Review Vitamin Untuk Kucing Dan Anjing Rawat Bulu Gugur

Vitamin Untuk Kucing Dan Anjing Rawat Bulu Gugur. Hi there, nak share dengan korang semua vitamin yang aku guna dalam merawat masalah bulu gugur anjing penjaga kami.

Oh ya, vitamin ni nama dia BYS Brewers Yeast dan boleh digunakan untuk kucing dan anjing. Tapi since kucing kami teda masalah bulu gugur, jadi aku bagi letak dalam makanan anjing penjaga kami sajalah.

Vitamin Untuk Bulu Kucing Gugur Murah Beli Di Shopee Saja

Vitamin Untuk Kucing Dan Anjing Rawat Bulu Gugur

Kalau tak silap aku, hujung-hujung tahun lepas gitulah anjing penjaga kami tu bulu dia start nampak gugur.

Eii teruk lah juga bulu dia gugur. Aku buat-buat tak kesah pun, pasal bab-bab jaga anjing ni, aku memang zero knowledge.

Husband aku perasan bulu anjing penjaga tu gugur, jadi dia minta aku carikan vitamin yang harga mampu beli.

Macam biasalah, aku cari Vitamin Untuk Kucing Dan Anjing Rawat Bulu Gugur di Shopee. Pilih pilih, aku beli vitamin BYS Brewers Yeast ni, cumanya kena re-pack seratus seratus biji.

Bagus juga beli repack ni, harga jimat kan. Kalau beli satu botol besar tu 500 biji, harga mahal sikit. Lagipun kalau beli repack, boleh beli 100 biji dulu, tengok ada kesan ke tak ke atas kucing / anjing.

Kami beli 200 biji tempoh hari, dan ni repeat beli lagi pasal nampak bulu anjing penjaga (guardian dog) nampak kembali sihat, lebat dan bersinar.

Waktu ni si anjing penjaga bulu dia gugur, aku teda pula mau ambil gambar dia. Bidak tu rupa dia bah time dia gugur bulunya. Kesian pun ada juga, macam nampak kurus betul tu si guardian dog kami.

Review Vitamin Untuk Kucing Dan Anjing Rawat Bulu Gugur
Aku perkenalkan korang dengan TOM our guardian dog. Kalau korang datang rumah, dia menyalak kuat, tapi tak sampai level menggigit. Tu pun dia menyalak jarak jauh, tak datang dekat dekat dengan orang.

Mulanya Vitamin Untuk Kucing Dan Anjing Rawat Bulu Gugur ni kami bagi setiap hari untuk seminggu kedua minggu berturut turut dan selepas bulu anjing penjaga semakin sihat, kami bagi dua kali seminggu sahaja.

Boleh beli Vitamin Untuk Kucing Dan Anjing Rawat Bulu Gugur dengan seller ni

👉 https://shp.ee/24b9kf3

Harga jual sekitar RM9.50 untuk 100 biji. Aku pula baru jumpa seller ni di Shopee, dia jual agak murah lah. Seller yang aku beli pula harga jual RM11.00, jadi nextime beli dengan seller yang aku baru terjumpa ni.


Review Selepas Menggunakan BYS Brewers Yeast

 
Seperti yang aku bagitau tadi, bulu anjing nampak kembali baik.Dan jangan salah faham ya, anjing kami tu bukan pets, tapi sekadar menjaga sekeliling kawasan rumah, the guardian dog bah gitu.

Biasalah kan di kampung, bila belakang rumah kau hutan , dan rumah jiran pun bukan dekat-dekat sangat seperti di bandar, inilah tugas anjing penjaga ni, menyalak untuk bagitau tuan dia kalau ada strangers masuk kawasan rumah.


Di bawah ini ialah description yang aku ambil dari seller di Shopee tu ya. Manalah tahu ada yang mencari vitamin untuk kucing / anjing kan, bolehlah cuba bagi vitamin BYS Brewers Yeast ni.

Vitamin untuk kulit dan bulu kucing / anjing yang terbaik BYS Brewers Yeast


Ia amat amat amat sesuai utk korang yang nak sangat si bulus mempunyai bulu yang cantik, berkilat dan kulit yang sihat.

Yang paling PENTING IA MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA JADI DAN TIADA PENGAWET.

Nak tahu lg tak KELEBIHANNYA?

BYS BREWERS YEAST ni juga boleh MENCEGAH KUTU selain dapat menambahbaikkan sistem imunisasi kucing.

kandungan NUTRIEN :-

Crude Protein (min) 40%
Crude Fat (min) 0.1%
Crude Fiber (max) 3%
Moisture (max) 5%
Ash (max) 6%
Thiamine (Vitamin B1) 100mg
Riboflavin (Vitamin B2) 150mg
Niacin (Vitamin B3) 500mg
Ascorbic Acid (Vitamin C) 100mg .


INGAT!! BREWERS YEAST TAK SESUAI UTK KUCING DIABETES

CARA PENGGUNAAN :
6 bulan ke atas - 1 biji sehari
bawah 5 bulan - 1/2 biji sehari

***suap terus ke mulut atau masukkan dalam makanan/minuman kucing

BENEFITS

--For healthy skin and coat.
--Provides protein zinc & garlic.
--Healing remedies.
--Natural daily supplement.
--Suitable for Dog and Cat.

BYS Brewers Yeast is The Natural Alternative for dogs and cats. Tasty and nutritious, BYS is a pure and natural high potency food supplement for your dog or cat.

This organic supplement contains B-Complex Vitamins and is fortified with Zinc and Garlic to reduce shedding and promote healthy skin and coat.

The abundant amount of protein (amino acids) and B-Complex Vitamins in BYS provide the essential building blocks of life.

The University of Maryland Medical Center says that brewer's yeast is an excellent source of both B vitamins and the minerals chromium. B vitamins play an essential role in the health of your cat's skin, coat and eyes.

They facilitate fat, protein and carbohydrate metabolism to keep kitty's energy levels up, and support both his liver and nervous system.

Diane Stein, in Natural Healing for Dogs and Cats, says that commercial cat food may be lacking in vitamin B1. Severe vitamin B1 deficiency can cause seizures, lack of motor coordination and even death.

Sekian dulu review aku dengan produk yang dibeli dari Shopee. Dan sekarang ni aku perasan ramai seller yang guna JNT kan. 

Alhamdulillah servis JNT tempat aku memang terbaik. So far tak pernah lagi ada masalah dengan agen JNT area aku. Barang yang dorang collect dan nak post out pun kemas jak bersusun aku tengok.

Thanks for reading ya.

cheers.

............

Support IG Mrs Pip - Road to 1500 followers >>> http://www.instagram.com/mrspip18

Victoria Secret Perfume di Telegram >>> t.me/yourvictoriasecret

Nak beli bawang goreng homemade >>> wasap.my/60146788956/bawanggorengfresh


Post a Comment

3 Comments

  1. Biasa tu mrs pip, rumah2 kampung mmg ada bela anjing ni untuk bagi alert pada tuan rumah kalau2 ada strangers yg dtg dkt rumah kita. Btw Nampak cantik bulu TOM ni..Mungkin +ve efek dari vitamin ni.

    ReplyDelete
  2. Dulu masa bela kucing pun beli brewers yeast yang ni. Petshop yang suggest. Berkesan dan kucing mudah nak makan kapsul tu.

    ReplyDelete
  3. yg ni banyak petshop yg suggest kan. worth to buy this.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.