February 2018 - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 27 February 2018

Cara jimat membeli kereta

February 27, 2018 10
Cara jimat membeli kereta
hi there, hari ni mrs pip nak kongsi tips cara jimat nak beli kereta ... mesti ramai yg nak beli kereta, tp rasa ralat coz tak mampu ... kalau yg mampu tu , lain cerita la ya, tak perlu fikir panjang, terus boleh beli sebiji dua ... so, nak tau cara jimat beli kereta, kena baca entry ni sampai habis ... 


1/ beli kereta 2nd hand
nak beli kereta, tp komitmen nak bayar itu ini byk sgt, so apa kata korang beli kereta 2nd hand dulu. sama ada korang beli melalui agen jual kereta terpakai, tak pun mungkin ada kenalan atau saudara mara nak jual kereta mereka, so kalau payment sesuai , bolehlah beli kereta 2nd hand ...

2/ bayar downpayment tinggi
nowadays, nak beli kereta (utk sesetengah jenama kereta) , tak perlu langsung downpayment l. tapi kalau korang tak byr downpayment, nnt loan korang akan jd banyak, so apa kata byr downpayment at least 10% dari harga kereta, so boleh kurangkan loan kereta korang nnt ...

3/ jangkamasa loan yg singkat / minimum
kalau beli kereta, ada pilihan tempoh loan, biasanya 5 tahun, 7 tahun dan 9 tahun. korang boleh pilih ikut kesesuaian ekonomi korang ... mmg tak dinafikan, kalau pilih loan 9 tahun ni, mmg bayaran rendah setiap bulan, tp korang akan rugi bayar faedah tahunan. so, kalau nak lebih penjimatan, apa kata korang pilih loan singkat ... apapun, pilihan di tangan anda.

4/ cari faedah tahunan yg rendah
ni bonus kalau dapat faedah tahunan yg rendah ... mrs pip dulu time beli kereta pertama, tak silap faedah tahunan 4.3%, tapi ada agen dealer kereta yang lain boleh dapatkan faedah tahunan 4% sahaja ... mmg rasa rugi lah time tu, tak buat perbandingan dgn dealer yg lain ... tp nak buat mcm mana, mrs pip dah sign agreement dgn bank 😢 ...

5/ sambung loan
ok, ni kes mcm beli kereta 2nd hand la juga , tp lain sikit ... ni korang just sambung loan sahaja, so tak perlu modal bayar downpayment ... tp untuk kes mcm ni, korang kena pilih orang yg betul2 jujur, dan korang pun kena jujur ... kenapa? kalau kes sambung loan ni, yg membayarnya kamu, kereta tu masih atas nama pemilik pertama. kalau owner asal tak jujur, habis ja loan bayaran kereta tu, tak pasal2 owner tu rampas balik kereta tu, hah tak naya mcm tu .... tak pun, yang membayar ni tak nak bayar, nak pakai saja ... kesian owner tu kena kejar bank setiap bulan .. lagi teruk, kalau yang guna kereta tu banyak kesalahan trafik, nnt owner yg dapat surat saman pula  😢😢😢  ... even adik beradik pun, kena fikir bab sambung loan ni kang ada yg gaduh setiap hujung bulan loan tak dibayar ...

6/ ikut peraduan cabutan bertuah hadiah utama sebiji kereta
hah, yg ni hanya kalau korang betul2 bertuah la ya.. I is no tuah bab bab ni, tp mr.Husband bgtau kawan dia pernah dpt hadiah sebiji kereta hasil cabutan bertuah  😱😱😱 mmg rezeki org tu kan ...

7/ minta hadiah sebiji kereta
kalau yg pasangan kaya raya, family kaya raya, maybe boleh lah kot minta hadiah sebiji kereta dari org tersayang ... alah, mcm tak biasa nampak dalam drama kan ... muehehe ... 

so, tu sajalah tips cara jimat membeli kereta yg mampu mrs pip sharekan kat korang semua ... apapun, nak beli kereta, sila ukur kemampuan sendiri, tu yg lebih penting ... jangan berhutang end up diisytiharkan muflis dah lah, tak pasal2 korang kena berdepan dgn resolvensi pulak ...

thanks for reading...

cheers.

Menang giveaway azam baru 2018 by elihjapahar

February 27, 2018 4
Menang giveaway azam baru 2018 by elihjapahar
hi there, hari ni rajin pula mrs pip godek2 facebook sementara tunggu lil'armies siap mandi nak pigi sekolah ... mcm biasa, kalau buka fb mesti check notifications dulu , kot2 ada komen dr sesiapa kan ... tengok blogger opzzpinky tag nama mrs pip, eh eh apalah yg mrs pip kena tag tu, rupa rupanya ..... 


ada sesiapa yang join giveaway blogger elijapahar tak? na pemenang dah diumumkan, dan jeng jeng jeng, rezeki buat mrs pip bila tersenarai sebagai salah seorang pemenang .... terus semangat berbunga bunga 🌸🌸🌸 pagi ni menaip entry ... cia cia cia ....


yg menang boleh refer link elihjapahar DI SINI

tak sangka menang tempat pertama ... korang nak tahu tak azam tahun baru mrs pip yang menjadikan entry tu terpilih menang tempat pertama? azam tahun baru mrs pip ni biasa biasa saja, nak tahu bolehlah KLIK DI SINI  ....

since hadiah kemenangan adalah berbentuk wang tunai, dan mrs pip tahun ni mmg buat 52 weeks money challenge, so duit tu tak nak guna, nak masuk dlm duit tabungan ...

thanks elih, pilih mrs pip jadi pemenang tempat pertama, dan semoga elih sentiasa dimurahkan rezeki. dan pemenang yg lain, congrats untuk korang semua ... yg tak menang, jgn sedih sedih, korang stay tune kat blog mrs pip coz mrs pip nak buat giveaway kat blog dlmasa terdekat ni tau ...

enjoy ur day everyone,

cheers.

