Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 13 March 2018

Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod

hi there, mrs pip dah lama juga tak follow drama tempatan, so recently mrs pip tertarik dengan drama Lafazkan Kalimah Cintamu dibintangi oleh my all time favorite actor, Farid Kamil dan si cantik manis Nelydia Senrose. mrs pip follow semua episod drama ni, dan selesai menonton secara marathon di youtube sebanyak 32 episod ... fuh! korang yang hati tisu mcm mrs pip ni, betterlah sediakan tisu berkotak kotak ... benci tau tengok drama air mata mcm ni, dengan sountrack yg menyentuh kalbu, hish! nasib baik layan sorang sorang drama ni, kalau layan dgn mr.Husband, nnt kena perli pula terlebih emo ... jadi, mrs pip nak buat review drama Lafazkan Kalimah Cintamu, manalah tau kan kot kot ada yang nak tengok ... tapi review drama Lafazkan Kalimah Cintamu ni mrs pip buat review based on pendapat peribadi mrs pip sahaja... lain orang lain lah pendapatnya hokey.

Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod
Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod

sebelum nak buat review, mrs pip nak kenalkan barisan pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ... pelakon utama dibintangi oleh Farid Kamil sebagai Tengku Ryan dan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah... mesti korang dah kenal dua pelakon utama ni kan ... dan pelakon pembantu pula dibarisi oleh pelakon lama dan pelakon baru iaitu:-

Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasha
Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham
Adriana Adnan sebagai Farhana
Anne Abdullah sebagai Mak Kiah
Fathil Dani sebagai Pak Hasan
Farez Ridzwan sebagai Azrul Botak
Imam Shah sebagai Shafiq
Azhar Sulaiman sebagai Tengku Hashim
Liza Abdullah sebagai Puan Azreena
Adibah Noor sebagai Kak Kembong (Bong)
Nazia Mustafar sebagai Tuti
Nur Qistina Raisha sebagai Tengku Aqilah (kecil)
Erissa Puteri sebagai Tengku Natasha (kecil)

Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod
Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod

cerita Lafazkan Kalimah Cintamu ni ialah mengenai Tengku Hisyam yang tak dapat menerima kelahiran Tengku Aqilah kerana kelahiran Tengku Aqilah ni merupakan penyebab isteri Tengku Hisyam iaitu Puan Azreena jatuh sakit. so, Tengku Aqilah membesar tanpa kasih sayang seorang ayah, dan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun.

Tengku Aqilah menumpang kasih sayang dan hidup membesar dan dijaga oleh orang gajinya, Mak Kiah dan Pak Hasan, dan bersahabat baik dengan Farhana, anak Mak Kiah. Tengku Aqilah berjaya menyambung pelajaran di luar negara, dan selesai pengajian, Tengku Aqilah kembali semula ke tanah air.

Tengku Aqilah mempunyai seorang kakak iaitu Tengku Natasha yang juga tidak suka kepada Tengku Aqilah. Tengku Natasha mencadangkan kepada Tengku Hisyam agar Tengku Aqilah bekerja di syarikat milik keluarga mereka sebagai receptionist / tea lady sedangkan Tengku Aqilah mempunyai kelulusan cemerlang dalam bidang Ekonomi. 

Tengku Natasha bercinta dengan Tengku Ryan dan percintaan mereka sudahpun menjangkau 5 tahun dan mereka sudah bersedia untuk berkahwin. ayah kepada Tengku Ryan, iaitu Tengku Hashim tidak begitu menyukai tingkahlaku Tengku Natasha apabila beliau melihat perangai Tengku Natasha yang terlalu pentingkan diri sendiri sanggup pergi bercuti ke Bali dan mengabaikan Tengku Ryan yang sakit di hospital, dan Tengku Natasha memaksa Tengku Aqilah untuk menjada Tengku Ryan.

tidak lama kemudian, Tengku Hashim meninggal dunia dan meninggalkan wasiat yg tidak masuk akal. dalam wasiatnya, memandangkan Tengku Hashim merupakan pemegang syer terbesar syarikat yang diusahakan bersama Tengku Hisham, maka syer itu cuma akan jadi milik Tengku Ryan sekiranya Tengku Ryan berkahwin dengan Tengku Aqilah dan perkahwinan mereka harus mampu bertahan sekurang kurangnya 6 bulan. 

