Tea ... beberapa bulan lepas mrs pip ada share mengenai produk ni di blog, boleh terjah link mengenai Real Fresh Skin Detoxer tu >>> DI SINI <<<

Real Fresh Skin Detoxers X Get It Beauty
Real Fresh Skin Detoxers X Get It Beauty

sebenarnya, Real Skin Detoxer ni berkolaborasi bersama Get It Beauty, salah satu rancangan terkenal di Korea dan bintang KPop popular EXID, Jeonghwa merupakan salah sorang penggemar Real Fresh Skin Detoxer ni tau ... korang layanlah telatah si Jeonghwa ni kat dalam video yang mrs pip share di bawah ni ....



sekarang ni, memang setia mrs pip guna Real Fresh Skin Detoxer ni pagi petang ... yang Rose tu untuk pagi, dan yang Green Tea tu untuk malam ... 

Real Fresh Skin Detoxers X Get It Beauty
Real Fresh Skin Detoxers X Get It Beauty

apa yang best sangat mengenai produk ni? meh sini mrs pip share kat korang ....
  • skin detoxer merupakan 2-in-1 pack cleanser yang membersihkan wajah daripada cela minyak dan kotoran, dan menjadikan kulit terasa lebih segar, bersih, fresh, licin dan lembut ... hanya 10 saat sahaja diperlukan untuk membersihkan kulit wajah menggunkan real fresh skin detoxer ni tau!
  • real fresh skin detoxer ROSE, ianya digunakan pada waktu pagi , membantu mengeluarkan kotoran daripada lapisan kulit, melindungi dan memberikan keseimbangan tahap pH terhadap kulit kulit dan menjadikan tekstur kulit lembut dan sekata ... lantas memudahkan korang untuk menggunakan make up muka ...   
  • real fresh skin detoxer GREEN TEA pula, ianya digunakan pada sebelah malam sebelum nak masuk tidur ... mengikut sumber Althea, sel kulit terjana paling aktif pada sekitar jam 10 pm , dan produk real fresh skin detoxer Green Tea ini dibuat untuk membantu meningkatkan penjaan sel kulit dengan memastikan kulit wajah dibersihkan dan sedia untuk berehat di waktu malam.
  • bahan-bahan yang terkandung di dalam Real Fresh Detoxer ni mengandungi bahan-bahan premium bermutu tinggi iaitu kelopak bunga mawar May dan teh hijau muda yang dibawa khas dari kepulauan Jeju

Real Fresh Skin Detoxers X Get It Beauty
texture skin detoxer Rose bersama kelopak mawar! yeah.

yang berminat untuk mendapatkan set Real Fresh Skin Detoxer ni, boleh dapatkannya di laman web Althea, dan sekarang ni Althea memberikan 10% diskaun dan penghantaran percuma kalau korang beli dalam masa terdekat ni ...

hanya klik link di bawah untuk langsung terus ke laman web Althea 



stay beautiful everyone, jom sesama cantikkan kulit bak glass skin seperti artis artis korea T_T yeah.

@altheakorea #AltheaKorea #RealFreshSkinDetoxer #AltheaXGIB

cheers.

Wednesday, 14 November 2018

Hadiah top komenter di blog Fieza Sani

November 14, 2018 8
Hadiah top komenter di blog Fieza Sani
hi there, rezeki baby Nami dapat hadiah ... hari tu blogger fieza sani bagitau thru fb messenger mrs pip menang top komenter bulan oktober di blog ... happy tau mrs pip ...

fieza bgtau kali ni nak bagi hadiah , tapi untuk baby Nami ... rezeki kat baby la kan ... hadiahnya mrs pip dapat yang Isnin tu ... baru kemarin kita unboxing :)

romper baby cantik

bertambah koleksi romper baby Nami .. yang ni untuk umur 6 bulan ... tapi tak perlu tunggu 6 bulan, lagi sebulan ni baby Nami yang bambam ni insya allah muat untuk pakai ... so nnt kita ootd-kan baby nami yer ...

romper baby cantik

warna warna romper pun cantik cantik , cute cute tak sabar nak baby Nami pakai romper ni ... semua warna dan corak mrs pip suka, lagi lagi kaler oren tu kan, very boyish ... memang mrs pip suka ...

link kat bawah tu pengumumam yang fieza bagitau mrs pip top komenter kat blog dia ... wah siap buat entry lagi tu ... tenkiu so much fieza, semoga murah rezeki cik manis cantik ni ... 