Monday, 26 February 2018

Majlis resepsi Fattzura bertemakan fairy tale avant-garde

February 26, 2018 11
Majlis resepsi Fattzura bertemakan fairy tale avant-garde
hi there, busylah dunia hiburan semalam buat liputan tentang majlis resepsi fattzura kan .... mrs pip layan IG chef wan, mmg rajin chef wan jadi wartawan semalam layan request his fan ... so, mmg tak perly runsing, semua sudut chef wan update info, thanks chef wan jadi wartawan terjun share news dgn your fans majlis resepsi fattzura ....

check youtube pagi ni, mmg ramai yg upload majlis resepsi fattzura, rajin sungguh youtubers, thanks juga kat korang coz tanpa youtubers yg rajin mmg gigit jari nak tunggu news majlis resepsi fattzura ... anyway, I is mengaku suka minat kat Fazura , tu yg layan majlis resepsi fattzura tu ...


lain org lain selera. dengan bertemakan majlia resepsi fairy tale, mmg teruja nak tengok pelamin. bg mrs pip la kan, pelamin fattzura ni sweet simple yet gorgeous ... warna2 yg digunakan pun mmg cantik. 

setiap pasangan yg berkahwin ni ada citarasa masing masing, so I guess fattzura ni mmg suka something simple , something yg tak keterlaluan ... 


gambar atas tu salah satu wedding photoshoot dorg ... org dah kawin, nak angkat2 wife pun tak ada rasa kekok or rasa bersalah kan ... bagus juga buat mcm fattzura ni, kawin dulu baru berphotoshoot ye tak ...


biasanya, kalau wedding guna tema fairy tale, ala ala istana gitew, gaun mesti nak kembang semerak kayangan... Nak kaler kaler, tp fazura just go on with classic white gown. apapun, she looks stunning in that gown ...


gaun kedua pilihan fazura ni mrs pip suka ... dan kena dgn solekan dan dandanan rambut fazura, less is more , amd yet she looks damn beautiful ... 

semoga perkahwinan fattzura kekal selamanya hingga ke jannah, kita doakan yg baik baik saja buat mereka ... 

till then, xoxo. love fattzura, as always.

cheers.

Emma Maembong cakap omputih memang menyengat!

February 26, 2018 8
Emma Maembong cakap omputih memang menyengat!
hi there, emma maembong cakap omputih, memang menyengat ... pernah dengar emma cakap omputih tak? hari tu emma buat tutorial lip matte, dengar emma cakap omputih for the very 1st time, ada accent British, tapi rasanya that is emma true colors la kan since emma mix scottish, so tak heranlah kalau her english ada some sorts of British accent ... rasanya her accent tu bukan dibuat buat, that is the real emma maembong ... kalau ada yg cakap, alaaaa tu fake jer tu, tak heranlah kalau ada saja yg nak mengata ... anyway, mrs pip like emma maembong just the way she is ... dan lip matte tu yg emma tengah promote mmg sangat menarik .... nak dengar tak emma maembong cakap omputih memang menyegat tu? 


korang bolehlah terjah ig emma maembong kat www.instagram.com/emma_maembongofficial .... tak pun boleh klik terus link yg mrs pip share ni >>> https://www.instagram.com/p/Bfc-oAonICZ/

atau korang klik vid kat bawah ....


korang dah tengok tak tutorial lip matte emma maembong tu? amacam, menarik tak semua warna yang ada? mrs pip suka yang code 1 tu, warna natural ... hope dapat grab satu ....

love you emma, as always ....

cheers.

Sunday, 25 February 2018

Blog sambut ulangtahun ke-3

February 25, 2018 6
Blog sambut ulangtahun ke-3
hi there, tak terasa masa berlalu, hari ni 25.2.18 genaplah blog mrs pip ni berusia 3 tahun, yeah... syukur alhamdulillah, blog masih mampu bernafas walaupun ada masanya mmg rasa malas nak update dan kadang kadang mmg hilang idea nak update apa ... salute dgn mereka yg mampu menulis 100 entries sebulan ... hope mrs pip ada keazaman mcm korang rajin update blog selalu ...

bermula dengan sukasukasurirumah.blogspot.com dan kemudian sekitar ogos tahun lepas, blog bertukar kepada domain www.mrspip.com , mrs pip harap blog ni mampu bertahan lama ... asalnya blog ni cuma untuk berkongsi cerita anak anak mrs pip membesar so that one day dorg boleh baca blog mrs pip tengok zaman dorang kecil kecil kan, tapi lama kelamaan blog ni dah jadi tempat mrs pip berkongsi hal hal lain juga selain hal hal anak anak mrs pip ...


