Hello. Review (not a sponsored post) selepas hampir sebulan guna produk Safi Perfect White. Kena cuba dulu, baru Mrs Pip buat review selepas nampak perubahan pada kulit muka. Ceritanya begini, sebelum ni Mrs Pip memang rajin tepek pelembab dan sunscreen pada kulit muka, sehinggalah di satu hari yang menyedihkan tu, my muka timbul bintik-bintik macam jerawat pasir. So that's it. Setiap kali jadi macam ni, Mrs Pip akan berhenti guna whatsoever skincare pasal risau kulit makin teruk.
Lepas tu, skincare yang sedia ada pun memang hampir habis dan ada skincare yang Mrs Pip rasa tidak serasi, so kita bakulsampahkan lah, mau simpan pun tiada gunanya.
Selepas jerawat-jerawat pasir ni macam hilang (ni memang pandai datang dan pergi sejak Mrs Pip remaja ya, dan memang lambat betul benda ni akan hilang), Mrs Pip mencari skincare yang boleh rawat kulit kemerahan, kulit kusam, kurangkan pigmentasi (memang pigmentasi ni rasanya takkan hilang sepenuhnya tapi boleh dicerahkan sedikit atau dikurangkan sahaja melainkan pergi ke skin clinic bertauliah untuk rawatan kulit).
Gambar dari kiri ke kanan 3X Serum Infused Gentle Cleanser, 3X Brightening Hyaluron Serum, 3X Serum Light Cream SPF36PA++, 3X Advance Watery Light Serum Suncreen, Fresh Serum Exosome
Mrs Pip hanya ada bajet sekitar RM100 tau untuk beli new skincare yang mesra poket dan dalam masa yang sama target memang mau fokus untuk kulit kusam, kulit kemerahan & masalah pigmentasi. Selepas buat sedikit bacaan, tengok review para pengguna dan disesuaikan dengan bajet kecil yang ada, jadi Mrs Pip decided untuk cuba set Safi Perfect White yang ada campuran Niacinamide dan Vitamin C.
Kalau korang risau Niacinamide + Vitamin C ni boleh guba bersama atau tidak, Mrs Pip ada tulis sedikit nota ringkas di artikel sebelum ini, semoga artikel tu membantu korang untuk buat keputusan untuk menggunakan produk yang ada campuran Niacinamide + Vitamin C.
Mrs Pip guna secara konsisten pagi dan malam product Safi Perfect White. So far hanya mampu beli 5 product sahaja iaitu
Pencuci muka diperkaya 100x VitC dari Kakadu Plum, 100x lebih vitamin C berbanding oren, Niacinamide mengurangkan pigmentasi kulit untuk kulit lebih sekata, Glycolic Acid untuk menghilangkan sel kulit mati untuk kulit lebih cerah serta glycerin untuk hidrasikan kulit
Sangat disarankan untuk digunakan juga Safi Perfect White Anti Dark Spot Ampoule.
2. Serum: 3X Brightening Hyaluron Serum
4. Sunscreen: SAFI Perfect White 3x Advance Watery Light Serum Sunscreen
3X Brightening Hyaluron Serum juga mengandungi 100x VitC, Niacinamide, Glycolic Acid dan juga Hyaluronic Acid untuk menjaga kelembapan kulit dan menentang dehidrasi untuk kulit yang lebih bersinar (glowing skin).
Dikatakan juga, 3X Brightening Hyaluron Serum ni, kulit 64% lebih cerah hanya dalam masa 3 hari (^Scientifically Proven Result.) Ni bukan Mrs Pip yang claim ya, ni product website dia yang tulis. Tapi buat Mrs Pip, my skin nampak more brighter selepas 3 minggu penggunaan. Baru nampak kesan yang menggembirakan.
3. Pelembap: 3X Serum Light Cream SPF36PA++
Untuk pelembap 3. Pelembap: 3X Serum Light Cream SPF36PA++ (penutup putih), jangan korang tersilap ya kerana Safi White Perfect keluarkan juga produk SAFI Perfect White Exfoliate Multi-Action Soothing (penutup putih tapi dekat produk ada tulis perkataan EXFOLIATE) & Brightening Cream dan 3X Serum Gel Cream (penutup warna biru).
Untuk produk yang Mrs Pip guna ni 3X Serum Light Cream SPF36PA++, fungsinya ialah untuk memperbaiki skin barrier dan melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB serta melindungi kulit dan menghalang pembentukan dark spots yang baru agar kulit lebih cerah berbanding sebelumnya.
