June 2018 - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 30 June 2018

Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law

June 30, 2018 7
Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law
hi there, hari tu raya adik bongsu datang rumah ... dalam banyak2 family datang raya di rumah, hanya gambar beraya dengan adik bongsu saja yang ada ... dengan family member yang lain time tu mcm tak sempat nak bergambar sakan ... kah kah kah, nampak sangat aku dan adik bongu rapat! 

adik aku sorang ni, kalau dia request nak something dekat aku, mesti aku try my best untuk tunaikan ... dia ni budak manja kitorang adik beradik, mmg dari kecil sampailah dah berkahwin mcm ni, still aku rasa dia ni "my small brother" .... ni la geng aku minum coke waktu sarapan, geng aku shopping, geng aku makan fast food, budak yg rajin cilok coins aku semata mata nak beli keropok, rajin cilok Tshirt / sweater aku coz kami berdua dulu mmg pakai saiz sama  >>> XS ok! kami kurus bersama, gemuk pun bersama  <<< 

Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law
Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law
budak yang 11 tahun lebih muda dari aku, awal tahun ni dia kahwin ... jodohnya nun orang Tawau ... aku tak attend kahwin dia, tak larat nak drive jauh jauh , my all time sickness time tu mmg menghalang aktiviti road trip aku ... so, dari kejauhan, aku wish jak la dia all the best and congrats! ...

dan tada! this time raya, aku extra happy coz dapat lovely sister-in-law ... dan siapa sangka, kecilnya dunia ni tau ... sister-in-law aku ni, abang dia rupa-rupanya my ex-colleague time kerja dekat SIHAT ... memang selalu la dengar nama sister-in-law ni adik aku sebut2 , tapi aku tak ambil port sangat ... yang penting, asal adik aku happy dengan pilihan hati dia kan ... bila nampak kad kahwin hari tu, nama abang sister-in-law aku ni sebiji dengan nama ex-colleague aku, dari situlah aku tau nampaknya aku berbiras la dengan ex-colleague aku tu  ...

eh eh, kepala kita senget bersama,
siap buat peace pula tu bersama
kita ada telepati eh?

dan satu lagi, sister-in-law aku ni pun orang QAQC juga ... terus aku rindu nak kerja QAQC, padahal mmg tak mampu pun kerja coz keadaan tak mengizinkan, dan aku ni lepas jadi mommy, dah terus tersuka duduk kat rumah layan karenah anak anak ... dan awal April hari tu aku dapat kerja QAQC, dah siap dapat offer letter, tapi akhirnya aku tolak pasal keadaan pregnancy aku time tu makin teruk ... tak pa lah, kalau Allah dah tentukan rezeki aku jadi mommy sahaja, aku syukur sangat... nak balik semula jadi 'enjin air' tu maybe bukan untuk aku la kot ... 

Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law
Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law

anak anak pun happy bila tau Uncle Daus dorang mau datang rumah ... lil' Iman lagilah, asyik nak berkepit dengan uncle dia ni, langsung tak bagi uncle dia gerak pi mana mana .... risau betul lil' Iman akalu uncle dia pulang ... hiks! ... time uncle dia mau balik, terus keluar drama air mata bah ... isk dramatik lebih lebih la pula... lil' Amin siap berdiri depan pintu jadi pak guard ndak mau uncle dia balik rumah ... sister-in-law aku ni, nama dia Siti Maryam ... sedap ja nama dia, selembut dan sebaik orangnya ... hope korang berdua bahagia dan selalu bertoleransi ... adatlah kahwin kan, banyak ujian ... so kenalah selalu bersabar dan berfikiran matang ...

Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law
Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law

adik aku ni la, few days sebelum nak datang rumah tu , request minta cheese cake ... adoi la adik! kau tau tak kakak kau tahun ni tak mem-baking cake ... tapi pasal dia request juga beria-ia nak cheese cake, last2 aku buat chilled cheesecake saja ... tapi bab mencari unsalted butter satu Membakut tu, memang mencabar coz semua kedai yang aku pergi bgtau butter habis stok! last2 dapat juga butter, cuma bukan unsalted butter la, tu pun ihsan kakak ipar aku ...

waktu dorang datang ni, siap bawa my fav pepperoni pizza lagi... ya lah, exchange dengan chilled cheesecake la tu, padahal aku dah buat mi kari untuk dorang ... saja ja nak bagi aku gemuk bersama dorang ni ... time dorang dtg ni, mr.Husband busy kerja la pulak ...


p/s: nextime kalau request nak makan apa, sila lah bagitau sebulan awal ok T_T

thanks for reading ...

cheers.

Friday, 29 June 2018

Halau nyamuk cara sihat dengan 'mosquito killer lamp'

June 29, 2018 3
Halau nyamuk cara sihat dengan 'mosquito killer lamp'
Halau nyamuk cara sihat dengan 'mosquito killer lamp' || hi there, hurm, bila sembang pasal nyamuk, memang menyakitkan hati bila suka suka ja nyamuk datang bertandang masuk rumah, lepas tu kesian anak anak kena gigit nyamuk, dan yang selalu jadi mangsa dalam rumah mrs pip ialah lil' Amin ... maybe darah lil' amin ni extra sweet bahh, tu yang nyamuk lagi suka gigit dia berbanding lil' Iman ... pasal mrs pip ndka tahan bau mosquito repellant yang guna elektrik tu, jaid mr.Husband cari alternatif lain macam mana mau halau nyamuk cara sihat, so terjumpa la mosquito killer lamp ni , terus beli dia biji dengan harapan ianya berkesan ... so, ini lah cara kitorang halau nyamuk cara sihat dengan 'mosquito killer lamp' ....

Halau nyamuk cara sihat dengan 'mosquito killer lamp'
Halau nyamuk cara sihat dengan 'mosquito killer lamp'
'
sebiji mosquito killer lamp ni berharga RM22.86 waktu mrs pip beli online di Lazada, dan ianya free shipping dan shipped for oversea, tapi mrs pip laju saja terima barang ni, dalam seminggu barang dah sampai ! yeah ... mrs pip ganti bulb lampu biasa di ruang tamu dan ganti dengan mosquito killer lamp bulb ni ... sebenarnya dah terang terang di kotak lampu tu cetak berkesan untuk tinggi tidak melebihi 1.5 meter, tapi kalau letak rendah nanti anak anak mrs pip pula kacau, jadi mahu tidak mahu kenalah letak tinggi nun atas siling rumah T_T ...

Halau nyamuk cara sihat dengan 'mosquito killer lamp'
Halau nyamuk cara sihat dengan 'mosquito killer lamp'

berkesan ka tidak? so-so sajalah , maybe pasal kitorang tak ikut arahan yang disarankan ... cia cia cia ... nyamuk masih lagi kelihatan datang bertandang, tapi dari segi gigitan di kulit lil' Amin, nampak berkurangan ... dan nyamuk ni datang bermusim tau, bukan setiap hari ... biasanya nyamuk datang bila hari hujan atau selepas waktu hujan ... hiks! ... takkan nak salahkan hujan pula kan pasal nyamuk dtg bertandang ... bukankah hujan membawa rezeki dari yang kuasa ?...

yang nak try guna mosquito killer lamp ni, bolehlah check di Lazada ... ni link yang mrs pip beli hari tu, harga mungkin berubah >>> link here <<< dan kalau yang suka beli online, jangan lupa guna khidmat SHOPBACK, nanti boleh dapat extra CASHBACK tau ... 

tak faham pasal SHOPBACK, boleh baca web review / tutorial mrs pip 


thanks for reading ...

cheers.