3 tahun berblogging, blog mrs pip berjaya published entries sebanyak 1000 entries, dengan pv mencecah 300k dan 302 followers ... mrs pip sgt berterima kasih dengan ramai bloggers yg banyak beri tunjuk ajar ilmu berblogging sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dan juga berterima kasih dgn semua readers dan visitors yg rajin melawat blog mrs pip yg tidak seberapa ini ...

at the moment, mrs pip kurang aktif berblogging memandang mrs pip sedang hamil, dan mengalami loya dan muntah tidak menentu masa dan selalu pening dan letih , selain laptop dan tablet mrs pip mengalami kerosakan dan perlu dibaikpulih membantutkan kerja kerja mengupdate blog ... sekarang ni mmg update blog guna hp sajalah, hope hp ni tak jatuh sakit mcm laptop n tablet mrs pip 😂😂😂 ...

hoping this blog will celebrate more blogversary in the future...

lots of love to you all ...

cheers.

Laptop rosak, nak buat macam mana ?

February 25, 2018 2
Laptop rosak, nak buat macam mana ?
hi there, lama juga tidak bersiaran di blog ... huhu, laptop kesayangan mrs pip yg berusia 9 tahun tu ditimpa masalah mental! so, nak buat macam mana, kenalah rehatkan laptop tua tu ... sayang sangat mrs pip dgn laptop tu, hope laptop tu lepas berehat seketika boleh kembali beraksi , rindu dah jari jemari mrs pip nak menaip entry blog yg tertunggak ...

Laptop
Laptop rosak



ada yg advice untuk biarkan laptop tu berehat, dah few days pun laptop still having the same problem, tak nak ON masuk windows ....

tablet mrs pip pun awal Januari tu rosak juga, tak nak ON juga ... biasanya mrs pip guna tablet utk update blog juga, tapi nak buat mcm mana bila tablet tu meragam, so end up masuk laci meja , nak hantar repair tapi the only repair shop yg mrs pip percaya ada nun di centre point kota kinabalu .... tablet tu dah berusia 5 tahun, mmg tablet kesayangan coz tu hadiah dr mr.Husband ...

now, nak update blog mmg bergantung dgn Zenfone seketul ni ... mrs pip tak biasa nak update entry blog guna hp coz screen very the cinonet, dah biasa screen besar gedabak kan .... kena tunggu mr.Husband tak busy nak minta tolong hantar laptop m tablet pigi repair ...

korang yg blogger ni, biasa tak update entry guna hp? mmg impresslah mrs pip dgn korang kalau boleh update semua entry blog guna hp ....

tu jer lah nak meluahkan perasaan hari ni, alahai rindu nak blogwalking, nak reply comment, nak godek2 entry terbaru korang ... thanks yg sudi lawat blog mrs pip , yg sudi tinggalkan komen, mrs pip harap dpt catch up visit blog korang nnt ....

have a nice weekend semua, and take care ya ...

#zenfoneismylastresorttoupadatemyblog

cheers

Tuesday, 20 February 2018

10 cara jimat masa melipat baju

February 20, 2018 11
10 cara jimat masa melipat baju
hi there, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan apabila menjadi surirumah ni ialah HARUS PANDAI JIMAT MASA ... so, kalau nak buat apapun, mesti harus sepantas kilat kalau boleh. lagi cepat kerja rumah siap, lagi banyak masa puan surirumah boleh berehat. hiks, jadi surirumah ni bukan boleh lenggang kangkung, setiap hari ada saja kerja kena buat , tertanya tanya bila lah semua kerja nak siap ni? ... dan antara kerja surirumah yang ambil masa nak disiapkan ialah MELIPAT KAIN BAJU, so mrs pip nak kongsi tips yang mrs pip guna 10 cara jimat masa melipat baju ... yes betul, 10 cara jimat masa melipat baju tau ...

10 cara jimat masa melipat baju
10 cara jimat masa melipat baju

1/ Gantung semua baju

kalau nak cepat, time korang sidai baju, siap siap hanger semua baju tu time sidai, once baju dah kering, tak perlu susah suah nak lipat, terus gantung jer dalam almari ... ni memang cara paling jimat, tak perlu susah susah nak lipat baju  ....

10 cara jimat masa melipat baju
10 cara jimat masa melipat baju

2/ Guna 'clothes organizing box'

guna cara clothes organizing box. so yang ni kalau korang malas nak lipat elok elok kan, just masukkan kain kain tu kat box yang sudah diberi kategori ... hah, lepas tu senang nak cari kan. at least kalau guna sistem macam ni, kain kain tak lah bersepah sepah bila nak cari ... 

10 cara jimat masa melipat baju
10 cara jimat masa melipat baju

3/ Guna mesin melipat kain 'foldi-mate'

kalau yang berkemampuan tu, hah beli sajalah mesin foldi-mate ni, so biarlah mesin yang bekerja sambil puan surirumah boleh lepak lepak depan tv tengok sinetron kegemaran yer ...  


