Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce - Cerita Cinta Surirumah

Sunday, 10 June 2018

Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce || jangan pening pening dengan nama resepi, dalam bahasa mudah ialah resepi ringkas ayam bakar bersama cendawan dan kicap ... muehehe ... mrs pip masak guna bahan apa yang ada di dalam dapur saja .. bereksperimentasi memasak ni memang seronok ... ada masanya , masakan tu menjadi, ada masanya masakan tu memang hambar tapi dah masak so kita makan saja ... berkesempatan masak Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce , memang mudah nak buat coz bahan bahan memang sedia ada ... ni macam kau nak masak ayam tumis kicap tapi versi ni versi ayam bakar gitu ...

Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce
Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

dah nama pun ayam bakar , so ayam tu mmg warna gelap semacam, lagi lagi bakar bersama kicap kan ... walaupun nampak tidak cantik ayam tu, yang penting rasa menawan kalbu! cia cia cia  ... jom tengok bahan bahan yang diperlukan ...

Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

Bahan-Bahannya:-

nota: saiz ayam ni untuk mrs pip dan mr.Husband makan bersama lil' Iman dan lil' Amin ... kalau korang nak extra, bolehlah tambah saiz hidangan mengikut kesesuaian korang ...

1. Ayam paha pinggul saiz besar - seketul

2. Dua ulas bawang putih dicincang halus

3. Dua sudu besar sos tiram

4. Tiga sudu besar kicap pekat

5. Tiga keping cendawan kering (Shan Yuan Dried Mushroom) dicincang halus

6. Tiga sudu besar minyak masak

7. Garam secukupnya

8. Serbuk lada hitam secukupnya

9.  Satu batang serai dikisar halus

7. Dua helai daun kunyit / aluminium foil


Cara Membuatnya:-

1. Bersihkan ayam

2. Campur semua bahan perapan , dan perap sekurang-kurangnya selama 30 minit atau lebih ... Lagi lama diperap lagi bagus.

3. Lapis loyang dengan aluminum foil atau lapis menggunakan daun kunyit ... 

4. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius, api atas bawah, selama 45minit. Periksa ayam sudah masak sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari oven, sekiranya ayam belum dibakar lengkap, tambah masa membakar dan mungkin boleh tukar api kepada api bawah sahaja atau api atas sahaja mengikut kesesuaian ...

5. Dah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih atau bersama hidangan lain mengikut citarasa masing masing ...

Selain mrs pip bakar ayam ni, mrs pip juga suka makan roasted potato with butter ... jadinya ketika mrs pip buat baked chicken with mushroom and soya sauce ni, mrs pip masukkan sekali ubi kentang yang dipotong wedges ... mrs pip sertakan bersama resepi mudah roasted potato with butter ...

Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce
Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

Resepi Mudah Roasted Potato with Butter

Bahan-Bahannya:-

1. Tiga biji ubi kentang

2. Butter secukupnya

3. Garam secukupnya

5. Black Pepper secukupnya

6. Daun Parsley cincang halus jika ada


Cara Membuatnya:-

1. Cuci kentang bersih, dan kupas kulit.

2. Potong kentang secara wedges

3. Gaulkan kentang dengan butter, garam dan black pepper  

4. Masukkan ke dalam loyang dan tabur daun parsley cincang jika ada

5. Bakar kentang tadi bersama ayam seperti resepi Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

Dah masak, bolehlah siap dihidang! Selamat mencuba dan menjamu selera ...

cheers.

6 comments:

  1. mudah jugak eh buat roasted potato tu

    jemput join ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/06/giveaway-suka-suka-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete
  2. Ringkas dan mudah resepinya.. Suka juga kalau bakar ayam, letak kentang sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap makan kentang tu ... ayam tu anak2 la makan dgn daddy, mrs pip lebih layan makan kentang :))

      Delete
  3. senang gak nak buat tapi kat rumah tak ada oven..pakai pemanggang ajaib tu boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tryla pakai pemanggang ajaib tu, kot kot jadi ...

      Delete