Kedai Repair Handphone Murah Terbaik Kota Kinabalu

hi there, Kedai Repair Handphone Murah Terbaik Kota Kinabalu || cerita tablet mrs pip dah lebih setahun tak ON ... asal cas bateri ja, mesti tak masuk cas. Apasal la tablet ni buat hal pulak! marah tak agak agak kat tablet tu kan as if like tablet tu buat dosa, muehehe.

lepas tu, simpan ja tablet tu dalam kotak, sakit hati tak pasal pasal pada tablet tu.

Tablet tu brand Samsung, jadi ada kawan yang advised better bawa pigi samsung centre.

jadi mrs pip pun suruhlah mr.Husband bawa tablet ni pigi Samsung Service Centre di Karamunsing Capital tu kan .... staff di samsung service centre tu cakap tablet tu kena stay OVERNITE kat centre dorang .... eiiiiiiiii, tak nak lah! nak minta check seminit dua ja pun, apasal kena stay semalaman pulak! ni mesti malas nak check, at least check la kejap, bagi tau masalah bateri ke, sistem ke, charging port ka ....

Simpan Tablet Samsung lebih 18 bulan !


so, lepas tak jadi minta Samsung Service Centre tu check, tablet tu masuk semula di dalam kotak, dan selama lebih 18 bulan, mrs pip tak sentuh la tablet tu ... rasa nak let go pun ada, tapi since ni birthday gift from mr.Husband, so haruslah di simpan sebagai kenangan.

then raya this year, sembang sembang with my adik, then tercakap lagi pasal tablet tu ... then my adik cakap patut cuba this one repair shop for phones, my adik cakap kedai ni so far yang paling BEST dia pernah deal!

WOWZER.

M-Tech Centre Point Kedai Repair Handphone Murah Terbaik Kota Kinabalu

so, harus pigi lawat kedai ni ... kedai ni nama dia M-Tech Service yang terletak di Centre Point. mrs pip ni bukan tak nak hantar tablet tu pi mana mana kedai untuk check, tapi banyak sangat kedai yang mau kaut untung ja, bukan rosak, dorang cakap rosak, konon kena tukar itu ini. eeeeiiiii, ndak mau lah kena tipu mcm ni, so better tunggu sesiapa yang boleh kasi rekemen kedai repair mana yang ok.

repair handphone murah kota kinabalu


Memandang si adik bongsu saya yang rekemen kedai M-Tech ni memang servis terbaik, jadi kita try hantar tablet tu di kedai ni. Dan lagi satu, bayaran pun reasonable bilang adik saya.

sampai ja depan kedai ni, terus kena layan oleh staff ... mrs pip tunjuk la tablet tu kan, dia tanya tablet ni kenapa, mrs pip explain tablet ni tak boleh masuk cas, terus dia ambil tablet ni and cas guna charger dorang, and tunjuk kat mrs pip tablet ni ok ja boleh masuk cas ... deng!

then, dia cakap, kasi tinggal la tablet ni untuk satu jam, nnt lepas satu jam dorang kol tengok kalau bateri dapat cas ke tak, so kita pun kasi tinggal, and dorang buka satu resit,nnt datang kasi tunjuk resit untuk tuntut barang kita.

Tak Rugi Repair Handphone di M-Tech Centre Point Kota Kinabalu


so after sejam, mrs pip and mr.Husband tengah lunch , dorang kol suruh ambil tablet ni. dorang cakap tablet ni tiada masalah apa pun, bateri boleh cas.

kita datang semula kedai tu, staff tu cakap bateri dah cas sekitar 40% kalau tak silap , so meaning mmg tablet ni no problemo. rupa rupanya, charger mrs pip tu la yang rosak! aiyoyo .... charger ja pun rosak, kesian tablet ni kena bungkus dalam kotak selama 18bulan! ...

mrs pip tanya , charger baru berapa harga, staff tu cakap RM60 jer .... berbunga bunga hati mrs pip coz lepas ni bolehlah pakai tablet ni semula ... oh seriously, mrs pip memang love love love tablet ni, so lepas ni bolehlah LUPAKAN perasaan untuk beli HUAWEI P9 PLUS itu .... ngee *selamat duit mr.Husband RM2K kan kan kan* ....

dah lah hari tu siap cakap dgn mr.Husband request nak HUAWEI P9 PLUS tu ...

Alhamdulillah, berjaya repair tablet di M-Tech Centre Point. Staff friendly. Kerja dorang pun sangat efficient. Bayaran yang dikenakan pun berkadaran dengan rosak / masalah yang terjadi dekat tablet/phone korang. 

repair handphone murah kota kinabalu

eh serius mrs pip still keep the box untuk tablet ni walaupun tablet ni mr.Husband beli tiga setengah tahun yang lalu! ....

repair handphone murah kota kinabalu

charger yang mrs pip beli tu, siap ada sebulan warranty ... ok, worth my money.

jadi, sesiapa yang ada masalah phone, smartphone, tablet, then nak cari kedai repair mana la yang bagus kan, yang tak tipu punya, mrs pip highly recommend kedai repair ni

Alamat Kedai Repair Phone Centre Point Kota Kinabalu

Jadi , mrs pip sertakan alamat kedai phone near Kota Kinabalu ni ya. Kalau phone atau tablet korang rosak, recommended untuk datang ke kedai ni. Ala, di Centre Point saja bah ni.

M-TECH SERVICE STATION
Lot G17, Ground Floor
Centre Point, Kota Kinabalu.

kalau tak sure kedai ni yang mana satu , kedai ni terletak di barisan belakang , sebaris dengan deretan kedia kedai yang jual handphone, bersebelahan dengan kedai barangan elektrik ... tau kan BODY SHOP di ground floor tu, pigi check deretan kedai di belakan BODY SHOP tu, mesti jumpa punya kedai ni .... alah korang ni, Centre Point tu bukan besar mana pun kan ....

sampai ja rumah, terus kasi cas tablet tu sampai FULL,

lepas tu mrs pip cakap kat mr.Husband  .... "request untuk HUAWEI P9 PLUS kasi cancel la dulu, nextime ja saya request yang lain" .... mr.Husband jawab "mana ada yang lain, kan tablet ni sudah ok, jmat duit dua ribu" ......

mr.,Husband senyum senyum then belum sempat mrs pip reply, dia turun bawah masuk dapur layan kopi O ...

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. terbaik la mrs.pip...memang tengah cari kedai repair tablet jg ni, tablet kita pun betul2 sama, cuma usia tablet saya adalah dlm 6-7 tahun kali bah....anyway thanks, ada juga org share kedai fon yg terbaik sini...sukur la....thanks mrs pip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 tablet kamu tu dapat diselamatkan ... kedai ni mmg terbaik..

      Delete
  2. TouchScreen j2prime ada kh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pigi kedai tu tanya, tapi dorang ni semua jenis phone n tablet dorang boleh buat.

      Delete
  3. kalau membaiki screen dan battery tab samsung s2 ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa dorang boleh buat tu, semua phone n tablet dorang boleh check n kalau dorang mampu buat, mmg dorang buat tu. ramai technician dorang ni, friendly lagi time saya pigi dulu. servis pun cepat.

      Delete
  4. Kalau mau tukar skrin pecah vivo y20 bole ka tu arhh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak skrin pecah ?
      cubalah pigi kedai tu.
      dulu saya dtg sana pasal tab saya ndak boleh on.
      memang laju dorang buat.
      ramai technician dorang dulu.
      lama sudah ndak pigi sana.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.