10 cara jimat masa melipat baju
10 cara jimat masa melipat baju

4/ Guna folding-board

folding-board ni dah banyak jual dan mudah didapati ... beli jer online kalau korang tak jumpa kat pasaraya berhampiran korang ... eh, tapi tak sure la yer, mana lagi laju, lipat guna tangan or guna folding-board ni ... muehehe ....

10 cara jimat masa melipat baju
10 cara jimat masa melipat baju

5/ Gunakan khidmat domestic helper

dah malas sangat nak lipat kain? dan mampu nak menggaji domestic helper? hah, tak perlu pening pening nak lipat kain, biarlah semua dilipat oleh domestic helper korang ... kan senang.

10 cara jimat masa melipat baju
10 cara jimat masa melipat baju

6/ Didik anak agar pandai melipat kain

ni pun satu cara yang cepat untuk korang siapkan kerja melipat kain. korang yang ada anak tu, bolehlah didik anak seawal usia untuk membantu korang melipat kain. biasakan anak anak untuk melipat kain mereka sendiri dan didik anak selepas kain dilipat untuk diletakkan ke dalam almari / rak baju mereka ...

10 cara jimat masa melipat baju
10 cara jimat masa melipat baju

7/ Lipat baju secara teknik menggulung

yang ni mrs pip selalu buat. semua baju tee mrs pip, biasanya mrs pip just gulung gulung kan saja lepas tu letak dalam rectangle basket. ni biasanya untuk baju kegunaan harian yang memang selalu dipakai. malas aaarrr nak lipat cantik cantik padahal baju baju ni memang paling kerap diguna ...

8/ Gantung semua shawl 

wanita berhijab ni memang tak kan berpisah dengan segala jenis shawl kan .. bab shawl ni, mrs pip just main gantung saja semua, mmg tak lipat langsung ... lagipun senang nak tengok dan pilih mana satu nak guna nanti ...  jadi jimat masa tak perlu lipat shawl tu ... korang boleh google banyak idea nak gantung shawl ni macam mana ...

10 cara jimat masa melipat baju
10 cara jimat masa melipat baju

9/ Guna teknik kon-marie

korang boleh guna teknik kon-marie bila melipat baju dan mengemas baju ... mrs pip pernah cuba guna teknik ni, tapi kurang berkesan buat mrs pip ... walaupun ianya diakui space saving, tapi baju baju tu tak nak berdiri elok macam yang kt dalam gambar di bawah tu, so end up semua main gulung jer, lagi senang ...

10 cara jimat masa melipat baju
10 cara jimat masa melipat baju

10/ Biarkan kain sentiasa tersidai .... 

hah! dasar pemalas sangat, ya ampunnnnnn .... tak perlu susah susah nak lipat kain, korang biarkan saja kain tu kat sidaian , hah bila nak guna baru terhegeh hegeh pigi ambil .... ni memang tahap dewa malas kemas kain  ... kalau mcm ni lah, elok tak perlu nak beli baju banyak banyak ... 

10 cara jimat masa melipat baju
10 cara jimat masa melipat baju

so kalau korang no idea macam mana nak jimat masa lipat kain, bolehlah guna mana mana cara jimat masa melipat baju yang mrs pip kongsikan ni ... cara mana satu yang paling korang suka? muehehe ...

gambar: kredit Google

thanks for reading, have a nice day semua.

cheers.

Sunday, 18 February 2018

Dah masuk edisi #39!

February 18, 2018 6
Dah masuk edisi #39!
hi there, ada apa dengan 18 February 2018? hari ni hari Ahad, tu jerrr , satu Malaysia baru sahaja habis sambut Chinese New Year kan, dah kenyang korang makan limau? mrs pip pun makan limau juga, tapi bukan limau mandarin tu, limau Sunkist jerrr .... dah mengidam limau Sunkist, so kita beli banyak2 penuhkan peti sejuk ... nyaman makan time dingin dingin kan ...


very alhamdulillah, sekali lagi Allah pinjamkan nadi ni untuk terus berdegup dan bernafas dan panjangkan usia mrs pip. so, to age gracefully, age is just a number, nothing to hide, I am 39 officially today! ... siapa sebaya kita, angkat tangan . siapa yang baby February tu, happy birthday kat korang.

hari ni entry oendek jer, kita nak sambut birthday dulu ... sambut biasa biasa dengan orang kesayangan ... no cake la ya. kita request mr.Husband buatkan steamboat, sama saja mcm last year punya birthday, steamboat in the house. nak makan steamboat kat luar harga mahal, so tak best kalau makan berdua, nak ajak ramai2 tak mampu nak belanja, so kita buat kat rumah since alat steamboat tu kita mmg ada , so bolehlah ajak family makan sama ... the more the merrier, lagi lagi dapat kongsi rahmat rezeki makan ... I loike!

to you all, have a great Sunday. and doakan mrs pip sentiasa sihat ya (p/s: nowadays sindrom morning sickness dah tak kenal waktu, menyerang bila bila dia suka) ... 

stay tune for my next birthday & blogversary giveaway ya!

cheers.

