November 2017 - MrsPip Dot Com

Thursday, 30 November 2017

Potret kartun Mrs Pip dari Sophee Studio

November 30, 2017 9
Potret kartun Mrs Pip dari Sophee Studio
hi there, just want to say thanks to dear blogger Sofie! you make me smile today. hari ni dapat info dari blogger Sofie, dia buat lukisan kartun untuk semua peserta yang join segmen suaikenal blogger seluruh malaysia. wah! terus rasa gembira bila nampak potret kartun mrs pip. selama ni tak pernah terfikir akan ada seseorang yang lukis potret kartun buat mrs pip. dan bila Sofie bgtau dia buat untuk setiap peserta potret kartun, berwarna dan hitamm putih, memang I is happy sangat. thanks tau Sofie, bukan senang nak sediakan semua ni. mmg appreciate sangat hasil kerja Sofie.


kalau korang rasa berminat nak minta Sofie buatkan potret kartun untuk korang, korang boleh layan hasil kerja tangan Sofie di www.sopheestudio.com ... memang rajin Sofie ni sediakan setiap sorang peserta potret kartun. 


korang rasa, potret kartun mrs pip ni ada tak iras iras muka mrs pip? seriously, raut muka, mata dan mulut memang ada persamaan. thumbs up Sofie,

dan kalau korang tak join lagi segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia anjuran Sofie (and serious hadiah memang awesome) cepat cepat join, korang boleh layan entry Sofie >>> KLIK DI SINI <<< ...

once again, thanks Sofie buatkan potret kartun kak pip yang cun ni. muehehe.

cheers.

Wednesday, 29 November 2017

Review K-Drama : While You Were Sleeping

November 29, 2017 16
Review K-Drama : While You Were Sleeping
hi there, mrs pip terjebak lagi menonton K-Drama While You Were Sleeping secara marathon. well, I just can't take my eyes off from Suzy and Lee Jong Suk. pertama kali tengok Suzy berlakon ialah dalam Dream High. waktu tu memang tak tau pun Suzy ni seorang penyanyi. jalan cerita Dream High tu pun menarik, bukan setakat Suzy saja, malah semua pelakon dalam Dream High tu mrs pip suka. drama lain Suzy yang mrs pip follow ialah Big (lakonan bersama Gong Yoo dan Lee Min Jung) dan Gu Family Book (bersama Lee Seung Gi). drama Uncontrollably Fond bersama Kim Woo Bin tu tak sempat nak layan lagi. ada tak yang layan While You Were Sleeping kat sini?

Lee Jong Suk pula, first time nampak dalam drama Secret Garden (lakonan utama Ha Ji Won dan Hyun Bin), lepas tu dalam drama Pinnochio bersama Park Shin Hye. memandangkan rasanya semua gandingan Lee Jong Suk dalam K-Drama mrs pip suka, so mrs pip layan drama Lee Jong Suk yang lain, iaitu W (bersama Han Hye Joo), Doctor Stranger (bersama Jin Se Yun) dan I Can Hear Your Voice (bersama Lee Bo Young). School 2013 tu tak sempat nak layan lagi, tapi review yang mrs pip baca, School 2013 tu antara keluaran School yang paling best, so akan layan drama ni nanti.  

drama While You Were Sleeping ni ada 32 episod pendek, tak tahu kenapa ianya di luar dari kebiasaan dibuat 32 episod pendek, padahal boleh saja buat 16 episod berdurasi standard sejam setiap episod kan ... so, yang mrs pip layan ialah 16 episod yang sudah digabungkan. thanks kepada youtuber yang baik hati upload dan jadikan dua episod kepada satu episod standard. 

Review K-Drama : While You Were Sleeping
Review K-Drama : While You Were Sleeping

rasanya ramai yang follow cerita While You Were Sleeping ni kan ... sebelum tu meh sini mrs pip nak kenalkan antara barisan pelakon yang membintangi drama ni selain Suzy dan Lee Jong Suk. poster atas menunjukkan barisan pelakon dari kiri ke kanan ...

Lee Sang Yeob sebagai Lee Yoo Bum
Suzy sebagai Nam Hong Joo
Lee Jong Suk sebagai Jung Jae Chan
Ko Sung Hee sebagai Shin Hee Min
Jung Hae In sebagai Han Woo Tak

ada satu watak lagi yang mrs pip suka sangat selain watak 5 di atas tu. watak Choi Dam Dong yang dibawakan oleh pelakon Kim Won Hae. kalau korang nak tahu jalan cerita drama While You Were Sleeping ni, korang boleh baca di wikipedia >>> klik di sini <<< jalan cerita drama ni mungkin korang akan rasa macam biasa biasa saja, tapi kalau korang layan cerita ni, jalan ceritanya menarik buat mrs pip.

drama ni berkisar tentang Hong Joo yang mampu bermimpi mengenai perkara yang bakal dialaminya akan menjadi kenyataan. dan Jae Chan juga sedemikian. selain Jae Chan, Woo Tak juga bermimpi akan perkara sedemikian namun terjadi hanya selepas terlibat dengan Hong Joo dan Jae Chan dalam insiden kemalangan kereta.

rasanya K-Drama ni memang standard, kalau mereka pegang satu satu watak, lagi lagi watak yang memerlukan mereka sebagai seorang pekerja profesional seperti doktor, peguam atau jurutera, memang mereka akan pastikan watak tu real. mrs pip suka cara peguam bekerja dalam drama ni. mrs pip no idea kalau peguam memang akan bekerja cara ni atau macam mana. cara mereka selidik satu satu case tu, rasa menarik perhatian. dan cara drama ni menghubungkan satu kes dengan kes yang lain, satu kes dengan watak watak dalam drama ni, saling berkaitan, memang awesome. 

Review K-Drama : While You Were Sleeping
Review K-Drama : While You Were Sleeping
Jung Hae In memegang watak sebagai Han Woo Tak,
pegawai polis yang handsome dan baik hati
lepas ni mesti korang rasa nak berkawan dgn polis, aigoo.

mrs pip juga suka cara persahabatan antara Hong Joo, Jae Chan dan Woo Tak. Jae Chan dan Woo Tak saling menyukai Hong Joo, dan Hong Joo pula menyukai Jae Chan, dan menganggap Woo Tak sebagai kawan baik. Jae Chan juga mengetahui yang Woo Tak menyukai Hong Joo, namun tetap bersahabat dengan Woo Tak dan tidak berasa kekok dengan persahabatan mereka. 

mengenai watak Choi Dam Dong, 13 tahun yang lalu, adik kepada Choi Dam Dong telah membunuh menembak bapa Jae Chan dan kemudian meletup kan bas yang dipandu oleh bapa Hong Joo. ketika di rumah pengkebumian, Choi Dam Dong datang dan meminta maaf bagi pihak adiknya, dan Hong Joo sangat marah kepada Choi Dam Dong. kerana rasa bersalah atas tindakan adiknya, Choi Dam Dong ingin membunuh diri, namun berjaya diselamatkan oleh Jae Chan. 

