Review Movie : Wanita Terindah (2017)

hi there, layan movie Wanita Terindah ... full movie mrs pip layan di youtube ... movie Wanita Terindah ni dilakonkan oleh Fattah Amin, Liza Othman, Nur Fazura, dan adik Adam Mika disamping dibantu oleh pembantu pelakon yang lain seperti Riduan Hashim, Sarah Hilderand, Samantha Kay dan Abu Bakar Juah ...

movie Wanita Terindah ni menceritakan mengenai kehidupan Fahim (Fattah Amin) yang sangat menyayangi ibunya (Liza Othman) dan bagi Fahim, ibunya adalah segala-gala buat dirinya. dan Fahim tidak pernah berhasrat untuk memiliki wanita lain sebagai seorag isteri kerana ibunya adalah wanita terakhir buat dirinya dan cukuplah ibunya seorang buat dirinya ....

Review Movie : Wanita Terindah (2017)
Review Movie : Wanita Terindah (2017)

Fahim bekerja di syarikat penerbitan sebagai seorang jurugambar, dan bersahabat baik dengan Nurin (Nur Fazura) ... Nurin bertemu ibu Fahim secara kebetulan ketika menjalankan tugasnya sebagai seorang wartawan, dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibu Fahim.

satu hari, ibu Fahim membawa seorang budak lelaki tinggal bersama mereka bernama Fikri (Adam Mika) dan Fahim tidak begitu senang dengan kehadiran Fikri sebagai adik angkatnya ... Fikri disahkan menghidap leukimia dan ibu Fahim terpaksa menanggung kos perubatan Fikri dan bercadang menjual rumah mereka namun dihalang oleh Fahim, dan Fahim berjanji akan bekerja keras untuk mendapatkan wang utk membiayai kos perubatan Fikri.

satu hari, Fahim yg penat bekerja seharian balik ke rumah dan secara tidak sengaja Fikri termuntah ke atas beg kamera Fahim menyebabkan Fahim berang ke atas Fikri. dan keesokannya, Fikri lari dari rumah. Fahim mencari Fikri dan menemuinya pengsan berhampiran kawasan perumahan mereka dan membawa Fikri ke hospital. sejak kejadian tersebut, Fahim mula menerima Fikri sebagai adik angkatnya ....

Review Movie : Wanita Terindah (2017)
Review Movie : Wanita Terindah (2017)

baru saja menerima kehadiran Fikri, Fahim dikejutkan pula dengan ibunya yang mengalami kemalangan. Fahum bergegas ke hospital ditemani Nurin, dan ketika Fahim keluar untuk solat, ibunya mula sedar dari kemalangan, dan sempat berpesan dgn Nurin yang Fikri adalah adik kandung Fahim ... dan ketika Fahim yg selesai solat masuk ke bilik wad, ibunya berpesan agar Fahim berjanji menjaga Fikri, dan kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Fahim akhirnya mengetahui yang Fikri adalah adik kandungnya ketika ingin menandatangi borang perubatan Fikri, namun hanya ibubapa atau penjaga sah sahaja yg berbuat demikian. dan bila melihat nama ayah yang sebelum ini menandatangi borang perubatan Fikri yg dulu, Fahim melihat nama ayahnya tertera di atas borang tersebut.

dan Nurin pula ketika berbual dengan Fahmi, Fahmi menyuarakan hasratnya utk menjual rumah tersebut utk menampung kos perubatan Fikri dan dihalang oleh Nurin. Nurin mengeluarkan ayat yg sama seperti arwah ibu Fahmi membuatkan hati Fahmi tersentuh dan merasakan Nurin ada wanita yg berjaya bertakhta di hatinya ...

nice story with happy ending plus beautiful soundtrack ... lakonan Fattah Amin sebagai seorang anak yang sayang mak memang tak mengecewakan. lakonan Fazura sebagai seorang sahabat dalam cerita ni menarik ... adik Mika tu pun mmg pandai bawa watak. dan of course lakonan Liza Othman, I like.

cerita ni lebih kepada cerita kasih sayang, bukan cerita cintan cintun. yang bab cintan cintun tu pun dah part yg paling akhir sangat ... thumbs up kepada produksi filem ni yang berjaya menghidupkan cerita kasih sayang sebegini ... really enjoy with the flow of the story ...

thanks for reading, happy watching everyone.

cheers.

Post a Comment

2 Comments

  1. menarik kisah ni. tapi jalan cerita nampak sedih. kena sediakan tisu kot sebelum tengok nanti

    ReplyDelete
  2. menarik rs nk tgk skrg jg ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.