Saturday, 17 February 2018

Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

February 17, 2018 5
Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh
hi there, siapa suka baca novel, so bolehlah join giveaway ni ... kalau menang, dapat novel seketul ... woha! boleh tambah koleksi bacaan korang ... nak join pun semudah ABC, tak banyak syarat kena ikut, just follow blog, IG dan twitter cik adik manis ni T_T ... jom join ramai ramai ... hari ni last day, ooppsss, nasib sempat lg nak join ....

Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh
Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

TERMA & SYARAT :

1. Terbuka kepada semua rakan bloggers , Instagrammers & Twitterians yang menetap di Malaysia . .
2. Wajib buat entry , publish kan entry & follow ketiga-tiga account . .
3. Sekiranya penyertaan melebihi 100 orang , hadiah akan digandakan :")
4. Semua peserta akan dijadikan bloglist February 2018 S.K.
5. Giveaway ini TAMAT pada 17 Februari 2018 . .

wish me luck ya ....

cheers

Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger

February 17, 2018 5
Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger
hi there, first time dengar nama minyak gonggang ni ... pokcik blogger nak buat giveaway nak bagi minyak gonggang ni ... kalau nak tahu lebih lanjut pasal minyak ni, kena klik banner kat bawah ni. meh la join ramai ramai, giveaway berakhir pada 18/2/2018 ....

Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger
Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger

Kegunaan dan kelebihan minyak pokok gonggang:-

1. Meredakan gatal akibat terkena gigitan serangga kecil seperti semut api, gatal
terkena ulat bulu.
2. Kaki makan air (athelete foot)
3. Kulit badan berkerapu
4. Kecederaan kulit yang lambat kering (Luka berair)
5. Boleh juga digunakan untuk berurut.
6. Terkena api atau air panas
Untuk kegunaan luaran sahaja/sapu.

Syarat-syarat Penyertaan:-

1. Follow blog Pokcikblogger.com
2. Buat entri bertajuk : 'Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger',
upload banner di atas dan backlink ke entri ni.
4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri ini.
5. Segmen akan tamat pada 12.00 malam 18 February 2018
6. Pemenang akan diumumkan dua tiga hari selepas tamat tempoh giveaway

korang pun baca kan syarat2 penyertaan, tak susah mana pun .. jom jom, sempat lagi ni nak join ...

wish me luck.

cheers.

Thursday, 15 February 2018

Travel Totebag by Ana Suhana

February 15, 2018 8
Travel Totebag by Ana Suhana
hi there, so jom join ramai2 giveaway dari blogger ana suhana ni ... hadiah menarik oooooo, serius kalau menang, senyum sampai telinga la mrs pip ni .. I is suka tote bag ... lagi lagi tote bag yang simple, senang nak heret ke hulu ke hilir ... nak join pun senang, just follow blog ana suhana dan IG dia ... 

ana suhana mencari bukan seorang pemenang tau, tapi 5 orang pemenang! dan giveaway ni berlangsung sehingga 28 Feb 2018, so banyak masa lagi kalau korang nak join ... kalau nak join jangan segan jangan malu tau, just klik saja banner kat atas tu ... I is suka kalau GA yang simple simple mcm ni, lepas tu hadiah pula awesome, so haruslah join kot kot ada rezeki kan ....

wish me luck tau!

cheers.

Tuesday, 13 February 2018

Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka

February 13, 2018 6
Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka
hi there, ok, so mrs pip join giveaway dari blogger noorshawals, kalau menang, merasalah buku menarik ni ... tajuk buku ni, mak oiiii bikin takut ... nak fikir neraka pun risau, apatah lagi nak intai intai neraka tu kan .... kalau korang nak join, still ada masa lagi ... giveaway ni berakhir pada 15/2/2018 ... meh la join, lagi lagi yang kaki buku tu kan ... jom join ramai2 menjebakkan diri mcm mrs pip ni , muehehehe ..... dah la entry nak join giveaway ni senang, copy paste jer dik ... dah siap siap ada html kod T_T ....


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Giveaway ini dianjurkan oleh www.mohdnoorshawals.com dengan kerjasama @jambukubest ...

Jangan lepaskan peluang ini!! Rebut peluang memenangi Novel dari Penulis Novel Islamik Thriller No 1 Malaysia!!! Ustaz Hadi Fayyadh...

apapun, wish me luck ya ...

cheers.

Menang mini set Suaviss body wash dari Althea

February 13, 2018 5
Menang mini set Suaviss body wash dari Althea
hi there, so korang kalau mandi, suka pakai mandian haruman apa? kalau mrs pip, serius suka bau-bauan strawberry .... tapi, sesekali beralih arah cuba wangian mandian yang lain, apa salahnya kan ... yeah, happy bila Althea hantar hadiah seketul untuk mrs pip .... korang dapat tak hadiah seketul dua dari Althea? so, yang menang giveaway dari Althea tu, hope korang pun enjoy hadiah yang korang dapat hokey ....

sekitar bulan December hari tu, Althea telah mengadakan giveaway , banyak la giveaway sempena krismas Althea ni buat ... ada yang melalui FB, IG dan Blog kan ... yang mrs pip join ni, giveaway 12 days of beauty di blog Althea ... dan tak sangka mrs pip terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk Giveaway 1 of 12 Days of Beauty ... see, 12 hari Althea sediakan hadiah menarik hari tu untuk readers join giveaway dorang, hadiah mmg semua best best ....