Review K-Drama : While You Were Sleeping
Review K-Drama : While You Were Sleeping
scene sedih Jae Chan dan Choi Dam Dong
watak Choi Dam Dong dalam drama ni terasa seperti seorang bapa yang tulus

13 tahun kemudian, Jae Chan bertemu dengan Choi Dam Dong, tapi Jae Chan agak sedikit terlewat mengetahui Choi Dam Dong itu ialah lelaki yang dia pernah selamatkan satu ketika dulu. mrs pip terkesan dengan dua scene sedih antara Jae Chan dengan Choi Dam Dong. pertama, ketika Choi Dam Dong jumpa Jae Chan selepas Hong Joo hampir terbunuh oleh Yoo Bum. kedua ketika Choi Dam Dong dilanggar oleh Yoo Bum. sila lah sediakan tisu kalau korang berhati lembut T_T .

drama ni ada scene tak sesuai untuk tontonan kanak kanak kerana ada few kissing scene. biasanya K-Drama memang ada kissing scene kan, tapi ni ada few scenes. so, kena pandai pandai censored kalau drama ni ditonton bersama kanak kanak. 

Review K-Drama : While You Were Sleeping
Review K-Drama : While You Were Sleeping
gandingan Suzy dan Lee Jong Suk yang sepadan

cerita ni happy ending. Yoo Bum dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas semua kesalahan yang dia lakukan selama menjadi peguambela. dia memanipulasikan rekod, membunuh dengan sengaja dan tidak sengaja. Jae Chan dan Hong Joo berkahwin, manakala Woo Tak berhenti menjadi polis atas sebab buta warna, dan memilih untuk belajar ilmu perundangan dan berniat untuk menjadi peguamcara. 

Review K-Drama : While You Were Sleeping
Review K-Drama : While You Were Sleeping
eeiiii, kenapa lah Lee Sang Yeob pula yang pegang watak jahat Lee Yoo Bum ni?
watak Yoo Bum tu memang menjadi, nak buat macam mana, 
dia ni peguam tamak haloba ....

cuma, mrs pip hope ending dia tak secepat itu. hope ada episod tambahan untuk drama ni, tapi nampaknya drama ni cukup setakat 16 episod sahaja. drama ni fully pre-produced, jadi memang sukar untuk buat kesinambungan drama ni kalau ada permintaan based on high rating penonton kan. biasanya drama korea, lepas shoot untuk dua minggu punya episod, mereka start tayang, sambil tu shoot lagi untuk episod seterusnya, so kalau ada high rating dan demand nak tambah episod, agak senang coz semua krew still bekerja, cuma perlu extend sedikit jadual kerja kan, kalau fully pre-produced, semua shoot akan dibuat hingga habis, baru drama ni ditayangkan ... so, memang tiada lah peluang nak harap ada extended episode kan ...

tu jer lah review drama ni, mrs pip bagi 4/5 bintang. drama yang mempunyai jalan cerita, skrip dan soundtrack menarik, selain dibarisi oleh pelakon pelakon yang hebat. mrs pip layan drama ni di youtube, thanks to youtuber sorang ni, dia upload mmg ohsem, skrin tidak dikecilkan, dan tiada iklan.

happy watching.

dan jangan lupa join OHSEM GIVEAWAY BY MRS PIP, giveaway akan tamat pada 6/12/17, dan hadiah misteri yang menarik menanti pemenang bertuah ...

klik banner utk join. TQ

cheers.

Tuesday, 28 November 2017

Tahniah! Fazura dan Fattah dah kahwin

November 28, 2017 7
Tahniah! Fazura dan Fattah dah kahwin
hi there, yeah! tahniah kepada pengantin baru Fazura dan Fattah dah kahwin, selamat bernikah pada 27 November 2017. happy dengan perkhabaran ini, well I love Fazura hokey. dan bila Fazura kahwin dengan Fattah, memang WOW dalam hati mrs pip. very happy for both of them. maybe ada yang tak hadam lagi dengar perkhabaran Fazura dan Fattah dah kahwin. to  my dear friend LuluMatzam, jom lah hadam bersama dan terima hakikat Fazura dan Fattah dah kahwin. 

Tahniah! Fazura dan Fattah dah kahwin
Tahniah! Fazura dan Fattah dah kahwin

memang agak terkejut dengar berita perkahwinan Fazura dan Fattah coz mcm baru saja dorang ni buat announcement mengenai pertunangan mereka hari tu kan , now dah selama bernikah. tapi mrs pip suka cara mereka yang lebih memilih majlis diadakan secara privacy. tak banyak kecoh, tunang dan kahwin dalam masa yang singkat. nampaknya, mereka berdua memang serius menjalin cinta dan menjadikannya cinta halal dalam tempoh yang singkat. baguslah mcm tu, dah rasa berkenan, tak perlu fikir lama sangat. kalau dua-dua serasi, dan keluarga tidak membantah, apa tunggu lagi, jom kahwin.

teringat pula time mrs pip dulu, bertunang penuh rahsia, dua minggu kemudian kahwin. beberapa hari sebelum kahwin, baru jemput bgtau saudara mara dan jiran terdekat. ada yang happy, ada yang banyak tanya ada juga yang rasa pelik kenapa kahwin tergesa-gesa. muehehe. ekceli tak tergesa gesa mana pun, coz mrs pip mmg plan majlis yang sangat simple. cukuplah sekadar nikah n majlis makan sederhana. no pelamin for us. itu mmg keinginan mrs pip dari dulu kalau kahwin tidak mahu ada sebarang majlis bersanding dan pelamin. lain orang lain citarasa ...

apapun, mrs pip doakan yang baik baik untuk Fazura dan Fattah, semoga kekal hingga ke jannah you two. luv ya.


dan jgn lupa join ohsem giveaway by mrs pip ok. tarikh tamat pada 6/12/2017. klik banner utk join. hadiah misteri menanti pemenang bertuah.

cheers.

Monday, 27 November 2017

Menang giveaway mia kassim 10 tahun

November 27, 2017 5
Menang giveaway mia kassim 10 tahun
hi there, mrs pip menang reload RM10 giveaway mia kassim 10 tahun. happy bila menang giveaway ni. lagi lagi bila ada orang nak bagi reload percuma, eh siapa tak nak kan ... thanks sangat sangat buat mia kerana memilih mrs pip sebagai salah sorang pemenang, dan mrs pip doakan mia selalu sukses dalam berblogging dan kerjaya, sentiasa murah rezeki dan sentiasa dilindungi Allah ... 

klik banner di atas utk korang check senarai pemenang

korang yang join giveaway mia kassim hari tu, bolehlah check kot kot korang pun salah satu pemenangnya ... mrs pip tak sempat nak wasap mia, tup tup tadi mia dah wasap mrs pip minta number untuk direloadkan ... wah! terbaik mia ni. 

cheers.

Berjaya cash-out earning di HYPR.MY

November 27, 2017 7
Berjaya cash-out earning di HYPR.MY
hi there, yeah, mrs pip berjaya cash-out earning di hypr.my. pernah tak korang dengar HYPR.MY? mrs pip tau hypr ni thru kawan2 blogger, bila ada yang promote laman web ni, mrs pip mulanya mcm malas nak ambil pusing, tapi hari tu ada yang bagitau hypr ni senang nak dapat click, so mrs pip check juga lah apakah benda hypr ni. baru faham, hypr ni platform untuk sesiapa yang suka share link iklan, lepas tu kalau ada yg click link yang korang sharekan tu, akan dapat RM0.20 per click. boleh share link iklan hypr ni di facebook, twitter, google+, dan blog ... rasanya ada platform lain lagi kot boleh share, cuma mrs pip hanya share kat 4 platform tu saja ... jadi, ada sesiapa yang dah berjaya cash-out earning di hypr.my?

dan nak cashout duit, minimum amount boleh cash out ialah RM50.00, dan maximum amount sekali cash out ialah RM500.00, lepas tu once korang dah request for cash out, kena tunggu SEBULAN untuk duit korang dimasukkan ke dalam akaun bank korang. part ni, kenalah sabar ya kawan kawan. 

