Dah Boleh Cuti-Cuti, Jom Check In KL Staycation Dulu

Yeay, apabila PM dah umumkan boleh bercuti merentas daerah, viral pula orang ramai berpusu-pusu dan tak pedulikan SOP pergi bercuti sana sini kan.

Korang janganlah degil tak nak ikut SOP. Walaupun dah ada kelonggaran untuk bercuti rentas daerah, tapi kenalah ikut panduan yang ditetapkan. Kalau tempat bercuti tu sesak, elok batalkan sahajalah niat tu demi kebaikan korang. 



Rentas daerah antara Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dibolehkan, seronoknya boleh berjalan-jalan, janji bukan tempat yang padat pengunjung ok.


Yang rasa nak bercuti ke luar negara tu, hey jomlah cuti cuti dulu dalam daerah masing-masing. Kita naikkan semula industri pelancongan tempatan. 


Nak bercuti-cuti di luar negara tapi hajat masih belum boleh ditunaikan? Terasa nak bercuti ala Bali seperti menginap di Grand Lexis Port Dickson yang cantik gila tu? Hurm, pendamkan perasaan tu di dalam hati sajalah dulu. 


Aku pun kalau boleh nak juga stay semalam dua kat villa cantik macam Grand Lexis tu, dikelilingi dengan laut dan melayan bunyi ombak di waktu senja, merasai damainya suasana di malam hari. Siap boleh buat private tour lagi ke Pulau Burung. 


Tapi, kita berangan-anganlah dulu kan, unless kau memang orang Negeri Sembilan, bolehlah korang layan cuti-cuti di sana.


Jom Check In KL Staycation Dulu


Kalau yang bercuti di KL dan mencari tempat menginap, banyak tempat yang korang boleh pilih, ikut bajet masing-masing. Aku yakin bila dah ada kebenaran untuk bercuti-cuti ni, nak tarik pengunjung menginap, mesti tempat penginapan bagi harga promo, offer and deals yang best-best untuk menginap. Ni yang boleh buat rambang mata nak stay di mana.



Tips tak nak pening-pening kepala pilih KL Staycation yang mana satu, kalau macam aku mesti aku senaraikan dulu preferences penginapan yang aku nak. 


Contohnya hotel tu wajib ada swimming pool (dan dibuka untuk kegunaan pengunjung) pasal kalau cuti-cuti ni, aku suka luangkan masa untuk berenang. Orang lain mungkin me-time layan spa, tapi aku lebih gemar berendam dalam kolam renang.


Selain itu, kena ada banyak restoran berdekatan hotel kerana time holiday lah aku memang suka explore keluar jalan-jalan cari makan dan merasai pelbagai jenis hidangan, so why not sesekali kita layan makan macam-macam menu. Dah berperap lama dalam rumah, apa salahnya kita treat diri sendiri makan itu ini. Hehe.  


Kalau kawasan hotel tu tak jauh dari theme park, memang bonus sangat. Boleh bawa anak-anak bersuka ria hilangkan rasa terkurung sekian lama di rumah. Tapi kenalah pastikan theme park tak sesak dengan pelawat. 


Tempat Menarik Untuk Di Lawati Di Kuala Lumpur


Setahu aku, kalau area KL banyak juga tempat menarik boleh dilawati. Tapi korang kena check dulu tempat tu buka atau tak untuk public visitor atau kena buat appointment since aku rasa ada few places mungkin menghadkan bilangan pelawat demi mencegah penularan Covid-19.



Antara tempat menarik yang korang boleh singgah ialah melayan ikan di Aquaria KLCC, merasai pengalaman Plane in The City, bergambar di dalam Selfie Museum Kuala Lumpur, beriadah di District 21, menambah pengetahuan di Petrosains, mengajar anak hal hal pekerjaan di Kidzania, melayan indoor theme park sambil bershopping di Berjaya Times Square, atau bergembira mengambil gambar di Kuala Lumpur The Upside Down House, atau cabar keberanian di The Breakout atau Escape Room dan banyak lagi tempat lain yang korang boleh lawati.


Kalau korang yang suka jalan-jalan mengahayati alam, bolehlah lawat Taman Eko Rimba KL, Taman Orkid, Taman Rusa dan Kancil, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Botani, tak pun hiking ke Bukit Tabur.


Hah, siapa cakap di KL ni tak banyak benda menarik boleh buat dan lawati? Tak perlu korang bersesak sesak nak pergi mandi air terjun, camping masuk hutan semata-mata nak layan perasaan korang yang berkurung berbulan-bulan di rumah tu sehinggakan korang abaikan keselamatan diri.


Kalau tahu tempat tu dah sesak dan padat dengan pengunjung, korang buatlah u-turn, cari tempat lain pula untuk korang bercuti-cuti. 


Dekat KL ni pun, banyak sangat tempat staycation untuk korang pilih, begitu juga tempat tempat menarik untuk korang lawati. Fuh, kalau korang nak lawat semua, memang tak menyempat ler, sebab tu pentingnya korang pick a place or two to visit, bukan main redah saja. 


Apapun, rancang percutian korang terlebih dahulu, barulah syiok korang cuti-cuti penuh happening!


4 Comments

  1. banyak tempat percutian di KL ni belum dibuka. Samalah kita, nak cari hotel ada kolam renang best.

    ReplyDelete
  2. tak dpt keluar ke mana2 dr malaysia kita ronda je Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya banyak je tempat nak lawat di KL ni kan..tapi tulah, selalu yang jauh-jauh gak yang kita semangat nak visit..huhu

    ReplyDelete
  4. Ada banyak tempat Percutian Kat KL. Sudah lama tak kesana.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.