2017 - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 30 December 2017

Jom cuti-cuti di A’Famosa Resort, Melaka

December 30, 2017 18
Jom cuti-cuti di A’Famosa Resort, Melaka
hi there. HoHoHo, tu bunyi macam bunyi Santa Claus yang gembira dah siap kerja hantar semua hadiah Krismas, teehee. korang dapat hadiah Krismas tak tahun ni? krismas dah berlalu, tapi ramai yang masih berada dalam holiday mood, mesti ramai yang bercuti hingga hujung tahun ni, begitulah kebiasaanya. Ada yang nak habiskan cuti tahunan, ada yang nak luangkan masa bersama keluarga dan rakan rakan, ada yang bercuti kerana orang lain pun cuti T_T. kalau korang nak bercuti, tapi tiada idea nak bercuti di mana, meh cuti-cuti di A’Famosa Resort, Melaka. kalau yang tertanya tanya, apalah yang menarik cuti-cuti di A’Famosa Resort, Melaka ni, meh baca entry mrs pip ni .....

 A’Famosa Resort, Melaka
 A’Famosa Resort, Melaka

1/ Freeport A’Famosa Outlet

Sesiapa yang berada di A’Famosa resort, dan suka shopping, korang tak perlu risau nak shopping kat mana. Korang cuma perlu terjah Freeport A’Famosa Outlet, yang menyediakan lebih dari 70 rangkaian berjenama terkenal meliputi fesyen, sukan, dan perhiasan di atas bangunan berkeluasan 180, 000 kak persegi. OMG, sila tahan kaki nak pusing seleruh kawasan ya.

Freeport A’Famosa Outlet
Freeport A’Famosa Outlet

Dan selain menyediakan butik membeli belah jenama terkenal, Freeport A’Famosa Outlet dibina berkonsepkan ‘open air mall’ dengan keindahan tasik, air terjun, carousel, dan kincir angin, dengan ciri ciri senibina cantik bertemakan Malacca’s Dutch Heritage.

Kalau korang tak nak shopping pun tak mengapa, kerana korang masih boleh melawat Freeport A’Famosa Outlet ni sambil jalan jalan cuci mata, dan bagi yang suka bergambar tu, tempat ni memang sesuai untuk korang bergambar sakan dengan keindahan senibina yang ada .... I is suka sangat dengan senibina bangunan Freeport A’Famosa Outlet ni, memang cantik. Haish, kalau datang sini terpaksalah mr.Husband jadi jurugambar paksa rela sambil sediakan dompet tebal untuk isteri dia ni shopping sakan.  

2/ A’Famosa Old West

Lepas korang  dah membeli belah tu, bolehlah singgah ke A’Famosa Old West yang tak jauh dari Freeport A’Famosa Outlet. A’Famosa Old West ni dibuka cuma pada sebelah petang dari jam 6pm – 12.00am setiap hari.

 A’Famosa Old West merupakan ala-ala pekan cowboy lama. Masuk sahaja ke A’Famosa Old West ni, korang boleh merasai perngalaman berada di zaman  ‘old western’, dengan keadaan bangunan yang agak ‘kedesaan’ (rustic building), antik, kehadiran cowboys dan cowgirls, red Indians, disamping melayan lagu-lagu ‘country’ dan ada stunt shows, mesti terbayang seperti berada dalam filem The Magnificient Seven tu, tak pun macam Wild Wild West, hehe.

A’Famosa Old West
A’Famosa Old West

Di A’Famosa Old West ni, korang boleh bergembira dengan menyaksikan acara karnival,  persembahan Red Indian, pertunjukan bunga api, 4D teater, fun fair dan juga korang boleh melakar saat gembira bersama sama anak anak di Children Theme Park.

3/ A’Famosa Safari Wonderland

Bagi yang suka dengan haiwan, atau nak pelajari dan nak tahu lebih lanjut lagi mengenai haiwan, korang bolehlah singgah kat A’Famosa Safari Wonderland. Ianya dibuka seawal jam 9am – 5pm setiap hari. Korang boleh merasai pengalaman sendiri menunggan kuda, unta mahupun gajah. Ish, kalau mrs pip, setakat tumpang tengok sajalah, memang NO la kalau nak tunggang semua ni, I is penakut T_T.

Selain itu, korang boleh merasai pengalaman sendiri dengan acara/aktiviti multi animal fun time, color of the bird, wild wild west show, safari adventure, monkey island, walk thru area, farm house, orang utans of Borneo, dan reptile house.

A’Famosa Safari Wonderland
A’Famosa Safari Wonderland

Kalau korang nak tahu apa itu capybara, nak tengok flamingo, atau roly poly hipo, ataupun albino peacock, korang bolehlah berkunjung ke A’Famosa Safari Wonderland ni. pastikan korang memakai pakaian dan kasut yang sesuai di samping jangan lupa bawa air untuk megelak hidrasi semasa lawatan ke sini. Almaklumlah, dah nama pun safari kan.