Wednesday, 27 June 2018

Last minute tempahan katering raya ke-5

June 27, 2018 4
Last minute tempahan katering raya ke-5
hi there, lama pula tiada cerita mengenai bisnes katering ni ... bisnes katering ni mr.Husband yang jalankan, sesekali ada juga tempahan katering, dan biasanya mrs pip mmg kurang update-kan pasal katering ni pasal selalu mesti mr.Husband lupa mau ambil gambar, cia cia cia ... bila sampai di lokasi majlis, mr.Husband dan pekerja2 dia dah setting kan, lepas tu majlis bermula, tak menang tangan mr.Husband mau buat kerja untuk pastikan semuanya ok, end up lupa ambil gambar ... 

agak lama juga mr.Husband tiada tempahan katering, kalau ada pun mr.Husband terpaksa tolak sama ada mr.Husband kebetulan ada kerja lain, atau pelanggan nak itu ini tapi tak sanggup nak bayar pula, nak minta diskaun gila gila ... bukan senang nak deal untuk dua dua pihak setuju , biasanya kalau pelanggan cerewet pasal harga, mr.Husband akan let go sahaja pelanggan tu, tak pa la, bukan rezeki kitorang kan ... 

Katering Kota Kinabalu, Katering Halal, Katering Harga Berpatutan
Last minute tempahan katering raya ke-5
Katering Kota Kinabalu, Katering Halal, Katering Harga Berpatutan

hari tu ada pelanggan nak buat open house, so dia wasap mr.Husband tanya boleh bagi servis katering raya ke-5 ke tak ... mulanya mr.Husband berat hati nak terima, ya lah kitorang pun nak beraya juga, tapi bila fikir2 dan kitorang adjust aktiviti raya kitorang, so mr.Husband pun accept request pelanggan tu ... 

pelanggan pun jenis tak cerewet , dia tanya harga, so mr.Husband bagilah senarai pakej dan harga pakej tu kan, pelanggan request nak Nasi putih + 3 Lauk + 1 Sayur + 1 Buah, termasuk air kordial ... untuk pengetahuan, mr.Husband cuma sediakan katering makanan sahaja, tidak termasuk segala meja makan , tempat duduk mahupun kanopi ... dan tiada pramusaji, hanya staff bertugas untuk refill makanan, dan kemas pinggan dan cawan yang telah digunakan ... 

pelanggan tu bagi senarai lauk yang dia nak, lepas dah confirmed deal, dia bayar deposit 50% dari harga pakej, dan selebihnya di bayar sehari sebelum majlis berlangsung, tetapi sebelum ni pelanggan ni pernah guna servis katering mr.Husband, jadinya dia bgtau dia bayar pada hari majlis tu nanti ... 

selesai saja majlis tu, pelanggan tu terus bayar , memang dia tak tangguh tangguhkan pembayaran ... siap tapaukan biskut raya lagi untuk mr.Husband ... rezeki , alhamdulillah ...

kalau sesiapa perlukan khidmat katering makanan untuk majlis perkahwinan , open house, family day sekitar Kota Kinabalu, Papar, Kimanis, Membakut, Beaufort, dan Kuala Penyu, bolehlah wasap #0198076788 #En.Aiman / #En.Hafi ... 

atau boleh terjah page >>> Katering SJB <<<

thanks for reading

cheers.

Review Drama : Awak Suka Saya Tak ? Raya

June 27, 2018 8
Review Drama : Awak Suka Saya Tak ? Raya
hi there, apabila time raya kan, mesti banyak drama tempatan yang best best ... alahai, nasiblah mrs pip ni tiada cable TV, kalau tak, semua akan layan ... jgn cakap cable TV, myTV tu pun yg boleh dpt saluran percuma mrs pip tiada unless mrs pip beli antenna 14E tu ... dah order hari tu, tup tup duit kena refund pasal seller tak reti nak pos order tu! ... raya kali ni, mrs pip layan Awak Suka Saya Tak ? Raya edition ... pewittt! ok I am a fan of Emma Maembong in terms of her acting la, kalau bab peribadi dia, mmg tak kuasa nak ambil port sangat pun ... so, korang ada tak yang layan drama Awak Suka Saya Tak? Raya edition ni?

Review Drama : Awak Suka Saya Tak ? Raya
Review Drama : Awak Suka Saya Tak ? Raya
Pic kredit Google

drama ni hanya ada 5 episod saja, ditayangkan dari Raya ke-6 hingga Raya ke-10 hari tu kan ... mrs pip tengok kat youtube, as usual, thanks kepada youtubers yang rajin laju dan pantas upload drama ni ... kalau korang follow drama Awak Suka Saya Tak Raya, ni mcm extended scene selepas drama bersiri tu, cuma ni versi Raya ... 

mrs pip on and off follow drama bersiri tu, mrs pip lebih happy baca novel Awak Suka Saya Tak, lebih fun ... hari tu mrs pip sempatlah juga buat review novel >>> Awak Suka Saya Tak <<< dan untuk yang belum tahu , penulis novel kesayangan Puan Melur Jelita (nama pena) telah pergi menghadap Ilahi Ramadhan baru baru ini ... kita doakan semoga Puan Melur Jelita ditempatkan di sisi orang orang yang beriman, amin.

drama Awak Suka Saya Tak? Raya ni berkisar mengenai konflik rumahtangga yang berlaku antara Hilman dan Intan apabila Amber (bekas GF si Hilman dan merangkap kenalan lama keluarga Hilman) datang kepada Hilman dengan niat ingin menggoda Hilman, tetapi menggunakan alasan ingin belajar menunggang kuda dan ingin memahami Islam lebih mendalam ...

Hilman pula tidak mempunyai sebarang prasangka buruk terhadap Amber kerana percaya yang Amber sudah berubah dan betul betul ingin belajar mengenai Islam ... namun, di belakang Hilman, Amber dengan beraninya berterus terang di depan Intan akan mendapatkan Hilman semula, dan Intan memberitahu niat sebenar Amber kepada Hilman, namun Hilman tidak mempercayai kata kata Intan.

berlaku kejadian Intan menampar Amber kerana Amber menyamakannya seperti pelacur membuatkan Intan naik angin, dan Hilman ternampak kejadian tersebut dan menyalahkan Intan tanpa memberikan peluang Intan membela diri ... Intan marah dan terus mendapatkan kudanya dan menunggang kuda tersebut padahal Intan baru saja disahkan mengandung ... kerana hal tersebut, Intan mengalami keguguran, dan ianya membuatkan Intan sedih ...

Amber juga memfitnah Intan mempunyai hubungan dengan lelaki lain iaitu Arman, lelaki yang juga secara kebetulan menunggang dan menyimpan kuda di paddock milik Hilman, dan secara kebetulan merupakan orang atasan Intan tempat dia bekerja sebagai pensyarah ... Amber merakam gambar Intan dan Arman makan bersama di restoran dan kemudian Amber mengupah orang untuk block kereta Intan agar tidak dpt keluar dari parking dan menyebabkan Intan terpaksa menumpang naik kereta Arman untuk pulang ... 

kereta Intan kena block, so sudahnya dia terpaksa menumpang kereta Arman
Pic kredit Google

kejadian yang tidak sengaja itu membuatkan Hilman marah kepada Intan, tetapi kemarahan Hilman memuncak apabila Arman dan Intan kelihatan bersama keluar dari lobi hotel, dan ianya semua adalah disebabkan oleh rancangan Amber ... Hilman memberi kata putus sama ada Intan perlu keluar dari rumah atau Hilman yang akan keluar dari rumah, dan akhirnya Intan mengambil keputusan untuk pulang berhari raya di rumah ibubapanya di KL ...

