Resepi cucur kentang ... versi isi ikan

11:12:00
assalamualaikum, hello semua.... hari tu mr.Husband beli kentang, tapi rasa mcm malas mau buat fried fries kan, kesian deep fryer mrs pip, asyik parking ja di dapur :) ... mrs pip rasa mcm mau makan something yang bergoreng and heavy, so tu yang buat cucur kentang versi isi ikan ....


my cucur kentang versi isi ikan 

sebenarnya, ni 1st time buat cucur kentang ... since byk ja kentang mr.Husband beli that day tapi ndak da mood mau buat fried fries, so guna sedikit imaginasi, mrs pip berjaya la buat cucur kentang ;)

siapa yang rajin mau cuba makan kentang versi cucur, bolehlah cuba ok ... senang ja mau buat ...

bahan-bahannya dan cara membuatnya

1- 8 biji kentang sederhana besar, dicuci, dikupas dan dipotong 8 bahagian, kemudian direbus hingga lembut

2- setelah kentang sudah lembut, toskan air rebusan, dan lumat-lumatkan kentang ... alah, mcm buat whipped potato tu ...

3- 200gram isi ikan tenggiri yang direbus dan isinya dihancur-hancurkan, buangkan tulang

4- masukkan isi ikan tenggiri ke dalam kentang yang sudah dilumat-lumatkan, gaul rata 

5- masukkan 2-3 sudu besar tepung gandum,  

6- masukkan garam, dan black pepper secukup rasa dan gaul rata

7- sekiranya ada daun bawang, bolehlah dipotong kecil kecil dan dimasukkan ke dalam adunan kentang tadi

8- bulat-bulatkan atau leper-leperkan adunan kentang tadi 

9- bancuh 100 gram tepung gandum bersama 150ml air (atau secukupnya) sebagai 'batter' untuk mencelup kentang yang telah dibulat-bulatkan tadi ... alah mcm adunan tepung untuk menggoreng pisang tu .. mcm tu la yer ...

10- celupkan adunan kentang yang telah dibulat-bulatkan tu ke dalam 'batter' dan panaskan minyak di dalam kuali, apabila minyak dah cukup panas, gorenglah kentang tadi ... please handle with care ok, kentang ni agak lembut kan ... nnt hancur pula kalau tidak handle with care ;) 

11- goreng hingga keperangan ... dah siap, bolehlah dihidangkan bersama cili sauce :) .... bon apetit!


selamat mencuba

sedap dimakan ketika masih panas ... dan sesuai sangat untuk juadah buka puasa ... 

No comments:

Powered by Blogger.