4/ A’Famosa Water Theme Park

Kalau korang yang sukakan taman tema air, dan nak merasai pengalaman bermain luncur air, korang bolehlah terjah A’Famosa Water Theme Park, what the water escapade! katanya. Dah nama pun theme park, pastikan korang datang dengan memakai pakaian mandi yang sesuai, dan pastikan korang menjaga barang berharga dan keselamatan semasa berada di sini.

A’Famosa Water Theme Park ni ada ruang sesuai untuk kanak-kanak iaitu Arabian Village dan Kids Adventure Pool, dan juga untuk aktiviti bersama keluarga seperti Family Raft, Wave Pool, Sandy Beach, dan Lazy River.

A’Famosa Water Theme Park
A’Famosa Water Theme Park

Kalau yang sukakan cabaran, korang bolehlah cuba Big Big Ice Cream, Wa Ha Ha, Hula Hula, dan Inner Tube. Tapi yang lebih mencabar bagi mrs pip ialah cabaran High Speed Ride setinggi 7 tingkat bangunan! Mak oi, memang mencabar sungguh. Korang kalau jenis yang berani, bolehlah cuba slides high speed ride ni yer ....

5/ A’ Famosa Resort Hotel

Dah seharian berada di Kota Keriangan A’Famosa ni, dan mencari tempat penginapan untuk merehatkan badan, apa kata korang menginap di A’Famosa Resort Hotel. A’Famosa Resort Hotel mempunyai 326 pilihan bilik menarik dan berkonsepkan ‘Total Resort Living’.

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel

Selain penginapan, A’Famosa Resort Hotel juga menyediakan fasiliti/kemudahan lain seperti padang golf, gelanggang  tennis, gym, spa, nightclub, restoran, kolam renang, airport shuttle, conference room, dan sebagainya.

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel

Bermalam di A’Famosa Resort Hotel memang sesuai kalau korang yang nak ke empat lokasi menarik yang mrs pip kongsikan kat atas tadi tu tau, kerana jarak untuk kesemua empat lokasi tu memang dekat.  

Freeport A’Famosa Outlet – 0.55KM
A’Famosa Old West – 0.50KM
A’Famosa Safari Wonderland – 1.44KM
A’Famosa Water Theme Park – 1.83KM

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel - Apt 2/3 rooms

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel - Condo family studio

Bangunan hotel pun cantik dan persekitaran hotel sangat menarik. mrs pip baca review kat Traveloka kan, hotel ni mendapat rating yang menarik daripada pihak pelanggan.

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel

Selain tu, korang boleh buat pilihan bilik mengikut kesesuaian korang seperti hotel superior room, condo family studio, apartment 2 rooms, pool villa, suite villa dan harga yang ditawarkan pun berpatutan.

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel - 2 bedrooms suite pool villa

A’ Famosa Resort Hotel
A’ Famosa Resort Hotel - 3 bedroom condo

Kalau korang nak bermalam di A’Famosa Resort Hotel ni, korang boleh buat tempahan dengan mudah dengan book afamosa resort on Traveloka.

Jadi yang nak bercuti ke Melaka tu, bolehlah singgah berhappy hour di A’Famosa Resort dan nikmati penginapan menarik di A’Famosa Resort Hotel. mrs pip dah dua kali pergi Melaka, tapi tak pernah lagi singgah kat A'Famosa Resort ni, so insya allah ada rezeki, mrs pip nak melawat A'Famosa dan merasai sendiri pengalaman menginap di A'Famosa Resort Hotel ni. 

Thanks for reading, and have a nice holidays everyone.

p/s: all photos credit to Google

cheers.

Friday, 29 December 2017

Rambang mata shopping BEAUTY PRODUCTS di ZALORA

December 29, 2017 15
Rambang mata shopping BEAUTY PRODUCTS di ZALORA
hi there, recently mrs pip terjebak mencari beauty products lagi. ekceli nak cari lipsticks, nak tambah koleksi sedia ada. mrs pip ni not so make-up lady, cuma guna make-up yang very the basic saja. bila cari punya cari, mrs pip terpautlah pada koleksi lipstick di laman web zalora.com.my ni .... haish, siapa yang beauty addicts tu, mesti tau ZALORA ni banyak menjual koleksi beauty products yang awesome, harga pun affordable. lagi best, setiap pembelian RM75 dan ke atas, penghantaran adalah percuma. yeay.

BEAUTY PRODUCTS di ZALORA
BEAUTY PRODUCTS di ZALORA

nak shopping beauty products kat ZALORA ni pun mudah. korang boleh shop by category, dan lepas tu bolehlah click nak cari shop by brand ke, shop by color ke, shop by price ke, ikut kesesuaian korang.   mcm mrs pip yang mencari lipstick, mrs pip click make-up category. 

rambang mata nak pilih yang mana satu ni, tapi end up mrs pip terpikat dengan NYX PROFESSIONAL MAKEUP Velvet Matte Lipstick - Set 1 ni, didatangkan dalam 3 pilihan warna yang menarik iaitu volcano, blood love dan charmed.