Hadiah top komenter di blog Fieza Sani

and nami kirim salam tau kat auntie fieza ... suka jer terjah blog fieza ni coz dia slalu share barang yang dia beli online, so senang nak buat rujukan ... hehe.

cheers.

Monday, 12 November 2018

Guna sunscreen Petal Velvet Sunaway berjemur dan mandi laut , terbukti kulit tetap mulus tanpa sunburn!

November 12, 2018 8
Guna sunscreen Petal Velvet Sunaway berjemur dan mandi laut , terbukti kulit tetap mulus tanpa sunburn!
Guna sunscreen Petal Velvet Sunaway berjemur dan mandi laut , terbukti kulit tetap mulus tanpa sunburn! || hi there, happynya bila kotak pink Althea sampai rumah T_T ... beauty addicts yang sukakan K-cosmetics and skincare, mesti happy kalau dapat kotak pink ni kan , dan mrs pip pun tidak terkecuali juga ... 

petal velvet sunaway will make the uv rays away
mrs pip ready to go
let's go to the beach bebeh!

so baru baru ni, Althea melancarkan produk terbaru mereka dari rangkaian Petal Velvet ... kalau sebelum ni ada petal velvet powder, yang ni ialah Petal Velvet sunscreen lotion! wah, daebak sangat ... macam tau tau saja mrs pip ni seorang "beach addict" dan sangat memerlukan sunscreen lotion untuk melindungi kulit di bawah pancaran matahari ketika berjemur di tepi pantai :)) 

Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway 

dan sunscreen lotion keluaran Althea ni diberi nama Petal Velvet Sunaway ... nama pun cantik, senang nak ingat ... 

Petal Velvet Sunaway will make the UV rays away

selepas terima parcel yang ada petal velvet sunaway ni, tak tunggu lama terus ajak mr.Husband keluar pergi pantai dengan anak-anak sekali ...

unboxing the Petal Velvet Sunaway
unboxing the Petal Velvet Sunaway

dan memang triple happy tau mrs pip apabila buka ja kotak pink Althea ni, selain ada Petal Velvet Sunaway, ada tiga Petal Velvet powder disertakan bersama ... yes, tak tipu tiga petal velvet powder you olls! gila tak happy kan ... memang sakan lah pakai petal velvet powder lepas ni ... 

unboxing the Petal Velvet Sunaway
unboxing the Petal Velvet Sunaway

selain ada Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder , juga ada hologram pouch yang trendy lagi cantik ... senang nak letak semua ketiga-tiga petal velvet powder kat dalam hologram pouch ni, so kalau nak berjalan jalan tu, nak make up ringkas dan cepat, bawa ja petal velvet powder dalam hologram pouch ni masuk handbag ... 

unboxing the Petal Velvet Sunaway
unboxing the Petal Velvet Sunaway

sebelum ni mrs pip dah ada petal velvet powder  Pink Lavender tu, yang tu limited addition tau sempena Althea 3rd Anniversary ... dan petal velvet powder ni sangatlah awesome, senang dab dab di muka ...

unboxing the Petal Velvet Sunaway
unboxing the Petal Velvet Sunaway

tiga jenis petal velvet powder tu ialah warm beige, pink lavender (yes, tambah stock lagi coz sebelum ni memang dah ada satu) dan translucent ...untuk petal velvet powder ni, nanti next entry mrs pip share info lanjut ya ... sekarang ni, nak story story dulu mengenai new star in the Althea house ni iaitu Petal Velvet Sunaway ni ... 