Tengku Ryan sanggup melepaskan syer tersebut asalkan tidak berkahwin dgn Tengku Aqilah kerana cintanya terhadap Tengku Natasha sangat dalam, namun Tengku Natasha yang tamak haloba dan tidak mahu kalah dengan Tengku Aqilah, telah memaksa Tengku Ryan berkahwin dgn Tengku Aqilah, dan sebaik sahaja Tengku Ryan mendapat semula syer syarikat, Tengku Ryan akan menceraikan Tengku Aqilah.

jeng jeng jeng ... maka bermulalah kisah cinta benci tapi sayang antara Tengku Ryan dan Tengku Aqilah, dan ketika Tengku Hisyam sakit diserang strok, Tengku Natasha dgn mudahnya pergi bercuti dan tidak menghiraukan Tengku Hisyam, dan anak yg paling dibenci oleh Tengku Hisyam iaitu Tengku Aqilah lah yang menjaganya dgn penuh kasih sayang, dan disebabkan itu jugalah Tengku Ryan jatuh cinta pada Tengku Aqilah dan mula sedar cintanya pada Tengku Natasha sudahpun padam.

banyak pergolakan yang berlaku dalam keluarga Tengku Hisyam ni, bab mengalir air mata tu jangan cakaplah .. drama ni happy ending, Tengku Natasha tu pun dah kembali ke pangkal jalan. cumanya, mmg geram tengok perangai Tengku Aqilah dan Tengku Ryan yang banyak sangat berdrama , hubungan dorang ni mcm main tarik tali pula, dua dua ada sifat egois. kejap ok kejap sayang kejap benci. 

Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod
Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod

apapun, flow drama ni menarik coz ada ramai watak pembantu yang membantu mencantikkan jalan cerita ni. watak orang gaji yang dipegang oleh Mak Kiah, Kak Bong dan Tuti pun mrs pip suka. selalunya watak pembantu rumah ni mcm watak sampingan sahaja, tapi dalam drama ni, watak pembantu rumah ni tidak diketepikan. watak Farhana, Azrul dan Syafiq pun menarik. mereka adalah orang yang sentiasa ada dekat dengan Tengku Ryan dan Tengku Aqilah ... suka dengan watak Farhana yang mempunyai nilai setiakawan dengan Tengku Aqilah ... 

Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod
Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod

Tengku Natasha tu mulanya mrs pip rasa menyampah, tapi bila akhirnya mrs pip suka dengan watak Tengku Natasha yang lemah lembut. tak boleh salahkan Tengku Natasha yang kalau dia nak sesuatu, dia mesti dapat coz Tengku Natasha ni spoil brat la, dah Tengku Hisham manjakan dia sangat dari kecil. mrs pip rasa tengku Natasha tu mcm barbie doll pun ada ... 

Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod
Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod

selain tu, mrs pip kurang berkenan dengan imej Tengku Ryan yang rambut kuning berkarat tu! hish, siapalah imej perunding utk watak Tengku Ryan tu ... mrs pip tak baca novel ni, so tak taulah kalau dlm novel tu ada sebut rambut Tengku Ryan mmg style mcm tu, tapi kalau boleh tak sukalah dgn rambut Tengku Ryan mcm tu ... maybe pasal Farid Kamil kot yg bawa watak Tengku Ryan tu kan, dan biasanya penampilan gaya Farid Kamil dalam mana mana lakonan dia tak mengecewakan. I just hope he has a clean cut black hair ... 

Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod
Review drama Lafazkan Kalimah Cintamu 32 Episod

episod yang mula mula tu kan, mrs pip suka karakter Tengku Aqilah tu, mmg gila gila dgn rambut palsu, tahi lalat besar gedabak dan bedak muka tebal ... tapi since it is Nelydia Senrose, bagilah dia pakai rambut palsu kembang mcm sarang tebuan tu, tetap mantain cantik dia ni ...  

watak Azri Iskandar sebagai Tengku Hisyam tu, mula mula mmg menyampah lah dia jadi bapa yang berat sebelah, tapi bila dia dah insaf tu dan sayang Tengku Aqilah, boleh nampak watak bapa yang dia bawa tu mmg menjadi lah jadi bapa mithali ... 

korang yg dah tengok drama ni, apa pendapat korang pula? 

have a great day everyone.

cheers.

p/s: Gambar kredit Google.

6 comments:

  1. belum berkesempatan tengok lagi
    hehe

    ReplyDelete
  2. Mula mula episod je layan lepas tuh x layan dah drama lafazkan kalimah cintamu nih.sebab rumah dah tak guna astro.lepas tu dah ada novelnya.dah tahu jln cerita.xnk tgk drama takut air mata meleleh x henti.baca novel pun mata bengkak sbb menangis

    ReplyDelete
  3. tak berapa tengok sbb tak tengok dari awal hehe..kalau dah penulisnya Siti Rosmizah..mmg terbaik ler kann

    ReplyDelete
  4. Follow jugaklah tapi jadi bosan bila dah nak masuk beberapa episod akhir. Hari episod last tu tengok separuh jalan jer... tak eager pun nak tunggu sampai habis terus masuk tidur. Kesimpulannya tak follow pun takpe hahahaha....

    ReplyDelete
  5. terjebak jugak dengan citer ni..aduh..tak lalu scene air mata byk..haih...tapi sebab dh terjebak, layan jugak la sbb nak tau ending..citer dia best + pelakon2 pun berjaya watak masing2...

    ReplyDelete
  6. Tak terjebak dengan drama ini.. kikiki

    ReplyDelete