Menjadi 'cikgu 1 jam' ... T_T

hi there,

bulan lepas (19/6/2017), mrs pip berkesempatan mengajar di playschool lil' Iman selama satu jam. walaupun masanya agak singkat cuma sejam sahaja, tapi mrs pip happy sangat dapat mengajar anak anak kecil ni ... seronok T_T

mrs pip mengajar tu disebabkan mrs pip kekurangan 1 jam kredit untuk bulan Jun. seperti sedia maklum, setiap bulan kitorang wajib kumpul 4jam kredit.

since mood cuti raya dah datang, mrs pip cuma ada 6 murid sahaja (4 tahun), 
walhal seharusnya ada 12  :)

dengan bertemakan tumbuh-tumbuhan untuk bulan Jun, jadi mrs pip berfikir nak mengajar apa untuk anak anak kecil ni ? .... macam macam idea timbul, tapi mrs pip nak mengajar sesuatu yang anak anak ni seronok nak belajar dan mungkin boleh mereka gunakan pada masa depan, sesuatu yang praktikal.

fikir punya fikir, mrs pip decided nak mengajar anak anak ni membuat taugeh. yeah! seronok anak anak bila mrs pip tunjukkan taugeh yang mrs pip buat siap siap di rumah ... masing masing mahu meneka apakah itu, tapi satu student pun tak tau jawapan :( .... termasuklah lil' Iman.


lepas mrs pip demo mcm mana untuk buat taugeh di dalam cawan, mrs pip nak setiap sorang juga turut serta buat taugeh. so, masing masing ambil giliran untuk mrs pip ajar mcm mana nak buat taugeh tu ... wah! teruja anak anak ni semua ....

bila semua dah siap buat taugeh tu, masih ada masa berbaki 30 minit. takkan setengah jam sajakan nak mengajar anak anak ni? so, sambung lagi pelajaran bersama mrs pip pagi tu T_T


khusyuk kan anak anak ni melihat tablet ... muehehe .... kalau dulu dulu cikgu kita guna blackboard untuk mengajar, tak pun 'playing card' nak tunjuk sesuatu , since teknologi dah canggih manggih, jadi cara pembelajaran pun berbeza of course ....

mrs pip dah siap siap download siri pengenalan buah-buahan dan sayur-sayuran. jadi nak minta anak anak ni namakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dilihat di atas paparan skrin tablet mrs pip T_T ... boleh tahan juga anak anak ni meneka, ada yang betul ada yang salah.

yang seronoknya, semua anak anak participate ... tiap kali mrs pip tanya "ok, ni gambar apa?" , wah semua berebut mau menjawab, salah atau betul tu belakang kira, yang pasti mereka semua nak menjawab ....

mrs pip tunjuk gambar ubi kentang dan tanya "ni apa?"  .... ada anak tu jawab "saya tau , saya tau ... itu TOPATO " .... cute sangat anak anak ni ... bila tunjuk gambar tomato pula , dorang jawab "apple" ... waduh! ....

sejam tu kan cepat sangat berlalu, macam tak cukup buat mrs pip ... rasa macam nak mengajar lagi nnt, insya allah ... thanks to all my 1 hour kids; casey,, huzaimi, anem, wawa, afif, and my lil' Iman.

few days later, cikgu pun sharekan gambar taugeh mereka :) .... menjadi lah juga ....tapi gambar tu mrs pip terpadam tanpa sengaja ... huhu.

yang ni taugeh kurus lil' Iman yang dibawa balik ke rumah seminggu kemudian selepas sesi menjadi 'cikgu 1 jam'  T_T



esok last day :) 20/7/17
jom join, klik banner tu.

cheers.

12 comments:

  1. Miss pip dapat jadi cikgu 1 jam pun dah dapat pengalaman baru kan

    Bagus tu

    ReplyDelete
  2. sronok nyer baca experience 1 jam mrspip.
    nampak senang aje. tapi rasa nyer x mudah, kan?

    ReplyDelete
  3. satu jam mencurah ilmu bermfaat oklah tu

    ReplyDelete
  4. confident je bebudak tu kan...hehehe...

    ReplyDelete
  5. wahhh, sangat bagus! mrs pip tak cukup 1 jam kredit utk ape yer? kurang jelas dekat situ. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lil'Iman ni mrs pip hantar ke Permata playschool (pusat permata anak negara tu). setiap bulan, playschool ni wajibkan setiap ibubapa untuk penuhkan 4 jam kredit:-

      1 jam untuk dokumentasi (setiap bulan parents kena bagi tugasan berkaitan dengan anak anak, dan perlu di hantar tugasan tu. kalau hantar, dapat 1 jam kredit, kalau tak hantar kena denda RM10)

      1 jam untuk attend mesyuarat bulanan ibubapa dan pendidik

      1 - 2 jam untuk attend aktiviti di sekolah anak anak (yang ni mmg setiap bulan ada aktiviti yang melibatkan ibubapa + anak anak + cikgu)

      bulan Jun tu kan puasa, cuma ada satu saja aktiviti sekolah time tu, so mrs pip kurang 1 jam lagi, tu yang kena gigihkan diri untuk buat aktiviti sendiri bersama anak-anak di sekolah :) ....

      hehe, tak tahu la kalau playschool lain pun ada sistem mcm ni ... kalau celebrate birthday anak kat sekolah, dapat 1 jam kredit juga tau ...

      Delete
  6. he.heee... so cute..
    tetiba teringat masa zaman mengajar dulu.
    tanya, Malaysia ada berapa musim..
    habis dijawabnya, musim durian, musim rambutan.. gugur rambut dibuatnya. heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, pandai buat jokes juga murid murid Kak Yan ...
      tapi seronokkan, tak lah kelas sunyi sepi...

      Delete
  7. seronok mengajar walaupun cuma sejam ...
    anak anak murid semua petah berkata kata, memang tak menang tangan nak melayan ...
    ada yang mmg bagi tumpuan sepenuhnya, ada yang bila dah bosan boleh pula main turun naik tangga ... nasiblah pondok tempat mengajar tu cuma ada dua anak tangga ...

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya bila dpt participate untuk jd cikgu...macam best pulak kan =)

    ReplyDelete
  9. Seronok agaknya kalau kerja jadi cikgu ni ek

    ReplyDelete
  10. Seronok tgk actviti diorang kan...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.