Petal Velvet Sunaway

Petal Velvet Sunaway Will Make the UV Rays Away :))
Petal Velvet Sunaway Will Make the UV Rays Away :))

Petal Velvet Sunaway ni ialah ultra lightweight sunscreen dengan memperkenalkan non-chemical UV filter bersama SPF 50, PA+++ yang bermaksud selain daripada sunscreen lotion ni menyerap masuk ke dalam lapisan kulit, Petal Velvet Sunaway suncreen lotion ni juga membina lapisan pelindung yang yang mampu menebarkan cahaya UV. 

yang nak tau apa tu PA+++ , mrs pip copy paste info dari pinkparlour.asia , yang menyatakan bahawa PA+++ is designed for normal skin that expose to very strong UV radiation. It provides good UVA protection with a factor of PPD of more than 8. It is the highest grade of UVA protection currently available. >>> click here to read more info <<<

Kaedah ini sangat skin-friendly, menjadikan produk ini hebat kepada semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif, dan bahan bahan yang digunakan adalah bahan bahan yang lembut untuk kulit, antaranya kelopak bunga mawar yang dikenali sebagai damask rose micro particles.

Petal Velvet Sunaway Will Make the UV Rays Away :))
Petal Velvet Sunaway Will Make the UV Rays Away :))

Kebiasaannya, sunscreen lotion memberikan kesan kering terhadap kulit selepas penggunaan, namun untuk Petal Velvet Sunaway, ianya diformulasikan dengan campuran hyaluronic acid dan Damask rose extracts yang membuatkan kulit menjadi gebu dari dalam dan langsung memberikan kulit  rawatan hidrasi!

Petal Velvet Sunaway texture
Petal Velvet Sunaway texture

Petal Velvet Sunaway mengandungi partikel serbuk halus yang berfungsi untuk memerangkap sebum dan menjadikan kulit berasa segar sepanjang hari ... untuk pengetahuan, Sunaway ni bertekstur agar cair, dan sangat mudah untuk blend ke dalam kulit ... so kalau nak guna memang senang menyerap ke dalam kulit, lepas tu kulit nampak mulus tanpa coretan putih cecair Sunaway tu tau ... please shake well before use ...

Petal Velvet Sunaway Will Make the UV Rays Away :))
Petal Velvet Sunaway Will Make the UV Rays Away :))

dan Althea menyatakan bahawa produk Sunaway ini ialah cruelty-free, tanpa melibatkan sebarang haiwan berbulu (furry animals) dalam proses pembuatan produk ini, yeah! dan ianya hypoallergenic ... bab cruelty-free ni mrs pip suka, tak perlu ada "guinea pig" dalam menghasilkan produk yang hebat , so kita yang guna pun tak ada rasa bersalah kat haiwan yang jadi bahan ujikaji makmal :)) ...

mr.Husband pun join sekaki pakai Sunaway ni tau

selalunya lah kan, mr.Husband mrs pip ni mana mau kisah kalau bab bab jemur pantai , mandi laut .. dia main redah ja ... tapi once dia dapat tahu info pasal Sunaway ni, terus dia teruja mau guna ni Sunaway ... 

ehhhh, jangan pakai banyak banyak tau ... I is kedekut! nanti habis ... ciaciacia ... but, nevermind, kita share ja, nanti kalau habis kita re-purchase , harga pun affordable.

mandi laut tanpa risau kena sunburn
sunaway kan ada :))

bukan setakat mr.Husband ja yang pakai Sunaway ni tau, siap lil' Iman dan lil' Amin pun guna sama Sunaway ni ... dah lah cuaca panas time tu, sekitar jam 11.30 pagi dorang mandi laut,  dekat dekat jam 12.30 tengahari baru siap berendam ... mrs pip yang risau anak anak kena sunburn, lepas tu esoknya kena pergi sekolah pula ...

