Pahala buat seorang isteri

masya allah, besarnya pahala buat seorang isteri. beruntungnya kita kalau dapat suami yang baik, dan kemudian kita mentaati suami kita. sangat sangat banyak pahala buat seorang isteri yang jiwa raganya berpaksi kepada suami kerana Allah SWT.

anyhow, how's your day, wives? Hehe, kita ni yang jadi bini bini, kadang kadang mengeluh entah apa apa kan, kadang kadang tu tak puas hati coz husband tak bagi itu ini.

or maybe juga unhappy coz husband busy kerja so tak da masa untuk kita. Tapi ada juga yang jadi bini bini, dia relax cool ja. tahap sabar dia tinggi sungguh, kagum mrs pip.

pahala buat seorang isteri
pahala buat seorang isteri

terbaca la satu entry ni, pahala buat seorang isteri, terus sentap sekejap. Allahu  oooo, banyaknya pahala ALLAH siapkan untuk kita yang bergelar isteri ni kan. Sayang sungguh ALLAH SWT kat kita ni kaum wanita yang sudah berumahtangga. 


" Sekali suami minum air yang di sediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun".

" Makanan yang di sediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik isteri itu mengerjakan haji dan umrah".

" Mandi junub si isteri di sebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin".

" Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad".

" Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (dzikir)".

" Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya".

" Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, niscaya ia dimasukan kedalam syurga". ( Hadis Riwayat Tarmizi)".

" Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembayang yang difardhukan di atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka".

Subhanallah...!!

lepas ni, harus lebih banyak berbakti pada mr.Husband, nnt tak cium bau syurga!

eh, tapi kalau suami zalim macam mana eh? ni korang harus minta pendapat pada pihak yang boleh membantu.

jangan pula korang share masalah rumahtangga kat media sosial, not so kena pada tempatnya (sekadar pendapat peribadi), peace no war.

semoga kita menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk hari hari mendatang dalam mencari keredhaan ALLAH SWT, dan jom para isteri kita kumpul banyak banyak pahala , tak susah kan nak dapat pahala .. 

Senyum bermanis muka bersuara sopan dengan suami pun dah boleh dapat pahala . Sungguh, pahala buat seorang isteri tu mudah saja nak dapat, dari diri sendiri nak tak nak saja ❤

cheers.

republished.

Post a Comment

8 Comments

  1. Betul sangat, bab nak cari ladang pahala senang aje bagi seorang isteri, janji jaga aib Suami...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Jadilah isteri solehah

    ReplyDelete
  3. besarnya ladang pahala untuk wanita seperti kita... tp kenapa ammi ni selalu aja mcm tersasar dari ladang itu. Insyaallah lepas ni sy cuba

    ReplyDelete
  4. inshaAllah jom kita sama-sama berusaha. dunia kan tempat mengumpul pahala ^_^

    ReplyDelete
  5. Mudahnya nak kumpul pahala.. tq share mrs pip..

    ReplyDelete
  6. yea betul. tapi mmg habit perempuan kan..ada je tak puas hati.hehe.

    ReplyDelete
  7. Mnghidang air utk suami dh besar apatah lgi belanja mkn hehe

    ReplyDelete
  8. orang perempuan Insya Allah muda masuk syurga... taat Allah, taat suami..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.