Arman dan para  pekerja Hilman yang rapat dengan Intan berterus terang dengan Hilman mengenai Amber kerana mereka tahu Amber mmg berniat jahat terhadap rumahtangga Intan dan Hilman, dan akhirnya Hilman sendiri yang 'menangkap' Amber check in dengan lelaki lain di hotel ...

pada pagi raya, daddy dan mommy Hilman datang ke rumah untuk beraya dan bila mengetahui hal yang berlaku ke atas Intan, mommy Hilman berasa risau dan memarahi Hilman atas apa yang berlaku, dan kemudian ibu bapa Intan pula datang membuat kejutan untuk beraya bersama Intan dan Hilman di Terengganu memandangkan Intan tidak jadi pulang ke KL ... ianya mengejutkan Hilman kerana menyangkakan Intan sudahpun berada di KL ...

Hilman tidak berfikir lama dan terus menuju ke paddock dan mendapati kuda miliknya dan milik Intan tiada di dalam kandang dan terus mencari Intan di sekitar pantai ... Hilman melihat kudanya ditambat dan ada surat diselitkan dan tidak lama kemudian Intan muncul menunggan kuda dan mendapatkan Hilman ... mereka saling memaafkan, dan yes happy ending la kan ...

drama ni ok jak, gandingan Alvin Chong dan Emma Maembong mmg serasi, sweet bersemut tengok dorang ni ... skrip mmg acah acah romantik ... 

thanks for reading and happy watching! 

cheers.

Unboxing #612sale Hermo Bundle Box

June 27, 2018 6
Unboxing #612sale Hermo Bundle Box
Unboxing #612sale Hermo Bundle Box || antara laman web yang mrs pip suka terjah untuk cari produk skincare dan make up , mestilah HERMO.MY ... lagi lagi bila hermo ada buat sale , memang harga kaw kaw hebat sampai boleh buat rambang mata dan tak tahu nak pilih apa, kalau boleh semua nak add to cart T_T ... tapi dalam banyak banyak sale di hermo, mrs pip paling suka kalau ada hermo bundle box, memang harga sangat affordable dengan pilihan item yang banyak ... hari tu mrs pip sempat beli hermo bundle box waktu 612 sale sempena ulangtahun hermo ke-6, so jom Unboxing #612sale Hermo Bundle Box , tengok apa yang mrs pip grab ...

Unboxing #612sale Hermo Bundle Box
Unboxing #612sale Hermo Bundle Box

hari tu hermo buat sale bundle box , any 4 items for only RM48.00 ... so pilih mana mana 4 barang yang hermo sediakan , dan bayar cuma RM48.00 untuk barangan tersebut ... pilihan boleh tahan juga, lagi2 yg gilakan eye shadow time tu, mmg rambanggggg mata ... tapi memandangkan mrs pip ni not into make up, so mrs pip tutup mata sebelah ja tau pura pura ndak nampak jelas barang2 make up tu ... hiks!

Unboxing #612sale Hermo Bundle Box
eh, tetiba ada mi kari pula! mrs pip join contest kat IG hermo hari tu yang bertemakan #localiciouswithhermo

mrs pip cuma pilih item yang mrs pip betul betul nak pakai ... so end up mrs pip beli 2 botol losyen terbaru Nivea, iaitu Nivea oil in lotion Vanilla and Almond Oil pasal lotion badan mrs pip dah susut sangat sangat ... lepas tu mrs pip beli pula 2 botol Loreal pure clay mask illuminating since I is penggemar clay mask, so nak try pula clay mask keluaran Loreal ni ... biasanya sebotol Loreal Clay Mask berharga sekitar RM40.00 , so mmg BIG SAVINGS untuk mrs pip ... untuk semua pembelian 4 item ni, mrs pip berjaya save sekitar RM62.00 ... woha!

nanti mrs pip buat full review ya untuk item yang mrs pip beli ni ... still tak guna pakai lagi clay mask dan lotion tu ... stay tune untuk review , insya allah .


thanks for reading and happy smart online shopping :))

nak bagitau korang, kalau korang shopping di hermo melalui SHOPBACK, korang akan dapat penjimatan CASHBACK sebanyak 6% (latest update, kalau dulu cuma 2% sahaja), so sesiapa yang rajin shopping online tu, better membeli belah melalui SHOPBACK ... yang tak tau pasal SHOPBACK ni, boleh baca web review yang mrs pip tulis


cheers.

Monday, 25 June 2018

Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

June 25, 2018 11
Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!
hi there, mrs pip join giveaway yang dianjurkan oleh rakan sabahan blogger iaitu beba ifa ... hadiah yang disediakan memang menarik, selain tu nak join pun mudah sangat .... giveaway ni akan berakhir pada bila bila masa sahaja, so better join sebelum giveaway ditutup ... muehehe, kot kot ada rezeki raya kan ... kalau korang berminat nak join, bolehlah klik banner di bawah ...


mrs pip siap copy paste syarat2 penyertaan untuk rujukan korang ... Syarat-syarat join GA ni senang saja:

Follow blog saya ifabeba.blogspot.com
Like dan komen Facebook Page Printing Bajet Murah
Post banner dan link GA ni di blog anda sekreatif yang boleh dengan tajuk Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!
Copy sahaja link post blog anda di ruang komen bawah

nak tahu hadiah apa? WANG TUNAI & GIFT VOUCHER tau ... bah, mari cepat cepat kamurang join ok ...

wish me luck too.

cheers.

Laju REFUND dari Lazada

June 25, 2018 13
Laju REFUND dari Lazada
Laju REFUND dari Lazada || hi there, ceritanya mcm ni, 2 Jun hari tu mrs pip ada beli beberapa barang di Lazada, 2 barang tu mrs pip beli shipped from overseas, so penghantaran mmg agak lambat, dan satu lagi mrs pip beli dengan local seller di Lazada ... bila mrs pip periksa estimated delivery dah berlalu, dan tiada update dari Lazada pasal penghantaran barang, terus mrs pip chat dengan Lazada ... dan sebelum tu mrs pip dua kali juga chat dengan seller , tapi tiada response! hiks ... lepas chat dengan Lazada bagitau pasal barang still tiada status, tak tunggu lama, dua hari kemudian, Lazada sms bagitau refund has been initiated, dan kena check email coz Lazada minta mrs pip isi borang refund .... laju REFUND dari Lazada ni kan ...

Laju REFUND dari Lazada
Laju REFUND dari Lazada

jadi mrs pip nak share kat korang, kalau korang yang suka beli barang kat Lazada, pastikan korang alert dengan tempoh pengeposan barang korang ... Lazada akan bgtau jangkamasa bila barang korang akan diposkan ... so bila jangkamasa tersebut tamat, korang sama ada boleh chat tanya kat seller pasal status barang korang, atau terus CHAT dengan Lazada ... 

biasanya, bila barang korang dah dipos, Lazada akan terus update TRACKING NUMBER di akaun Lazada korang, dan nak lagi mudah download saja Lazada Apps, lagi senang nak check melalui apps ... 

