5 tips untuk menjadi 'Happy Housewife' - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 9 September 2017

5 tips untuk menjadi 'Happy Housewife'

hi there,

happy Saturday semua ... weekend ni buat apa? mrs pip tak pergi mana mana pun, just stay at home minggu ni ... minggu lepas sempat pergi kat tempat mr.Husband kerja, sebuah tempat sebelum sampai ke pekan Keningau melalui jalan Kimanis Keningau >>> Crocker Range, Keningau Station <<< ...

seronok seminggu bermalam di Crocker Range dengan anak anak, tempat tu sejuk sejuk dingin, lagi lagi di awal pagi dan jika waktu hujan, memang berkabus ... insya allah, mrs pip share cerita kitorang kat sana di entry akan datang yer ...

apapun, hari ni nak share kat korang 5 tips untuk menjadi 'happy housewife' ... wah siapa kat sini seorang surirumah sepenuh masa mcm mrs pip? ... ok, kita seangkatan ... seronok tak jadi housewife ni? ... tak seronok? isshhhh korang ni. kalau tak seronok, apa kata korang keluar bekerja dan rasai pengalaman bekerja ... lepas tu baru compare best ke tak antara bekerja vs housewife ...

well , well , well ... benda ni serius subjektif kalau nak cerita kan kan kan ... masing masing ada pendapat masing masing, ikut citarasa sendiri ... nak kerja ke tak, tak nak kerja ke tak ... nak jadi housewife sepenuh masa ke tak ... ikut keadaan kehidupan masing masing kan ...

mcm mrs pip ni, dulu memang bekerja , tapi once dah ada anak, memang tak kerja dah, prefer jadi stay at home mom aka full time housewife ... bila fikir2 nak kerja balik tu, rasa macam ralat pula ... kerjaya mrs pip agak meletihkan, so rehat2 kan diri dengan menjadi surirumah sajalah ...

5 tips untuk menjadi Happy Housewife

menjadi surirumah ni, memang banyak lah juga cabaran dan dugaannya ... tapi itu tak bermakna menjadi surirumah ni, kita perlu hidup penuh dengan rasa STRESS ... jadi surirumah ni, kita perlu sentiasa HAPPY , seperti orang lain juga ... korang rasa jemu menghadap rutin kerja surirumah yang sama? ish, mereka mereka yang bekerja kat luar pun, sama juga kena hadap rutin kerja yang sama kan  ...

meh sini, mrs pip kongsi 5 tips nak jadi surirumah yang sentiasa HAPPY ...

1 >>> bangun 30 minit lebih awal dari kebiasaan atau mungkin lebih awal dari 30 minit 

kenapa nak bangun awal pula? kalau belum ada anak, maybe rutin korang tak terganggu banyak mana lah, tapi kalau dah ada anak, pastinya rutin seharian sedikit terganggu kerana nak adjustkan masa dengan rutin anak anak.

bangun awal, so korang bolehlah siap siap kan diri untuk sediakan sarapan awal, mandi awal, solat subuh, mengemas rumah kot kot semalam tak sempat nak mengemas, melipat kain, menyapu kan ... bangun awal ni membantu korang jimat masa bekerja di siang hari nanti ...

2 >>> jangan melengah-lengahkan kerja

jangan asyik nak layan TV or sosial media akaun korang ... bila anak anak dah pergi sekolah or playschool and husband dah jalan ke tempat kerja, korang sorang sorang kat rumah kan ... korang buat apa? ... layan youtube memanjang tengok atau layan IFlix tengok drama bersiri? ...

boleh jer buat semua tu, tapi pastikan kerja kerja surirumah korang siapkan dulu. basuh kain, siapkan makan tengahari, sapu dan mop lantai, kemas bilik tidur, sidai kain, lipat kain, seterika kain dan sebagainya ...

3 >>> rancang kerja rutin harian

merancang kerja rutin harian ni penting juga. walaupun korang dah tahu hari hari kena buat apa, tapi bukan setiap hari rutin tu betul betul sama kan, ada juga sedikit berbeza hari ni dengan semalam ... kalau korang rancang kerja rutin korang dengan baik, korang ada lebih masa untuk layan benda benda lain yang korang suka nak buat seperti berblogging dan berinstagram , hehe.

4 >>> buat jadual untuk kerja kerja berkala

tau tak kerja kerja berkala untuk surirumah tu apa? ... selain kerja rutin harian, surirumah ni pun ada jadual kerja berkala juga ... jangan asyik letak semuanya di dalam otak korang, benda ni boleh terlepas pandang ... seeloknya buatkan senarai / list apa yang korang nak buat untuk kerja berkala samaada kerja berkala mingguan, bulanan, atau tahunan ...

contoh mudah mrs pip bagi korang, so lepas ni korang dah ada idea nak buat mcm mana ...