NYX PROFESSIONAL MAKEUP Velvet Matte Lipstick - Set 1
NYX PROFESSIONAL MAKEUP Velvet Matte Lipstick - Set 1

NYX PROFESSIONAL MAKEUP Velvet Matte Lipstick - Set 1
NYX PROFESSIONAL MAKEUP Velvet Matte Lipstick - Set 1
selain lipstick, mrs pip nak cari moisturizer juga. so, mrs pip cari kat bahagian skincare pula. since mrs pip ada baca good review mengenai produk Laneige ni kan, so rasa nak cuba pula. kebetulan kat ZALORA ni ada jual trial set. so nak grab satu LANEIGE Essential Trial Set Light. yang ni khas untuk kulit berminyak dan kombinasi mcm kulit mrs pip.

LANEIGE Essential Trial Set Light
LANEIGE Essential Trial Set Light

untuk set ni didatangkan Multi Cleanser EX 30ml,  Essential Power Skin Refiner Light 50ml, Essential Balancing Emulsion Light 50ml, Water Bank Essence EX 30ml, Water Bank Gel Cream 20ml, Water Sleeping Mask 15ml dan Transparent Pouch. dan korang tak perlu pening pening nak guna yang mana dulu ni, kerana ZALORA dah siap siap bagi cara 'step to use', tengok carta kat bawah ni ....
LANEIGE Essential Trial Set Light
LANEIGE Essential Trial Set Light

kalau tiada 'step to use' ni, mrs pip pun pening mana satu dulu nak guna ni selepas cuci muka kan ... hohoho, memang awesome sangat trial set ni, kalau sesuai serasi dengan kulit mrs pip nanti, boleh lah beli yang bigger size nanti. 

mrs pip nak cerita beauty products kat ZALORA ni, panjang berjela jela lah nanti entry mrs pip ni, tapi apa kata mrs pip syorkan korang sendiri terjah laman web ZALORA ni sendiri.  nak terjah beauty products kat ZALORA mcm mrs pip ni, jangan lupa click >>> ZALORA BEAUTY PRODUCTS <<< pasti korang pun akan rambang mata mcm mrs pip nak memilih beauty products, banyak sangat pilihan yang menarik disediakan, teehee T_T

have a nice day everyone.

cheers.

Surah Ad-Dhuha dan kaitannya dalam kehidupan kita

December 29, 2017 6
Surah Ad-Dhuha dan kaitannya dalam kehidupan kita
hi there, mrs pip baca mengenai surah Ad-Dhuha ni di blog SJM, so mrs pip kongsikan kat sini mengenai surah ad-dhuha ni ...




Bagaimana Surah Ad-Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita ?/ Surah ini telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tidak mendapat apa-apa wahyu langsung selama enam bulan (tidak termasuk mimpi). Ketika itu, fikiran Baginda berasa sangat terganggu dan tertekan sehingga Baginda mempercayai bahawa Allah Taala telah menyisihkannya dan tidak mahu lagi Baginda menjadi seorang Nabi.

Tidakkah dalam hidup kita juga merasai perasaan yang sama? Ketika kita merasakan tahap iman kita goyah, tiada lagi khusyuk dalam menunaikan solat dan tahap hubungan kita dengan Allah menurun?
Pada masa yang sama, kita juga merasakan setiap doa yang dipohon tidak akan dimakbulkan oleh Allah, segala solat yang dikerjakan terasa hanya sia-sia dan tidak mendatangkan kesan yang positif dalam diri. Anggapan yang lebih dahsyat sebagai seorang manusia biasa bahawa Allah tidak lagi peduli apatah lagi untuk mengasihi kita.

Disebabkan perkara-perkara itu, surah Ad-Dhuha telah diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyingkirkan segala sifat mazmumah dan sebaliknya menerapkan kepada diri Baginda tentang keamanan, sifat mahmudah dan yang paling penting tentang jaminan Allah tidak akan meninggalkan Baginda SAW dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dari situ juga, dengan keadaan kita sebagai manusia biasa yang sering dilanda kesusahan, depresi, dan hilang tempat pergantungan, Allah akan memberi jalan untuk kita percaya pada pergantungan Allah di samping hidup dengan tenang dan aman.

Jadi, apa yang dikatakan dalam surah tersebut? Kita perhatikan pada setiap ayat satu persatu.

#1 – (وَالضُّحَىٰ ) – “Demi waktu Dhuha” (ketika matahari naik setinggi galah)

Perkara ini lah perkara pertama yang perlu kita dengar apabila kita mengalami tekanan – Bangun dan lihatlah cahaya matahari! Ingin diingatkan bahawa tiada keazaban dan kesuraman berlaku dalam hidup kita. Hanya perlu untuk bangun dan lihat cahaya sekitar kita.

#2 – ( وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى) – “Dan demi malam untuk menaungi kegelapan.”

Kenapa tiba-tiba pada ayat kedua, dinyatakan tentang kegelapan? Ia adalah bertujuan untuk memesan kepada kita bahawa malam dijadikan oleh Allah Taala untuk memberikan kita rehat dengan selesa.
Kebiasaannya, apabila kita dirundung dengan tekanan atau depresi, secara automatik, corak tidur kita akan mengalami perubahan seperti tersedar sepanjang malam atau tidur sepanjang hari.
Perkara seperti itu sebenarnya akan memberi kesan yang negatif kepada minda kita. Oleh hal yang demikian, ayat kedua dalam Surah Ad-Dhuha ini memberi peringatan bahawa Allah menjadikan malam untuk manusia dapat menenteramkan minda dan jiwa dari mengalami tekanan.