Yours Truly with Petal Velvet Sunaway
Yours Truly with Petal Velvet Sunaway

mrs pip pula tak la mandi pantai, just duduk lepak lepak kat belakang truck yang tak jauh dari pantai dengan baby Nami ... boleh tahan panas jugalah cuaca time tu , plus kitorang tak bawa payung , so terpaksalah bertahan dengan cuaca panas di luar ...

nampak tak muka mrs pip tu terkena pancaran sinaran matahari yang panas ... baby Nami pula ada kat tepi dalam rocking chair dia , kebetulan bawa extra kain, so dapatlah cover rocking chair baby Nami supaya dia tak kena panas matahari ... hiks, kalau tau tiada kawasan redup, nextime kena bawa extra canvas ...

tapi kan, memang nasib baik tau bawa Petal Velvet Sunaway ni ... biasa kalau duduk lama lama tepi pantai mcm ni, boleh rasa muka tu berbahang , tapi yang ni relax ja kulit muka tiada bahang, tak rasa pedih pasal cuaca panas sangat ...

mr. Husband dan anak anak pun, habis ja mandi laut, tiada pun muka merah merah kepanasan ... kulit dorang maintain ja elok ... 

kulit wajah mantain hensem walaupun lepas mandi laut
kulit wajah mantain hensem walaupun lepas mandi laut

ni Iman dan Amin, beberapa hari kemudian selepas mandi laut ... kulit muka mantain ja tiada mengelupas ... biasa kalau mandi laut, mrs pip just letak losyen bayi kat muka, tapi memang merah dan mengelupas la juga sedikit ... tapi yang ni, memang no sunburn! yeah.

memang happy mrs pip guna Petal Velvet Sunaway ni ... big thanks to Althea for producing this awesome sunscreen tau ... I love to the moon and back :))

nak tahu info lanjut mengenai Petal Velvet Sunaway ni, boleh baca di
Blog Althea


dan nak beli Petal Velvet Sunaway ni atau produk Althea yang lain,boleh terus ke
Althea Website


stay beautiful everyone.

cheers.

Saturday, 10 November 2018

Review Novel : Cinta Jangan Tipu (by Emma Maizura)

November 10, 2018 4
Review Novel : Cinta Jangan Tipu (by Emma Maizura)
hi there, novel Cinta Jangan Tipu ditulis oleh emma maizura setebal 631 muka surat ... ceritanya berkisar mengenai Nurain, atau lebih mesra dipanggil dengan nama Ain, yang menjaga anak angkat bernama Abil ketika belajar di Sydney.

Ain ingin dijodohkan dengan anak kepada rakan ayahnya, namun dia menolak sekeras-kerasnya, dan hanya ingin fokus dengan pelajarannya ... tindakannya membuatkan ibu dan ayahnya terbang ke Sydney untuk memujuknya, namun setibanya ibubapa Ain di apartment sewanya, mereka terkejut mendapati Ain memiliki bayi dan sedang menyusukan bayi tersebut.

Dan kebetulan, rakannya Khairul turut berada di kediaman Ain, menyebabkan ibubapa ain salah sangka memikirkan Ain memiliki anak haram bersama lelaki yang berada di kediamannya ... ibubapa Ain terlalu marah dan perang putus saudara terhadap Ain ... 

6 tahun berada di Sydney, Ain kembali ke tanah air bersama anak angkatnya Abil ... ibubapanya masih tidak menerima Ain .. Ain mendapat pekerjaan di syarikat event management milik abang kepada sahabat baiknya Fasha.

Novel Review || Cinta Jangan Tipu (by Emma Maizura)
Novel Review || Cinta Jangan Tipu (by Emma Maizura)

Ain hidup bahagia bersama Abil, namun ayah kandung Abil berjaya mencari Abil dan Ain, dan ingin mendapatkan Abil semula .. ayah Abil yang bernama Imran sudah lama mencari Abil dan Ain, dan akhirnya pencariannya berjaya.

Imran adalah rakan kepada Fasha dan abangnya Faris, dan Fasha sudah terlalu lama menaruh harapan cinta terhadap Imran.

