5 Sebab Kenapa Anda Semua Perlu Makan Labu Kuning

13:43:00
hi there,


labu yang mrs pip rebus untuk dibuat kuih kukus T_T

Kadang-kadang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".



labu yang dipetik oleh mr.Husband fresh from the kebun



Khasiat Labu

1.Vitamin A.


Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.


2. Kulit Halus Berseri.

Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.

3. Antioksida.

Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

4. Rabun Malam.

Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

5. Masalah Paru-Paru.

Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.

Info ni mrs petik from a blogger, tapi erk lupa la pula ambil mrs pip untuk ambil reference website blogger tu ... apapun, mohon share yer cikencik blogger :))

cheers

No comments:

Powered by Blogger.