Review makan nasi ayam di Beaufort Chicken Rice - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 2 July 2018

Review makan nasi ayam di Beaufort Chicken Rice

hi there, siapa yang suka makan nasi ayam, kamurang geng dengan anak anak mrs pip! muehehe ... hari tu dijadikan cerita, mr.Husband sibuk dengan kerja selepas hari raya ketiga ... alhamdulillah, ada rezeki datang menjemput untuk mr.Husband, so sepanjang minggu tu memang mr.Husband fully occupied dgn kerja dia ... lil' armies pun keep on asking "mana daddy?", "bila daddy pulang rumah?" ... jadi, Ahad tu (sehari sebelum cuti sekolah habis), mr.Husband balik rumah dan janji bawa lil' armies keluar pergi pantai tapi hujan petang hari tu, so end up kami pergi pekan Beaufort untuk keluar makan malam , replaced janji untuk bawa lil' armies pergi pantai T_T

Review makan nasi ayam di Beaufort Chicken Rice
Review makan nasi ayam di Beaufort Chicken Rice 

mungkin masih dalam suasana hari raya, masih banyak restoran belum beroperasi , dan cari punya cari tempat makan yang sesuai di tekak anak-anak, kami try makan di restoran Beaufort Chicken Rice ... ni kali pertama kami makan di sini ... kalau yang singgah di pekan Beaufort, dan nak makan nasi ayam, boleh try makan kat sini ... restoran ni sebaris dengan restoran BTC , bersebelahan dengan kedai pakaian Bundle Mania tu ...

keadaan restoran bersih, pekerja pun berpakaian kemas ... restoran ni self service, kalau nak order kena order dan bayar di kaunter tapi pelayan akan hantar makanan ke meja makan ... 

Review makan nasi ayam di Beaufort Chicken Rice
Review makan nasi ayam di Beaufort Chicken Rice 

hari tu kami order nasi ayam stim ... sepinggan berharga RM6.00, dan kalau korang nak bahagian paha, harga sepinggan RM6.50 ... korang boleh pilih nak ayam stim atau ayam roasted ... untuk portion yang disediakan, sesuai untuk hidangan seorang yang makan dalam kadar sederhana ... nasi tak banyak tak sikit ... nasi ayam tu sedap, dorang guna beras wangi ... mmg berselera kitorang makan, lagi2 lil' Iman yang mmg big fan of chicken rice ...

untuk ayam stim tu pula, ayam dimasak lembut, dan gravy ayam tu pun sedap ... malam tu kitorang cuma order nasi ayam stim saja dan minum teh cina untuk mrs pip dan mr.Husband, manakala lil' armies minum minuman tin air bunga ... tak berani nak order banyak banyak coz nanti risau tak habis makan ... 

recently, baik mrs pip mahupun mr.Husband, dua dua tak begitu nak makan banyak ... anak anak mmg tak perlu cakap, dorang ni specis yang tak makan banyak ... lil' Iman siap tak jamah langsung ayam stim tu, dia makan nasi ja , lepas habis nasi sepinggan tu, dia cakap dia kenyang ... end up mr. Husband la kena habiskan ayam stim lil' Iman tu coz mrs pip pun dah kenyang makan T_T ....

dan satu lagi, servis pun cepat ... lepas order tu, tak tunggu lama, makanan yang dipesan pun sampai di meja .... kalau tanya akan datang lagi tak kat sini ? of course akan datang lagi, insya allah ...

thanks for reading ...

cheers.

10 comments:

  1. RM6 kira murah lagi lah tu kan..

    tetiba rasa macam nak masak nasi ayam. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin kak Yan nak masak ...
      saya ni kalau nak makan, sama ada makan kat kedai,
      atau harap suami la yang buatkan ...
      saya mmg tak pandai nak buat nasi ayam...

      Delete
  2. ucing suka roasted chicken rice (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali mrs pip pun makan juga yg roasted :))

      Delete
  3. okey la tu..kdg kalau pi kedai, tak tau nak makan apa..mmg order nasi ayam ni jugak kalau kedai tu ada menu ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mrs pip, terpaksalah ikut selera anak2 ..
      kalau tak, mrs pip ni prefer yg western...

      Delete
  4. RM6 tu kira okay lagilah Mrs Pip.. Nampak sedap ayam stim tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi mrs pip RM6.00 ni ok dgn portion yg dorg sediakan dan rasa mmg sedap ...

      Delete