Berkesempatan menjadi CIKGU di Permata playschool - Cerita Cinta Surirumah

Thursday, 5 October 2017

Berkesempatan menjadi CIKGU di Permata playschool

hi there,

so, once again mrs pip berkesempatan menjadi 'cikgu 1 jam' di playschool lil' Iman pada 25/9/17... memandangkan bulan September ni mrs pip cuma berjaya kumpul 3 jam kredit (wajib kumpul 4 jam kredit setiap bulan), makanya haruslah membuat aktiviti selama 1 jam di playschool tersebut.

aktiviti adalah mengikut kehendak ibubapa sendiri dan mestilah sesuai dengan peringkat umur dan pembelajaran anak anak ... memandangkan tema uuntuk bulan September di playschool lil' Iman ialah kenderaan, jadi mrs pip sesuaikan pembelajaran mengikut tema tersebut.

"only the brave teach"

eh, hari tu ada jer yang tanya, apa benda jam kredit - jam kredit ni? .... mrs pip explain kat sini la yer ... sebelum tu nak tanya korang, ada tak sesiapa yang hantar anak pergi Pusat Anak Permata Negara (PAPN)? ... siapa yang hantar tu, memang faham sangat lah kan bab - bab jam kredit ni ...

setiap bulan, setiap ibubapa mempunyai tugasan WAJIB untuk mengumpul 4 jam kredit , dan tugasan tersebut ialah

1/ dokumentasi anak - ni mcm simple kerja kursus, korang kena buat aktiviti bersama anak di rumah, then ambil gambar, then susun2 gambar tu kat WORD / EXCEL / atau apa apa APPS yang bersesuaian, lepas tu letak sedikit explaination berdasarkan gambar dan hantar kepada playschool melalui cetakan / email.

2 / menghadiri mesyuarat bulanan bersama pendidik

3/ menghadiri 2 aktiviti yang telah ditetapkan setiap bulan - eh, serius setiap bulan, ada saja aktiviti kena attend. mcm bulan September tu ada gotong royong, tapi mrs pip tak dpt join, so tu yang hilang jam kredit , jadi nak ganti jam kredit tu, mrs pip jadi cikgu 1 jam ...

aktiviti pertama: kenali jenis jenis kenderaan / pengangkutan
melalui poster kenderaan yang mrs pip sediakan
berebut rebut anak anak nak menjawab nama kenderaan 

sekiranya bulan tu cuma ada 1 jer aktiviti sekolah, so parents kena buat aktiviti bersama anak di sekolah selama sejam , boleh pilih jadi cikgu 1 jam, atau buat aktiviti rutin seperti mandikan anak di sekolah ... kat playschool lil' Iman ni, setiap anak-anak akan mandi 2x sehari ... dan sambutan hari jadi anak kat sekolah pun boleh dapat 1 jam kredit juga tau ...

yang baca entry mrs pip sebelum ni, dan tanya jam kredit tu apa, so kali ni korang dah faham la yer .... entry sebelum ni, mrs pip jadi cikgu 1 jam ajar anak-anak membuat sayur taugeh, korang pandai tak buat taugeh? muehehe ... senang jer kan membuatnya ...


aktiviti kedua: origami membuat perahu
kertas warna warni disediakan oleh mrs pip
seronok anak anak pilih warna kegemaran masing masing

kali ni dengan bertemakan kenderaan, mrs pip buat aktiviti senang tapi menyeronokkan bersama anak-anak ... bila tengok anak anak happy time kita mengajar, terus lebih bersemangat nak mengajar anak anak tu semua ... cewah! ada bakat terpendam mengajar rupanya I ni* LOL.

aktiviti ketiga: mewarna gambar kereta yg mrs pip sediakan
untuk kelas sejam bersama mrs pip, kali ni mrs pip buat tiga aktiviti yang menyeronokkan ... teaching must full with fun barulah anak anak tak bosan ;)

1/ namakan kenderaan - yang ni mrs pip memang ada alat bantu mengajar poster kenderaan kat rumah, mrs pip belikan untuk lil' armies, so bawa saja lah poster tu kan ... yang ni memang semangat anak anak nak menjawab, siap angkat tangan tinggi tinggi nak bagi jawapan ...

