Hutang Kad Kredit Punca Aku Tiada Duit Simpanan

Hi. Hutang kad kredit punca aku tiada duit simpanan, dan ini adalah berdasarkan cerita benar tau, bukan rekaan semata-mata. Apabila dikenang-kenang, aku cuma mampu senyum sendirian. Semuanya disebabkan dengan kebodohan diri sendiri yang rakus guna kad kredit, lepas tu bayarnya asyik minimum payment sahaja!


tips bayar kad kredit


Korang yang baru mula bekerjaya, korang bacalah cerita aku tentang kad kredit. Tahun 2006-2007 rasanya yang aku terjebak dengan penggunaan kad kredit. Dengan gaji aku waktu itu, nak apply kad kredit memang senang. Bukan satu bank, dua hingga tiga bank pun boleh apply dengan mudah.

Aku ada 4 kad kredit dari 2 bank, setiap bank dapatlah masing-masing Visa dan Mastercard. Lepas tu, mulalah tidak sedar diri berbelanja macam orang have-have, padahal aku bukan gaji besar mana pun. Sehingga akhirnya jumlah semua hutang kad kredit aku mencecah sehingga RM5K! Ni cerita sekitar 20 tahun yang lalu, RM5K tu besar jumlahnya bagi aku.

Tapi, aku tekad sangat-sangat waktu tu nak habiskan bayaran semua dalam setahun, janji tiada hutang. Wei, boleh gila aku rasa berhutang dengan bank ni. Kau lambat bayar, berjela-jela surat peringatan dan panggilan telefon dari bank. Stress aku.

Dahlah aku ni banyak komitmen lain kena settlekan juga, so mahu tak mahu aku kena korbankan duit yang aku dah letak tepi untuk dijadikan duit simpanan semata-mata untuk bayar hutang kad kredit aku.

Sebab inilah gara-gara hutang kad kredit punca aku tiada duit simpanan. Pengajaran sangat bagi aku. Jadi, korang yang baru nak bekerjaya, atau sudah terjebak dengan hutang piutang ni, ambillah ikhtibar. Hidup tidak aman dengan hutang yang tidak perlu sebegini, tapi end up jadi komitmen kau setiap bulan kena bayar.


Lepas sudah langsaikan kad kredit, barulah aku kayuh perlahan-lahan untuk menyimpan semula. Dan kemudian, beberapa tahun selepas itu, aku berhenti kerja dan memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa untuk membesarkan anak-anak dan menjaga keluarga.

Contoh Simpan Duit Gaji di ASB, 15 Tahun Boleh Cashout RM50K !!!


Untuk korang yang bekerja, tolong sediakan tabung simpanan dan tabung kecemasan. Tabung-tabung sebegini sangat penting untuk kegunaan pada waktu memerlukan.

Untuk tabung simpanan tu, korang ada banyak pilihan tempat untuk menabung duit. Paling biasa mestilah di ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Simpanan Emas, Matawang Asing dan sebagainya.

Katakan korang nak menyimpan dekat ASB (ini untuk jangkamasa yang panjang), untuk permulaan korang baru start bekerjaya, 

  • Tahun pertama hingga tahun ke-5 bekerja, target korang simpan RM200 sebulan
  • Tahun ke-6 hingga ke-10, target korang simpan RM250 sebulan
  • Tahun ke-11 hingga tahun ke-15, target korang simpan RM300 sebulan


Dalam ASB korang sebelum ni ada RM2500, jadi selepas 15 tahun berapa korang akan dapat? Kita ambil kira dua hal. 
  • Pertama, duit simpanan tidak pernah dikeluarkan. 
  • Kedua, kita tetapkan dividen setahun ASB 4.5% (rasanya ini nilai dividen paling rendah yang pernah diberikan oleh ASB kan?).
Aku guna bantuan Compound Savings Calculator  untuk tengok savings goals menyimpan di ASB ni , mari kita tengok jumlah wang yang korang akan dapat selama 15 tahun menyimpan.

1- Tahun pertama hingga tahun ke-5

tips simpan duit gaji


Permulaan simpanan RM2500
Simpanan tetap bulanan RM200 untuk 5 tahun
Dividen 4.5% setahun
Jumlah simpanan 5 tahun pertama = RM14,500 

2- Tahun ke- 6 hingga tahun ke-10

Simpanan sedia ada RM14,500
Simpanan tetap bulanan RM250 untuk 5 tahun
Dividen 4.5% setahun
Jumlah simpanan pada tahun ke-10 = RM29,000

3- Tahun ke-11 hingga tahun ke-15

Simpanan sedia ada RM29,000
Simpanan tetap bulanan RM350 untuk 5 tahun
Dividen 4.5% setahun
Jumlah simpanan pada tahun ke-15 = RM50,000

Nah, dengan comntoh pelan simpanan sebehini, cukup 15 tahun, sekurang-kurangnya korang boleh cashout RM50,000 dalam simpanan. Dan jumlah ini boleh jadi lebih banyak lagi kerana belum mengambil kira faktor bonus ASB. 

Dan sebelum ni, aku pernah juga berkongsi penulisan >>> Tips Berjaya Simpan Duit Gaji , semoga membantu korang yang mencari idea cara menyimpan duit gaji korang.

Kalau yang ada masalah kad kredit, dan nak buat kira-kira, korang boleh guna Credit Card Payment Calculator untuk estimate bayaran dan duration nak habiskan hutang kad kredit.