#3 – (مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ) – “Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu”

Ayat ketiga ini sungguh menakjubkan! Secara terangan Allah Taala telah memberi peringatan bahawa Dia tidak akan pernah melupakan, meninggalkan apatah lagi untuk membenci kita sebagai manusia yang lemah. Dia sentiasa ada untuk manusia yang beriman kepadaNya.

#4 – (وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ) – “Sesungguhnya, Akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia”

Apabila kita mengalami stress dalam hidup, pasti banyak kali kita berfikir: Adakah pengakhiran hidupku ditakdirkan begini? Adakah tiada langsung perubahan yang baik dalam hidupku?
Apabila kita mempersoalkan tentang takdir hidup kita, ayat keempat dalam Surah Ad-Dhuha telah memberi jawapan yang terbaik.

Apabila kita mengalami kesedihan hingga menyebabkan depresi tentang hidup, Allah Taala telah menjelaskan dalam ayat empat tersebut iaitu kehidupan di dunia hanyalah sementara dan tiada kehidupan yang lebih baik untuk ditandingi melainkan kehidupan di Akhirat yang kekal abadi.

Apabila kita percaya bahawa Akhirat itu wujud dan merupakan tempat tinggal yang kekal, ia akan membantu kita untuk optimis pandang ke hadapan mengejar Jannah.

Seiring dengan perkara itu, ia juga membantu kita untuk percaya bahawa segala masalah, ujian dan cubaan yang dialami di dunia hanyalah sementara dan ketentuan Allah Taala buat kita sebagai hambaNya. Jika kita berjaya hadapi ujian itu dengan penuh keimanan, Syurgalah tempat yang terbaik untuk kita.

#5 – (وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ) – “Dan sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu (limpah kurniaNya) dan engkau tetap berpuas hati”

Ini merupakan janji Allah Taala kepada kita sebagai umat manusia bahawa Jannah merupakan ‘hadiah’ yang teragung jika kita melaksanakan perintahNya. Pastinya Allah akan membalas segala amalan kebaikan yang kita buat dengan membuatkan kita semua berasa gembira! Subhanallah!
Oleh itu, adakah perkara itu perkara yang terbaik untuk didengar setelah kamu dilanda kemurungan dan berasa tertekan dengan masalah yang dihadapi?

#6 – (أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ) – “Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu”

Melalui ayat keenam ini, Allah Taala telah memberi alasan untuk kita percaya akan janjiNya yang telah dijelaskan pada separuh pertama ayat Ad-Dhuha ini. Apabila ayat keenam ini disuarakan, pasti ramai antara kita berfikir: Bagaimana ayat yang menjurus tentang anak yatim berkaitan dengan kita?

Cuba renungkan. Berapa banyak kali dalam hidup anda ketika ditimpa kesakitan atau berasa kesunyian, anda merasakan tiada sesiapa yang peduli tentang anda? Siapa pula yang satu-satunya ada untuk anda pada ketika itu? Jawapannya Allah! Dia yang sentiasa menjaga anda dan membimbing anda mengubah kehidupan dari kemungkaran ke arah kebaikan.

#7 – (وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ)– “Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang tiada pedoman lalu Dia memberi hidayah kepadamu”

Berapa ramai daripada kita telah menyimpang ke arah kesesatan dari Islam yang sebenar lalu telah menemui dirinya kembali? Walaupun hakikatnya kita dilahirkan sebagai seorang Muslim?

Sesungguhnya, pada ketika itu Allah jua lah yang telah memberi nur dan hidayah lalu membawa kita kembali ke jalan yang lurus lalu tunduk kepadaNya. Di samping itu, secara tidak langsung telah mempraktikkan kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah!

#8 – (وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ)– “Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang miskin, lalu Dia memberikan kekayaan”

Dalam kehidupan seharian, mungkin kebanyakan daripada kita pernah melalui tempoh kekurangan wang dan harta. Kini, apabila kita imbas kembali, barulah kita sedar bahawa dalam kesukaran kewangan yang ditakdirkan untuk kita hadapi, hanya Allah yang memberi rezeki kepada kita dalam apa jua bentuk.

Jadi, apabila seseorang berada dalam tekanan, berinya contoh tentang bagaimana Allah Taala boleh membantunya menjadi lebih kental dalam mengharungi setiap dugaan yang datang dan percayalah janji Allah itu pasti.

#9 – (فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ) – “Maka terhadap anak-anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya”

Ayat ini menunjukkan penawar terbaik kepada masalah tekanan!

Kebanyakan orang yang mengalami tekanan hidup, mereka merasakan hidup mereka tiada lagi gunanya dan merasakan juga tiada siapa yang lebih teruk berbanding hidupnya.