2/ origami melipat perahu - teringat time kecil-kecil dulu, selalu main origami lipat lipat then tada! kejap jadi perahu, kejap jadi kapal terbang kan ... mrs pip siap2 sediakan colorful paper utk anak anak, masing masing pilih sendiri warna kegemaran yang mereka nak ... nowadays, senang nak cari origami ni, google-kan ada ...muehehe ... anak anak dah mcm jarang sangat kita tengok ada kemahiran origami, jadi mrs pip pun buatlah kelas origami ringkas ni :))

3/ mewarna gambar kenderaan - gambar kenderaan mrs pip sediakan, kebetulan lil' armies ada buku mewarna The Cars 2, so mrs pip pilih sekeping gambar dan pergi fotostat, lepas tu warna pula disediakan oleh playschool ... ada yang mmg berbakat mewarna, memang kemas sangat .. ada yang ok jer, dan ada yang tak ok ... lil' Iman kategori mana? cer teka? haha, kategori TAK OK ... dia bukan mewarna, mmg NO bakat at all bab mewarna, dia conteng2 gambar kereta tu, hurm.... tapi apapun, enjoy la dgn anak anak ni semua ...

yang hadir hari tu ada 9 orang, 4 orang lagi absent ...

yeah! dapat reward.

dah habis semua aktiviti tu, mrs pip pun bagilah reward kat anak anak semua ... sorang satu dapat nabati chocolate wafer ... anak anak semua sporting sangat ... lepas tu I is femes ... asal budak2 ni nampak mrs pip, mereka akan cakap "hi mommy iman" , takpun kalau jumpa time nak balik petang "bye mommy iman".... wah, korang kenal dah mommy Iman ni kan ...

kat playschool ni, anak anak memang tak panggil auntie or mrs or madam whatsoever, mereka memang akan panggil kitorang guna nama anak kitorang ... to all 9 lucky kids yang mrs pip mengajar hari tu >>> iman, wawa, casey, anem, safreena, firdaus, alfie, huzaimi dan afif <<< terima kasih jadi pelajar yang ceria, aktif dan sangat bekerjasama ... nextime mommy iman ada kesempatan mengajar, kita buat aktiviti yang lagi best hokey!

p/s: since lil' Amin tak da orang yang menjaga, so have to drag him with me ... nasib baik mood lil' Amin baik, nak join geng abang dia hari tu :)) , thanks anak.

thanks for reading, xoxo

cheers

Join Sushivid today!

14 comments:

  1. Wahh bagus la teknik macam ni..kiranya ibubapa pun ambik part dalam mendidik anak2.. thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk parents yang bekerja, kesian juga mereka terpaksa ambil cuti utk penuhi jam kredit ni, tapi so far mrs pip suka dgn cara PAPN ni, bila parents ambil peranan, at least kita tau perkembangan anak anak kita kat sekolah ...

      Delete
  2. Baru tahu sistem PAPN ni. thanks share ni mrs Pip.:)
    seronok tgk dieorg happy dalam kelas

    ReplyDelete
  3. hihi dah lama rasa nya tak buat taugeh. Tetiba teringat time buat taugeh masa sekolah dulu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik epal ...
      time sekolah dulu kitorang pun ada belajar buat taugeh :))

      Delete
  4. bestnya macam ni haha dapatlah jadi cikgu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali menjadi cikgu, seronok juga :))

      Delete
  5. Replies
    1. seronok mengajar,
      tapi kalau selalu boleh pengsan juga dibuatnya ni ... hihi...

      Delete
  6. satu jam lom sempat menjerit.
    cuba 1 hari, berpeluh dahi dgn anak2 macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu saya tak pilih kerjaya sebagai cikgu padahal mak saya dulu beriya iya nak saya jadi cikgu, saya risau kalau saya tak cukup sabar. kalau jadi engineer, saya tak perlu nak marah orang, paling pun saya marah kat batu konkrit saja kalau ada masalah kat site ...

      Delete
  7. 1 jam pun mencabar juga tu nak mengajar budak-budak..hihi. menarik aktiviti macam ni

    ReplyDelete
  8. wah. ada gitu ekk.
    kat sini, aida x kenal mana2 member yg anta anak ke permata.
    and memang tak tau langsung cara permata.

    ReplyDelete