Merdeka Road Trips : Tugu Peringatan Mat Salleh + Batu Gong , Tambunan - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 14 October 2017

Merdeka Road Trips : Tugu Peringatan Mat Salleh + Batu Gong , Tambunan

hi there,


sempat berjalan jalan ke Daerah Tambunan ketika cuti Merdeka hari tu. pada asalnya memang tak rancang untuk ke Tambunan, tapi bila mr.Husband diberitahu ada air terjun yang cantik di dalam kawasan Banjaran Crocker Sub-stesen Mahua Tambunan, jadi mr.Husband pun bawa kitorang berjalan jalan melawat Mahua Waterfall, Tambunan.

seriously, memang awesome Mahua Waterfall tu, sekadar tengok gambar amatur mrs pip tu, memang tak puas, korang kena tengok sendiri Mahua Waterfall tu, dan kalau boleh, bawa baju extra untuk bermandi manda di sana ... entrance fee untuk warganegara, hanyalah RM3.00 sahaja ...

klik sini untuk baca entry mrs pip >>> Melawat Mahua Waterfall <<<

Tugu Peringatan Mat Salleh 

gambar atas: papan tanda untuk ke tugu peringatan mat salleh
gambar bawah: kawasan tugu peringatan mat salleh

selepas selesai berada di Mahua Waterfall, kitorang plan nak balik semula ke Keningau *well, lebih seminggu mrs pip and anak-anak bermalam di Banjaran Crocker Keningau tempat mr.Husband bekerja* tapi dah alang alang bercuti cuti di Tambunan kan, kami singgah sebentar di Tugu Peringatan Mat Salleh.

selalunya, kalau lalu Tambunan ni, memang akan nampak simpang tugu peringatan tu, tapi tak pernah nak menyinggah, ni 1st time menyinggah di sini. dari simpang jalan hingga masuk ke dalam untuk sampai ke tugu peringatan ni hanyalah beberapa minit sahaja, melalui kawasan Kg.Tibabar ... masuk adalah percuma.

jom ambil gambar

memandangkan hari cuti waktu kitorang datang, so susah sikit nak dpt parking, kena tunggu kereta lain keluar dulu, baru dapat masuk ... kiranya ikut giliran la eh, memang kawasan parking ni hanya untuk beberapa kereta sahaja ... kami bernasib baik dapat parking betul betul di depan pagar tugu peringatan, itupun selepas menunggu hampir 10 minit. yeah, dapat juga masuk!

gambar atas: bergambar dengan latar belakang papan cerita mengenai perjuangan mat salleh
gambar bawah: posing dulu sebelum beredar dan isi buku lawatan, so we were here T_T

kalau korang nak tahu siapakah gerangan Mat Salleh ni, dan apa ceritanya sehingga Mat Salleh ni sangat femes di Sabah, korang bolehlah baca sejarah Mat Salleh kat wall panjang tu yang tersedia dalam kawasan tugu peringatan ni ... tak pun boleh baca wikipedia Mat Salleh >>> di sini <<<

siapapun mat salleh bagi anda, yang pasti beliau meninggalkan kesan sejarah di bumi Sabah. kalau nak cakap dia pejuang atau berjuang demi kepentingan diri, I rest my case here. sukar untuk dijawab bagi mrs pip.

Batu Gong


papan tanda ke Batu Gong

selepas beredar dari melawat tugu peringatan Mat Salleh, kitorang pun balik semula ke Keningau. ish, asyik nak balik jer dari tadi, tapi tak juga sampai sampai kat tempat kitorang stay ... muehehe.

kitorang dah lalu depan Tambunan Golf and Country Club, terus terasa mcm nak melawat Batu Gong pula. kitorang ada dengar cerita, Batu Gong ni bila korang ketuk akan memberikan bunyi seperti korang ketuk besi yang mampat ... tak macam kebiasaan bunyi batu ...

pondok kecil yang menempatkan batu gong tersebut

untuk melawat Batu Gong ni, korang perlu masuk ke simpang jalan Batu Gong di belakang golf club tu tadi, dan jalan terus hingga jumpa papan tanda Batu Gong, dan belok ke kanan dan jalan terus sahaja. beberapa kilometer, korang akan nampak papan tanda 'Selamat Datang ke Batu Gong' di sebelah kiri korang. ianya hanyalah sekadar sebuat pondok kecil dan ianya juga adalah tanak milik persendirian. kalau nak masuk, kena bayar yuran masuk seperti yang tertera di papan tanda T_T

dah masuk ke pondok Batu Gong tu, bolehlah korang try ketuk ketuk batu tu dengar bunyi. mrs pip tak masuk kat dalam pondok tu, cuma mr.Husband sahaja ... nak masuk juga, tapi kesian lil' armies sudah kepenatan di dalam kereta ... it is ok, nextime maybe akan dtg lagi nak try juga ketuk dengar bunyi yang dikeluarkan oleh batu ni ...

atas: simpang ke batu gong
tengah: the flowing river
bawah: kuda oh kuda

di sebelah jalan pula, korang boleh nampak the flowing river, memang view kawasan batu gong ni, sedap mata memandang ... kelihatan sekumpulan anak muda baru siap berkayak dan sedang menaikkan perahu kayak ke dalam truck mereka ... alaaaa, tak dpt nak tengok orang berkayak ...

sungai tu memang sesuai tempat berkayak, arus boleh tahan deras.... nasib baik anak anak dah keletihan, kalau tak ada yang minta untuk keluar kereta nak pergi tengok sungai dekat-dekat ... huh! bila nampak air sungai deras cenggini, memang tak la mrs pip nak pergi dekat dekat, takut wei.

dah nak balik tu, sebelum keluar simpang, ada sekumpulan kuda sedang meragut rumput ... orang kat sini memang ada kuda sebagai tunggangan ka atau macam mana ? tapi tak nampak la pula orang naik kuda ...

yeah! selesai juga Merdeka Road Trips kitorang ... lil' armies excited bercerita malam tu mengenai air terjun dan pokok pokok besar yang mereka nampak di Mahua Waterfall ... malam tu, semua tidur awal kerana keletihan seharian berjalan jalan ...

kalau korang berpeluang melawat Tambunan, bolehlah berjalan jalan ke tempat yang mrs pip dah datang menyinggah ... in fact, ada lagi beberapa tempat yang menarik di Tambunan ni seperti Gunung Alab, Gunung Wakid, Tambunan Village Resort Centre, dan Tambunan Viewing Point. selain tu, Tambunan juga di kenali sebagai Switzerland of the East kerana merupakan kawasan lembah yang mirip dengan keadaan perkampungan dan warna pertanian seperti di Switzerland.

happy road trips everyone, xoxo.

cheers.

Have you heard about Involve Asia?

5 comments:

  1. sukanya pada tempat-tempat sejarah sebegini. Lagi suka kalau time saya melawat tu ada yang menerangkannya dengan panjang lebar tentang sejarah disebalik itu.

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat melawat tempat sejarah.. Sambil berjalan dapat ilmu..

    ReplyDelete
  3. Saya kumpul dulu tempat2 menarik di Sabah antaranya dari blog Mrs Pip.. Satu hari nanti ada peluang pi Sabah boleh singgah..

    Thanks for sharing Mrs Pip 💕

    ReplyDelete
  4. Woww...Switerland of the East. Hope dapat ke sini suatu hari nanti. Best !!!!! :D

    ReplyDelete