Happy Anniversary; 6 years of marriage. - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 2 July 2018

Happy Anniversary; 6 years of marriage.

hi there, setiap tahun memang mrs pip pangkah besar besar 1st July untuk celebrate wedding anniversary mrs pip with mr.Husband ... takut terlupa kan ... eh, biasanya wife takkan lupa bab bab anniversary ni, tapi husband lah selalu lupa ... nasib lupa anniversary ja tau, tak lupa isteri dan anak anak, muehehe ... jadinya, 1st July 2018 ni merupakan ulangtahun perkahwinan mrs pip dan mr.Husband yang ke - 6 .... dan kepada yang wish kat IG mrs pip tu, many many thanks ... amin amin amin, semoga doa korang yang baik baik untuk mrs pip tu diperkenankan Allah SWT ...

tahun ni celebrate ke tak? hurm, sama sajalah mcm tahun lepas, no celebration ... mr.Husband busy lah, dia punya busy kerja since raya - 4 sehingga sekarang ni buat dia selalu mcm chipsmore kejap ada kejap tiada di rumah .... nak buat mcm mana, dah namanya ada komitmen kerja kan ... so tak tahu lagi bilalah nak celebrate ni ... but it is fine with me , celebrate kemudian kemudian pun ok ja, no hurt feelings ....

Happy Anniversary; 6 years of marriage.

kalau korang ada baca last year a bit story of mrs pip yang ambil masa lama untuk decide nak kahwin ke tak >>> 5th year anniversary <<< ni nak sambung sikit la cerita kitorang berdua ....

kita berdua ni kenal dah agak lama tapi kenal as a kawan sekerja sajalah, tak lebih dari itu ... moreover both of us pun time tu ada life sendiri, ada partner sendiri ... we were happy with our own life ... 

few years later , life changed. kau takkan tahu percaturan Allah SWT kan ... kau dah elok elok plan nak kawin dengan pasangan hati kau, tiba tiba putus cinta di tengah jalan ... mcm tu la yg jadi kat mrs pip ... siapa pernah putus cinta? meh angkat tangan coz kita geng T_T ... 

so how do you deal with putus cinta ni? .... mcm mrs pip memang kerja jadi robot la, malas nak fikir banyak banyak ... hari hari lapangkan fikiran buat site visit turun naik bangunan, round site sampai kulit muka ni jadi hitam legam , dan kaki dah boleh pecut 100m dengan laju kalah Usain Bolt tu sambil pakai safety boot yang berat gila tu ...  cuba suruh Usain Bolt tu pakai safety boot sambil pecut, kau rasa dia boleh lari 100m tak less in 10secs ? memang tak la :)) hehe ....

party of four; the merphins
pip's little familia

dan ditakdirkan mr.Husband juga ada masalah in his relationship with his partner ... 

waktu kau tolak cinta agar jangan datang, Tuhan hantar seseorang untuk ajar kau untuk percaya cinta itu perlu dalam hidup ... bila kau rasa kau tak pernah yakin dengan erti sebuah perkahwinan , Tuhan nak kau percaya jodoh itu wujud untuk setiap insan dan perlu dihalalkan melalui perkahwinan ... bila kau mula fikir apa "YES for Love, but NO to marriage", Tuhan nak kau percaya yang cinta tanpa perkahwinan itu akan buat hidup kau terumbang ambing, so Tuhan datangkan seseorang untuk guide kau mengenai hal hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan ... dan yes, Tuhan hantar incik suami untuk mrs pip ....

ekceli, our relationship pun tak smooth mana pun, we both deal with our hurt feelings, lepas tu nak trust yang relationship ni boleh pergi jauh ke tak, rasa sangat sukar ... 

bila kau rasa nak berlari jauh dari jodoh kau, Tuhan kembalikan kau kepada jodoh kau semula , sehingga kau yakin dia memang jodoh untuk kau ...

akhirnya, we decided to end our 8 years of roller-coaster relationship melalui perkahwinan ... dah 6 tahun kahwin , alhamdulillah Tuhan bagi 2 zuriat, dan coming soon our 3rd baby probably in August 2018 ... tak minta banyak kat korang semua, doakan perkahwinan ini bertahan hingga ke akhir hayat ... 

*cerita akan disambung pada anniversary tahun depan, insyaallah kalau umur panjang dan kita bersua kembali*

life is full with bitter and sweet experiences,
and yes sometimes it feels kinda like a box of chocolate T_T 

thanks for all your great doa , and thanks for reading.

cheers.

6 comments:

  1. Happy anniversry mrs pip. semoga bertambah bahagia dan dimurahkan rezeki. Saya pun tahun ni will celebrate my 6th wedding anniversary. Samalah kita.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. teehee! happy anniversary juga buat DP in advance...

      Delete
  2. Sha doakan semoga perkahwinan Mrs Pip bahagia hingga ke Syurga.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Happy Anniversary mrs pip & husben..macam baca novel pulak ayat mrs pip..pandai karang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni nak try pula tulis novel.. eh, boleh ke mrs pip ni?

      Delete