Ayat ini mengingatkan kita jika kita berasa tertekan dan hilang harapan untuk hidup, lihatlah kehidupan orang yang jauh lebih susah dari kita. Cuba lihat anak-anak yatim. Mereka tiada sesiapa apatah lagi insan-insan yang menyayangi dan menjaga mereka. Dibandingkan dengan kita yang ada keluarga, tempat tinggal dan makanan disediakan di atas meja, masih menganggap kehidupan kita tidak baik? Subhanallah!

#10 – (وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ) – “Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya”

Satu lagi contoh ialah pengemis – Ia adalah satu pengajaran dan peringatan kepada kita tentang Allah Taala telah banyak menurunkan rezeki berupa kebendaan kepada kita – makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Berapa ramai antara kita yang pernah tidur dalam kelaparan? Berapa ramai antara kita yang tiada pakaian untuk menutup tubuh? Berapa ramai lagi antara kita yang tiada rumah untuk dituju?

Contoh-contoh yang melibatkan anak-anak yatim dan pengemis ini adalah untuk mengajar kita supaya sentiasa bersyukur dengan keberkatan yang Allah Taala telah berikan kepada kita tanpa Dia meminta kembali.

Syukur ini juga sebenarnya satu cara untuk kita mengatasi masalah kemurungan yang melanda dalam diri kita. Dengan rasa syukur, hubungan kita dengan Allah kembali terjalin.

#11 – (وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ)– “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur”

Ayat terakhir ini adalah mengenai cara untuk mengekalkan iman dan ikatan dengan Allah Taala iaitu melalui pemikiran, kemuliaan dan percakapan tentang keberkatan Allah!

Baik dari segi halaqah, perbincangan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan atau pun melalui dakwah. Selain daripada itu, untuk sentiasa dekatkan hati dengan Allah Taala, haruslah memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan menghadiri kuliah-kuliah agama lalu menghayatinya.

Jadi, seandainya suatu masa nanti anda merasakan iman anda goyah, dirundung kekecewaan dan kemurungan hingga terputusnya hubungan dengan Allah Taala, bacalah Surah Ad-Dhuha dan hayati seluruh maknanya. InshaAllah, ia akan memulihkan kepercayaan anda sekali gus meningkatkan keyakinan anda terhadap hebatnya kekuasaan Allah Taala.

Sumber: BelogSJM

semoga kita mendapat kebaikan membaca surah Ad-Dhuha ni. bukan sekadar membaca, tapi juga menghayati surah indah ini.

cheers.

Thursday, 28 December 2017

Rezeki bulan Disember; terima hadiah dari blogger Sofinah & blogger Shahida

December 28, 2017 10
Rezeki bulan Disember; terima hadiah dari blogger Sofinah & blogger Shahida
hi there, rezeki bulan Disember. yeah, hadiah dari blogger Sofinah selamat diterima pada 19/12/2017. hadiah ni sampai beberapa hari awal, cuma mrs pip lewat sedikit collect di pejabat pos. gembira bila dapat bungkusan comel dari blogger Sofinah ni, secomel orangnya juga.

nak tahu ni hadiah kemenangan apa? hah, hari tu mrs pip ada kongsi yang mrs pip >>> menang tempat kedua segmen suaikenal blogger di Malaysia <<< anjuran blogger Sofinah ni. memang banyak persaingan. dan tak sangka boleh menang. kebetulan pula mrs pip memang perlukan headphone / earphone baru, so bila dapat headphone Sony ni, memang melompat ke bintang mrs pip. kaler merah you ols! awesome sangat. thanks banyak banyak Sofie belanja kak pip seketul headphone cantik ni.  


dan yang ni pula, novel menarik yang dihadiahkan oleh blogger Shahida. ni pun tak sangka terpilih sebagai pengkomen bertuah #7 >>> sempena harijadi Shahida yang ke-34 <<< tak tau pun menang sebenarnya, sampailah blogger Shahida ni DM kat IG mrs pip hari tu. hehe. novel pemberian ni, mrs pip terima pada 18/12/2017 dan berjaya di-collect keesokan harinya. p/s: nanti lepas baca insya allah akan buat review yer (doakan kerajinan mrs pip me-review novel serajin mcm blogger Shahida ni juga) ....

siapa blogger yang suka baca novel, mesti kenal blogger Shahida ni dari kasihku amani imani ni .... blogger Shahida ni, bukan setakat novel saja dia review tau, tapi banyak movie/drama best2 rajin dia review. mrs pip memang suka baca review yang blogger Shahida ni buat. dan sentiasa kagum dengan kerajinan blogger Shahida ni baca novel. setahun beratus ratus novel dia baca. fuh! mrs pip ni nak baca sebuah novel pun payah sangat. ni pun baru berjaya habiskan 3 novel utk tahun ni .... 


mrs pip doakan kedua dua blogger yang baik hati ni bagi mrs pip hadiah, akan sentiasa dimurahkan rezeki. thanks korang, suka sangat dengan hadiah hadiah awesome ni.

cheers. 