If a user wishes to share an Ad on a website or application that is not mentioned in the foregoing list, the user must first seek HYPR’s consent and approval before doing so to http://hypr.my.
jana pendapatan bersama hypr.my

satu lagi yang korang perlu tahu, HYPR akan hold atau takkan bayar langsung duit korang kalau akaun HYPR korang tidak aktif selama tiga bulan berturut-turut. jadi, sila take note. dan polisi HYPR tidak membenarkan link iklan dikongsi di beberapa platform seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Tagged.com
  • Gigacircle.com
  • Globallshare.com
  • Badoo.com
  • Meetup.com
  • Bebo.com
  • Pinterest.com
  • Tumblr.com
  • Instagram.com
  • YouTube.com
  • Whatsapp.com
  • Line.me
  • Wechat.com
  • Snapchat.com
  • Keek.com
  • Gleam.io
  • Skype.com
  • Ask.fm

If a user wishes to share an Ad on a website or application that is not mentioned in the foregoing list, the user must first seek HYPR’s consent and approval before doing so to http://hypr.my.

mrs pip dah join hypr ni hampir tiga bulan dah. mula mula tu memang join je lah, tapi ignore banyak iklan, macam malas nak share link iklan ... satu hari tu mrs pip terasa rajin pula nak share link iklan di blog. just letak gambar iklan kat sidebar dan letak link iklan sekali. seminggu lepas tu, bila mrs pip check akaun hypr, ada penambahan income. sejak kejadian tu, mrs pip dah start suka dengan HYPR ni. 

bila mrs pip perhatikan, link iklan HYPR ni lebih senang untuk orang klik. kalau ada iklan baru kan, dan mrs pip share kat 4 platform yang mrs pip nyatakan kat atas tu, earning masyuk! .... happylah, dapat buat passive income. dgn hypr ni, mrs pip tak expect dapat banyak manapun, kalau setiap bulan boleh cover bil internet mrs pip, itupun sudah memadai. 

kalau nak earning masyuk, memang kena selalu check ada iklan baru ke tak utk korang share. mcm mrs pip ni, setiap hari online, so once a day memang akan check iklan kat hypr.  mrs pip request cashout earning bulan lepas 13/10, kemarin 13/11 baru masuk dalam bank. dan duit yang mrs pip dapat ni, nak bayar bil internet nanti. yeah!

nak join hypr.my? check laman web di www.hypr.my

dan jemput semua join OHSEM GIVEAWAY BY MRS PIP, giveaway ni akan tamat pada 6/12/17, dan hadiah misteri yang menarik menanti pemenang bertuah.

klik banner utk join. TQ
cheers.

Sunday, 26 November 2017

Tahniah! Fazura & Fattah selamat bertunang

November 26, 2017 12
Tahniah! Fazura & Fattah selamat bertunang
hi there, well walaupun ramai yang sudah mengetahui mengenai pertunangan fazura dan fattah amin, tapi still mrs pip nak share juga lah cerita tunang mereka ni kan. well, aku mengaku aku suka fazura. that's it. there are few malaysian artists yang mrs pip suka, dan akan follow perkembangan mereka. salah satunya ialah fazura. one thing mrs pip suka fazura pasal dia selalu simple dan make up tak tebal tebal. rambut sentiasa kemas. 


tak nak la cerita banyak banyak, coz korang semua pun dah tahu kan, fazura dan fattah dah tunang pada 13/11/17 hari tu.  seriously, age doesn't matter. kalau sudah jodoh, siapa lah kita yang mampu menolak. secocok, sama padan. lepas tengok drama hero seorang cinderella tu, rasa mereka berdua ni serasi. dua dua suka senyum, dua dua nampak sweet. tak sangka pula mereka ni bercinta. well, hope jodoh mereka kekal hingga ke jannah. wish both of you all the happiness and congrats.

thanks for reading, xoxo.

dan korang jangan lupa utk join Ohsem Giveaway by Mrs Pip tau, tarikh tamat giveaway pada 6/12/2017. klik banner utk join. TQ

cheers.

Saturday, 25 November 2017

Mudahnya mencari pakaian muslimah, terbaik di butik online Lanafira

November 25, 2017 2
Mudahnya mencari pakaian muslimah, terbaik di butik online Lanafira
hi there, sekarang ni, mudahnya mencari pakaian muslimah, terbaik di butik onlineLanafira. kalau korang sedang mencari pakaian muslimah yang anggun dan trendy, korang perlu terjah butik online Lanafira tau! Lanafira merupakan butik muslimah atas talian (online muslimah shop boutique) yang korang boleh akses melalui laman web www.lanafira.com, dan korang boleh dapat banyak pilihan pakaian muslimah yang elegan dengan harga yang berpatutan dan jaminan kualiti yang baik. bak kata mrs pip mudahnya mencari pakaian muslimah, terbaik di butik online Lanafira.

Lanafira Collection
pakaian muslimah online butik lanafira

ada banyak pilihan rekaan pakaian muslimah yang korang boleh pilih di butik online Lanafira seperti kebaya moden, long dress, modern peplum, bluse & tops, dan skirt labuh. macam mrs pip ni, sangat suka dengan Melissa long dress, walaupun nampak simple, tapi masih mempunyai ciri ciri anggun untuk dipakai. Dan kalau korang dah jatuh hati kat koleksi Lanafira ni, cepat cepat beli kerana ianya sangat cepat SOLD OUT! nanti putih mata korang tak grab pakaian feveret korang. menangis kat bucu katil sekalipun tiada gunanya T_T

Lanafira Instagram
Lanafira Instagram

selain tu, korang boleh terjah instagram rasmi Lanafira iaitu https://www.instagram.com/lanafiraofficial/ untuk korang tengok dengan lebih dekat lagi koleksi pakaian muslimah butik online Lanafira ni. instagram Lanafira ni juga memberikan update terkini mengenai koleksi pakaian, OOTD dan ada #OOTDLANAFIRA yang membolehkan korang dapat diskaun sebanyak 10% ... yeah.

Butik muslimah online Lanafira
Lanafira OOTD

kalau korang ni jenis mcm mrs pip yang tak suka dengan fesyen yang berat, nak yang simple tapi stunning, gorgeous dan elegan, butik online Lanafira memang wajib korang kunjungi. selain tu, kalau korang nak cari tips berpakaian, korang juga boleh check it out di blog Lanafira ... 


stay beautiful everyone.

cheers.

Monday, 20 November 2017

Anniversary mug dari Printcious

November 20, 2017 5
Anniversary mug dari Printcious
hi there, terjebak lagi dengan barangan dari PRINTCIOUS.COM ni ... kalau sebelum ni mrs pip dah buat fridge magnet dan mouse pad dari printcious, kali ni mrs pip buat anniversary mug pula. untuk design anniversary mug, mrs pip pilih design yang sedia ada di printcious, dan letakkan personalised caption. anniversary mug dari printcious ni mrs pip pilih outer - cusomized selected design, dan inside mug and handle - red color. banyak pilihan hadiah menarik untuk anniversary yang korang boleh pilih kat printcious ni, memang rambang mata dibuatnya. untuk anniversary mug dari printcious ni, mrs pip dapat secara PERCUMA menggunakan promo voucher code yang printcious offer di facebook bulan lepas, cuma perlu bayar postage sahaja. 