- SAFI Perfect White Exfoliate Multi-Action Soothing (penutup putih tapi dekat produk ada tulis perkataan EXFOLIATE) yang ini ada kandungan AHA BHA PHA.
- SAFI Perfect White Brightening Cream dan 3X Serum Gel Cream (penutup warna biru), yang ini adalah water-based cream membantu kulit daripada kekeringan, mencerahkan dan merawat kulit.
Jadi, tengok betul-betul kesesuaian produk untuk masalah kulit korang. Mrs Pip memang nak rawat kulit kusam, sebab tu Mrs Pip pilih pelembap 3X Serum Light Cream SPF36PA++
Sebelum ni Mrs Pip guna sunscreen dari brand lain, tapi since harga sunscreen SAFI Perfect White ni mesra dompet, jadi beli seketul dulu untuk percubaan.
Sunsceen Safi White Perfect ni kalau korang pakai memang rasa ya "watery texture" dia. Hanya perlu ratakan hingga sekata ke seluruh kulit wajah.
Sama seperti rangkaian SAFI White Perfect, kandungan utama ialah 100x Vitamin C, hyaluronic acid untuk memastikan kulit lembap dan kurangkan garis halus, serta hydra-matrix technology memastikan kulit lembut dan kelihatan berseri, sihat bersinar secara semulajadi.
5. Fresh Serum: Exosome
Untuk serum Exosome ni, Mrs Pip guna biasanya setiap kali mau keluar rumah waktu ambil anak sekolah misalnya. Serum ni akan bagi kulit muka rasa fresh dalam instant minute.
Serum ni dikatakan ada 20x antioxidant bi-phase serum elixir berasaskan tumbuhan Exosome. Formulasi serum membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, mencerahkah kulit kusam serta memberikan hidrasi mendalam dengan tekstur ringan yang cepat menyerap.
Mengandungi niacinamide dan gliserin untuk menghidrasi, memberikan kulit yang lembut dan menguatkan skin barrier.
Ni winning product untuk SAFI White Perfect bagi Mrs Pip. Cara guna yang betul; sebelum spray ke kulit wajah, sila goncang terlebih dahulu untuk aktifkan kandungan Bi-Phase kerana mengandungi campuran air dan minyak. Saiz botol yang kecil membolehkan serum Exosome ni mudah dibawa ke mana-mana.
Dan yang suka pakai make-up, boleh spray serum Exosome ini juga agar muka kelihatan segar dan make-up korang tak cakey atau crack.
Nanti Mrs Pip mau invest beli toner Safi Perfect White pula. Tunggu job payment masuk dulu. Nanti once dah beli, Mrs Pip review toner tu.
Kalau korang nak beli produk ni, banyak jual dekat Watson's atau pasaraya. Tapi macam Mrs Pip, memang lagi prefer beli online dekat Shopee, melainkan Watson's ada kaw-kaw sales dan boleh dapat harga lagi murah.
Ni link Shopee Mrs Pip sertakan untuk korang buat perbandingan harga (klik nama produk tersebut).
Masalah Dermatosis Papulosa Nigra (DPN)
Dan satu lagi, selama Mrs Pip membesar dari zaman remaja, Mrs Pip sudah ada masalah kulit DPN dan bintik-bintik DPN ni akan kelihatan lebih gelap atau coklat sedikit dari kulit. Dan masalah DPN untuk kulit Mrs Pip ni ialah masalah genetik sebelah bapa.
Bintik-bintik pada kulit tu dipanggil DPN.
Jadi, untuk membuang DPN ni perlukan kos dan prosedur lebih afdal dibuat di klinik kulit atau dengan doktor yang bertauliah. Namun, kemungkinan DPN akan tumbuh kembali tu memang ada. Tidak semestinya kalau dibuang akan terus lenyap.
So, selepas guna skincare pencerah kulit seperti Safi Perfect White, Mrs Pip happy kerana bintik-bintik DPN menunjukkan sedikit perubahan warna (DPN nampak lebih cerah membuatkan warna kulit nampak sekata dan kulit kelihatan lebih berseri).
Dan untuk pengetahuan semua, DPN berakar umbi di dalam struktur kulit, ianya merupakan "hard-coded" secara genetik dan tidak boleh disingkirkan secara semulajadi melainkan dengan bantuan profesional. DPN bukan disebabkan oleh masalah kebersihan atau jangkitan bakteria.
Ada sesiapa yang dah guna Safi Perfect White? So far so good Mrs Pip guna. Kulit tidak merengsa. Dan harga mesra poket. Ada extra duit, boleh beli produk skincare yang lain juga.
____________________
"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"




0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.