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ

December 28, 2017 8
GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ
hi there, kali ni join giveaway yang dibawakan oleh blogger Fazz .... kalau yang suka doodling tu, boleh join IG Fazz ni, dia berbakat tau bab doodling ni, menarik gambar2 kat IG Fazz ... untunglah tangan yang ada arts ni .... buat apa pun semua nampak cantik. teehee.


klik banner kat atas kalau nak join. banner pun cute :)) .... dan mrs pip copy paste syarat penyertaan untuk korang rujuk ok ....

Wajib FOLLOW my Blog
Wajib FOLLOW my Instagram and my doodle Instagram
Wajib Like my Facebook Page *if ada facebook
Write an entry about this giveaway with the title : GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ
Put banner above in your post and back link at here
Comment down below your entry about this giveaway for me to visit it and update in my participant list.

GA ni akan berakhir pada 31/01/2018, so ada masa lagi kalau korang nak join. apapun,wish me luck ya.

cheers.

Giveaway Bulan Cinta by Dilah

December 28, 2017 4
Giveaway Bulan Cinta by Dilah
hi there, memang hampir terlupa nak join giveaway ni, nasiblah cik Dilah baik hati ingatkan mrs pip kat ruangan komen, kalau tak melepas nak join giveaway ni. thanks Dilah, sudi lawat blog mrs pip dan tinggalkan jejak .... dan thanks juga ingatkan mrs pip mengenai GA Dilah ni, kalau tak huhu melepas I nak join ....


nak join pun senang jer, tak banyak syarat mana pun .... mrs pip copy paste utk korang rujuk ya ....

Syarat Penyertaan ;
1) Follow blog ceriteraibu.com
2) Follow Instagram afdilah17
3) Like facebook Nor Afdilah Lias
Follow FB Page Ceriteraibu.com

4) Buat 1 entry bertajuk "Giveaway Bulan Cinta by Dilah"
- Letakkan gambar di atas dan backlink kan ke entry ini
- Dalam entry tu korang boleh nyatakan bila anniversary korang dan tahun ni anniversary yg ke berapa. (kalau yg belum kawen tu tak yah)
- Tinggalkan komen di bawah entry ni dengan masukkan link penyertaan entry korang.

nak bagitau Dilah, anniversary perkahwinan mrs pip jatuh pada 1hb Julai setiap tahun, dan ini adalah tahun ke-5 perkahwinan kitorang, so hope korang yang baca entry ni doakan yang baik baik untuk perkahwinan mrs pip ya, semoga bertambah cahaya mata dengan izin Allah ....

mrs pip doakan semoga ikatan perkahwinan Dilah dan suami akan kekal hingga ke jannah, semoga beroleh kegembiraan selalu.

tu saja nak kongsi kat korang, thanks for reading ...

cheers.

GIVEWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN

December 28, 2017 5
GIVEWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN
hi there, mood nak join giveaway datang lagi, teehee... kali ni dibawakan oleh cik yan. ni 2nd time mrs pip datang ke blog cik yan. rasanya cik yan ni baru sahaja mula berblog kerana kalau tengok pageviews kat sidebar dan jumlah follower tu nampak masih fresh. dan mrs pip perasan, blog cik yan ni teda arkib, so kalau kita nak tengok entry terdahulu cik yan ni, memang sukar nak cari tanpa bantuan arkib. jadi mrs pip harap cik yan akan letak arkib di sidebar tu nanti.


kalau korang nak join sila klik banner kat atas tu, dan nak join pun syarat penyertaan sangat mudah, mrs pip copy paste kat sini ya ....

1. Wajib follow blog cikyan nih.
2. Wajib buat entry bertajuk " GIVEWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN "
linkkan ke entry ini,
dan letak banner kat atas tu.
Copy paste jelah k banner tuh :)
3. Dalam entry korang nanti, wajib review cikit pasal blog cikyan.
4. Cerita sikit pasal azam tahun baru korang.
5. Pas buat entry tuh, jangan lupa tinggalkan jejak dalam entry ni okey.
Senang cikyan nak check :)

kena cerita ttg azam baru ... mrs pip tak da sangat azam baru ni coz nak settlekan azam tahun 2017 yang tak berapa nak menjadi ... hehe, so tahun depan kalau boleh mrs pip nak settle habis bayar semua puasa yang tertunggak, masih banyak lagi kena perlu ganti puasa. selain tu, mrs pip harap dapat habiskan bacaan al-quran, dan mrs pip harap tahun 2018 akan lebih baik untuk mrs pip berblogging. so doakan yang baik baik untuk mrs pip ya.

tu saja nak kongsi, thanks for reading.

cheers. 

Wednesday, 27 December 2017

Giveaway Happy New Year 2018

December 27, 2017 11
Giveaway Happy New Year 2018
hi there, so mrs pip join GA lagi, kali ni dibawakan oleh SII NIRUL, one of our sabahan bloggers member. mrs pip ucapkan all the best untuk Nurul, dalam both study and blogging. dan semoga tahun 2018 ni akan memberikan lebih banyak sukses untuk Nurul. yang nak join GA ni, jom join ramai ramai, GA berahir pada 31/12/2017. nak join pun, syaratnya mudah sahaja:-

Seperti biasa, syarat-syarat untuk mengikuti giveaway ini simple dan mudah sahaja :

1. Follow Blog Sii Nurul (bagi yang belum follow)
2. Like FBPage Sii Nurul
3. Copy Banner kat atas dan tulis entry yang bertajuk "Giveaway Happy New Year 2018"
4. Tulis azam, ucapan tahun baru, pengalaman manis sepanjang 2017, atau apa-apa sahaja yang korang mahu share. **Wajib**
5. Publish & komen URL entry korang kat bawah.