Anniversary mug dari Printcious
Anniversary mug dari Printcious
p/s: rajin rajin check facebook printcious untuk dapatkan barangan percuma! yeah.

asalnya nak letak gambar mrs pip and mr.Husband, ya lah kan, nama pun anniversary mug, tapi mug ni mrs pip nak hadiahkan untuk mr.Husband, so nak buat yang simple saja, ternampaklah salah satu design yang disediakan di printcious dan nampak menaik bagi mrs pip, terus pilih design tanpa banyak fikir, dan tambah few wording sahaja untuk personalised kan mug ni menjadi hak milik mrs pip. cukuplah sekadar HAPPY ANNIVERSARY, Merphin 1712. Merphin tu adalah team name buat mrs pip and mr.Husband ketika aktif diving dulu, dan 1712 adalah tarikh nikah kitorang, dengan harapan lepas ni mrs pip dan mr.Husband takkan absent-minded lupa wedding anniversary, muehehe.

Anniversary mug dari Printcious
Anniversary mug dari Printcious
korang ada tak pasangan yang lupa wedding anniversary? siapa yang selalu lupa? isteri atau suami? cer cerita sikit ....

thanks for reading.

cheers.

Friday, 17 November 2017

Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'

November 17, 2017 23
Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'
hi there, Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'. dulu dulu, kita nak selfie pun malu-malu, takut orang pandang semacam, senyum sinis. rapi sekarang ni, dah tak perlu nak malu-malu, semua orang pun selfie juga, nak ambil gambar juga. sebelum makan, nak selfie. tengah driving nak selfie. OOTD nak selfie. nak pakai make-up nak selfie. nampak benda menarik, mesti snap gambar. nampak benda annoying pun nak juga ambil gambar. status kat media sosial facebook, kat instagram, kat twitter, kat blog SENTIASA updated. silap haribulan, boleh jadi femes kalau cenggitu. nak tahu lebih lanjut Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer' , baca entry mrs pip ni ....

Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'
Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'

It's The Millenials trend nowadays. trend sekarang, semua benda nak kongsi, nak up dalam media sosial. ada yang memang saja saja suka up status kat media sosial, tapi ada yang buat tu kerana tuntutan kerja tau, bukan nak up suka suka nak bagi show off. Macam the Influencer lah, status kat media sosial WAJIB selalu kena update, pergi mana kena update, buat apa kena update, beli barang kena update, OOTD kena update, dan sebagainya. kenapa kena update? kerana the Influencer ni dia ada follower dia yang tersendiri. follower ni memang suka ambil tahu aktiviti the Influencer kegemaran masing masing. dan the Influencer ni, kalau tak jaga follower mereka, nanti follower cabut lari! Pendek kata, the Influencer ni dia membentuk komuniti dia yang tersendiri. 

the Influencer ni siapa sebenarnya? bagi pendapat mrs pip la, the Influencer ni boleh jadi sesiapa sahaja, tak kira lah artis, selebriti, ahli politik, usahawan terkenal, commoners, asalkan seseorang tu aktif di media sosial, dia ada pengikut tersendiri, dia dah boleh dikira sebagai the Influencer.

Millennials care about is a sense of community and a want to be part of something bigger than them. Millennials want to be around people who have the same passions and interests  

– from Richa Goswani, Head of Digital Johnson & Johnson 

jadi, kalau orang tu asyik suka selfie, show off apa yang dia buat, selalu sangat buat OOTD, selalu sangat buat product review, beauty tutorial, korang jangan suka-suka nak kecam pula, korang tak tahu yang orang tu mungkin sedang jalankan tugas dia sebagai the Influencer.

korang tau tak, the Influencer ni mampu memberikan pengaruh ke atas follower dia. macam mrs pip hari tu nampak iklan Yoona SNSD bersama Innisfree, terus rasa nak cuba produk Innisfree pasal mrs pip ni suka Yoona SNSD tu. Itulah kuasa influencer. banyak lagi jenama atau produk lain jadi terkenal dan laris kerana kuasa Influencer.

Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'
Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'

dan korang tau tak, kat Malaysia ni dikatakan 18 juta rakyat Malaysia mengggunakan media sosial secara aktif. jadi, boleh bayangkan tak, berapa ramai sesama kita menjadi the Influencer kerana aktif di media sosial, dan kita mampu memberikan pengaruh kepada orang lain. the Influencer mampu menjadi the Influencer yang dikehendaki mempromosikan sesuatu jenama / produk, kerana kemampuan mereka menjadi the Influencer yang berpengaruh dikalangan kenalan atau followers mereka.

Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'
Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'

kalau kau Influencer yang aktif di media sosial, dan ada pula satu syarikat ni tengah cari Influencer yang bersesuaian untuk promosikan jenama / produk mereka, tidak mustahil kau mungkin Influencer yang mereka cari. tapi, untuk sesuatu syarikat ni nak cari kau sebagai the right Influencer untuk mempromosikan jenama / produk mereka, bukan kerja senang. hello! macam mana nak filter 18 juta pengguna aktif di media sosial tu nak cari mana satu Influencer yang sesuai? jadi, di sini wujudnya platform Influencer Marketing, ianya adalah platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer' .

Marketing is no longer about the stuff you make, but about the stories you tell - Seth Godin

flashback waktu mrs pip mula mula berblogging dua tahun lepas. mrs pip selalu nampak ramai Influencers kongsi cerita dorang pergi eventlah, dapat surprise box lah, review barang menarik, buat OOTD, buat contest dan giveaway sambil menawarkan hadiah yang awesome, dan banyak lagi. tertanya tanya juga, dorang pergi event semua tu atas jemputan ke apa, macam mana dorang dapat buat kolaborasi dgn the Brand ni eh?

bila kenal ramai bloggers dan the Influencers, baru mrs pip tahu mengenai kewujudan platform Influencer Marketing di Malaysia yang membantu ramai Influencers dan the Brand untuk berkolaborasi.

platform Influencer Marketing ni ialah tempat the Influencer boleh daftar untuk mendapat job bekerjasama dengan the Brand. job ni kita bebas nak pilih ikut kelayakan yang di tetapkan. kalau kita meet requirement dari mereka, kita boleh apply untuk job yang kita suka.

Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'
Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer'

salah satu platform Influencer Marketing di Malaysia yang semakin dikenali ialah SUSHIVID. melalui SUSHIVID, ada banyak syarikat membuat pengiklanan mencari Influencer yang sesuai untuk mempromosikan jenama / produk mereka. The Influencer bebas untuk pilih mana satu Brand yang mereka nak bekerjasama. hanya perlu submit proposal yang berkaitan dengan kempen yang dikehendaki. 

kalau the Brand merasakan proposal tu sesuai untuk campaign yang mereka nak jalankan, tak mustahil akan dipilih. tapi the Influencer kenalah penuhi ciri-ciri kelayakan yang dikenakan. di SUSHIVID ni, yang bestnya ialah no strict rules. hanya perlu 2000 pageviews sebulan bagi blog, minimum 250 subscribers bagi Youtube dan 2000 followers bagi Instagram. 

korang sebagai the Influencer, hanya perlu mendaftar di SUSHIVID dan selepas mendaftar dan memenuhi syarat kelayakan, korang boleh submit proposal / idea korang untuk sesuatu kempen di SUSHIVID. 

dan mengenai harga bayaran untuk sesuatu kempen, harga ditetapkan oleh Influencer sendiri berdasarkan range harga yang diberikan oleh the Brand. cara penulisan / content korang adalah mengikut kesesuaian corak penulisan korang asalkan mengikut beberapa garis panduan yang diberikan. kalau proposal kena reject, jangan cepat putus asa. kena cuba lagi dan lagi. 

