Review instant shawl Elora Printed dari Avilia.My - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 30 May 2017

Review instant shawl Elora Printed dari Avilia.My

hi there,

agak lama tidak menambah koleksi tudung, so hari tu puaslah mrs pip menGOOGLE online seller / website yang menjual instant shawl. dan kalau dulu mrs pip gemarkan plain shawl/ semi instant / instant, tapi kali ni mencari yang printed pula ...

selain inginkan yang printed instant shawl, perkara lain yang mrs pip utamakan ialah saiz shawl tersebut. mrs pip tidak mahu shawl yang singkat, shawl harus boleh menutupi bahagian dada dan cukup lebar untuk menutup bahu juga T_T

selain saiz, fabrik juga sangat diutamakan. mrs pip mencari shawl yang tidak terlalu licin, mudah diurus, lagi BEST kalau tak perlu iron, dan cuma SARUNGKAN saja :) ... taulah kan, bila dah jadi mak mak ni, semuanya perlu INSTANT ....

6 instant shawl yang berjaya dirembat mrs pip T_T

kalau dulu terjebak beli shawl di Radiusite. pilihan pun banyak, tapi yang printed shawl tu tak berapa menawan hati mrs pip. tapi kalau korang sukakan plain shawl, hah memang rambang mata lah kat Radiusite ni :)

satu lagi, satu ketika dulu mrs pip memborong juga di NaelofarHijab, tapi banyak banyak shawl NH ni, cuma denim semi instant shawl tu jer lah yang mrs pip paling suka, tapi it seems like yang denim shawl tu sudah tidak dikeluarkan semula ....huhu.


google punya google, terjumpa pula laman web AVILIA.MY .... banyak juga pilihan yang menarik,lagi best, harga pun berpatutan. dari hajat nak beli sekadar satu dua helai, terus rembat enam helai. kebetulan ada promosi harga.

kerana mmg sudah tekad utk beli printed shawl, jadi mrs pip memilih product ELORA PRINTED ... sehelai shawl ni berharga RM49.00, tapi kalau beli 3helai, dapat RM100.00, dah alang alang nak membeli, terus borong 6 helai!... dasar nafsu sungguh ,,, muehehe ...

nak beli 3pcs for RM100, masukkan code 3FOR100 sewaktu membuat pembayaran ....

apa yang menarik tentang Avilia Elora Printed ni? ... mrs pip copy paste la yer dari website Avilia T_T :-

SEJUK, SELESA, SENANG IRON & ANTI KEDUT. TAK CAYE? TRY LA. 1X SARUNG JE DAH SANTEK BAK SUPERMODEL
Cuma 1x SARUNG tanpa LILIT dan TAK PERLU pin. Material shawl yang telah diupgrade dengan menggunakan material HEAVY CHIFFON BUBBLE yang MUDAH GOSOK, SELESA dipakai dan TIDAK JARANG
.
Sesuai digayakan dalam apa jua majlis malah sesuai untuk dibawa TRAVEL! Design FULLY INSTANT ini juga memudahkan para ibu kelihatan tampil bergaya. Dengan pemakaian ELORA PRINTED ini anda akan tampil FRESH LOOK, MINIMALIS dan MENAWAN kerana corak ABSTRACT & FLORAL yang elegant

CIRI-CIRI ELORA PRINTED
[+] High quality 2 types of material (depend on pattern) CHIFFON BUBBLE dan CHIFFON CREPE, tak berkedut, tak renyuk dan mudah nak iron. Best sangat untuk bawak TRAVEL.
[+] Material SEJUK dan SELESA dipakai
[+] UKURAN 210cm x 75cm, boleh ejas labuh dari S hingga XL. Sesuai untuk semua.
[+] DESIGN panjang disebelah tepi untuk memberikan lebih variasi gaya walaupun instant

Material: Heavy Chiffon Bubble & Crepe Chiffon.
Design: Super Instant Shawl with Floral and Abstract Printed.
Dimension: 210 cm x 75 cm

nampak tak, saiz tu yang paling utama bagi mrs pip ... cukup lebar dan panjang! ... biasa shawl yang mrs pip beli dalam ukuran 175cm x 70 ~ 75 cm gitu .... tapi shawl Avilia ni panjangnya sehingga 210 cm ... of course I loike!

wait wait, bukan semua mrs pip nak guna pakai ....... beli extra, coz mrs pip nak buat GIVEAWAY sempena bulan puasa ni! suka tak? .... jadi silalah BERSABAR menunggu GIVEAWAY mrs pip yang akan datang tidak lama lagi.

ada sesiapa tak siapa nak join????

cheers

15 comments:

  1. Tgh fikir jugak ni mau beli scarves tgh tunggu hari yang sesuai, tunggu perut kenyang kalo lapar mau Borong satu kedai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Lu .. kalau kau borong satu kedai, nnt aku beli few pieces dari kau ok .... kalau ada shawl murah2 bagitau ok :)

      Delete
  2. Wah.. Tak sabar nak joint GA Mrs Pip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok nantikan pengumuman GA tu tak lama lagi :)

      Delete
  3. woww menarik shawl2 tu, kalau ada GA pasti saya join nanti, mana tahu rezeki ramadhan dapat sehelai shawl heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dear, join tau kot2 rezeki ramadhan kan..

      Delete
  4. Cantiknya shawl.. ok menanti giveaway drpd mrs pip ;-)

    ReplyDelete
  5. Wah best nya dpt shawl ni. Boleh pakai raya. Lawa2 semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu GA mrs pip ya, coming soon.

      Delete
  6. Replies
    1. Nnt Anum join GA mrs pip, manatau rezeki raya dpt shawl...

      Delete
  7. Replies
    1. Thank you MV...
      Pakai pun best.

      Delete
  8. Waaa cantiknya design yang ada.
    corak bunga-bungan ni lah yang buat hati cair.

    jenama ni mrs pip dah tengok ke?
    banyak jugak design cantik dan labuh-labuh

    ReplyDelete