Ain tidak membenarkan Imran merampas Abil daripadanya, namun Imran ingin menebus segala dosa lalunya meninggalkan Abil, dan Imran pernah berkata , dia hanya berkahwin dengan wanita yang menjaga anaknya. 

mrs pip baca novel ni kerana nak sangat tahu Abil tu Ain yang jaga padahal dia kan student time tu... rupa-rupanya , Abil tu anak kepada kawan baik Ain ketika di Sydney iaitu Nabila, namun Nabila maut ketika menyelamatkan Ain daripada kemalangan jalan raya, dan anak dalam kandungan Nabila juga berjaya diselamatkan.

dan Nabila ekceli berkahwin secara senyap dengan Imran, namun Ain memang tak pernah mengenali Imran, malah gambar Imran sekalipun Ain tak pernah nampak ... dan Imran meninggalkan Nabila sementara apabila terpaksa pulang ke tanah air kerana ibubapa Imran kemalangan dan terpaksa menguruskan hal dan syarikat keluarganya ..

macam mana Imran boleh jumpa Ain dan Abil? yang ni korang kena baca novel ni .... lepas tu Fasha suka Imran, adik kepada Ain iaitu Aina pun nakkan Imran ... amboi, hot stuff betul si Imran ni kan ... tapi imran pula jatuh cinta dengan Ain ... muehehe ..

dan Ain dan Imran kawin ok ... tapi kena paksa oleh ayah si Ain kerana sekali lagi ayah si Ain ni salah sangka ingatkan si Ain ni buat hubungan sulit dengan si Imran ... bila ayah si Ain paksa dorang kawin, memang happylah si Imran coz memang dia nak sangat dgn si Ain, tapi si Ain tak suka Imran kerana Imran kawin dgn kawan baik dia si Nabila, lepas tu tinggalkan Nabila macam tu saja ...

dan whoot whoot, bakal jodoh si Ain yang mak ayah dia nak sangat di kawin time di Sydney tu sebenarnya si Imran tu lah ... si Imran ni lah anak kepada kawan ayah si Ain ... hiks! apa ni cerita twist itu ini ...

dan Khairul tu seorang doktor yang bekerja di Sydney, Khairul ni byk sangat jasa kat Ain, tapi Ain tak nak si Khairul ni pasal mak Khairul ni benciiiii sangat dgn si Ain ni ... selain Khairul, kawan lama si Ain ni, juga seorang doktor bernama Rashid juga sukakan si Ain tapi bila dpt tahu Ain dah kawin, dia move on ... and end up jatuh cinta dengan Fasha ...

korang rasa, Fasha terima Rashid tak?  ... 

novel ni mcm fokus sangat dengan Ain , dan Ain ni ada masanya I suka watak dia, dan ada masanya rasa nak hempuk pun ada ... eh, emo pula mrs pip baca novel ni ... tapi, ada juga benda yang tak logik kat dalam novel ni ...

well, bila kawan baik kau kawin, tak mungkin la kan kau tak pernah tengok gambar pasangan kawan baik kau tu... hello, we are living in digital world nowadays kan ... yes, Nabila dan Imran kawin senyap2, Ain tak kenal Imran, tapi bila Imran balik tanah air, dan Nabila pregnant, mesti as a BFF kau akan curious nak tahu siapa suami kawan baik kau kan... 

dan lupa nak cerita pasal Abil ... dia budak yang baik, senang dengar cakap, dan sayang sangat kat Ain ... dia juga sayang kat papa Khairul, tapi dia lebih sayang kat papa sebenar dia si Imran tu ...

apapun, novel berjaya dibaca sehingga muka surat terakhir.

baca juga review nove by mrs pip yang lain 

cheers.

Friday, 9 November 2018

Lazada 11.11 Blogger Contest

November 09, 2018 13
Lazada 11.11 Blogger Contest
hi there, yeah! Lazada blogger contest datang lagi ... dan kali ni hadiah bukan calang calang tau, kalau menang memang berbaloi sangat :)) ...

Lazada 11.11 blogger contest

Lazada dihatiku

selain lazada blogger contest sempena mycybersale 11.11, Lazada juga of course buat sale gila-gila, so memang happy sangat mrs pip bila dapat tau ada sale , banyak barang boleh cekup kat Lazada dengan harga yang sangat affordable ...