 

korang klik banner kat atas kalau nak join ok.

nak tahu pengalaman manis mrs pip tahun ni? 

yeah, tahun ni merupakan tahun yang paling aktif mrs pip berblogging, dan tahun ni ialah tahun kedua blog mrs pip wujud. bermula dengan url www.sukasukasurirumah.blogspot.com, dan akhirnya mengambil keputusan untuk memiliki domain sendiri pada Ogos lepas, dan tahun ni juga merupakan tahun mrs pip menjana pendapatan dengan hasil tulisan melalui blog. terima kasih kepada semua kawan kawan bloggers yang ramai membantu memberikan inspirasi dan tunjuk ajar kepada mrs pip, dan thanks yang sudi follow, singgah dan baca serta tinggalkan jejak di blog mrs pip.

dan untuk tahun depan pula, doakan mrs pip sukses berblogging dan semoga tahun depan lebih banyak giveaways awesome dari mrs pip. giveaways by mrs pip ni merupakan salah satu cara mrs pip appreciate followers/readers/visitors blog mrs pip.

tu saja nak stori mori, till then, have a nice Happy New Year Everyone.

cheers.

Tuesday, 26 December 2017

Unboxing #singlesday Hermo Box

December 26, 2017 4
Unboxing #singlesday Hermo Box
hi there, unboxing #singlesday hermo box pula kali ni. mrs pip terjebak lagi beli barang di Hermo. hari tu beli time #mycybersale, kali ni beli time #1111 #singlesday #onlinerevolution sale pula. barang barang di Hermo ni kalau time sale macam ni, memang worth it la beli, diskaun meletop gila gila! nak tahu apa yang mrs pip beli dengan harga RM33.00, dan save gila gila hampir RM450.00, meh terjah habis entry mrs pip ni. nak tahu barangan apakah kali ni mrs pip nak unboxing #singlesday hermo box , meh check it out ...


kalau korang tak baca lagi entry mrs pip sebelum ni terjebak beli barang di Hermo time #mycybersale tu, boleh lah klik kat sini >>> Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box <<< mrs pip kalau shopping barang di Hermo, mesti akan melalui SHOPBACK. kenapa SHOPBACK? kalau yang tak tahu kelebihan SHOPBACK ni, mrs pip nak bagitau kat sini, kalau korang register kat SHOPBACK, dan setiap kali korang beli barang melalui SHOPBACK ni, korang akan dapat sedikit CASHBACK ataupun rebet. jadi lebih penjimatan setiap kali korang ber-online shopping.


login SHOPBACK -----> pilih laman web HERMO -----> browser akan bawa korang ke HERMO -----> buat pembelian di HERMO -----> selesai shopping, SHOPBACK akan bagi CASHBACK!

nak register SHOPBACK, boleh klik >>> DI SINI <<< dan dapatkan lebih penjimatan wang ketika anda membeli belah secara online T_T

hari tu time 11/11 kan banyak online shopping website buat sales, Hermo pun tak terkecuali. siap buat promo buy any 3 items at RM33.00 sahaja (untuk selected item, tapi mmg banyak pilihan)! gila tak nak grab kalau ada barang best .... pembelian di Hermo kali ni, mrs pip bayar RM33.00 untuk 3 item + tax and shipping, jumlah semua barang ialah RM46.98.    

barangan yang mrs pip beli kali ni ialah 2 kotak B.liv sheer off crease face mask (7 pcs / box) dan satu botol B.liv shrink & tighten large pores reducing serum 30ml. sampai dua box B.liv sheer off crease face mask mrs pip grab coz harga memang sangat jimat. 

B.liv sheer off crease face mask
B.liv sheer off crease face mask

B.liv sheer off crease face mask sekotak ni ada 7 packs, so boleh guna 7 kali. facial mask ni nak guna pun senang, sama macam facial mask yang lain, korang cuma perlu bersihkan muka, dan letak facial mask ni selama 20 hingga 30 minit kat muka. dan sambil letak mask, korang bolehlah berehat relaxkan minda, ambil kesempatan tidur sekejap (short nap) ... eh, 30 minit tu kalau tidur sekejap memang membantu menghilangkan kepenatan tau ...