Suaviss Colmado Body Wash Miniature 5 Species Set 5x30ml
Suaviss Colmado Body Wash Miniature 5 Species Set 5x30ml from Althea

hadiah yang mrs pip dapat ni ialah Suaviss Colmado Body Wash Miniature 5 Species Set 5x30ml ... ada 5 haruman yang boleh dicuba, iaitu lime, coconut, cranberry, grapefruit dan mango ... wah! semua haruman menarik ... yang mrs pip nak sangat cuba of course la coconut ... haha, tak pernah lagi nak mandi guna wangian kelapa ... lain dari yang lain rasanya ...

Suaviss Colmado Body Wash Miniature 5 Species Set 5x30ml
Suaviss Colmado Body Wash Miniature 5 Species Set 5x30ml from Althea

so, what's your flavor today? ... apapun, thanks Althea, really love this giveaway gift.

have a nice smelling day everyone.

cheers.

Monday, 12 February 2018

Life is Beautiful 9th Giveaway!

February 12, 2018 7
Life is Beautiful 9th Giveaway!
hi there, so jom jom join giveaway mummy ayu sempena 9 tahun mummy ayu berblogging ... wah, 9 tahun tu! hope blog mrs pip mampu bertahan mcm blog mummy ayu la hendaknya ... hadiah pun menarik, kalau menang, mummy ayu maybe akan bagi decoupage atau bag/passport holder ... hari tu nampak mummy ayu buat decoupage tudung saji dan dulang, cantik mummy ayu buat ... tangan orang berseni ... kalau tangan kaku mcm mrs pip ni, hurmmmmm tak tau la jadi ke tak decoupagenya .....


meh la join ramai ramai, korang klik la banner kat atas tu kalau nak join ... giveaway ni akan berlangsung sehingga 21/2/2018 ... ada masa lagi kalau korang nak join ... mummy ayu dah siap siap bgtau, hadiah tu maybe lambat kena pos kalau korang menang, since dia tinggal kat Bangkok. dia tunggu balik Malaysia dulu baru pos hadiah hokey, so korang kalau menang jangan gatal2 nak minta hadiah cepat sampai ... muehehehe ....

so, tu saja nak bgtau kat korang ... join jangan tak join and wish me luck too!

cheers.

Saturday, 10 February 2018

Blog dah pasang header baru; tema glitter pink gitu!

February 10, 2018 13
Blog dah pasang header baru; tema glitter pink gitu!
hi there, mood nak tukar header pula ... entah tetiba rasa macam nak beautify template, tapi malas nak cari template baru, then apa kata kita touch up sikit blog ... mood #mommymengidam lah ni, bukan setakat mengidam nak makan itu ini, nampaknya mengidam juga nak blog berwajah baru ... tapi as usual, nak touch up still nak yang minimalist, so mrs pip request blogger noormaizan untuk buatkan simple header untuk mrs pip. tema simple glitter pink ... Mai buatkan dua design untuk mrs pip pilih, lepas tu request Mai untuk edit sedikit header tu, dan tada! blog pasang header baru dah ... 

www.mrspip.com
www.mrspip.com

dan sebelum ni, mrs pip guna header yang ni .... yang ni pun, Mai juga yang design ... kalau korang nak cari orang tolong editkan blog, bolehlah cuba perkhidmatan blogger noormaizan. harga untuk full edit blog very affordable ... kerja pun pantas ... nak edit header jer, pun boleh tanya Mai ... harga pun awesome ... 

www.mrspip.com
www.mrspip.com

boleh lawat blog Mai kalau nak try tanya dia bab edit blog >>>> www.noormaizan.com <<< just for sharing ... thanks reading this entry ... korang rasa, header mana yang ok? header baru atau header lama? ....

have a great weekend.

cheers.

Friday, 9 February 2018

Review CETAPHIL Moisturizing Cream

February 09, 2018 8
Review CETAPHIL Moisturizing Cream
hi there, hari ni mrs pip nak review CETAPHIL Moisturizing Cream ... ramai la kot yang kenal sangat dengan jenama CETAPHIL ni kan ... mrs pip pun tak terkecuali la nak try guna since ramai yang loyal sangat guna produk ni, siap bagi review best best lagi ... tak tahu la, sejak akhir akhir ni kulit muka mrs pip mengalami kulit kering. memang nampak la sangat kering. maybe perubahan hormon ke apa, or usia semakin meningkat kot sebab tu kulit terasa kering sangat. or maybe juga dehidrasi kerana cuaca panas ... best ke CETAPHIL Moisturizing Cream ni? ...

Review CETAPHIL Moisturizing Cream
Review CETAPHIL Moisturizing Cream

hari tu mrs pip mencari krim pelembap, tapi kebiasaan krim pelembab ni,, kena beli dua kan, day cream dan night cream, so I is malas nak beli duo krim sebegini. malas nak angkut pi mana mana kalau pi road trip. mrs pip lagi suka beli satu krim, boleh guna siang malam. mrs pip baca review jenama CETAPHIL di beberapa blog blogger. rasa mcm menarik dorang punya review, so why not try. lagipun cream pelembab mrs pip yang sebelum ni rasa mcm dah tak serasi dgn kulit muka mrs pip, kena juga cari krim pelembab yang lain ni ...

