Doa ibu untuk anak sebelum tidur - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 13 September 2017

Doa ibu untuk anak sebelum tidur

hi there,

mendapat satu perkongsian dari group wasap, suka mrs pip kongsikan tips dari Doktor Fauziah Ad-Dabbus ini yang menulis mengenai doa seorang ibu terhadap anak-anaknya ...  

Doktor Fauziah Ad-Dabbus
Seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :

Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya, dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu.


Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing.

*Begini doanya:*

*(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.

sebagai seorang ibu, JANGAN pernah LETIH untuk berdoa untuk anak anak kita, dan ketahuilah anak anak kita adalah ladang syurga kita ... sentiasalah berlapang dada terhadap anak anak kita.

sekadar ingin berkongsi, semoga bermanfaat semua.

happy parenting.

cheers.

9 comments:

  1. This is a timely reminder. Kadang tlupa - time penat, trus tidur. Btw Mrs Pip, cuba cek your SGshop account, mcm ada duit tu tau...blh shopping-sakan sdh. :D

    ReplyDelete
  2. Ammin, mudah2an IQ pun ingt untuk mendoakan anak IQ.

    cantiknya blog Mrs pip!

    ReplyDelete
  3. Doa seorang ibu tu penting untuk anaknya..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian kak.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih banyak Mrs Pip, sudi share doa ni. Start malam ni berazam nak doakan anak2 sebelum tidur. :)

    ReplyDelete
  6. Peringatan dan perkongsian yang ohsem..

    ReplyDelete
  7. Sharing yang bagus Mrs Pip.. Insha Allah akan dipraktiskan..

    ReplyDelete
  8. in shaa Allah.
    tiap mlm before anak2 tido, surely aida akan peluk diorang.
    termasuk la kakak-kakak yg da sama tinggi tu hi hi hi...
    say sorry and good nite.

    ReplyDelete