Resepi Mudah Cheesekut Oreo - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 18 July 2018

Resepi Mudah Cheesekut Oreo



Resepi Mudah Cheesekut Oreo || baru ada kesempatan untuk buat entry cheesekut oreo ni ... beberapa hari yang lepas, mrs pip tiba tiba craving nak makan something with cheese, so fikir punya fikir, better buat cheesekut oreo, bukan mrs pip saja yang suka, mr.Husband dan anak-anak pun suka sama ... lagipun nak buat cheesekut oreo ni tak susah mana pun, asalkan semua bahan-bahan tu ada ... jomlah tengok resepi mudah cheesekut oreo versi mrs pip ni ... 

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo

nak buat cheesekut ni , bahan bahan utama WAJIB ada :-

  • biskut crackers - dan korang boleh pilih biskut crackers kegemaran korang, mcm mrs pip prefer pakai deluxe cracker original keluaran Hup Seng ... biskut ni sedap T_T
  • cream cheese - cream cheese ni pun banyak brand, kalau kat tempat mrs pip, cuma ada Philadelphia atau Tatura sahaja 
  • dan dah namanya Oreo, kenalah ada biskut oreo - kalau korang tak suka oreo, bolehlah guna nestum , kalau tak suka nestum, bolehlah try guna serbuk milo pula ....

selain tu, bahan lain kena ada susu manis dan susu segar ... tapi kalau tiada susu segar, macam mana? jangan risau, korang boleh guna susu tepung dan bancuh dengan air , tidak pun boleh guna susu cair mcm mrs pip ... hehe, hari tu terlupa beli susu segar bah! 

apa guna susu segar tu sebenarnya? well, susu segar tu, nanti korang guna untuk celup biskut cracker  dengan tujuan untuk melembutkan sedikit biskut tu, sebelum di susun dalam loyang ... pasal nanti untuk memudahkan cheesekut korang dipotong, tak lah retak2 cheesekut korang nanti ... dan kalau celup tu, jangan celup lama-lama, celup setakat nak basahkan biskut crackers tu sahaja tau ... kalau celup lama -lama, nanti hancur biskut crackers korang ....

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Bahan-bahan utama

Bahan-bahan Cheesekut Oreo:-

p/s: mrs pip guna cream cheese 500gm coz memang sengaja nak buat banyak ... buat sikit-sikit nanti tak cukup pula mommy mengandung ni nak makan dan berebut dengan mr.Husband dan anak anak ...

1/ 500 gram Tatura cream cheese (boleh guna jenama cream cheese lain, asalkan ianya mesti cream cheese)
2/ 2 bungkus Hup Seng deluxe crackers (boleh guna jenama biskut crackers lain, tapi so far ni yang sedap bagi mrs pip)
3/ 2 bungkus biskut Oreo (apa flavor pun ok, coz nanti mmg filling oreo tu perlu dibuang juga)
4/ 200 - 300 ml susu segar (jika ada, dan boleh diganti guna susu cair atau bancuhan susu tepung)
5/ 1/2 cawan susu manis (atau terpulang ikut manis yang korang suka)
6/ aluminum foil (jika ada, kalau tiada pun ok saja ... kalau ada lebih senang utk keluarkan cheesekut dari loyang nnt, so senang nak potong ikut saiz kesukaan korang)

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Langkah demi langkah

 Cara membuat Cheesekut Oreo:-

1/ Lembutkan 500 gram cream cheese pada suhu bilik. Apabila cream cheese sudah lembut, bolehlah pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang ... kalau tiada mixer, boleh guna blender ...
2/ Masukkan susu manis sedikit demi sedikit sehingga tahap manis menepati citarasa korang.
3/ Masukkan 6 - 8 sudu besar susu segar ke dalam adunan sehingga adunan sedikit cair / lembut
4/ Buang filling biskut oreo , dan kisar halus menggunakan blender
5/ Ambil loyang (square / rectangular shape) dan lapis guna aluminium foil (jika ada)
6/ Celup biskut crackers ke dalam susu segar dan susun sekeping demi sekeping di dalam loyang sehingga semua permukaan loyang ditutup dengan biskut crackers (seperti dalam gambar #1)
7/ Sedikit demi sedikit, tuang adunan cream cheese tadi ke atas biskut sehingga menutupi permukaan biskut dan ratakan, dan tabur biskut oreo yang telah dibuang filling dan dikisar halus (seperti dalam gambar #2 dan #3)
8. Ulang semula langkah (layer by layer) dengan mencelup biskut ke dalam susu segar, menyusun biskut satu persatu, menuang adunan cream cheese dan meratakannya dan menabur biskut oreo yang telah dikisar halus sehingga semua cream cheese habis ...
9. Apabila sudah siap, sejukkan cheesekut di dalam peti sejuk, dan elok dibiarkan semalaman agar cream cheese sedikit keras untuk memudahkan kerja-kerja memotong cheesekut nanti ...
10. Dah siap, selamat menjamu selera ...

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Potongan kecil sesuai sekali baham :)

dalam kes mrs pip, guna loyang yg mrs pip pakai, dapat susun 16 keping biskut crackers setiap layer, dan mrs pip dapat 5 layer untuk satu loyang ... dan untuk biskut oreo yang dikisar tu, tak habis guna pun , still ada berbaki sedikit lagi ...

actually, untuk resepi cheesekut ni, terpulang korang nak letak flavor apa pun ... ada yg suka nestum, ada yang suka oreo ... dan ada pula bagi flavor kat cream cheese tu seperti flavor blueberry , strawberry dan sebagainya ... kreativiti masing masing ...

kalau korang nak cream cheese tu lebih keras / kenyal, nextime bolehlah tambah sedikit cairan gelatin (sesudu dua gitu) ... selamat mencuba dan menjamu selera ...

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Tangan tangan yang tak sabar nak makan!


cheers.

6 comments:

  1. Sedapnya.. Sambil makan nie, sambil baca buku.. Memang layan..

    ReplyDelete
  2. Ini makan memang tak boleh berhenti ni, Mrs Pip 😊

    ReplyDelete
  3. bagusnya resipi ni. boleh tiru. hihi

    ReplyDelete
  4. pergh...sedap sangat tu..

    berkecur air liur tengok

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! Thanks share bleh try nanti :)

    ReplyDelete
  6. salam singgh =)

    sedapnya tgok..yaya pernah try tp xjadi...hukhuk >,<

    ReplyDelete