Lazada 11.11 Blogger Contest
Lazada 11.11 Blogger Contest

ada beberapa produk yang mrs pip nak beli sempena Lazada sale ni tau ... memang berharap boleh slash down lagi harga tu time sale ni nanti ...

baby bullet food blender
baby bullet food blender

baby bullet food blender ni dah lama nak beli, tapi teragak agak coz tak berapa reti nak guna ... hahaha, dasar alasan apakah ini? tapi bila ternampak ada mommy yang share info pasal baby bullet food blender ni, hah terus la teringin nak satu juga ...

korang bukan tak tahu mrs pip ada baby kecik ni, dah nak masuk 3 bulan ... pejam celik tak lama lagi masuk 6 bulan, dah start makan solid food kan ... memang sesuai beli baby bullet food blender ni ...

selfie ring light
selfie ring light
biasalah beauty blogger kannnn, orang lain ada ring light, I pun nak juga ... hehe ... ala, kita pun nak gambar selfie nampak cantik :)) ...


mesin jahit? pandai ke menjahit ni? bahaha, bab menjahit memang selalu gagal .. tapi macam leceh pula bila seluar anak anak terkoyak dan perlu ditampal kena hantar tailor ... well, anak anak mrs pip ni lasak la sangat kalau di sekolah, baik Iman mahupun Amin, seluar sekolah dorang rabak di bahagian lutut ... 

bila ditanya kenapa koyak? dorang jawab terjatuh time main lari lari dengan kawan ... lepas tu mrs pip hantar tailor minta tampal, dah tampal baru-baru ni koyak lagi seluar dorang ... jadinya, fikir fikir dan fikir, better beli satu mesin jahit ....lepas ni belajar tampal sendiri ... 

setakat ni,  inilah 3 item yang mrs pip berkenan nak dapat sempena Lazada 11.11 sale ni kan, tapi kalau menang blogger contest ni, lagi awesome, coz mrs pip boleh beli lebih extra barang ... memang syok!

dan jangan lupa temujanji bersama Lazada sempena 11.11 Shopping Festival (https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1) yang akan berlaku pada 11 November 2018 di Lazada Malaysia tau ...

kalau nak join lazada blogger contest ni, baca cara penyertaan yang Lazada tetapkan ok ...

Cara penyertaan :

1. Tulis satu ‘blog post’ dengan menjawab soalan berikut: Apakah 3 produk (atau lebih) yang anda rancang untuk membeli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival? Kongsikan Bersama kami!

2. Anda perlu menyebut tentang 11.11 Shopping Festival (https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1) yang akan berlaku pada 11 November 2018 di Lazada Malaysia.

3. Pastikan artikel anda mengandungi ‘screenshot’ untuk kesemua produk yang anda nyatakan.

4. Pastikan blog anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 post yang sedia ada.

5. Sila sertakan link artikel anda melalui email ke contest@lazada.com.my dengan subjek: Lazada 11.11 Blogger Contest.

6. Anda boleh menggunakan apa apa bahasa semasa memuat naik artikel.

7. Terdapat 2 kategori dalam pemilihan pemenang. Semua peserta layak mendapat tempat untuk kedua-dua kategori.

Sertai dan and berpeluang untuk untuk memenangi RM1,111 RM100 atau RM75 Baucar Lazada!

100 pemenang bertuah:

Hadiah Utama: 1 x RM1,111 baucar tunai
Hadiah Kedua: 11 x RM150 baucar tunai
Hadiah Ketiga: 88 x RM75 baucar tunai

Cabar diri anda untuk menjadi kreatif dan merebut hadiah yang bernilai RM600 bagi kategori kreativiti untuk post anda. 3 post terbaik akan dipilih oleh pihak Lazada.

Hadiah Kreativiti:

Hadiah Utama: 1 x RM600 baucar tunai
Hadiah Kedua: 1 x RM300 baucar tunai
Hadiah Ketiga: 1 x RM100 baucar tunai

Pertandingan ini akan bermula dari 1 November hingga 11 November.

*setiap baucar yang bernilai RM30 adalah dengan pembelian yang bernilai minimum RM100 untuk satu transaksi (bergantung pada terma dan syarat)

am I the lucky winner?

cheers.

