Resipi kuih kukus labu kuning senang buat untuk minum petang

salam semua, semoga hari ni hari yang indah untuk semua .... hari tu mr.Husband ada petik dua biji labu kuning yang sudah hampir masak, so mrs biarkan labu tu beberapa hari di dapur sehingga betul2 masak .... now, labu tu dah masak, bolehlah sama ada dibuat sayur, bubur atau kek kan ....

hari terasa rajin melayan kehendak lil' Iman yang mahu makan kuih, so mrs pip buat kuih yang simple simple ja, since ada labu kuning, mrs pip buat kuih kukus labu kuning yang sedap! ....

Resipi kuih kukus labu kuning senang buat untuk minum petang
Resipi kuih kukus labu kuning senang buat untuk minum petang

Bahan-bahannya dan cara membuat:-

600gram labu kuning, direbus 20 minit atau sehingga lembut, kemudian dilenyek
250gram tepung gandum 
150gram gula perang (kalau korang suka makan manis2, bolehlah tambah gula perang dalam 200-250gram)
2 biji telur
5 ml esen vanilla

Di dalam mangkuk adunan, tambahkan semua bahan2 tadi dan gaul rata hingga semua bahan bercampur sebati. Kemudian, panaskan pengukus. Ambil acuan yang cute cute T_T, alah yang mcm untuk guna buat agar2 tu, tapi ni besar lah sikit kan .... 

kalau tiada acuan tu, guna loyang 22cm pun boleh ja .... masukkan adunan dalam acuan, dan once pengukus sudah mendidih, bolehlah kukuskan adunan tadi lebih kurang 20 - 25 minit ....

Semudah ABC, dah siap ... senang dibuat, cepat dimasak, sedap pula dimakan kan .... lagi best, bahan2 pun kira senang untuk didapati di pasaraya berhampiran kan ... 

mcm mrs pip, semua bahan2 tu, mmg ada ja di dapur, so tu yang excited mau buat kek labu kukus ni ....

sedap dimakan untuk minum petang, atau kudap-kudap time tingu TV .... 

lil' Iman makan 5 biji seorang2, alahai anak mommy ni, memang kaki makan kek betullah mcm mommy dia juga, mueheheheh....

selamat mencuba! 

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

0 Comments