Rancang Nak Cashout RM30K Menjelang Umur 55 Tahun

Rasanya semua orang ada impian masing-masing, dan setiap impian tu perlulah disesuaikan dengan kemampuan masing-masing.

Aku surirumah tidak bergaji, cumanya sesekali tu aku dapatlah juga imbuhan sedikit melalui bayaran penulisan artikel di blog. Dan aku akui aku ada buat kerja-kerja affiliate untuk mendapat sedikit komisyen. Jadi duit extra yang aku dapat ni, aku mahu buat savings untuk jadikan impian aku sebuah kenyataan, cewah!

Korang yang bekerjaya, aku yakin korang pun ada impian masing-masing. Korang kerja, so maybe bolehlah nak berimpian besar. Aku surirumah, nak berimpian besar tu memang tidaklah kerana tak yakin impian besar tu aku boleh capai. Tapi impian nak ada extra duit di usia 55 tahun Insya Allah boleh. Hopefully, boleh dapat lebih dari RM30K, doakan aku ok.

RM30K sahaja? Hehe, bolehlah extra cash kan.

Ni pengiraan untuk RM30K dalam masa 11 tahun
Simpanan permulaan RM10K
Simpanan sebulan RM155 selama 11 tahun
Dividen 4.5% setahun
Jumlah simpanan selepas 11 tahun = RM30,460

Apabila kita ada matlamat begini, barulah jelas berapa banyak duit yang diperlukan untuk mencapai target. Guna sahaja compound savings calculator tu untuk mengira hasil simpanan korang. Jadi, jom menabung!

Dan yang jadi surirumah seperti mrs pip ni, bolehlah layan perkongsian yang ditulis >>> 7 Tips Simpan Duit Cara Surirumah , semoga membantu memberi idea menyimpan duit dan kalau ada idea lain, jangan lupa share di ruang komen ya.

Nasihat Jimat Duit Dari Kawan Baik

Aku ada seorang kawan baik waktu bekerja dulu. Kawan inilah yang selalu bagi aku nasihat tentang keperluan guna duit dengan cara yang betul. Dan nasihat-nasihat dia memang sangat berguna buat aku. 

Antara nasihat yang dia berikan ialah,

1- Jangan sesekali berhutang semata-mata untuk berkahwin. Buatlah majlis kawin sesuai dengan kemampuan diri dan pasangan. Abaikan kata-kata orang sekeliling. Bukan mereka yang akan bayar hutang kamu kelak.

2- Bersalin di hospital swasta agak mahal. Kalau membebankan, bersalin sahaja di hospital kerajaan dan guna duit extra nak bersalin di hospital swasta tu, untuk beli barangan keperluan bayi. Bayi lahir sahaja, usahakan untuk buka savings account untuk anak. 

3- Kurangkan makan di luar. Masak sendiri jika boleh. Sediakan masakan yang berkhasiat. Jangan kerap makan fast food, pilihlah real food yang baik untuk badan. Jaga kesihatan dengan baik kerana ia sangat mahal apabila kita sakit. 

4- Batalkan subscription yang tidak penting seperti Astro, melainkan betul-betul nak pakai.

5- It's ok untuk tidak pakai branded labels, pakai barangan yang biasa-biasa sahaja lebih baik sambil boleh jimat dan simpan duit berbanding pakai yang mahal-mahal ikut trend, tapi duit pun tiada.

6- Invest beli buku bacaan untuk anak-anak berbanding terlalu layan beli permainan. Beli buku yang bermanfaat boleh bagi anak ilmu yang baik. Tidak salah beli mainan, tapi jangan layan nafsu semua mainan mahu beli bagi anak.

7- Nak beli rumah, cari rumah yang persekitarannya elok, binaan bangunannya baik. Nanti mau jual semula, senang untuk cari pembeli, dan rumah ada increase value.

Semoga kita semua mampu ada duit simpanan sendiri, dan belajarlah dari kesilapan orang yang gagal merancang kewangan mereka,  Ambillah ikhtibar dari mereka.

Set target kewangan korang. Rancang baik-baik berapa banyak savings korang nak pada sekian-sekian tahun, bila nak beli rumah pertama, kereta pertama, bila nak kawin, dan sebagainya.

Duit bukanlah segala-galanya, tetapi hampir segala-galanya memerlukan duit.

_______________________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Post a Comment

6 Comments

  1. Sungguhlah kak Pip, hutang dengan bank adalah hutang yang paling sakit. Kalau boleh nak cepat-cepat bagi habis. Boleh tak tidur malam dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. memang takut betul kad kredit nih..kalau boleh elak .. kalau tak boleh nak buat macam ne kan.. masing² ada masalah masing²

    ReplyDelete
  3. ya hutang kad kredit tu bahaya. kena pandai rancang dengan betu. buat saving tempat lain juga. tq

    ReplyDelete
  4. Kita memang elok elak dari berhutang, lagi2 usia muda. Kalau jadi tabiat nanti susah. Silap2 boleh buat muflis belum smpai waktunya

    ReplyDelete
  5. Thanks so much for sharing this reality yet very useful advice here. A wise financial planning is absolutely important for living now especially due to high inflation. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  6. Thanks so much for sharing this reality yet very useful advice here. A wise financial planning is absolutely important for living now especially due to high inflation. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.