Thursday, 8 November 2018

Antara sebab kenapa proposal asyik kena reject di Sushivid

November 08, 2018 12
Antara sebab kenapa proposal asyik kena reject di Sushivid
hi there, entry kali ni macam yang korang baca tajuk kat atas tu ... hiks! bukan senang Sushivid ni nak terima kita buat job kan, kalau hantar 100 proposals, bersyukurlah kalau ada yang sangkut satu dua job tu ... lagi lagi job tulis artikel unless kau memang tulis PITCH baik punya.

proposal asyik kena reject di Sushivid
proposal asyik kena reject di Sushivid

baru baru ni, memang berduyun duyun mrs pip terima email dari Sushivid bagtau yang proposals mrs pip kena reject by the brand .. alaaa, bukan tak biasa kena reject, so mrs pip pun relax ja la ... bukan rezeki kita ...

lepas tu dapat email dari wakil Sushivid, bagitau sebab kenapa proposal tu kena reject .... oooo, ni la sebabnya kena reject .... ekceli, tak semua kempen yang diiklankan di Sushivid tu akan berakhir dengan jayanya ...

ada sesetengah brand, dia half way ja letak iklan,, lepas tu dorang tak nak teruskan buat KOL Marketing ni ... penat kau hantar proposals tup tup kempen tu dibatalkan macam tu saja oleh The Brands! 

so lepas ni, jangan terlalu mengharap tau ... lepas hantar proposal, korang chill ja ... pasal tak sure kan kempen tu ON ke TAK ON ... even Sushivid pun kena follow up tanya kat The Brand tu nak teruskan dengan KOL Marketing ke tak ... 


proposal asyik kena reject di Sushivid
proposal asyik kena reject di Sushivid

hope lepas ni, Sushivid lebih peka dengan The Brands yang betul betul nak buat KOL Marketing... kita ni punyalah pulun tulis panjang berjela2 buat proposals, tapi end up kempen tu dibatalkan suka suka oleh The Brands ... kalau gitu, better jangan iklan kempen korang kat Sushivid ...

emo pula.

dan tak sabar nak tunggu Sushivid buat kelas untuk ajar kita buat proposals ... eh, I suka bab bab belajar ni, hope buat online classes ya ... senang nak join nanti.

apapun, all the best untuk Sushivid , looking forward to submit thousands of proposals ...

cheers.

Wednesday, 7 November 2018

My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami

November 07, 2018 6
My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami
hi there, hari ni cerita sikit pasal anak - anak , My Three Nyawa ... tup tap tup ta, dah tiga orang anak mrs pip, semua pun jejaka tak berapa tampan , cia cia cia . Iman dan Amin, beza 20 bulan ... Iman lahir pada 4 Mac 2013, dan Amin lahir pada 11 Nov 2014 ... lepas tu berharap dapat anak lagi pada tahun 2016, tapi rezeki belum ada, sehinggalah mrs pip mengandungkan Nami dan lahir pada 20 Aug 2018.

My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami
My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami

My Three Nyawa, Iman dan Amin ni karakter dorang sangat berbeza, satu pun tiada yang sama ... dorang berdua ni two peas in a pod, tapi dalam masa yang sama dorang juga like cats and dogs! ... pening kepala mommy layan dorang bila bertengkar ... tapi , ya ampun kalau kau pisahkan dorang, mesti tak nak, dua dua berpelukan!

aiks, tadi gaduh bukan main bagai nak rak, lepas tu bila sorang mrs pip suruh masuh bilik, sorang duduk di ruang TV, memang tak nak, dorang mau dua dua duduk sama sama ... eeeeiiii, boleh jadi lion tau mommy ni dengan gaya korang berdua.

My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami
My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami

Iman dulu time baby, seorang yang baby colic, suka nangis memanjang ... cengengnya Allah sahaja yang tahu ... Iman ni kalau dia nak sesuatu, dia akan usaha nak benda tu ... dia tak kisah benda tu ok ke tak ok ... and he keeps nagging nak benda tu ... Iman jenis yang veryyyy friendly, susah nak merajuk tapi once merajuk, mak oiiii susah sikit nak pujuk, dan Iman ni kurang sikit sifat sabar , so membesarkan Iman ni memang kena ada kesabaran yang tinggi.