Lazada biasanya laju sangat hantar email untuk refund duit korang ... kena isi nama penuh, dan bank details , lepas tu pastikan jumlah yang Lazada nak refund tu betul, tak lebih tak kurang ... lepas tu boleh hantar borang refund tu ... nanti beberapa hari kemudian (1 - 2 hari bekerja) , korang boleh check akaun bank korang tengok duit refund dah masuk ke tak ...

ni bukan pertama kali mrs pip request REFUND dari Lazada , dan so far alhamdulillah REFUND semua berjaya ... 

kalau ada yang nak tanya paal refund dari Lazada ni, korang bolehlah komen kat kotak komen di bawah, mana-mana yg mrs pip tau, mrs pip akan tolong bagi info kat korang ok ...

cheers.

Saturday, 23 June 2018

Review makan di Uncle Jack Fried Chicken

June 23, 2018 14
Review makan di Uncle Jack Fried Chicken
Review makan di Uncle Jack Fried Chicken || hi there, kalau yang selalu pergi Pasaraya Giant tu, mesti tau mengenai kedai makan Uncle Jack Fried Chicken ni kan ... sesekali mrs pip pergo Giant beli barang, memang nampak Uncle Jack ni, tapi tiada keinginan mahu mencuba ... dijadikan cerita hari tu, kitorang keluar rumah dekat dekat nak lunch time, lepas tu mrs pip pula tak sediakan bento box, so konon lepas beli barang di Giant, baru pergi makan kat mana2 restoran terdekat .... tapi hari tu jalan agak sesak, so malas pula nak meredah kesesakan lalulintas, so we end up makan di Uncle Jack Fried Chicken ni ...

Review makan di Uncle Jack Fried Chicken
Review makan di Uncle Jack Fried Chicken

ni 1st time mrs pip makan di sini bersama lil' armies ... mr.Husband memang dah beberapa kali merasa Uncle Jack ni ... bila mrs pip tanya "Uncle Jack ni ok ka?", mr.Husband cakap kena try makan dulu baru tau OK atau TAK OK ... 

Review makan di Uncle Jack Fried Chicken
Review makan di Uncle Jack Fried Chicken

menu yang disediakan tak banyak mana, memang Uncle Jack ni fokus untuk "kan nak makan, ni saja yang kami offer" kot, tapi bagus juga bila menu tak banyak, tak pening nak pilih mana satu coz bila kau lapar, kau akan grab apa saja yang ada kan ... untuk mrs pip dan mr.Husband , kitorang ambil set rice + 3pcs chicken (menu termasuk minuman), dan untuk lil' armies, kitorang ambil kids menu rice + nuggets (termasuk minuman dan PERCUMA aiskrim) ...

nasi tu dibungkus dalam kertas dibuat bentuk piramid ... kalau korang jenis makan nasi banyak, memang kena ADD ON nasi , coz saiz nasi ni memang sesuai untuk kids dan mereka yang tengah diet tak makan nasi banyak ... kitorang tak ADD ON nasi pun coz sekadar nak alas perut, lagipun kitorang beli extra cheese buns untuk makan dalam perjalanan balik rumah nanti ...

Review makan di Uncle Jack Fried Chicken
Review makan di Uncle Jack Fried Chicken

review || dari segi harga, set menu yang disediakan ni harga berpatutan , sesuai dengan saiz hidangan yang disediakan ... mcm untuk menu kids tu , siap dapat percuma ais krim saiz kecil, bagi mrs pip ianya OK, lil' armies happy dapat makan aiskrim tu ... 

dari segi rasa, set menu kids ni ialah nasi + 5 keping nuggets ... portion untuk menu kids ni, untuk anak-anak mrs pip , sesuai ja dengan saiz dorang ... lil' Iman siap tak dapat habiskan nuggets tu, dia cakap dia dah kenyang ... while lil' Amin pula, dia habiskan semua makanan dia, memang tak membazir, so bila nugget lil' Iman tak habis, bagi kat lil' Amin, tapi lil' Amin tak nak coz dia pun dah kenyang ... end up kitorang la yg habiskan nugget tu ...

untuk 3 pcs chicken tu, ayam tu tak da pilihan nak original atau spicy rasanya coz time order tu tiada pula kena tanya nak ori atau pedas ... so bila makan, ayam tu memang ada rasa pedas ... kitorang makan sajalah, no complaint pasal rasa ayam tu ... ok ja ... cumanya, untuk kids yg memang tak makan pedas mcm anak2 mrs pip ni, memang tak masuk la kat tekak dorang ayam goreng tu ... ayam yang kitorang makan tu a bit juicy juga, so memang sedap makan dengan nasi yang disediakan ...

dan nasi tu bukan nasi putih semata mata, nasi tu ditanak dengan sedikit rasa ala-ala nasi ayam gitu, tapi rasa very light ... 

so OK atau TAK OK? kalau korang yang sejenis tak cerewet bab bab makan ni, just nak makan untuk kenyangkan perut da harga pula berpatutan, mrs pip cakap OK.

tapi kalau kau expect more nak dapat lebih rasa, dan ayam lebih besar gebu gebas, dan korang tak kisah pasal harga, mrs pip sarankan Uncle Jack bukan untuk korang ...

two peas in the pod
#bromance
two peas in the pod

lepas makan tu, beli barang pun dah siap, so kitorang pun balik rumah ... as usual, anak2 mesti terlelap dalam kereta , terutamanya lil' Amin yang memang wajib tidur siang ... pasal tak bawa bantal bucuk, so si abanglah tempat dia membantalkan diri .... 

p/s: ni cerita bulan lepas, sehari sebelum pilihanraya ke-14 (8.5.18) 

siapa yang pernah makan di Uncle Jack? ok ke tak korang rasa?

cheers.

Thursday, 21 June 2018

Minyak Kelapa Dara 250ml jenama ItWorks, harga affordable @ RM27.00

June 21, 2018 2
Minyak Kelapa Dara 250ml jenama ItWorks, harga affordable @ RM27.00
Minyak Kelapa Dara 250ml jenama ItWorks || dari mengandungkan lil' Iman , kemudian lil' Amin dan kemudian mengandung sekarang (30 minggu) , minyak kelapa dara dan mrs pip berpisah tiada ... teringat time mengandungkan lil' Iman ni, ada promoter tu jual minyak kelapa dara, lepas tu rasa mcm menarik pula produk minyak kelapa dara tu, terus grab sebotol , harga RM50 atau RM60 kalau tak silap untuk 100ml (jenama tak ingat la pula) ... bila nampak minyak kelapa dara 250ml jenama ItWorks , harga tu  hanya RM27.00 sebotol dan review dari pembeli sangat memuaskan hati, terus grab sebotol tanpa fikir panjang ... dulu time lil' Amin, mrs pip guna jenama Tanamera, 100ml harga pun hampir RM50.00  .... mrs pip tiada masalah dengan mana-mana produk minyak kelapa dara yg mrs pip pernah gunakan sebelum ni, cumanya dari segi harga ianya agak mahal bah!

Minyak Kelapa Dara 250ml jenama ItWorks, botol besar dan harga berpatutan @ RM27.00
Minyak Kelapa Dara 250ml jenama ItWorks, botol besar dan harga berpatutan @ RM27.00

minyak kelapa dara 250ml jenama ItWorks ni , mrs pip beli online di Lazada ... sebotol ni hanya RM27.00 dan caj penghantaran pula RM5.00, so total mrs pip bayar RM32.00 , dan puas hati dengan harga yang dikenakan kerana bagi mrs pip ianya sangat affordable ... 