Kalau korang nak tahu dan kenal dengan lebih dekat lagi mengenai SUSHIVID, boleh layari laman rasmi SUSHIVID di >>> www.sushivid.com <<< 

mrs pip berpendapat Influencer Marketing di Malaysia adalah antara platform terbaik untuk the influencer dan the Brand bekerjasama untuk mempromosikan sesuatu jenama / produk seiring dengan perubahan teknologi pengiklanan digital. sekarang ini, pengiklanan menggunakan media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, Pinterest, Youtube dan sebagainya lebih disukai dan diyakini kerana ia terasa lebih dekat di hati pengguna. people trust people. 

gunakan media sosial korang dengan sebaik-baiknya, siapa tahu satu hari nanti korang boleh jadi the Influencer untuk jenama besar dunia.

don't use social media to IMPRESS people; use it to IMPACT people - DaveWillis.org

p/s: kalau korang nak tanya mrs pip mengenai Sushivid lebih lanjut, feel free untuk letakkan soalan korang kat ruang komen di bawah.

cheers.

Thursday, 16 November 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest

November 16, 2017 8
Lazada Online Revolution Blogger Contest
hi there, Lazada Online Revolution Blogger Contest kembali lagi! mrs pip nak ajak semua Malaysian blogger untuk join contest ni. bak kata pepatah, the more the merrier. Lazada Online Revolution Blogger Contest sedang berlangsung, bermula 1 November to 14 December 2017. dan syarat-syarat penyertaan sangatlah mudah. korang hanya perlu menjawab beberapa soalan yang disediakan oleh Lazada, dan untuk memudahkan korang nak rujuk soalan tu, mrs pip dah pastekan untuk korang kat bawah ni T_T

Lazada Online Revolution Blogger Contest
Lazada Online Revolution Blogger Contest

Untuk menyertai Lazada Online Revolution Blogger Contest, setiap peserta haruslah menjawab soalan spesifik dengan menulis di dalam blog entry post masing masing .... dan soalannya adalah:-

 a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

pertama kali mrs pip membeli belah secara online ialah pada tahun 2009, dan produk pertama yang mrs pip beli ialah beberapa helai baju dari online shopping website yang bepengkalan di China.  

mrs pip berasa kurang berpuashati dengan pembelian tersebut kerana barang yang diiklankan di laman web tersebut tidaklah seperti yang diterima oleh mrs pip. fabrik pakaian yang sangat nipis dan jahitan yang kurang kemas, selain saiz yang dipamerkan tidak sama dengan saiz sebenar yang diterima. tempoh penerimaan barangan setelah pembayaran dibuat juga mengambil masa yang sangat lama iaitu lebih kurang 6 minggu. 

b. Which types of products would you prefer buying online?

untuk pembelian secara online, mrs pip prefer membeli barangan seperti produk kecantikan, pakaian, kasut, alat permainan anak-anak, buku, alat pertukangan, bedding set, dan set alat tulis.

 c. What to you love about online shopping?

Online shopping mempunyai banyak kehebatan. mrs pip tidak perlu membazirkan masa untuk memandu keluar rumah untuk membeli belah. dengan online shopping, mrs pip dapat mengelakkan pembaziran masa tersekat dalam kesesakan lalulintas, pembaziran penggunaan petrol kereta, membayar tiket parking kereta, dan jimat tenaga badan tanpa perlu berjalan pusing satu shopping complex untuk mencari barangan yang dikehendaki.

Hanya dengan online shopping, mrs pip cuma perlu duduk di depan laptop, dan dengan kuasa internet, mrs pip dihubungkan dengan pelbagai rangkaian barangan dengan capaian yang sangat mudah. dan lagi seronok, tak perlu bersusah payah untuk mengangkat semua barang yang dibeli kerana dengan online shopping, semua barang akan dihantar to the doorsteps. yeah.  

 d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

memandangkan beg tangan mrs pip perlu diganti kerana dimamah usia, jadi mrs pip bercadang untuk membeli beg tangan baru, dan mrs pip memilih untuk membeli beg tangan keluaran Carlo Rino sempena Lazada Online Revolution Sales ini.
Carlo Rino Top Handle Bag Blue
Lazada Online Revolution Blogger Contest


untuk pengetahuan semua Online Revolution (https://www.lazada.com.my/online-revolution) akan berlangsung bermula 11 November sehingga 14 December 2017. Jadi SAVE THE DATE sempena Lazada Online Revolution ini dan jangan lupa untuk klik laman web Lazada dan check it out pelbagai sales dan discounts menarik menanti anda!

cheers.

Monday, 13 November 2017

Tips jumpa mertua untuk kali pertama

November 13, 2017 12
Tips jumpa mertua untuk kali pertama
hi there, hari ni mrs pip nak kongsikan beberapa tips jumpa mertua untuk kali pertama. korang dulu jumpa mak bapa mertua kali pertama macam mana eh? nervous tak? kot kot kena reject jadi menantu pilihan, ngee. mcm mrs pip, jumpa  mertua untuk kali pertama memang risau lah juga, banyak sangat di fikirkan. paling risau kalau kalau kita kena reject jadi menantu pilihan, kang ada yang menangis dua puluh empat bulan tak pasal pasal ... jom check it out tips jumpa mertua untuk kali pertama.

Tips jumpa mertua untuk kali pertama
Tips jumpa mertua untuk kali pertama

[TIPS JUMPA MERTUA UNTUK KALI PERTAMA]

1/ Making Good Impression & Dress For the Occasions

nak jumpa mertua kan, pertama kali pulak tu. jadi memang pentinglah nak berikan good impression kat mereka. good impression ni bagi mrs pip bukan sahaja jaga tingkah laku, tapi kena juga jaga penampilan diri kelihatan cantik. takkan nak jumpa mak mertua dengan kulit kusam kan? so, spend time to beautify yourself. 

nak jumpa mertua juga kena ambil kira pakaian yang korang nak pakai. biasanya orang tua ni tak suka kita pakai pakaian yang terlalu seksi atau menjolok mata. sakit tau pandangan mereka. jadi, pakailah pakaian yang sesuai, selesa dan sopan. mcm mrs pip, first time jumpa mertua time Christmas kat rumah mereka, mrs pip pakai mini velvet - black dress with black slack pants. kira ok la tu, dress pun jenis yang loose. time tu still free hair, tu yang attched pakai mini dress, muehehe, sekarang ni dah kembali ke pangkal jalan, no more mini dress T_T. 

2/ Ketahui Apa Yang Mertua Suka & Tak Suka

do your homework. sebelum nak jumpa bakal mak bapa mertua, ambil tahu serba sedikit mengenai mereka. mereka ni suka apa, tak suka apa. conthnya, mertua ni suka warna apa, makan apa, kalau free time suka buat apa, mertua tak suka menantu macam mana, mertua suka tengok rancangan apa, dan sebagainya ....

once dah tahu serba sedikit tu, nanti tak lah rasa ralat sangat nak berdepan dengan mertua kan ... lagipun, korang ada idea nak mulakan perbualan apabila bertemu dengan mertua nanti ....

