Kehebatan Bulan Rejab

hi there,

happy Friday everyone. syukur alhamdulillah, once again kita sampai di hari Jumaat yang indah .... kali ni kita berkongsi pengetahuna tentang Bulan Rejab ... ada apa sebenarnya di sebalik bulan Rejab?



Tidak lama lagi, kita akan memasuki bulan Rejab jika mengikut takwim Hijrah. Tahukah anda, bulan Rejab mengandungi pelbagai rahmat dan keistimewaannya.
Ini kerana ia merupakan salah satu dari 4 bulan yang dimuliakan dalam Islam. Menjelangnya bulan Rejab, ini bermakna makin hampir diri kita dengan bulan Ramadhan.

#1 – Apa Maksud ‘Rejab’?

‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

#2 – Mengapa Bulan Ini Diagungkan?

Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, dama dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”Surah at-Taubah:36

#3 – Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?

Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab. Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

#4 – Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?

Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.
Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

#5 – Apa Keistimewaan Bulan Ini?

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”Hadis Riwayat Al-Baihaqi

#6 – Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca untuk merebut keistimewaan bulan Rejab yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan; bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.

sumber: di sini

cheers.


No comments:

Powered by Blogger.