ItWorks ni kedai yang memang jual khusus minyak kelapa dara, sama ada korang nak beli dalam bentuk cecair, softgels dan jars ... boleh klik kedai >>> ItWorks <<< di Lazada ... seminggu selepas beli, barang selamat sampai ke rumah.

pembungkusan memang bagus, dibungkus dengan bubble wrap, dan diletakkan air plastic dalam kotak so that produk tu tetap diam tak bergoncang dalam kotak ... mrs pip suka seller yang prihatin mengenai pembungkusan barang mcm ni, so produk sampai dalam keadaan yg sangat selamat.

minyak kelapa dara ni selain boleh diminum, boleh juga digunakan dalam masakan, melembapkan kulit dan rambut ... minyak kelapa dara juga boleh digunakan dalam melembutkan perineum untuk memudahkan proses bersalin dan boleh membantu koyakan berlaku ketika bersalin kelak, insya allah ... 

mrs pip start sapu minyak kelapa dara kat perineum ketika kandungan berusia 32 - 34 minggu ( tips ni mrs pip pernah baca dulu , so mrs pip ikut tips ni dan alhamdulillah tidak ada sebarang jahitan ketika melahirkan lil' Iman 3kg dan lil' Amin 3.3kg ketika itu), selain menggunakan teknik teran yang betul ...

insya allah di entry akan datang, mrs pip share pula kelebihan minyak kelapa dara ...

dan nak shopping di Lazada, mrs pip advice korang shopping di Lazada melalui SHOPBACK, boleh dapat extra penjimatan coz SHOPBACK akan memberikan sedikit Cashback kepada korang.  SHOPBACK memang sesuai untuk online shopper tegar mcm mrs pip ... boleh baca details entry mrs pip mengenai SHOPBACK


cheers.

Wednesday, 20 June 2018

Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin

June 20, 2018 7
Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin
Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin || hi there, kandungan mrs pip dah masuk minggu ke 30, cepatnya masa berlalu. dan kalau tiada sebarang masalah, dijangka mrs pip akan bersalin sekitar penghujung bulan ogos nanti. persiapan untuk baby dan berpantang mrs pip siapkan awal awal, tak kelam kabut nanti. antara barangan yang perlu ada ketika berpantang selepas bersalin ni ialah tungku. tungku pula ada banyak jenis, ada tungku herba, tungku besi lonjong dan tungku besi bulat. untuk tungku besi ni pula ada beberapa berat 1.5kg, 2kg dan 3kg yang biasa dijual dipasaran. misi mencari set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin pada harga berpatutan pun bermula ketika Lazada Riang Ria Raya Sale 1 - 4 Jun hari tu.

Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin
Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin

sebelum ni mrs pip guna tungku herba, tapi mrs pip tak begitu suka, so kali ni nak try pula tungku besi ni ... moreover, tungku besi ni boleh simpan lama kan. banyak jual tungku secara online, tapi tu lah kebanyakkan harga pun macam mahal, lagi lagi kalau sarung tu jenis sarung herba ... 

ada yang jual tungku murah, tapi tanpa sarung, lepas tu delivery charge pun mahal, sama mcm harga tungku ... cari punya cari, ada satu seller di Lazada ni >>> 360 Shoppe <<<  kedai ni jual tungku 2kg sekali dengan sarung tungku tu, caj penghantaran baru RM5.00 dikenakan ... harga set tungku pula (seperti gambar di atas) ialah RM79 / set ... kira seller ni jual paling murah, lepas tu kebetulan beli time sale, seller ni bagi diskaun RM10.00 untuk setiap pembelian melebihi RM50 kat kedai dia ... so, terus grab ... lepas diskaun, set tungku ni baru RM69.00, kira memang double the happiness buat mrs pip dapat set tungku dan sarung tungku harga murah dan dapat extra diskaun RM10  lagi tu.... 

lepas tolak diskaun + caj penghantaran, jumlah semua hanya RM74.00 ... yeah! ... dan seller ni hantar barang laju , memang servis baik ... seminggu kemudian barang sampai ke alamat mrs pip ...

Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin
Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin

sarung tungku tu nampak saja macam nipis kan ... tapi sebenarnya sarung tungku tu tebal ... korang tau kan sarung tangan untuk oven , sarung tungku ni lebih tebal daripada sarung tangan oven tu, lepas tu sarung tungku ni jahitan kemas sangat ... tungku pula berat 2kg, beratlah juga kan ... tapi ni berat ideal yang mrs pip rasa sesuai dengan mrs pip ... kalau korang nak ringan sinkit, boleh beli tuungku 1.5kg, kalau korang jenis tangan mmg kuat, boleh beli tungku 3kg tu , dah macam sama dengan berat newborn baby pula kan ...

mrs pip tak guna lagi tungku ni, lepas bersalin baru guna ... jadi ibu ibu mengandung yang nak bertungku, atau sesiapa yang nak bertungku untuk kesihatan, bolehlah cari kat Lazada, banyak pilihan ... tapi korang kena rajin compare compare harga coz lain seller lain harga ... 

selain tu, siapa suka beli online di Lazada ni, mrs pip syorkan korang beli menggunakan SHOPBACK, coz korang akan dapat CASHBACK, ada sedikit penjimatan di situ ... yang tak tahu dan tak faham pasal SHOPBACK ni, boleh baca details kat entry mrs pip sebelum ni ...


yang preggy mommies ni, dah siap sedia dengan barangan baby dan set berpantang ? happy parenting ... 

cheers.

Tuesday, 19 June 2018

Salam Aidilfitri 2018, raya ringkas mrs pip sekeluarga

June 19, 2018 8
Salam Aidilfitri 2018, raya ringkas mrs pip sekeluarga
hi there, belum terlewat nak ucap Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam amnya, dan juga kepada semua keluarga, sahabat, kenalan, rakan taulan dan kenalan bloggers ... so, raya tahun 2018 ni apa cerita? mrs pip tak beraya sangat pun , ala kadar sahaja ... well, mungkin pasal mrs pip tengah preggy,  rasa malas nak ke hulu ke hilir tu ada ... lagi2 mrs pip kena kawal pemakanan, so memang sukar mau control makan bila pergi beraya ...

raya pertama just stay at home coz kitorang raya pertama jemput keluarga terdekat datang makan makan kat rumah ... nak cakap open house tu, bukanlah open house sangat pun ... raya kedua pula, giliran kitorang pula membalas kunjungan ... raya ketiga pula, mrs pip tak kluar pi mana mana coz abang dan kakak ipar mrs pip datang beraya ... seharian jugak dorang datang lepak rumah ...

mr and mrs pip with lil' armies
mr and mrs pip with lil' armies

gambar raya tak banyak mana pun ... mrs pip ni bila dah jumpa ahli keluarga, makan makan memang tak hengat nak ambil gambar ... lagi lagi bila handphone asyik duduk dalam handbag, lepas tu handbag pula duduk dalam bilik , tak pun duduk dalam kereta malas nak angkut, so janganlah harap mrs pip nak ambil gambar ...  p/s: perangai malas nak ambil gambar, harap ehsan ahli keluarga lain yang tolong share gambar sajalah , muehehe ...