CETAPHIL Moisturizing Cream
apply CETAPHIL Moisturizing Cream di tangan

kebetulan singgah di Watsons hari tu, so terus pergi kaunter yang jual jenama Cetaphil ni. mrs pip tak nampak kalau CETAPHIL Moisturising Cream ni ada tube yang lagi besar, cuma nampak yang ni saja, 50gm. lagi best CETAPHIL Moisturising Cream boleh digunakan di muka dan di badan. kebetulan kulit tangan mrs pip pun terasa sedikit kering, so eloklah boleh guna seluruh badan krim ni. satu tube 50gm, harga dalam RM30++ tak ingat berapa actual price ... 

CETAPHIL Moisturizing Cream
dah apply CETAPHIL Moisturizing Cream, kulit tangan terasa lembut :)

dah masuk dua minggu la mrs pip guna krim ni, so far tidak memberikan sebarang kerengsaan pada kulit. nak guna pun senang. krim pun mudah meresap. nak cakap masalah kulit kering tu selesai ke tak, tak juga, tapi boleh rasa kulit ada improvement berbanding sebelumnya, lagipun baru 2 minggu guna kan, tak logik juga kalau terus boleh settle masalah kulit kering ni .. as long as no allergy, nampak improvement, mrs pip dah happy ... mrs pip apply dua hingga 3 kali sehari ... 

kalau yang ada masalah kulit kering mcm mrs pip ni, bolehlah cuba  CETAPHIL Moisturizing Cream .... thanks for reading. till then,

jangan lupa join FIRST INSTAGRAM GIVEAWAY BY MRS PIP >>> KLIK LINK DI SINI <<< hadiah menarik nak CASH atau GIFT kalau menang ...

cheers.

Thursday, 8 February 2018

Review telekung Arafah selesa dan cantik, RM35.00 sepasang hanya di LAZADA

February 08, 2018 14
Review telekung Arafah selesa dan cantik, RM35.00 sepasang hanya di LAZADA
hi there, mrs pip hari tu mencari telekung harga mampu. happy bila nampak harga telekung di LAZADA RM35.00 sepasang, telekung arafah lace silver. telekung nowadays harga memang gempak gempak, sepasang dalam RM100.00. boleh tahan sangat harganya ... harga terasa mahal, kain dan corak pula mrs pip tak berkenan. so end up cari online sajalah, senang ... lagi banyak pilihan, dari yang murah sampailah yang harga meletops ...

korang kalau nak beli telekung, apa yang korang titikberatkan? lain orang lain lah keinginannya ya tak ... ada yang suka bersulam ada yang tak. ada yang nak kaler all white, ada yang nak kaler itu ini ... tapi apapun, kenalah sesuai dengan bajet memasing ... mcm mrs pip, nak mencari telekung tanpa sulam, lepas tu wajib selesa dipakai, telekung tak nipis sampai boleh see through, cukup labuh, dan bergetah di pinggang ... 



nak try beli, korang boleh klik >>> LINK LAZADA <<<


jumpa kat LAZADA, kaler silver. ekceli ada few colors yang lain, tapi rasa ni mcm berkenan di hati. nampak harga rasa mcm tak percaya. hurm, maybe nipis kot. tapi tak pa, try beli sepasang. kalau suka nnt boleh beli lagi ...


ni lah telekungnya yang mrs pip terima ... happy bila telekung ni selesa dipakai. semua ciri ciri yg mrs pip nak, mmg ada. sejuk pun sejuk disarungkan. lagi seronok bila nampak bahagian pinggang tu boleh laras, getah pun jenis yang high quality, bukan jenis yang cepat longgar ...dan sedikit lining dark grey dan pink kat bawah kain ... sweet.


ni close up sedikit lace kat atas kepala tu ... bagi mrs pip, ada tak ada lace ni pun ok saja. mmg dah suka dgn telekung ni. harga pun mmg harga bajet, tapi kualiti not bad. lepas ni nak beli sepasang dua lagi. korang kalau mencari telekung, tak perlu pening pening, boleh cari di LAZADA, mmg banyak sgt pilihan. boleh buat price comparison sebelum membeli. yang suka telekung siti khadijah yang femes amos tu pun ada, cuma I is tak mampu nak beli, sepasang RM200 you. tapi ramai yg review telekung brand tu mmg sangat sangat selesa nak pakai. so tepuk dada tanya bajet diri sendiri :)), hew hew hew ...

tu saja nak share review kali ni. thanks for reading.

dan jangan lupa join FIRST INSTAGRAM GIVEAWAY BY MRS PIP ya, >>> KLIK SINI <<< GA ni tamat pada 14/2/2018, boleh pilih nak CASH atau GIFT kalau menang.

cheers.

Wednesday, 7 February 2018

Produk mandian CARRIE JUNIOR; menggalakkan gaya hidup aktif serta imaginasi yang kreatif untuk kanak-kanak!