kelebihan B.liv sheer off crease face mask
  • Menyuburkan dan menghidrat kulit secara mendalam *
  • Mencegah penuaan pramatang *
  • Menyekatakan warna tona kulit dan mengurangkan bintik gelap *
  • Mempunyai kesan pencerahan *
bahan aktif utama: -
  • Acetyl hexapeptide-8: Salah satu alternatif Botox. Ia membantu mengurangkan kedut dengan pengecutan otot yang santai. * Talian boleh menjadi kurang tepat pada waktunya. *
  • Asid L-askorbik: Meningkatkan sintesis kolagen untuk menguatkan kulit dan menaikkan kesan. * Ia bukan sahaja menghilangkan nada kulit, ia juga menyala bintik-bintik gelap dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas. *
  • Asid hyaluronik: Menghidratkan kulit dan meningkatkan pengekalan air sehingga 1,000 kali berat badannya sendiri. *
sumber: Hermo >>> klik sini <<<

B.liv sheer off crease face mask
B.liv sheer off crease face mask

mrs pip dah cuba B.liv sheer off crease face mask. ianya agak berair, dan apabila diletakkan di muka, mungkin kerana kandungan liquid yang agak banyak 28ml di dalamnya membuatnya mudah bergerak. jadi, pastikan korang baring diam diam ketika menggunakan mask ni, dan jangan bercakap atau banyak bergerak. dari segi bau, mrs pip tiada masalah dengan bau mask ni, dan lebihan liquid tadi, mrs pip sapu juga sekitar dagu dan leher. sayang pula kalau tak guna kan ...

mengikut apa yang mrs pip baca, B.liv sheer off crease face mask mampu membantu melambatkan kedutan pada wajah, kiranya melambatkan penuaan kulit wajah, so kalau tak nak garis kedut keluar awal, kenalah guna produk ni secara tetap 2 kali seminggu.  selain tu, iamampu menangani masalah kulit kusam memandangkan ianya mampu menyekatakan tona kulit dan mencerahkan kulit.

B.liv shrink & tighten large pores reducing serum 30ml
B.liv shrink & tighten large pores reducing serum 30ml

salah satu masalah kulit wajah mrs pip ialah pori-pori terbuka. tolonglah, ni memang masalah utama kulit wajah sejak bertahun tahun lamanya. memang dah cuba banyak produk untuk melawan masalah pori-pori terbuka, tapi sukar untuk mendapatkan produk yang terbaik. jadi, ini ialah sebab kenapa mrs pip memilih B.liv shrink & tighten large pores reducing serum 30ml , dengan harapan masalah pori-pori terbuka pada wajah mrs pip berjaya diatasi.

B.liv shrink & tighten large pores reducing serum dikatakan membantu mengurangkan liang dan pori besar pada wajah dan memperbaiki sempadan perlindungan kulit yang lemah. selain itu ianya juga mampu membantu membebaskan kulit wajah daripada masalah pori-pori terbuka / besar, dengan bantuan kolagen & anti-pengoksidaan yang ada pada produk ini.

B.liv shrink & tighten large pores reducing serum
B.liv shrink & tighten large pores reducing serum 

kelebihan B.liv shrink & tighten large pores reducing serum
  • mengecilkan saiz pori-pori pada wajah
  • mengawal minyak
  • mencegah pori-pori tersumbat
  • menjana dan memperbaiki sel kulit
  • mencerah dan menganjalkan kulit
sumber: Hermo >>> klik di sini <<<

untuk produk B.liv shrink & tighten large pores reducing serum, mrs pip almost a month using it. ianya merupakan serum mudah serap dan tidak melekit. dan nampaknya, selepas 2 minggu menggunakan produk ni secara berterusan, mrs pip boleh nampak pori pori semakan mengecil dan berharap masalah pori pori terbuka ni dapat diatasi secara total. 

till then, stay beautiful everyone.

cheers.

Monday, 25 December 2017

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN

December 25, 2017 14
YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN
hi there, kali ni mrs pip join giveaway dari blogger husniey pula ... aish, hadiah hadiah giveaway semua menarik perhatian. menang tak menang, tu namanya rezeki, yang penting jom kita support rakan blogger kita ... syarat syarat yg ditetapkan pun tak susah mana ... senang jer nak klik klik link tu, sekali check mmg dah follow pun blogger yg jadi penaja utk GA husniey :)) ....


Hadiah Istimewa Menanti Anda!



🌸 Hadiah bernilai RM 50 (2 Pemenang)

1x Headphone, 1x Optical Mouse, 1x Wallet Key Holder


🌸 Hadiah Bernilai RM 30 (1 Pemenang)

1x Headphone, 1x Wallet Key Holder


- Wallet Key Holder -


Dalam wallet key holder


🍁Hadiah Tajaan (Saguhati)

Wang tunai RM 30 x 1

Wang tunai RM 20 x 1

Planner Kit x 1


Menarikkan semua hadiah ini? 
Comel comel je semua

Syarat Syarat Penyertaan :

1) Follow Blog Penaja (wajib) 
1-[Link] 

2) Follow Instagram Penaja (jika ada) 
2-[Link] 

3) Follow Twitter / Facebook Page Penaja (jika ada) 


4) Buat entri bertajuk :

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN

4) Letakkan banner diatas dan backlink kan semula ke entri ini

5) Jangan lupa tinggalkan link url entry, url instagram dan url twitter anda pada ruangan komen di entri ini

hadiah menarik kan .... lepas tu korang yg join jgn lupa follow araham #5 tu .... wish me luck.

cheers