tahun ni, first time mrs pip jahit baju kurung ... paling last jahit sebelum kawin ! 6 tahun yang lalu ... I is seorang yang tidak begitu berbaju kurung ... so , mmg repeat baju yang sama setiap tahun sampailah tak muat nak pakai! rasa mcm membazir jahit baju kurung byk2, coz pakai cuma setahun sekali ... mana yg elok, pakai sajalah semula ...

tapi tahun ni terasa nak jahit baju kurung, lepas tu siap jahit sedondon satu kaler ... bila nampak gambar sedondon mcm ni, terus rasa eh, tahun depan jahit sedondon lagi ya T_T ... nampak cantik pula bila jahit sedondon ...

bermaaf-maafan itu amalan mulia
the bromance lil'Iman n lil'Amin
twopeasinthepod

ni baju melayu kedua buat lil' Iman dan lil' Amin ... tahun lepas mrs pip belikan dorang sehelai seorang baju melayu , tu pun sebab playschool lil' Iman request , boleh baca entry kat sini >>> baju melayu pertama <<< ... tahun ni jahitkan ala-ala kurta buat budak berdua ni, happy dorang dapat pakai baju kurta ni ... ekceli yang buat dorang happy pakai kurta ni, bukan pasal raya pun, pasal baju ni sama mcm daddy ... lepas tu dorang perasan dorang sama besar mcm daddy! hiks.

"mommy, mommy ... baju iman sama macam daddy kan " repeat 31X !
"mommy , mommy ... baju amin pun macam daddy kan " repeat berkali kali!

#gengdaddy
#gengmommybergaduh

tahun ni mrs pip beli kain sakura cotton dari penjual kain pasang di instagram ... siapa pernah beli kain pasang dari instagram @lulu_kainpasang ? kain sakura cotton ni memang selesa nak pakai, nak iron pun senang ... banyak pula pilihan warna, harga pun berpatutan ... mrs pip beli kaler #tealblue , tapi kaler tak lah biru mana pun, still dlm range kaler hijau ... beli penghujung tahun lepas kalau tak silap, hantar jahit awal bulan dua, selang dua minggu, tailor dah siap jahit! ....

tahun ni sambut raya #partyoffour , insya allah tahun depan #partyoffive ... tahun depan tak fikir lagi nak tema apa ... kalau dpt baby girl, maybe nak buat tema kaler dark pink , tapi itupun kalau mr.Husband setuju nak pakai kaler pinky pinky ni kan ...

mr and mrs pip

last but not least, mrs pip blanja gambar raya mr and mrs pip berdua #30weekspregnant ... nampak tak perut tengah boyot? .... nasiblah dapat tailor yang bijak boleh agak ukuran badan mrs pip , coz mrs pip hantar baju jahit bulan februari, empat bulan kemudian, baju dan skirt tu just nice di badan mrs pip ... tak sendat tak sempit tak longgar mana pun ... tudung memang tak beli tudung baru, ni koleksi tudung tahun lepas ... raya tahun lepas pun pakai tudung ni juga , teehee ... >>> our raya aidilfitri 2017 <<<

harap2 tahun depan mrs pip ada mood sakan nak beraya ... dan tahun ni, once again thanks to mr.Husband yang rajin siapkan semua biskut raya dan kek raya, dan mr.Husband jugalah yang bertanggungjawab siapkan menu raya kitorang >>> mi kari, bihun chinese style, ayam masak sos thai  dan sup daging pekat ...  dan thanks in laws yang siapkan kelupis, dan  masak ikan sos putih ... *gambar makanan pun I is lupa nak snap!* ....

apapun, hope raya korang semua penuh kebahagiaan, keceriaan dan penuh warna warni ...

salam aidilfitri 2018 , maaf zahir batin daripada mrs pip dan keluarga ...

cheers.

Monday, 18 June 2018

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH

June 18, 2018 9
COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH
hi there, join giveaway kali ni dari blogger Byzura, salah sorang sabahan blogger juga ni ... GA ni akan tamat pada 7 Julai 2018, ada masa lagi kalau korang nak join ... syarat2 penyertaan pun senang, hadiah pun menarik ... jom join ramai ramai ... the more the merrier kan ... kalau korangnak join, klik banner kat bawah tu ...


wish me luck, kot kot menang hadiah menarik yg disediakan tu ... muehehe...

anyway, selamat hari raya Byzura ...

cheers

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

June 18, 2018 4
Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures
hi there, kalau nak menang hadiah dari Canada atau South Korea, jadi apa kata join GA Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures , muehehe ... manatau ada rezeki kan ... GA akan tamat pada 30 Jun ni , so ada masa lagi kalau korang nak join ... syarat2 penyertaan pun senang ... mrs pip pun join sekaki memeriahkan GA Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures ni ...


kalau korang nak join, bolehlah klik banner kat atas tu ... lepas tu cik Farah pemilik  blog Her Little Guilty Pleasures ni letak soalan bonus tak wajib jawab  "Name one of my favourite voices for the past 8 years", part ni mmg susah nak jawab unless korang memang kenal dan follow cik Farah ni ... Farh ni suka dengar lagu apa eh? .... ok lah, pasal mrs pip CNBlue, kot2 la cik Farah pun suka CNBlue kan ...muehehe ....

wish me luck ya.

cheers.

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway

June 18, 2018 7
Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway
hi there, mood nak join giveaway kembali lagi ... muehehe. ekceli, belum ada idea mau update blog, jadi eloklah join dulu giveaway kawan2 blogger ni ... mana2 yang sempat tarikh GA belum tamat, so mrs pip join ... ni GA dari Sabahan Blogger, Ronald Mohoni ... syarat2 penyertaan pun senang saja , so mrs pip join ...


kalau yang berminat mau join, jangan lupa klik banner di atas ... GA ni lambat lagi nak tamat, sehingga 16 Julai 2018... lebih kurang sebulan la juga berlangsung GA ni ... wish me luck!

to ronald mohoni, selamat hari raya ...

cheers.

Wednesday, 13 June 2018

Empat Resepi Mudah Kek Raya

June 13, 2018 8
Empat Resepi Mudah Kek Raya
Empat Resepi Mudah Kek Raya || hi korang, macam mana persiapan raya? dah selamat membuat biskut raya? mrs pip dah siap biskut raya ... selain biskut raya, kek merupakan hidangan wajib ada untuk tetamu mrs pip ... ekceli, kitorang tak buat open house pun, sekadar kunjungan ahli keluarga terdekat dan jiran jiran ... buat kek lebih senang dan cepat berbanding buat biskut raya ... dan mrs pip pun buat kek yang simple simple saja ... so, jom tengok empat resepi mudah kek raya hasil air tangan mrs pip dan mr.Husband ...

Empat Resepi Mudah Kek Raya
Empat Resepi Mudah Kek Raya

untuk pengetahuan, tiga daripada resepi kek tu memang mrs pip guna resepi yang sama (old recipe yang mrs pip olah ikut citarasa mrs pip) , kek tersebut ialah two-color butter cake, orange cake dan pandan flavor butter cake ... manakala chocolate cake tu pula recipe lama yang mrs pip dapat dari mom mrs pip dulu ... 

