Tips jimat minyak kereta memandu jauh

hi there, hari ni mrs pip nak share tips jimat minyak kereta memandu jauh ... dulu time mrs pip bekerja sebagai project assessor dan resource personnel, mmg salah satu duty mrs pip ialah kena buat site visit kena drive jauh setiap minggu ... kalau driver ok lah juga, ni kau drive sorang2 ... so time ni la mrs pip banyak belajar bab jaga kereta , dan salah satunya ialah tips jimat minyak kereta memandu jauh ...

tips jimat minyak kereta memandu jauh

antara tips yang mrs pip selalu buat ialah:-

1/ isi minyak kereta di awal pagi

ada aku kesah nak isi minyak pagi atau petang? ni tips yg mrs pip tahu dari senior di tempat kerja, tp tips ni ramai yg tahu pun, cuma mrs pip saja time tu tak ambil pusing sangat ...

isilah minyak kereta korang di waktu pagi, sebelum terik mentari sebaiknya ... kenapa? kerana petrol/diesel jenis cecair yg mudah meruap. so kalau waktu pagi, suhu masih sejuk, so kurang lah minyak ni nak meruap, so lebih penjimatan utk kereta korang ...

dan sewaktu korang tekan toggle minyak tu, tekanlah sedikit sahaja, bukan tekan habis terus ... ini untuk mengurangkan minyak keluar laju dari nozzle , dan akan mengurangkan minyak cepat meruap juga ...

2/ pastikan tayar cukup angin 

hah, ban ni mrs pip mmg gagal nak pam angin tayar ... pernah sekali mrs pip pam angin, bukan angin masuk tp sebaliknya lebih byk angin keluar ... end up mrs pip dgn muka tebal minta taukeh stesen minyak tu tolong pamkan 😂😂😂 ...

kenapa angin tayar mesti cukup? kerana kereta bergerak lebih efisyen jika angin tayar cukup seperti yg disarankan oleh pengeluar, dan jgn letak lebihan beban kat dlm kereta, kalau ada brg tak perlu bawa, better tinggalkan kat rumah. lagi berat kereta, lagi extra minyak diperlukan untuk bawa beban yg berat ...

3/ kelajuan yang konsisten

ada yg suka bawa kereta kejap laju mcm kalah pula kereta F1, lepas tu tetiba slow mcm kura kura ... pemanduan yg tidak konsisten ni mmg cepat makan minyak ... jadi eloklah memandu dengan kelajuan yg konsisten sebaiknya dan jangam lebih had limit pula, nanti tak pasal pasal kena saman 😂😂😂  ... 

satu lagi, bila rasa nak perlahan kenderaan bila perlu, lepaskan pedal minyak perlahan lahan, jangan suka main brek, kejap kejap nak brek. 

4/ guna kenderaan CC rendah

nak jimat minyak kan? kenderaan CC rendah umumnya adalah kenderaan 'save fuel' , melainkan korang mmg kerap memandu jarak jauh, so no harm nak guna kenderaan CC tinggi ... mrs pip guna kelisa ja dulu, drive dari KK ke Kudat, about 3 hours drive kan, minyak rm50 mmg tak habis utk pergi dan balik ... tu dululah,9 years ago 😁 ....

5/ tutup air cond bila cuaca sejuk 

penggunaan air cond juga menyebabkan penggunaan minyak bertambah, so kalau nak jimat minyak, off saja air cond bila berada dalam cuaca sejuk, misalnya memandu pada waktu lewat malam, memandu di kawasan sejuk, memandu pada waktu hujan lebat ... 

mrs pip dulu kalau drive pergi kudat atau kota marudu kan, setiap kali lalu kat kawasan jalan berbukit di kota belud tu , mesti off aircond , kawasan tu siap berkabus kalau lalu awal pagi ... so off air cond, buka tingkap dan rasa udara segar yg nyaman ... 

so tu saja la mrs pip nak share tips jimat minyak kereta memandu jauh ... ekceli ada byk sgt tips yg menarik kalau korg nak tahu, so selain tips ni, korang bolehlah google tips yg lain ...

thanks for reading everyone and have a safe driving journey 😊 ...

cheers.

Post a Comment

15 Comments

  1. Sha pun amalkan tips no 1-3 dan no 5 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip bab nak isi awal pagi tu mmg malas ja rasa, dulu time kerja asyik ingat nak pi ofis cepat ... Hehe.

      Delete
  2. Tips yang sangat berguna. Thanks for sharing, Mrs. Pip.

    ReplyDelete
  3. kelajuan jadi tak konsisten bila terpaksa follow belakang kereta yang slow. aduhai! yang part isi minyak tu, saya selalu amal isi waktu malam. pagi tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, mmg ada jg driver yg mcm sengaja nak slow padahal dpn jalan clear ... Terpaksa la bersabar.

      Delete
  4. tips bagus ni..sy share kat fb ye kak

    ReplyDelete
  5. sangat-sangat menarik.

    saya memandu dengan perlahan tetapi konsisten..

    cuma masa beli minyak tak menentu...

    ikut masa ada duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu time kerja mmg slalu isi full tank, malas nak isi berkali kali , lgpun slalu sgt jln jauh ... sekarang ni, mmg jarang la isi minyak full tank, setakat nak hantar anak pi sekolah, seminggu rm20 tu pun tak habis pakai .

      Delete
  6. alamak, tang tutup aircond tu yg tak songgup..
    walau sejuk sekalipun.. tetap aircond. hehehehe
    nice sharing dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kak yan jenis tak tahan sejuk, so kalau jalan waktu mlm, mmg tak prefer nak beraircond sangat ... Tp kalau siang tu, walau hujan mmg tak off pun aircond ...

      Delete
  7. tq for the tips mrs pip walaupun daku tak reti bawak keta..haha

    ReplyDelete
  8. setuju dengan tips2 nih
    memang berkesan

    ReplyDelete
  9. Setuju. No.2 tu selalu ramai x perasan. Sy selalu kalau masuk je area kampung sy bukak tingkap. Ylah duduk bandar x merasa semua tu.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.