Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 14 April 2018

Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu

hi there, permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak. 

Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu
Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu

so, siapa kat sini yang suka bawa wet tissue dalam handbag? atau pendek kata, wet tissue ni dah jadi item penting yang harus dibawa ke mana jua? kalau korang jawab 'YA', so kita geng! ... muehehe, mrs pip ni, sejak lahirkan lil' Iman , then lil' Amin sehinggalah dua budak ni dah besar masuk tadika, wet tissue dah jadi macam item penting dalam handbag mrs pip ... make up boleh tinggal, tapi wet tissue, memang 'NO' tinggal tinggal , wajib dibawa bersama ...

wajib ada carrie junior wet tissue dalam handbag
wajib ada carrie junior wet tissue dalam handbag

kalau korang nak cari wet tissue, mrs pip syorkan korang guna wet tissue Carrie Junior keluaran terkini coz Carrie Junior dah keluarkan wet tissue dengan dua jenis haruman buah buahan ... serius best! 

yang mommies ni, mesti familiar dgn jenama Carrie Junior kan ... Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta. 

Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu
Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman. 

Carrie Junior funtime wipes - cheeky cherry
Carrie Junior funtime wipes - cheeky cherry

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit

Carrie Junior funtime wipes - smoothie berries
Carrie Junior funtime wipes - smoothie berries

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). 

*Harga termasuk GST.

korang suka yang mana satu? cheeky cherry atau smoothie berries? dua dua pun bau best ... mrs pip suka smoothie berries, tapi lil' Iman dan lil' Amin pula lebih suka dengan cheecky cherry ... 

6 comments:

  1. Haruman buah=buahan, mesti wangi dan sedap baunya kan!!!

    ReplyDelete
  2. Wah.. Carrie Junior pun dah ada wipes.. best..

    ReplyDelete
  3. dah la wangi, packaging dia pulak comel.. geram tngok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg comel jer packaging dia ni then nak masuk handbag pun senang ... tak besar mana ...

      Delete