Resepi Two-Color Butter Cake , Orange Cake dan Pandan Flavor Butter Cake

Bahan-Bahan Utama:-

750gm tepung gandum yang sudah diayak
7 teaspoon baking powder (diayak bersama tepung gandum)
1kg Planta (boleh guna jenama lain)
400gm gula halus (resepi asal menggunakan 750gm gula, tetapi terlalu manis bagi mrs pip)
15 biji telur Gred A

A) Bahan tambahan untuk Two Color Butter Cake

>>> 25ml vanilla flavor atau sebarang flavor kesukaan anda
>>> pewarna merah secukupnya

B) Bahan tambahan untuk Orange Cake

>>> 2 biji Orange Navel / Sunkist
>>> 25ml orange flavor

C) Bahan tambahan untuk Pandan Flavor Butter Cake

>>> 25ml pandan flavor
>>> pewarna hijau epal / hijau secukupnya

nota: setiap kali buat kek, guna bahan-bahan yang sama, cuma tukar flavor / warna / bahan tambahan lain .... sukatan ini adalah untuk dua loyang besar ... kalau mau buat kek kecil, boleh kurang kan tepung kepada 200gm dan kira nisbah yang sepdan dgn nisbah tepung untuk bahan - bahan lain ...

Cara-Cara Membuat Two Color Butter Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan vanilla flavor dan gaul sebati 
6. Bahagi kan adunan 1/3 untuk ditambah warna merah 
7. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan (tanpa warna ke dalam loyang) dan tambah sebahagian adunan berwarna merah bersama, dan buatlah corak mengikut kreativiti anda 
8. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
9. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
10. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
11. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

 Cara-Cara Membuat Orange Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan orange flavor, parut kulit orange tadi ke dalam bancuhan kek, dan perah air buah orange ke dalam bancuhan kek, dan gaul sebati 
6. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan ke dalam loyang
7. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
8. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
9. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
10. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

Cara-Cara Membuat Pandan Flavor Butter Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan pandan flavor, dan pewarna hijau secukupnya dan gaul sebati 
6. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan ke dalam loyang
8. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
9. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
10. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
11. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

******

Resepi Chocolate Cake

Bahan-Bahan Utama:-

750gm tepung gandum yang sudah diayak
4 teaspoon baking powder (diayak bersama tepung gandum)
1 teaspoon bicarbonate soda (diayak bersama tepung gandum
80gm serbuk koko (diayak bersama tepung gandum)
300gm serbuk milo atau 300gm coklat cair (dicairkan secara double boiling)
1kg Planta (boleh guna jenama lain)
400gm gula halus (resepi asal menggunakan 750gm gula, tetapi terlalu manis bagi mrs pip)
15 biji telur Gred A
4 teaspoon vanilla flavor
4 teaspoon nescafe dicairkan sedikit dengan air panas
150ml cawan air sejuk

Cara-Cara Membuat Chocolate Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan campuran tepung yang telah digaul bersama baking powder, bicarbonate soda, serbuk koko dan milo sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan vanilla flavor
6. Masukkan nescafe dan air sejuk dan pukul adunan sehingga kembang sepenuhnya
7. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan ke dalam loyang
9. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
10. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
11. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
11. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

nota: sukatan ini adalah untuk dua loyang besar ... kalau mau buat kek kecil, boleh kurang kan tepung kepada 200gm dan kira nisbah yang sepadan dgn nisbah tepung untuk bahan - bahan lain ...

so selesai buat kek raya ... nanti raya bolehlah dihidangkan kepada tetamu ... nak kek lagi sedap, boleh buat ikut kreativiti masing masing seperti menambah cairan ganache ke atas kek coklat, atau menambah cip coklat, roasted almond ke dalam kek coklat sebelum dibakar...

untuk pandan butter cake pula, bolehlah menambah cairan sedikit gula melaka di atas kek tersebut untuk menaikkan rasa kek ... dan untuk butter cake dwi warna, korang boleh menukar sebarang perisa kegemaran korang seperti perisa keladi , atau lemon ...

makan kek tu makan juga tau, tapi jangan makan banyak sangat ... dah elok elok puasa turun berat badan, tak pasal pasal berat badan naik mendadak gara gara makan kek pula T_T ... apapun, jaga kesihatan, dan makanlah secara sederhana ...

selamat hari raya ...

cheers.

Tuesday, 12 June 2018

Resepi Mudah Kuih Makmur

June 12, 2018 12
Resepi Mudah Kuih Makmur
Resepi Mudah Kuih Makmur || ada yang panggil kuih makmur, ada yang panggil biskut makmur, tak kisahlah mana mana pun, asalkan Makmur Aman Sentosa kan ... biskut makmur adalah antara biskut wajib yang perlu ada setiap kali menjelang hari raya di rumah mrs pip ... dan biskut makmur ni pun senang nak buat , bahan bahan memang tak banyak mana pun ... jom tengok resepi mudah kuih makmur versi guna planta dari dapur mrs pip ...

Resepi Mudah Kuih Makmur

Bahan-Bahan:-

1kg tepung gandum (disangai / dimasak dalam kuali tanpa minyak sehingga tepung keperangan sedikit)
400gm planta (resepi asal guna minyak sapi)
500gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak atau boleh dibakar dalam oven sehingga masak dan diblender kasar)
200gm gula halus 
250gm gula halus (digunakan kemudian selepas kuih makmur siap dibakar)

Resepi Mudah Kuih Makmur
Resepi Mudah Kuih Makmur 

Cara Membuatnya:-

1. Di dalam besen , adun tepung yang telah disangai, planta, kacang tanah yang telah digoreng dan diblender, serta gula halus menjadi doh ... sekiranya doh agak kering, tambah planta sedikit demi sedikit sehingga doh terbentuk dengan baik

2. Selepas doh berjaya dibentuk, bulat-bulatkan doh tadi (saiz kecil) di dalam loyang dan sedia untuk dibakar 

3. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

4. Bila kuih makmur siap dibakar, tunggu sejuk sedikit sebelum memasukkan kuih tadi ke dalam loyang berisi gula halus dan golekkan kuih makmur agar bercampur dengan gula halus sepenuhnya ...

5. Kemudian simpan biskut di dalam balang kedap udara dan sejukkan sepenuhnya sebelum balang ditutup ... 

6. Siap kuih makmur , bolehlah dihidangkan semasa hari raya nanti T_T

Selamat mencuba ...

dan boleh juga mencuba >>> Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi <<< 

cheers.

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

June 12, 2018 7
Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi
Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi || ni antara biskut raya tahun ni yang mrs pip dan mr.Husband buat ... ekceli, apa saja yang ada kaitan dengan keladi, mr.Husband suka ... well, perisa keladi mmg feveret mr.Husband ... jadinya, tahun ni mr.Husband nak try olah biskut perisa keladi, mrs pip ikutkan saja idea mr.Husband ...lagipun, yang nak menerap dan membakar biskut tu nanti, of course lah mr.Husband ... tahun ni kerja meng-cookies adalah kerja mr.Husband ... muehehe.

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

Bahan-Bahan:-

1kg tepung gandum
300gm planta (terpulang korang nak guna jenama apa)
300gm gula halus (mrs pip kisar gula kasar sehingga halus)
2.5 sudu teh esen vanilla
1.25 sudu teh baking powder
5 biji telur
15ml perisa keladi
Warna Ungu (warna merah + warna biru untuk jadi warna Ungu)

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

Cara Membuatnya:-

1. Campur semua bahan-bahan di atas di dalam besen

2. Uli semua bahan sehingga doh terbentuk

3. Apabila doh berjaya dibuat, bahagi doh kepada dua bahagian ... satu bahagian dibiarkan tanpa warna, dan satu bahagian lagi diwarnakan ungu

4. Letak doh sedikit demi sedikit berselang seli warna di atas talam dan ratakan doh menggunakan penggelek dan terap doh mengikut bentuk kesukaan korang dan pindahkan terapan tadi ke dalam loyang untuk sedia dibakar

5. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

6. Bila biskut dah siap dibakar, bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara. Sejukkan biskut sebelum bekas kedap udara ditutup rapat.