Amin pula seorang yang jenis sabar, very calm ... tapi dia quite unfriendly baby. dah masuk tadika pun, dia tak suka berkawan sangat, tapi dua tiga bulan kebelakangan ni, dia OK la dengan kawan kawan dia ... nampak dah pandai berkawan gitu ... Amin ni jenis yang cepat sangat merajuk , tapi senang dipujuk ... Amin ni juga jenis yang tak suka pakai barang orang, tapi dia pun tak suka share barang2 dia ... kuang kuang kuang ...

My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami
My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami

dan now , we have another addition in the house , iaitu baby Nami .... Nami ni jadi rebutan antara Iman dan Amin ... Iman selalu cium Nami, lepas tu Amin akan try hard supaya Iman jangan dekat Nami ...

tapi mrs pip perasan, setiap kali Iman dan Amin dekat dengan Nami, mesti Nami happy semacam, lepas tu Nami macam try untuk bercakap dengan Iman dan Amin ... senyum Nami pun lebar bila ada Iman dan Amin ...

My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami
My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami

korang rasa, Nami ni iras wajah siapa? Iras wajah Amin atau Iras wajah Iman?

My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami
My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami

Nami ni, so far very alhamdulillah, sennag nak jaga dari dia dilahirkan ... tak banyak ragam , kurang menangis, senang nak tidur ... now Nami dah masuk 11 minggu, kejap ja masa berlalu, padahal masih terasa seperti baru mengandungkan Nami hari tu ... tup tup anak mommy sorang ni dah 11 minggu ... hope Nami membesar dengan sihat dan gembira selalu ...

My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami
My Three Nyawa || Iman, Amin & Nami

tak kisahlah apapun ragam My Three Nyawa ni, mommy akan layan korang sebaiknya ... mommy hope anak anak mommy ni akan sentiasa bersahabat baik di antara satu sama lain, dan saling sayang menyayangi .... adik beradik tak baik tau bertengkar, nanti Allah tak sayang ...

kalau mommy tanya, korang nak adik lagi tak? kita cari gegurl pula kali ni ... hehe, kesian mommy tak da geng kan ... semua pun geng daddy ni ... tak lama lagi , Nami pun akan masuk geng daddy kepala botak ... ala, mommy suka tengok rambut Nami yang pacak pacak ni, tapi daddy cakap nak cukur licin kepala Nami tau ... *nangis la mommy nanti ni* ...

love you all, My Three Nyawa. Forever.

Iman Rafael
Amin Johansen
Nami Heavenlee

I am no a perfect mother, but there is a million ways to be a good mother.

Motherhood journey are full with surprises.

cheers.

Tuesday, 6 November 2018

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

November 06, 2018 14
Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz
hi there, wish me luck tau untuk dapatkan planner cantik dalam giveaway ni ... serius cantik tau planner dia ... giveaway ni berlangsung sehingga 30 November 2018 ni, so cepat korang , jangan lambat join ga ni ...


kalau nak join ga ni, jusk klik banner kat atas tu ... klik jangan tak klik pula ...

kalau bercerita pasal bulan November ni, teringat 4 tahun lepas, mrs pip lahirkan 2nd baby mrs pip iaitu Amin Johansen .. masih terkenang kenang saat melahirkan Amin ...

Amin lahir pada tarikh yang sangat cantik iaitu, 11 / 11 ... ianya juga merupakan tarikh yang dinanti nantikan oleh kaki shopping online mcm mrs pip >>> yeah, MYCYBERSALE berlaku pada 11/11 kan ...

so selain nak celebrate birthday amin, mrs pip akan diserang sakit jiwa sebentar kerana gigih nak shopping online cari barang pada harga yang murah pada waktu tu ... hahahaha, dasar mak kaki shopping online kan ...

so korang dah fikir nak beli apa time MYCYBERSALE nanti? mrs pip dah! ciaciacia ...

wish me luck tau.

cheers.