3/ Kawal Bicara 

korang kalau jumpa bakal mertua, bakal ipar duai tu, walaupun korang jenis yang sangat friendly, dan jenis talkative, silalah kawal bicara korang yer. jangan asyik korang saja yang nak bercerita, dan jadi dominan ... no no no. korang berbicaralah dengan sopan, dan jadilah pendengar yang baik bila mendengar bicara sebelah keluarga mertua.

kalau korang tak setuju dengan bicara mereka, elakkan berbahas berlebihan. mungkin korang boleh berkecuali dengan pendapat mereka.

4/ Berikan Pujian Pada Mertua

nak gembirakan mertua, jangan berat mulut sangat tak nak bagi pujian. berilah pujian kat mertua. pujilah baju dia cantik, atau makanan yang dihidangkan sangat sedap. atau boleh puji laman rumah mak mertua cantik sangat, banyak bunga dan korang kagum dengan kerajinan mertua tanam banyak bunga dan sebagainya ... nanti rating korang juga yang naik! hehe. tapi pujilah dengan ikhlas tau.

5/ Jangan Datang Dengan Tangan Kosong

gift box
gift for parents in law

dah dijemput datang, so jangan kedekut nak bagi buah tangan kat mertua. bagi lah hadiah yang bersesuaian, tak perlu mahal mahal kalau korang tak mampu. boleh bawa fruit in the basket, kalau mak mertua suka bunga, belikan satu dua pasu yang siap ditanam pokok bunga kegemaran mak mertua. kalau bapa mertua suka hisap cerut, belikan seketul dua cerut kegemaran bapa mertua.  

6/ Cuba Berbual One-On-One-Chat

bila ada kesempatan berbual-bual one-on-one dengan mak mertua, or bapa mertua or ipar duai tu, jangan korang buat buat berat mulut pula. ni lah peluang korang nak kenal lebih lagi dengan mertua dan ahli keluarga yang lain.

family wefie
kita swafoto dulu

jangan asyik korang busy dengan handphone nak check status Whatsapp la, Instagram la, Facebook la sampai terlupa nak ambil peluang one-on-one-chat ... hehe.

7/ Ucapkan TERIMA KASIH Kepada Mertua

jangan lupa ucapkan TERIMA KASIH pada mak bapa mertua kerana sudi menjemput korang datang untuk bertemu. bukan sekadar bertemu, siap mak bapa mertua masakkan hidangan istimewa semasa kunjungan kamu. ucapan terima kasih bukanlah sesuatu yang sukar untuk diungkapkan, jadi kena ringan mulut nak cakap terima kasih ...

Tips jumpa mertua untuk kali pertama
makanan mak mertua pun sedap

mrs pip first time jumpa mak bapa mertua ni time Christmas, cerita enam tahun lalu. tapi memori tu masih sentiasa dalam ingatan. time tu memang risau dan nervous, kalau kena reject macam mana? kalau dorang tak suka macam mana? ok tak baju yang I pakai? make up sesuai tak? nak bawa apa nanti jumpa mak mertua? alamak, macam mana ni, kulit wajah sangat kusam, hilang confidence I nanti. .... nanti sampai kat rumah bakal mak mertua nak cerita apa? adik beradik mr.Boyfriend aku ni ok ke tak? wah! banyak benda di fikiran time tu ... walaupun banyak kerisauan time tu, bila dah jumpa mereka, alhamdulillah, I am well accepted. hehe. 

korang pula macam mana? any throwback macam mana korang jumpa mak bapa mertua untuk kali pertama? kongsilah cerita dengan mrs pip kat ruang komen di bawah. memandangkan mrs pip jumpa mak mertua time Christmas, so memang memori jumpa mak mertua tu ialah salah satu sweet Christmas memory mrs pip.... 

SimplyOhsem Xmas 'Shop & Win' Gift Campaign
Simply Ohsem Xmas 'Shop & Win' Gift Campaign

dan bila bercakap bab Christmas ni, mesti sinonim nak mencari hadiah Christmas. mrs pip still ingat the first gift mrs pip berikan kat mak mertua. mak mertua ni suka sangat simpan koleksi pinggan mangkuk dan bekas letak cookies, so mrs pip belikan mak mertua satu set revolving glass cookies jar, bolehlah mak mertua letak Christmas cookies ...

kalau korang tengah mencari hadiah untuk Christmas dan tak ada masa nak beli kat shopping store, beli online pun ok ....  mrs pip nak bagitau laman web simplyohsem.com sedang mengadakan Xmas 'Shop & Win' Gift Campaign. sambil membeli sambil korang berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik. simplyohsem.com menyediakan sebanyak 50 hadiah bernilai sehingga RM10,000 untuk pembeli bertuah dan Xmas 'Shop & Win' Gift Campaign ni bermula dari 1 Nov sehingga 12 Dec 2017 ni, dan pemenang bertuah akan diumumkan pada 15 Dec 2017 ...

hadiah buat bakal pemenang

v
v
v
v
v









nak tahu lebih lanjut macam mana nak menang hadiah, dan hadiah apa yang ditawarkan, korang boleh baca details kat entry mrs pip 


dan jangan lupa juga check it out the latest products update dari simplyohsem di media sosial simplyohsem:-

website: www.simplyohsem.com
facebook: web.facebook.com/simplyohsem
instagram: www.instagram.com/simplyohsem

till then, have a nice day everyone. xoxo, sayang mak mertua I.

cheers.

Saturday, 11 November 2017

Motherhood way kita pun kena kecam!

November 11, 2017 9
Motherhood way kita pun kena kecam!
hi there, hurm, motherhood way kita pun kena kecam! since hari ni 11.11 lil' Amin berusia 3 tahun, jadi hari ni mrs pip nak share sikit pengalaman motherhood journey mrs pip. ada yang best, ada juga yang tak best. biasalah, dalam hidup ni, mana ada yang sempurna. nak jadi sempurna tu bukan hak kita untuk tentukan, apa yang kita boleh buat, ialah sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. melalui motherhood journey ni, pengalaman setiap mommy itu berbeza-beza, jadi tak heran kalau motherhood way kita pun kena kecam.

HAPPY 3 YEARS OLD BIRTHDAY 
LIL" AMIN 11.11 TODAY

pertama kali bergelar seorang mommy ketika melahirkan lil' Iman pada 4/3/2013, kemudian melahirkan lil' Amin 20 bulan kemudian pada 11/11/2014. syukur alhamdulillah, we have 2 great naughty critters in the house. riuh rendah rumah setiap hari dengan ragam our lil' armies ni. baik lil' Iman mahupun lil' Amin, masing masing ada cerita tersendiri ketika membesarkan mereka. lil' Iman dah attend playschool, next year akan masuk what he calls 'the big kids school', padahal baru nak masuk tadika saja pun T_T , dan lil' Amin akan masuk ke Permata playschool pula. nampaknya, sedikit sunyilah rumah mrs pip di siang hari tahun depan coz dua dua bersekolah.

two peas in the pod
two peas in the pod
lil' armies #bromance

teringat few incidents dulu bila ada saja orang nak kecam cara motherhood kita ni. itu salah, ini salah ... eh eh, takkan itu ini salah. lain orang lain lah caranya.... ambil mana yang sesuai utk kita, yang tak sesuai tu, takkan nak ikut juga. bagi mrs pip, there is no right and wrong atau nak follow the book bab bab motherhood ni. biasanya as a mother, kita follow naluri keibuan kita dan kita follow mana yang kita rasa selesa untuk difollow ....