7. Siap!

Selamat mencuba.

Boleh juga intai intai >>> Resepi Biskut Fruit Mix <<<

cheers.

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

June 12, 2018 6
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
hi there, sekejap sahaja rasanya Ramadhan datang menjenguk kita, dan tak lama lagi seluruh umat Islam akan merayakan hari raya aidilfitri ... dah buat persiapan raya tak? tahun ni mrs pip beraya ala kadar sahaja ... bab baju dan kuih raya dah settle, alhamdulillah ... korang raya ni dah siapkan keperluan tak? selain baju dan kuih raya,  ada tak kena settle apa apa lagi? .... raya ni bukan nak pakai baju baru saja tau semata-mata dan jumpa keluarga tersayang, tapi ada beberapa perkara yang kena settlekan juga sebelum raya , barulah raya korang tambah meriah .... muehehe.

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

so apa la yg nak disettlekan sangat tu sebelum raya? ....

1. pastikan kediaman rumah bersih

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

nak sambut raya, perlulah bersihkan rumah ... sapu rumah, mop lantai dan vakum lantai ... eh, bukan sekadar lantai tau, tapi cuba tengok atas siling rumah, ada cobwebs tak? cuba tengok segala fittings dan fixtures rumah dah bersih ke tak ...? kadang2 lupa nak bersihkan kipas siling kan ... dan kalau yg guna penghawa dingin, jangan lupa bersihkan penapis penghawa dingin agar penghawa dingin dapat bekerja dengan lebih efisien ...

selain tu, buatlah spring cleaning ... susun kemas semula apa yang ada di dalam rumah dan juga di luar rumah ... stok baju2 lama, kasut2 yang tak nak pakai, buku2 majalah2 yang buat semak rumah, eloklah sama ada diberikan kpd orang lain (kalau barang masih elok), atau dibuang kerana memang tak boleh digunakan dah ...

selain tu, jangan lupa pastikan langsir , lapis sofa, lapis meja makan dan seangkatan dengannya berada dalam keadaan yg bersih ... begitu juga perkakas dapur seperti pinggan mangkuk yg akan digunakan ketika raya, haruslah bersih kan ...

dan jangan lupa bersihkan tandas / bilik mandi juga tau ... bukan korang saja nak guna kemudahan tu, tetamu korang kot kot nak guna juga nanti ... dan belilah pewangi tandas, biar selesa tetamu nak guna, tandas koran berbau harum kan ... :))

2. nak raya ni kena driving jauh2? 

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

dah tahu kena driving jauh jauh balik kampung raya ni, pastikan kenderaan korang berada dalam keadaan yang tip top ... kalau perlu diservis, jangan lokek tak nak servis ... periksa tayar kereta cukup angin ke tak termasuklah tayar simpanan ... isi minyak penuh siap siap, so nanti kalau nak beraya tak la kelam kabut mencari petrol station ...

yang driver tu pula, pastikan korang cukup rehat , coz nnt nak memandu jauh jauh mengantukkan ... dan sebaiknya, ada 2nd driver ketika memandu ... so bolehlah ganti2 drive nanti ... 

yg naik kenderaan awam tu, pastikan dah beli tiket dan jgn silap jadual tiket perjalanan korang ... mrs pip pernah ada pengalaman salah jadual penerbangan, nak balik time raya (time tu student kat Subang), so bila sampai airport, check in nama nak naik flight ke Kota Kinabalu, staff MAS tu tak jumpa nama mrs pip dalam sistem ... periksa punya periksa, mrs pip salah jadual penerbangan ...sepatutnya nak balik 20hb, sekali terbeli 10hb gitew! nasiblah staff MAS tu prihatin, dia masukkan nama mrs pip dalam waiting list ... nasib dapatla juga terbang hari tu, ada seat kosong dan tiada sebarang extra charge dikenakan ... hehe.

3. baju raya dah siap awal!

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

beli belah last minute ni, kdg2 ada juga kebaikannya ... ada seller bagi harga diskaun kaw kaw ... tapi mrs pip tak larat nak shopping last minute kerana perlu tersekat di dalam kesesakan lalulintas ... inilah yg selalu terjadi bila last minute shopping ... bazir masa sangat, lepas tu diri sendiri yg stress ...

so, tak nak lah jadi mcm tu kan, betterlah shopping awal awal ... lagi2 yg kena bawa anak kecil kan, dah lah sesak kat jalanraya, nnt sesak pula kat shopping mall ... ada masa lagi nak shopping, pergi shopping, jangan tunggu sampai malam takbir baru terhegeh hegeh nak shopping ...

4. menu raya dah sediakan tak?

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

menu raya ni tak terhad pada biskut semata-mata, tapi termasuklah menu lain seperti ketupat rendang, ayam kari tu kan dan juga minuman yang bakal dihidangkan untuk tetamu ... beli bahan bahan masakan awal awal, so boleh korang nak bersihkan ayam daging ke apa kan, nak potong dan perap , so time pagi raya, tinggal korang nak masak saja lagi kan ...

mrs pip berjaya juga sediakan sedikit biskut raya (ehsan mr.Husband, rajin dia buat biskut tahun ni) ... bab makanan lain, ada juga kek raya , tahun ni sempat buat kek oren, kek coklat, kek keladi dwi warna, dan kek pandan ... selain tu mr.Husband rancang nak buat sup ayam dan sup cendawan (signature dish mr.Husband) bersama kelupis (nasi pulut yang dikukus dalam sejenis daun yg mrs pip selalu lupa nama daun tu) ...

nak lihat2 resepi biskut raya mrs pip ? bolehlah klik link kat bawah ni ya T_T


5. hehe, ada duit raya tak?

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

kalau yg berniat nak bagi duit raya tu, jangan dipagi raya baru nak cari sampul raya dan duit tukar pula! ni memang nak kena lah ni ... mr.Husband lah pernah buat kerja macam ni ... pagi2 raya tu boleh pula dia tanya mrs pip ada sampul raya tak? nak bagi anak anak buah la ... lepas tu tanya lagi, ada tak duit tukar ?

hiks! nasiblah mrs pip simpan semua sampul raya yang kitorang dapat hasil beli belah kat pasaraya ... ada sesetengah pasaraya suka nak bagi sampul raya percuma kan ... so mrs pip selalu simpan sampul raya free ni kot kot nak guna ... bab tukar duit pula, mrs pip mmg selama ni akan simpan note RM1 dalam wallet khas ... selamatlah mr.Husband pagi tu dapat duit tukaran daripada mrs pip ... 

so, pengajarannya, jangan last minute nak sediakan duit raya ni ... sedialah awal awal, kan senang ...

setakat ni nak berkongsi tips sebelum raya untuk semua ... mrs pip mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin, dan blog akan berehat seketika tanpa sebarang entry untuk memberi laluan menyambut raya ... 

semoga lebaran tahun ni membawa kebahgiaan dan keceriaan kepada semua!

p/s: sumber gambar lain dari pexels dan google

cheers.