Resepi ringkas pasta marinara

hi there, sudah makan? muehehe, hari ni nak kongsi resepi ringas pasta marinara yang mrs pip sempat buat hari tu. ceh, kita makan pasta you ols! tak la, pasta ringkas saja, nak dapatkan bahan bahan pun senang, ada kat dapur mrs pip.

sesekali terasa mau tukar selera, sesekali kita lari dari makan nasi, jadi mrs pip buat resepi ringkas pasta marinara ni .... nak buat pun memang sangat senang. mrs pip tak banyak bahan yang ada kat dapur, jadi gunalah mana mana bahan yang ada ... cewah. ni bukan resepi pasta yang standard yer ... bahan bahan memang banyak yang kurang .... bolehlah daripada kebulur kan .. 

Resepi ringkas pasta marinara
Resepi ringkas pasta marinara

mrs pip ada lebihan macaroni kat dapur, ada setengah pack lagi, lebihan daripada buat cold fruitty pasta hari tu, so sayang pula tengok macaroni ni, dan kebetulan mrs pip ada satu tin prego sos marinara, jadi marilah kita makan pasta ringkas guna sos marinara ...

Cara-cara membuat pasta marinara yang ringkas


  • didihkan air, 
  • masukkan pasta (sukatan ikut suka hati korang, jenis pasta pun terpulang, mrs pip guna pasta macaroni), 
  • dan reneh pasta sehingga kembang dalam 8 minit la macam tu. tos dan ketepikan pasta tadi.
  • hiris bawang putih, panaskan kuali leper, masukkan minyak (sebaiknya olive oil, tapi kat dapur mrs pip olive oil dah lama habis, so guna minyak masak biasa saja), 
  • tumis bawang putih sehingga naik bau, 
  • masukkan sebiji telur dan dikacau, 
  • masukkan setin prego sos marinara tadi, 
  • tambah sedikit air untuk cairkan sos tadi, 
  • tambah perisa secukupnya (mrs pip masukkan sedikit garam, dan serbuk lada putih sahaja), kemudian, bila sos dah panas, bolehlah masukkan pasta tadi dan gaul rata. 

Resepi ringkas pasta marinara
Resepi ringkas pasta marinara
ni sos yang mrs pip guna :)

kalau korang suka, boleh tambah daging cincang, ayam cincang, hirisan daun sup dan sebagainya utk menambahkan rasa sedap pasta ni, tapi mrs pip malas nak mencincang segala daging dan ayam, jadi, kita makan pasta ekspress saja lah ya ....

apapun, perut tetap kenyang. licin satu mangkuk mrs pip makan sorang sorang. 

kalau korang nak cuba resepi ringkas ni, sila sila lah mencuba ... 

cheers. 

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

9 Comments

  1. dah lama tak masak pasta, bolehlah cuba resepi ni nanti :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mrs pip. Favorite ana pasta2 ni.

    ReplyDelete
  3. Menarik.. Boleh Cuba habis pantang nnt..

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa. terus rasa nak pi kedai beli pasta

    ReplyDelete
  5. salam kenal dari blog mialiana ;)
    Sedapnya. tak pernah try marinara ni lagi.
    slalu beli carbonara jer sebab budak-budak suka.

    ReplyDelete
  6. Suka gak adik beradik pasta/spagheti ni tapi en.suami kureng la plak..kadang blik kerja, malas nak masak berat2, nak masak ni je tapi sbb en.suami tak berapa gemar, kena la masak gak masakan melayu..#perutmelayu gitu...

    ReplyDelete
  7. Sesekali masak ringkas macam nie, memang best kan Mrs Pip..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.