1/ bila anak ada jaundice / prolong jaundice

biasalah, bila anak baru dilahirkan, mesti ramai parents yang kena check up kat klinik / hospital bawa anak nak tengok bilirubin level kan ... ada yang sehari dua dah ok, ada pula berminggu minggu sampai cukup sebulan kuning anak tak reti nak menurun ... 

bila jumpa parents yang pelbagai ni, ramailah yang berkongsi cara nak hilangkan kuning anak .... mcm mrs pip mmg malas nak ambil pusing bab jaundice ni, nanti kita stress. I is baru bersalin. so bila org bagi nasihat, mrs pip dengar saja, malas nak komen banyak.

"tu lah kau, dulu time pregnant, kau makan main bedal saja, tak nak pantang itu ini"

"siapa suruh asyik nak makan orange, tengok anak pun dah kuning macam buah orange"

"anak kau kena sakit kuning? kau jemurlah anak kau kat bawah matahari awal pagi, nanti hilanglah kuning dia tu"

"hurm, ni tak bagi anak minum susu ibu lah ni"

"petua mau turunkan jaundice cepat, minum grass jelly hari hari, lepas tu bagi anak susu ibu selalu"

"oooo, ni kena mandikan dengan akar kayu bla bla bla "

"kau jangan makan bla bla bla, nanti tambah tu kuning anak kau"

fuh! sweat wiped. baik lil' Iman mahupun lil' Amin, dua dua pun ada jaundice. kalau datang klinik nak periksa jaundice anak kan, mrs pip mmg akan byk diam, malas untuk berbicara dengan orang sebelah sebelah, bukan sombong, tapi kita baru habis bersalin, masih penat, anak pula kena check up hari hari kat klinik, tidur pun tak cukup, ada masa kita akan bad mood, nanti tak pasal pasal kita cakap kasar kat orang... so, better lah berdiam diri.

2/ masalah susu badan

kalau pigi klinik kerajaan, memang sangat sangat ditekankan kepentingan menyusu badan bagi bayi yg baru lahir sehingga enam bulan .... kalau boleh jangan bagi anak susu formula , cuba sebaiknya bagi susu badan, air pun tak perlu bagi minum coz susu badan dah cukup air!

tak semua ibu tu mampu nak susu badankan anak. ada yang langsung tiada susu badan, so susu formula menjadi pilihan secara terpaksa. ada yang susu badan banyak, tapi anak tak mahu nak susu badan, ada pula susu badan banyak, tapi terpaksa berpisah dengan ibu kerana ada masalah kesihatan, ada juga susu badan banyak tapi tak sempat nak susukan sehingga 6 bulan kerana kekangan kerja.

milk bottle
lil' Iman sleeping with his milk bottle

macam kes lil' Iman, memang mrs pip tak mampu nak bagi susu badan, setakat 10 minggu sahaja. kemudian susu badan langsung tak nak keluar. memang dugaan lah time tu.

"kau tak minum banyak sup ni, tu yang susu badan ndak keluar"

"mesti kau ada salah makan ni"

"kesian la anak kau, kena minum susu lembu"

"cuba kau try minum supplemen bla bla bla, si polan minum supplemen tu, banyak susu badan dia"

"susu formula ni bukan bagus mana pun, tengok anak kau ada masalah mau buang air besar"

time tu mrs pip first time jadi mommy. bila susu badan tidak keluar, dan memang tidak cukup, lil' Iman asyik menangis. siang malam menangis. tambah lagi lil' Iman ni colic baby, memang stress gila gila la mrs pip waktu tu. siap orang sekeliling asyik cari kesalahan kita .... nasib baik mr.Husband banyak bagi support. kalau tak memang meroyan baby blues la mrs pip ...

mrs pip cukup berpantang jaga makan dan kesihatan selama 60 hari. memang tiap tiap hari kena mandi herba, kena makan sup, makanan semua mr.Husband yang sediakan. lauk tak boleh pilih itu ini, hari hari kena menghadap sama ada sup ayam kampung, sup ikan tenggiri, sup ikan putih, dan sup telur.  sayur pun banyak yang tak boleh makan, takut masuk sejuk. 

kena minum air at least 3 liter sehari, dan minum susu tambahan untuk tambah air susu. siap ambil minuman supplemen yang harga beratus ringgit. sampai satu masa tu, mrs pip bagitau mr.Husband, enough la dengan supplemen ni, mrs pip reject. tiada improvement dalam penghasilan air susu yg banyak. stop wasting money with all these supplements. maybe kat orang lain, ianya berkesan. tapi not for me. that's it.

satu hari tu lil' Iman tak boleh buang air. kemudian dia asyik nangis sepanjang malam sepanjang hari. esoknya perasaan ada ketul hitam kat lubang dubur lil' Iman, tapi serius tak boleh keluar. so end up pi hospital. bila kena periksa, lil' Iman tersekat buang air besar, so nurse masukkan ubat kat bontot dan sekejap semua najis keluar. ketul ketul seperti guli, warna hitam dan sangat liat. 

nurse mulalah bagi ceramah pasal susu formula. mrs pip dengar saja lah , mau buat macam mana kan ... siap kena kecam lagi konon mrs pip ni bukan ibu yang prihatin kat anak. bukan masalah susu formula tu, tapi masalah lil' Iman tak serasi dengan susu formula tu. tapi nurse ni asyik nak kecam kita saja, tak bagi apa solution!

lepas tu, mr.Husband dan mrs pip nak dapatkan 2nd opinion, so pergi lah kat klinik swasta satu ni. doktor tu relax dan senyum bila kita bagitau masalah lil' Iman. dia baby colic, susah nak burp lepas minum susu, susu itu ini tak sesuai, bla bla bla .... then doktor tu suggest utk bagi lil' Iman susu rumusan khas, at that time kat klinik tu ada frisolac comfort, dan doktor bagi ubat titik kat mulut lil' Iman in case kalau dia tak dapat buang air besar. ubat tu untuk keluarkan angin dan bantu lil' Iman untuk buang air dengan lebih mudah.

boleh baca entry mrs pip mengenai susu untuk colic baby kat sini


memang very thankful dengan doktor tu. doktor tu bagi solution, ni yang kita nak. kita nak solution, bukan kena kecam. kau nak buat apa bila ibu tak ada air susu, baby pula colic, dan byk susu tak sesuai ... kita pun tak pernah tahu susu ni ada susu biasa, ada susu rumusan khas. bila doktor tu explain, baru kita tahu susu ni ada beberapa jenis. 

3/ tidurkan anak tanpa buaian

bab nak tidurkan anak pun pernah jadi isu juga. dulu dulu, mak mak kita suka pakaikan buai utk anak kan, so konon bolehlah anak tu tidur lebih lama. tapi mrs pip pilih tak nak tidurkan anak dengan buaian. kenapa? kerana awal2 kahwin dulu, mr.Husband banyak pergi sana sini urusan kerja, so mrs pip memang akan ikut. jadi, risau kalau anak masuk buai nanti, susah juga kalau nak angkut buaian. tak bawa buaian pula, nanti anak tak nak tidur. so end up, kita pilih biarlah anak tidur di tilam tanpa buaian.

tidur tanpa buaian
tidur nyenyak tanpa buaian

memang both lil' armies ni tidur sekejap sekejap. takkan tidur lama. tapi mrs pip tak rasa pun ada masalah kalau baby ni tidur kejap or lama. suka hati baby tu nak tidur lama atau kejap. kalau dia penat nanti dia tidurlah semula .... anak anak mrs pip waktu baby memang mrs pip pakaikan baby bouncer, tapi dah masuk umur 5 bulan ke atas, baby bouncer tak pakai dah, dorang kan dah start nak tiarap, so risau nanti boleh jatuh pula walaupun ada safety belt.

so, adalah suara suara mengecam .... 

