4 Resipi mudah kek hari raya senang dibuat dan disediakan

Empat Resepi Mudah Kek Raya || hi korang, macam mana persiapan raya? dah selamat membuat biskut raya? mrs pip dah siap biskut raya ... selain biskut raya, kek merupakan hidangan wajib ada untuk tetamu mrs pip ... ekceli, kitorang tak buat open house pun, sekadar kunjungan ahli keluarga terdekat dan jiran jiran ... buat kek lebih senang dan cepat berbanding buat biskut raya ... dan mrs pip pun buat kek yang simple simple saja ... so, jom tengok empat resepi mudah kek raya hasil air tangan mrs pip dan mr.Husband ...

Empat Resepi Mudah Kek Raya
Empat Resepi Mudah Kek Raya

untuk pengetahuan, tiga daripada resepi kek tu memang mrs pip guna resepi yang sama (old recipe yang mrs pip olah ikut citarasa mrs pip) , kek tersebut ialah two-color butter cake, orange cake dan pandan flavor butter cake ... manakala chocolate cake tu pula recipe lama yang mrs pip dapat dari mom mrs pip dulu ... 

Resepi Two-Color Butter Cake , Orange Cake dan Pandan Flavor Butter Cake

Bahan-Bahan Utama:-

750gm tepung gandum yang sudah diayak
7 teaspoon baking powder (diayak bersama tepung gandum)
1kg Planta (boleh guna jenama lain)
400gm gula halus (resepi asal menggunakan 750gm gula, tetapi terlalu manis bagi mrs pip)
15 biji telur Gred A

A) Bahan tambahan untuk Two Color Butter Cake

>>> 25ml vanilla flavor atau sebarang flavor kesukaan anda
>>> pewarna merah secukupnya

B) Bahan tambahan untuk Orange Cake

>>> 2 biji Orange Navel / Sunkist
>>> 25ml orange flavor

C) Bahan tambahan untuk Pandan Flavor Butter Cake

>>> 25ml pandan flavor
>>> pewarna hijau epal / hijau secukupnya

nota: setiap kali buat kek, guna bahan-bahan yang sama, cuma tukar flavor / warna / bahan tambahan lain .... sukatan ini adalah untuk dua loyang besar ... kalau mau buat kek kecil, boleh kurang kan tepung kepada 200gm dan kira nisbah yang sepdan dgn nisbah tepung untuk bahan - bahan lain ...

Cara-Cara Membuat Two Color Butter Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan vanilla flavor dan gaul sebati 
6. Bahagi kan adunan 1/3 untuk ditambah warna merah 
7. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan (tanpa warna ke dalam loyang) dan tambah sebahagian adunan berwarna merah bersama, dan buatlah corak mengikut kreativiti anda 
8. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
9. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
10. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
11. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

 Cara-Cara Membuat Orange Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan orange flavor, parut kulit orange tadi ke dalam bancuhan kek, dan perah air buah orange ke dalam bancuhan kek, dan gaul sebati 
6. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan ke dalam loyang
7. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
8. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
9. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
10. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

Cara-Cara Membuat Pandan Flavor Butter Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan pandan flavor, dan pewarna hijau secukupnya dan gaul sebati 
6. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan ke dalam loyang
8. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
9. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
10. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
11. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

******

Resepi Chocolate Cake ringkas

Bahan-Bahan Utama:-

750gm tepung gandum yang sudah diayak
4 teaspoon baking powder (diayak bersama tepung gandum)
1 teaspoon bicarbonate soda (diayak bersama tepung gandum
80gm serbuk koko (diayak bersama tepung gandum)
300gm serbuk milo atau 300gm coklat cair (dicairkan secara double boiling)
1kg Planta (boleh guna jenama lain)
400gm gula halus (resepi asal menggunakan 750gm gula, tetapi terlalu manis bagi mrs pip)
15 biji telur Gred A
4 teaspoon vanilla flavor
4 teaspoon nescafe dicairkan sedikit dengan air panas
150ml cawan air sejuk

Cara-Cara Membuat Chocolate Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan campuran tepung yang telah digaul bersama baking powder, bicarbonate soda, serbuk koko dan milo sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan vanilla flavor
6. Masukkan nescafe dan air sejuk dan pukul adunan sehingga kembang sepenuhnya
7. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan ke dalam loyang
9. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
10. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
11. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
11. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

nota: sukatan ini adalah untuk dua loyang besar ... kalau mau buat kek kecil, boleh kurang kan tepung kepada 200gm dan kira nisbah yang sepadan dgn nisbah tepung untuk bahan - bahan lain ...

so selesai buat kek raya ... nanti raya bolehlah dihidangkan kepada tetamu ... nak kek lagi sedap, boleh buat ikut kreativiti masing masing seperti menambah cairan ganache ke atas kek coklat, atau menambah cip coklat, roasted almond ke dalam kek coklat sebelum dibakar...

untuk pandan butter cake pula, bolehlah menambah cairan sedikit gula melaka di atas kek tersebut untuk menaikkan rasa kek ... dan untuk butter cake dwi warna, korang boleh menukar sebarang perisa kegemaran korang seperti perisa keladi , atau lemon ...

makan kek tu makan juga tau, tapi jangan makan banyak sangat ... dah elok elok puasa turun berat badan, tak pasal pasal berat badan naik mendadak gara gara makan kek pula T_T ... apapun, jaga kesihatan, dan makanlah secara sederhana ...

selamat hari raya ...

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

8 Comments

  1. rajinnya mrs pip..saya setakat ni reti buat coklat kek je..tu pun very da simple punya resipi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek coklat FS pun menarik, mois2 gitu, hari tu mrs pip ada baca resepi FS tu, nextime mak try juga.

      Delete
  2. Replies
    1. Alaaa resepi kek main tukar2 flavor ja...

      Delete
  3. waaah terbaikla empat terus siap untuk raya =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. repeat saja resepi yg sama, lepas tu tukar flavor :))

      Delete
  4. Alahai.. Sedapnya kalau ada yang buatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita berjiran, bolehlah pass sikit kat Sha ...:))

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.