Kerja Berkala Mingguan

- Window cleaning 1xW (every Thursday)
- High dusting for ceilings and ceiling fan 1xW (every Saturday)
- Floor mopping 2xW (every Monday, every Thursday)
- Changing of bed sheet for each bedroom (every Sunday)
- Toilet cleaning 1xW (every Sunday)

Kerja Berkala Bulanan

- Aircond cleaning/services 1xM (every 25th of the month)
- Floor scrubbing 1xM (every 15th of the month)
- Drain scrubbing 1xM (every 15th of the month)
- Floor vacuum 1XM (every 30th of the month)

lepas ni, takkan terlepas pandang dah kan kalau buat senarai mcm ni kat atas kertas, lepas tu letak senarai tu kat tempat yang korang senang nak nampak ... mcm mrs pip, akan letak kat depan peti sejuk, klip guna fridge magnet ... memang mudah nak nampak dan ingat ... dah buat jadual, kenalah buat kerja tu nanti , bak kata orang ISO mcm mrs pip ni "plan what you do, do what you plan" ...

5 >>> luangkan masa untuk diri sendiri sebagai 'self-reward' 

yeah! ni yang paling seronok ... semua kerja dah siap, so bolehlah luangkan masa untuk diri sendiri ... since dah bangun awal, tak lengah lengah kan masa, semua rutin kerja dah siap, so end of the day, ada masa untuk diri sendiri ...

bila ada masa untuk diri sendiri ni, bolehlah korang nak berblogging ke, nak update FB ke, nak update IG ke, nak tweet ke ... nak sambung baca novel kat wattpad ke, atau nak men-spa-kan diri sendiri ke, sila sila lah buat ...

bila dpt 'self-reward' mcm ni, letih buat kerja rumah pun hilang , so LESS STRESS kan  ... *siapa kata hidup ni tak da stress? kalau tak da banyak stress pun, pasti ada little stress inside* ... muehehe ...

nak 'self-reward' ni, tak perlu nak beli hadiah untuk diri sendiri selalu *sekali sekala tu apa salahnya*, dapat extra TIME untuk berehat tu pun dah memadai bagi mrs pip ... bagi korang mcm mana pula?

lepas ni, boleh praktis 5 tips mudah ini untuk menjadi HAPPY HOUSEWIFE  ...

semoga bermanfaat, sharing is caring ...

cheers

17 comments:

  1. hehe thanks for the tips! bole la cik ra apply sbb cik ra pn ousewife jek😄

    ReplyDelete
  2. Sbenarnya yg lg happy bila de income sendri wlpn housewife... btol tau.
    Jom join dgn team kami..✌✌
    www.naturstory.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear, thanks invite ...
      nextime mrs pip berminat, insya allah will join ur team ya ...

      Delete
  3. tak sabar jadi suri rumah sepernuhnya..hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin unni .. semoga unni cepat2 jadi surirumah ...

      Delete
  4. Agak padat juugak ya jadual sebagai housewife ni..Tapi best lah sebab dapat luangkan banyak masa dengan anak-anak.

    ReplyDelete
  5. Rasaa rindu pulak nak jadi surirumah sepenuh masa macam waktu dulu2..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sis kerana beri tips yang bagus untuk dipraktiskan.. Dan tahniah diucapkan kerana awak menjadi salah sorang top commentor dalam jurnal saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/09/top-commentor-ogos-september-2017.html

    ReplyDelete
  7. Tips yang bagus :) Bestnya jadi surirumah.. hehe

    ReplyDelete
  8. Saya ada komen tadi. Tiba2 PC hang.. ada masuk ka? huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  9. oh kompom tak masuk. ahaha.. saya cakap tadi, saya paling tak suka kalau bab cuci baju. Tambah-tambah kalau tiba2 hujan. Rasa macam mau gigit orang. kekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, kan mesin basuh ada ...
      senang je semua masuk mesin basuh ...
      kalau malas sangat, hantar dobi ..
      terus kasi kering kat dobi ...
      tapi kena bertahan nak bayar la kan ..
      hari tu hantar baju kat dobi, kak pip ken caj rm11, cuci n keringkan sekali.

      Delete
  10. hee~ surprisingly !! saya pun buat benda yang sama macam akak listkan.. dan saya happy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kan ... mmg surirumah mcm ni kot ...

      Delete
  11. Tips yang sangat ohsem.. Terutama sekali yang no 5 tu.. Memang best kalau dapat masa untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt btol Sha.
      da siap keje. then masa utk diri sendiri, kan.
      aida selain dari blogging. buat kraf felt. tak le jual.
      utk anak-anak aje. memang sgt release stress.

      Delete
  12. suka sgt tips ni, mrspip.
    semua nyer aida cuba amalkan tiap hari now.
    surirumah sementara ler katakan...
    then 11 pagi da boleh blogging. keje da siap pepagi :)

    ReplyDelete