"kau tengok anak si polan tu, best ja tidur dalam buaian, senang dia buat kerja, anak dia tidur berjam-jam. anak kau ni, sekejap sekejap jak sudah bangun"

"kasi buai jak lah supaya baby kau tidur lama sikit"

"bagus lagi pakai buai dari pakai tu baby bouncer. buai ni boleh pakai lama, tapi baby bouncer tu brapa lama jak kau boleh pakai, mahal pula tu"
fisher price baby bouncer
lil' Iman in fisher price baby bouncer
and with his soft book too!

hurm, tak semua orang ada matlamat yang sama. matlamat kau ialah nak bayi tu tidur lama, tapi matlamat aku nak anak aku boleh tidur selesa di mana saja, nak biasakan anak aku tidur tanpa buai, so senang juga kalau kitorang nak road trip pigi mana mana.

fisher price baby bouncer
lil' Amin in fisher price baby bouncer

mahal or murah, kalau still dalam kemampuan, apa salahnya belikan baby bouncer. memang mrs pip akui juga, baby bouncer time beli dulu tu RM249 kalau tak silap, tapi nowadays sudah banyak pilihan baby bouncer pada harga affordable kan ... lagipun bukan soal mahal atau tak mahal. ni soal pilihan nak buai atau tak nak buai ... janganlah kecam kalau ada mommy yang tak nak buai anak. yang nak buai anak tu, buai lah anak, bukan ada salah mana mana pilihan pun.

4/ anak lambat bercakap

lil' Amin memang ada masalah lambat bercakap. kalau ikut usia 1 tahun 6 bulan, lil' Amin masih belum begitu pandai bercakap berbanding lil' Iman pada usia yang sama. sampaikan doktor kat klinik kesihatan keluarkan surat untuk mrs pip dan lil' Amin buat temujanji untuk attend speech/language therapy. 

tapi, mrs pip tak risau mana pun coz kalau lihat perkembangan lil' Amin waktu tu, dia boleh bercakap satu dua perkataan, pada pendapat mrs pip la kan, lil' Amin sedang building his vocab, so kena sabar dan tunggu dulu. kalau sampai usia 2 tahun or 2 tahun 6 bulan masih belum boleh bercakap, baru mrs pip akan fikir untuk attend sebarang speech therapy or whatsoever ....

ada juga suara suara tak sedap utk didengar bila lil' Amin lambat bercakap. tapi as usual la, mrs pip pekakkan telinga sajalah. three months later, lil' Amin dah mula nampak kemahiran bertutur. lil' Amin mula tunjukkan kemahiran bertutur ikut lil' Iman. apa yang lil' Iman cakap, lil' Amin akan cakap balik ... and thanks to our friend yang nasihatkan mrs pip jangan guna baby talk, so budak2 berdua ni bercakap lurus, kalau ada baby talk pun, tak ketara mana.

5/ anak tak pandai ABC dan 123 pada usia 3 tahun

zaman sekarang ni, kalau boleh anak tu lahir lahir saja, terus mau anak tu pandai ABC dan 123. kalau boleh biar pandai menulis dan mengira dan membaca! macam ni pun ada. hello, agak agak lah kan, bukan semua budak ni level kepandaian kecerdikan mereka sama. ada yang pandai ABC tapi tak pandai 123, ada yang tahu menyanyi tapi tak pandai sepak bola, ada yang tahu banyak nama makanan, tapi tak tahu nama haiwan, dan sebagainya ....

please, don't pressure your kids kalau pada usia 2 tahun 3 tahun mereka tak tahu ABC dan 123. relax aaaaa, bila mereka besar sikit, mereka pasti akan kenal ABC dan 123 juga. once mereka masuk playschool, mereka pasti akan belajar semua ilmu asas ni. samalah macam kita dulu dulu kan ... korang umur berapa pandai membaca? mrs pip time tadika tak reti membaca, masuk darjah 1 baru tahu membaca.

ABC board for kids to learn ABC and colors
ABC board for kids to learn ABC and colors

macam kes lil' Iman, hari hari mrs pip ajar dia ABC, 123 dan kenal warna sejak umur 2 tahun, tapi lil' Iman tak bagi perhatian semua tu. dia lagi suka kalau mrs pip ajar dia jenis jenis haiwan dan kenderaan yang tu dia suka. so, dah tahu anak ni ada preference apa yang dia nak belajar, so ikut sajalah. for sure nanti dia tahu juga ilmu asaa ABC dan 123 ni bila sampai masanya.

bila duduk dengan mommies lain kan, bila mrs pip kena tanya "eh, anak kau dah pandai ABC? 123? kenal warna?", so mrs pip jawab lah "anak saya ni apa pun belum tahu lagi" .... 

"eh, kau patut start ajar anak kau ABC tau, zaman sekarang ni, bila masuk tadika anak mesti sudah tahu ABC" 

"anak aku ni dah kenal 1 hingga 100 tau, ABC pun dia kenal" 

"eiii, lambat juga anak kau kenal ABC dan angka"

ya lah, anak aku tak pandai lagi, anak kau dah pandai tahap budak darjah 6, nak buat macam mana kan. anak aku still main plush toys, main jengga, main construction toys, main conteng conteng, main tanah, main pasir , nak buat macam mana, anak kau dah start pegang buku, tak pegang toys dah.

lil' Iman, cara dia belajar lain sikit. bila kita ajar dia memang tak akan bagi perhatian. dia cuma akan tengok sekali sahaja. lepas tu dia tak layan kalau dia tak suka. tapi sebagai mommy, mrs pip tak putus asa. hari hari ajar dia ABC, 123 dan warna. dan hari hari dia akan abaikan apa yang mrs pip ajar. so one day, lil' Iman datang dekat mrs pip sambil cakap 

"mommy, see mommy. ini A. ini B. ini warna red, ini pula warna blue"

lepas tu, lil' Iman boleh kira 123 hingga 20 in one go. terkejutlah juga, selama ni kita ajar dia buat tidak tahu, tapi sebenarnya otak dia tengah proses apa yang kita ajar. lepas tu mrs pip dapat agak sikit sikit lah, lil' Iman ni sebenarnya cara dia bagi perhatian ketika belajar tu lain sikit. dia tengok, dia nampak, tapi dia takkan cakap bila kita suruh dia ulang apa yang kita ajar. dia akan ulang bila dia rasa dia yakin.

construction work
lil' armies experiencing with nature digging the soil

yang baru jadi mommy tu, mrs pip ucapkan congrats, korang dah naik another level. so kalau cara korang nak jaga anak kena kecam, paling senang masuk sebelah telinga, keluar sebelah telinga. jangan layan sangat orang sekeliling yang buat kita rasa pressure dan stress.

dan yang dah jadi mommy lama tu, kena prihatin dengan orang sekeliling kita. pengalaman kita semua berbeza beza. takkan semua sama. so kalau nak share pengalaman tu, bukan salah, cuma perlu kena dengan caranya. jangan sampai orang lain terasa yang cara mereka kena kecam. be sensitive.

apapun, happy motherhood-ing to all mommies, dan happy parenting.

cheers.