February 07, 2018 4
Produk mandian CARRIE JUNIOR; menggalakkan gaya hidup aktif  serta imaginasi yang kreatif untuk kanak-kanak!
hi there, kalau dulu, tiap kali mrs pip suruh lil' Iman dan lil' Amin pergi mandi, kena panggil berulang kali nak suruh buka baju dan masuk tandas. liat sangat nak mandi. penat momy tau tunggu depan pintu tandas lama lama ... tu dulu lah, sekarang ni tak lagi ... sekarang ni, kalau suruh dorang mandi, laju saja budak berdua tu buka baju dan masuk tandas. kalau boleh asyik asyik tanya bila nak mandi .... asyik nak berperap kat tandas .... korang jangan tak tahu, ni semua gara gara Carrie Junior yang harum semerbak lagi berbuih buih tu la. suka dorang mandi dengan Carrie Junior Baby Bath beserta haruman cheeky cherry, serius harum, kalau boleh mrs pip pun nak guna sama, teehee T_T.

Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath
bukan sekadar seketul botol 700ml Carrie Junior bersama mainan tersembunyi disebalik botol,
tapi mrs pip siap dapat board games, sesuai dimainkan bersama anak anak di waktu lapang.
lama dah tak main board games tau. terima kasih Carrie Junior, sediakan board games ni utk mrs pip. 

Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibubapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan sering kali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk simanja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran social dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath
lil' Iman dan lil' Amin yang seronok nak cari mainan tersembunyi. mommy sengaja tak bagi tau mainan tu kat mana, kena cari sendiri .... both boys tak jumpa pun mana mainan tersembunyi tu, tapi mereka still happy dapat mandi dengan Carrie Junior ni ....

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Carrie Junior Sukan Ria
Carrie Junior Sukan Ria

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada:-
  • CARRIE JUNIOR - si gajah yang gemar bermain bola sepak, 
  • SPEEDY TOMMY- si kura-kura yang terpantas di atas trek larian, 
  • TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, 
  • DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, 
  • SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, 
  • dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath
yeah, ni mainan yang tersembunyi tu. korang dapat apa? mrs pip dapat Dribbly Minky ... 

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian simanja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri simanja yang membantu merapatkan hubungan ibubapa dengan simanja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath

tengok aksi lil' Iman dan lil' Amin ni. mereka dah siap mandi tau, tapi lagi nak main dengan Carrie Junior. siap nak mandikan botol tu ... sebenarnya, mereka nak buat buih buih sabun, part ni yang paling budak berdua ni suka. 

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buahsemulajadi yang di perkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut simanja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan simanja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.


Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath
mrs pip biarkan saja budak berdua mandi penuh keriangan, tapi kenalah ada had limit masa. 
kalau dibiarkan, berjam jam budak ni boleh mandi tanpa rasa bosan.  lepas dah buat buih sabun,
gelak sakan dorang berdua kat dalam tandas, seronok main kata lil' Iman.
anak suka, mommy pun gembira

Korang mommies yang nak try Carrie Junior ni, tak perlu risau dengan bahan kandungan Carrie Junior ni ... Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Riakan waktu mandi anak anda dengan Carrie Junior Baby Bath! yeah.

thanks for reading.

cheers.

Tuesday, 6 February 2018

HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM

February 06, 2018 8
HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM
hi there, mrs pip nak share giveaway yang sis hawa anjurkan ni ... jomlah join ramai ramai. giveaway ni dah hampir tamat you ols! tak silap akan tamat pada 8/2/2018 ni ... so cepat cepat jangan terlambat tau nak join ...

nak join, klik banner



Hai awak awak semua. Kalau nak tahu SIS HAWA sedang meraikan ulangtahun blognya yang pertama sekarang ini. Awak semua turut di undang untuk memeriahkan lagi suasana dengan menyertai contest HAPPY BIRTHDAY SIS HAWA DOT COM yang awesome!

Contest ni terbuka pada semua blogger Malaysia dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat-sangat lumayan. Antaranya, WANG TUNAI $$$ dan lain-lain hadiah sampingan yang menarik dan best!! Seramai 10 pemenang akan di cari dan hadiah akan di tambah sekiranya jumlah peserta berjaya melepasi sasaran yang telah di tetapkan. Yang lebih menariknya lagi, semua peserta yang mengambil bahagian akan di masukkan ke dalam bloglist SISHAWA.COM untuk tahun 2018. 

SYARAT UNTUK MENYERTAI

1. Buat entry yang bertajuk - " HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "

2. Follow blog SIS HAWA dan SISHAWA DESIGN

3. Follow semua blog dan IG milik sponsor yang terlibat dengan contest ini:

FOLLOW BLOG ( Wajib!! klik icon untuk follow) :
          

FOLLOW INSTAGRAM (jika ada akaun IG)

6. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY , URL IG berserta EMAIL ke ruangan komen di bawah.

7. Jangan lupa Share entry contest ini ke facebook masing-masing berserta dengan hashtag #sishawadotcom . untuk mengajak rakan-rakan yang lain

Senarai semua hadiah akan di umumkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, hadiah untuk contest kali ini akan ada wang tunai $$$$ untuk di rebut. Tunggu apa lagi, jom join segera beramai-ramai.

CONTEST AKAN TAMAT PADA : 08 FEBRUARI 2018


jangan tak join pula, hadiah menarik menanti korang .. dan mrs pip salah sorang co-sponsor juga, hehe....

cheers.